Tuesday, April 24, 2012

Umno-apco Terlampau Bongok; JKKK Bukan NGO

Malu aku nak ngaku sebagai orang Ganu pasal ramai dari kalangan orang Ganu yang bodoh bangang dari puak gerombolan ning jenis cakap pelawok lebong (bohong). Pemberita pun ikut sama bangang tak baca fakta. Main tulis berita hentam keromo ikut mood 'taik' yang keluar dari mulut JKKK dan pengampu umno-apco. Bahlol.


Aku nak tanya orang umno-apco, JKKK tu NGO ke? JKKK tu kan jin-jin kerajaan. Apa la bengap sangat kepala hotak korang ning. Itu pasal la bila korang dapat $500 tersenyum kembang terloncat macam beruk matyeh, padahal Tajudin Ramli baham $500 juta lebih korang tak kesah pun. Pasal tak rasa sakit kat pundek korang. Bodoh.

KEMASIK, KEMAMAN – Kira-kira 1,000 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemasik mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demons­trasi aman sambil memegang sepanduk, semalam.

Mereka turut membuat sebanyak 80 laporan polis sebagai tanda protes dan bantahan terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang dijangka akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Malah, demonstrasi aman berkenaan turut mengecam tindakan mahasiwa yang melakukan demonstrasi mansuh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, penduduk turut meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung tindakan pihak tertentu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada pertaba-lan baginda baru-baru ini.

Kesemua penduduk mula berkumpul di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasik kira-kira jam 9 pagi sebelum berarak dengan berjalan kaki sejauh dua kilometer sambil memegang sepanduk dan melaungkan bantahan menuju ke Balai Polis Kerteh dan membuat laporan sekitar jam 10 pagi.

NGO terlibat membabitkan 28 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di seluruh Dun Kemasik, Persatuan Belia Seri Kemasik, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kerteh, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno Kemasik serta warga Felda Kerteh 6.

Sunday, April 1, 2012

Pembaham Duit Zakat Cakap Pasal Syurga

Baham duit zakat hukumnya apa ustaz Jamil hoii..? Kalau hukumnya haram dan berdosa besar boleh masuk syurga ke ustaz jamil hoii..? Sebab tu ustaz Jamil dokong umno-apco kerna boleh baham duit zakat, gitu ke ustaz Jamil hoii..? Oleh itu sesiapa yang sokong atau undi ustaz Jamil atau parti yang ustaz Jamil sertai ibarat menempah tiket ke neraka...

Masuk Syurga Hanya Dijanjikan Allah Kepada Manusia Beriman - Jamil Khir

YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata masuk syurga hanya dijanjikan oleh Allah swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini, Sabtu malam.

Oleh yang demikian, katanya kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi PAS akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat barau-baru ini bahawa PAS tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Pada majlis ceramah itu, seramai 20 penyokong PAS menyerahkan borang untuk menyertai Umno.

Mereka yang diketuai Md Sofi Abd Latif menyerahkan borang kepada Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Jerai Datuk Muhammad Shuhaimi Abdullah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. - BERNAMA

Haji Najib Mesti Cabut Awal.

Sebelum apa-apa lebih baik Haji Najib tempah pesawat dan angkat kaki cabut lari. Haji Najib anak jantan keris melayu, malangnya dengan bigmama dia layu. Andai keputusan perbicaraan kes Scorpene di mahkamah Perancis Haji Najib kantoi, tambah pulak PR pegang Putrajaya selepas PRU-13 nanti, alamat berak cair la Haji Najib.


Meskipun Haji Najib diselamatkan di mahkamah korup Malaysia ini tapi dia belum tentu lepas di mahkamah Perancis jika perbicaraan berjalan dengan telus dan adil. Siapa yang gembira? Tentulah aku dan korang semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan. Siapa pula yang terpaling gembira? Tentulah bapak Tantuya jika kematian anaknya terbela.

Minta maaf sekarang dah tak ada gunanya Haji Najib. Dosa kau dan juak-juak kau terlalu banyak dengan rakyat marhaen.

KUALA LUMPUR 31 Mac: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, peguam yang mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal Selam Scorpene di Perancis, sudah mendapatkan akses kepada kertas siasatan.

Katanya, pihaknya masih menunggu pendedahan mengenai kandungan kertas siasatan berhubung pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.

“Paling penting, kertas siasatan telah sampai ke tangan peguam dan kita akan lihat apa kandungan dalam fail tersebut selepas mendapat nasihat dari mereka.

“Mahkamah sudah beri akses kepada peguam dan mereka sedang mengkaji dokumen tersebut mengikut undang-undang Perancis kerana ada beberapa had yang perlu dipatuhi mengenai apa yang boleh dan tidak boleh didedahkan,” katanya yang menambah mengikut undang-undang Perancis, fail berkenaan tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.

Menurutnya lagi, Suaram juga akan cuba membawa peguam yang mewakili mereka iaitu Wiliam Bourdon atau Joseph Breham untuk datang ke Malaysia bagi memberikan taklimat.

Bagaimanapun, katanya, Suaram perlu mengkaji aspek keselamatan mereka terlebih dahulu, ekoran insiden pengusiran Bourdon oleh kerajaan Malaysia pada 2011.

Tambah beliau, wakil Suaram juga akan dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh yang sesuai untuk mereka hadir ke mahkamah Perancis bagi memberikan keterangan.

“Kita akan adakan mesyuarat mengenai informasi dari mahkamah, bilakah kita sepatutnya akan pergi ke sana. Namun kita jangkakan pada April nanti,” ujarnya.

Mengenai saksi lain yang akan dipanggil, katanya, Suaram akan memberikan cadangan kepada hakim dilantik selepas memberikan keterangan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) itu nanti.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET