Sunday, July 5, 2009

Aku Hampir Muntah Kuning

Dalam sejarah politik dunia mungkin Umno/BN sahaja yang masih mengamalkan politik pasca merdeka. Politik yang amat terkebelakang. Selama 50 tahun, negara bangkit dari taraf negara membangun kini berdiri megah setaraf negara industri, Umno masih dengan kaedah sama, sempit dan retorik menjanjikan pembangunan untuk rakyat.

Mengikut kaedah sains, cara Umno membelit dan mengulit bermodalkan pembangunan itu sudah mencapai tahap tepu. Jika air gula dikacau hingga tahap pekatnya timbul berhablur maka cuba korang minum, sebelum masuk ke anak tengkuk, pasti mulut dah reject dengan rasa muak geli geleman, pastu muntah...muntah kuning.

Gitulah jika anda baca atau lalui pengalaman dari setiap PRK. Ambil contoh yang terdekat dari PRK K.Trg sehinggalah ke PRK Manik Urai ini. Apa yang Umno/BN sogok? Bantuan demi bantuan lepas tu bantuan ini bantuan itu tapi saksikan selepas setiap PRK mana perginya yang berbaki bantuan?

Ramai yang telah, sedang dan akan tertipu, tak kurang juga yang sudah lejuh kena tipu masih sudi minum gula tepu. Kerana $50 sanggup muntah, kerana beg sekolah dan basikal rela muntah. Tapi mereka lupa sekali muntah maka akan selama-lamanya muntah.

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.


Gini la TokPa dan TokYidin, meh orang dok gi Universiti ni nak royat, bantuan yang mu canang tu guna pitih siapa? Mesti pitih kementerian. Dah Kementerian tu hak kerajaan. Kerajaan tu siapa yang sokong dan dokong. Bukan rakyat ke? Pitih kerajaan pitih rakyat la. Bodo piang dua makhluk ni. Duk pusing konon suruh rakyat percaya bantuan tu dari Umno. Baghal.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET