Makanan ruji media utama negara adalah fitnah. Bila agak korang nak insaf. Hari-hari beri makan anak bini dari sumber haram hasil fitnah. Sebelum pasir masuk dalam mulut korang wahai pemfitnah media kerajaan lebih baik hentikan la kerja-kerja jahat ni. Ramai yang korang nak bersoal jawab di akhirat kelak.
Lain yang orang cakap lain yang engkau ulas. Mana lagi orang yang nak percaya dengan kerja-kerja kotor engkorang. Kamu tak takut ke dengan amaran Allah yakni orang-orang yang kerjanya fitnah ni ibarat memakan daging saudaranya sendiri.
Pemuda Pas Nafi Laporan Media Mengenai Kerjasama Pas-Umno
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Dewan Pemuda Pas Rabu menafikan laporan beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda Umno.
Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan berkata, laporan itu merujuk kepada penyerahan surat rasmi jemputan untuk Pemuda Umno bagi mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka bertajuk 'Benarkah Perjuangan Umno tidak bertentangan dengan Islam' melalui penubuhan sebuah Sekretariat Bersama kedua-dua sayap parti.
"Sehubungan itu, Pemuda Pas Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah membuat laporan berita yang salah terhadap isu tersebut," katanya.
Beliau berkata, sekretariat yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim itu telahpun diberi penjelasan oleh Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hasan Tantawi bahawa ia hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.
Katanya, wacana itu adalah kesinambungan cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perjuangan Umno.
-- BERNAMA
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment