Wednesday, July 8, 2009

Untuk Renungan

Biasiswa Nasional: Melayu masih leka melepak
Rozmal bin Malakan

Bangsa Melayu harus berubah, harus menerima hakikat, zaman hak istimewa orang Melayu, zaman biasiswa dan sebagainya lama kelamaan akan berkurangan dan mungkin terus lenyap.

Bermula dengan konsep meritokrasi untuk masuk universiti sekarang ini dengan pengenalan Biasiswa Nasional. Siapa bijak dia akan diberi keutamaan. Inilah cabaran dunia era globalisasi, cabaran hak sama rata.

Namun orang Melayu, terutama anak-anak muda masih leka, masih alpa, masih melepak. Tengok sendiri di taman perumahan saya, betapa ramai anak remaja Melayu selepas waktu sekolah mundar mandir tanpa arah.

Dari lepas waktu sekolah hinggalah ke lewat senja bahkan ke tengah malam. Yang ada motosikal, naik motosikal ke hulu ke hilir, pergi rumah kawan, pergi kedai, tanpa arah tujuan. Emak ayah pun seolah-olah memberi lampu hijau membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa arah tujuan.

Itu yang bab melepak, naik motosikal. Itu belum lagi yang hisap rokok. Boleh katakan peratusan hisap rokok amat tinggi di kalangan remaja sekolah. Pemerhatian di taman perumahan rumah saya boleh dikatakan lebih 90 peratus pelajar sekolah menengah lelaki menghisap rokok. Dan ada yang menjadi perokok tegar. Bilangan pelajar sekolah rendah yang menghisap rokok mungkin sekitar 10 peratus.

Apa nak jadi bangsa Melayu kita, anak-anak kita? Isteri saya yang mengajar di sekolah menengah mengatakan pelajar bukan Melayu di tingkatan menengah atas lebih ramai menerima biasiswa dari pelajar Melayu.

Namun pelajar Melayu masih leka, masih mundar mandir, masih melepak, masih merokok, masih membuang masa di kafe siber. Selepas ini had matapelajaran SPM 10 atau 11 subjek jika pelajar sekolah agama. Makin bersaing lagi pelajar Melayu dengan pelajar bukan Melayu.

Ibu bapa dan guru perlu sama-sama membimbing anak bangsa kita. Kereta dan rumah sekadar keperluan, bukan impian atau cita-cita. Apa guna berlumba-lumba buat banglo di dunia tetapi ala kadar buat banglo di akhirat? Apa guna berlumba-lumba berkereta sedikit mewah tetapi anak-anak kita hilang daya saing, hilang daya juang?

Fikirlah sendiri.

Kesatuan dan perpaduan Melayu bermula di rumah kita, bermula di kejiranan kita, bermula di masjid dan surau kita.

�Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.� (Al Imran: 103).

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET