Thursday, April 30, 2009

Happy Labour Day!

Sebelum 30 April melabuhkan tirai, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja terutamanya kepada semua blogger yang bekerja. Dulu Hari Pekerja lebih gah dengan nama Hari Buruh.


Walau apa pun namanya sudah tentu pada 1 May setiap kita ada agenda tersendiri. Yang berkeluarga pastinya akan membawa keluarga keluar jalan-jalan makan angin. Manakala orang muda pula tak lepas peluang berpeleseran. 

Serentak dengan itu juga maka tibalah 'dateline' untuk yang berkenaan menghantar Borang LHDN. Sesiapa yang alpa nahas lah nanti ada 'hadiah' menanti...paling koman pun RM150 sudah pasti.

Wednesday, April 29, 2009

Pertembungan Calon PR di Penanti ???

Penasihat PKR dah umumkan calon mereka untuk mewakili PR. Pemuda Pas PP pun mahu letak calon dan lawan sama. Double barrel?? Kalau tembak dengan shotgun tak jauh mana perginya peluru tu walau double barrel sekali pun... jika kebiasaannya boleh tembak contoh; sejauh 100m tapi tang ni kalau tembak mau je sejauh 10 kaki... lembik... tak kuat... takde power...


Tapi ini baru setakat cadangan, bukan keputusan. Boleh dibawa bincang lagi tu kat peringkat tertinggi Majlis Pakatan Rakyat. Walau isu ini pihak lawan boleh canang macam-macam, ibarat bola tanggung, namun tak semestinya mereka dapat 'smash', silap-silap tersilau lampu, tak nampak bola entah ke mana.

Yang penting satu pihak jangan tamak manakala satu pihak lagi jangan keras sangat.

Malaysia Nak Tiru Iowa?

Berita TV1 semalam menyiarkan laporan tentang mahkamah Iowa Amerika meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis. Yakni golongan homoseksual dan lesbian diberikan hak mereka sebagaimana yang mereka tuntut sebagai kemenangan Hak Asasi Manusia.


Cuba kita renung amaran keras oleh Allah melalui ayat Nya, "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?' (Al-A'raf:80)".

Agama Kristian dan mungkin agama lain turut tidak mengiktiraf perlakuan luar tabii ini. Malah pada tahun 1975, pihak Vatican menyiarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.

Kandungannya menegaskan: "It (scripture) does attest to the fact that homosexual acts are instrinsically disordered and can in no case be approved of".

Dalam pidato Paus Benediktus XVI pada malam tahun baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan
bahawa perbuatan homoseksual adalah terkutuk.

Kemudian mari kita renung maksud kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi.

Kenyataan ini jelas mengelirukan kita dan mengganggu sensiviti umat Islam khasnya dan sewajarnya beliau perlu peka dan menghormati sensiviti masyarakat Malaysia amnya.

Katanya lagi," kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada Kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain. Justeru, jika mereka menghadapi sebarang masalah dari aspek kewangan iaitu mempunyai pendapatan kurang RM700 sebulan dan menepati kriteria lain, bantuan akan diberi".

Apa yang dibimbangkan ialah pernyataan Datuk Ng ini berbentuk menyokong golongan homoseksual ini. Tidak keterlaluan dan tidak mustahil jika diramalkan bahawa pada suatu masa golongan gay dan homoseksual di Malaysia juga akan menyusul bertindak menuntut hak-hak mereka dalam perundangan.

Adakah golongan ini telah mendapat pengiktirafan di Malaysia?

Aura Kelate Turun Ganung

Setelah Deris memegang tampuk pemerintahan negeri menggantikan Tuan Guru Haji Hadi, beliau telah mengambil beberapa tindakan drastik untuk mengekang bekas kesan peninggalan Kerajaan Pas waktu itu. 


Antaranya yang tersohor ialah membatalkan pemberian tanah oleh kerajaan sebelumnya (lebih kurang 50,000 lot), merampas tanah dan merobohkan rumah rakyat serta merebahkan masjid di Bujal.

Kerajaan zalim takkan kekal dimercunya, pasti akan huru-hara, pecah punah, retak belah, cuma bergantung pada keadaan dan masa samada cepat atau lambat. Tanda-tanda kehancuran Umno Ganu sepertimana dialami sekian lama oleh Umno Kelate mula menampakkan kesan.

Kini semakin jelas 'kusta' yang cuba disembunyikan oleh Abg Mad dan konco-konconya semakin menjalar keseluruh negeri. Sakit tak terperi Abg Mad untuk mendepani masalah tatkala berhadapan dengan 'sedara' sendiri, lebih payah dari menentang musuh tradisi. 

Malang sungguh Abg Mad tatkala menduduki kerusi MB kerna terpaksa menggalas segala permasalahan yang direkacipta oleh Deris. Deris cuba menutup kepincangannya lantas segala kesalahan dituding pada Abg Mad. Puas sudah Pok Rosli, ayam tambatan Abg Mad, cuba berdekar dengan pelbagai langkah dan jurus tapi terpelehok jua tersepak kaki sendiri.

Kini rakyat menghitung hari untuk melihat pergolakan yang lebih parah terhadap Umno Ganu, tambah-tambah lagi ada 'orang luar' yang cuba nak tunjuk pandai. Dia tak kenal lagi siapa Abg Mad Kijal. Apakah percaturan Umno Pusat menghadirkan 'orang luar' mengepalai Umno Ganu akan memberikan suatu keajaiban...?

Tuesday, April 28, 2009

Annuar Musa Layak Jadi Presiden SeUmur Hidup

Ramalan tepat ramai penganalisis politik bahawa Annuar Musa bakal tersingkir juga sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Perlantikan Mustapha yang lebih moderate akan memberikan semangat dan inspirasi bagi membentuk kekuatan baru kepada Umno Kelate.


Apakan daya Annuar tatkala Najib menakhodai Umno, dia dilihat sebagai barah yang telah lama merebak dan merobek kesepakatan Umno Kelate. Terimakasih bebanyak kepada Tun Lah kerana kesilapannya melantik Lanun PPRT itu sebagai pengganti Mustapha telah meranapkan terus organisasi lintah darat itu dalam PRU-13 lalu.

Namun walau dalam apa keadaan pun Annuar dilihat sukar untuk melepaskan 'title' sebagai ketua. Memang dalam diri dia amat perasan yang dia adalah seorang pemimpin. Tapi komitmen dia dalam melaksanakan tugas sebagai ketua boleh dipuji.

Kini dia berjawatan sebagai seorang Presiden. Lebih besar dan gah bunyinya jawatan itu daripada jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan. Presiden dan Pengerusi, suatu perkataan yang berbeza. 

Walaupun hanya menjawat jawatan sebagai Presiden KAFA tapi amat besar makna bagi Annuar. Sekurang-kurangnya dapat mengubat hati yang remuk redam akibat malu yang amat besar dari kekalahan PRU lalu. Lebih malu bilamana bakal MB jajaannya iaitu Awang Adek langsung tak boleh bengah kepala kerana diperosok oleh egonya sendiri.

Annuar  pasti berbangga kerana anak-anak buahnya berjaya menjadi Naib Juara Piala FA semalam, dan buat seketika dapat melupakan episod kisah sedihnya di Kelantan.

Sejarah Dungun


Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.


Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-


`This list, which was prepared in 1365 in the Negarakretagama includes not only Terengganu but also Paka and Dungun, two rivers in the south of the state which in modern times can boast nothing larger than a fishing village'

Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:- 

i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia.

ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.


Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 - 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.


1921 - Campurtangan British dalam pentadbiran negeri Terengganu setelah perjanjian 1941 yang membawa kepada kemasukan seorang Penasihat British yang bertindak sebagai penasihat dalam semua hal-hal yang berkaitan pentadbiran kecuali hal-hal keagamaan. Mereka telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa jajahan yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Jajahan, Jajahan tersebut ialah:-


Jajahan Barat (Besut dan Setia)
Jajahan Timur (Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek dan Kemaman)
Jajahan Tengah (Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang)
 


1942 Semasa pendudukan Jepun di Terengganu, Pesuruhjaya Jajahan telah diganti dengan Pesuruhjaya berbangsa Jepun. Rumah pasung dibahagi kepada 3 cawangan iaitu Keimu Kakari, Hoan Kakari dan Tokko Kakari dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.
 

Daerah Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.

Hasil-hasil bijih besi telah diekspot ke Jepun hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu amnya dan Dungun khususnya, kawasan lombong bijih besi diambil alih oleh Kerajaan Inggeris.


Rujukan:-

1. Terengganu, Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali 1996.

2. Malayan, Branch Royal Asiatio Society Vol.XXII Part 3 oleh M.C.FF.Sheppard, A.R.Hill, C.A. Gibson Hill, 1949.

3. Terengganu Annual Report 1925 - 1936

4. Geological Servey West Malaysia, IRON ORE, DEPOSITS OF WEST MALAYSIA, Buletin 2


kredit dari web Pejabat Mara Negeri.


TIADA LAGI TEMBOK PEMISAH PAS DENGAN BUKAN ISLAM

KUALA NERUS – PAS bukan sahaja berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan Islam bahkan memecahkan tembok yang memisahkan antara parti itu dengan orang bukan Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata kumpulan-kumpulan Islam lain kini bersama-sama dengan PAS bagi mendirikan syariat Islam meski pun berbeza pandangan dan pendekatan.

“Walau pun mereka (kumpulan Islam) itu mempunyai pandangan yang berlainan dengan kita (PAS), pendekatan yang berbeza dengan kita (PAS) tetapi dalam masalah politik mereka bersama dengan PAS untuk mendirikan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea anjuran Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, di Restoran As-Syakirin, Gong Badak, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata dalam masa yang sama PAS berjaya memecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan orang-orang yang bukan Islam.

Katanya selama ini UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan gambaran buruk tentang PAS kepada orang bukan Islam.

Oleh itu, katanya penerimaan orang bukan Islam terhadap PAS telah dibuktikan dalam kerjasama beberapa siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

“Pertama, orang yang bukan Islam menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai PAS sehingga kita (PAS) menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

“Mereka (orang bukan Islam) yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS ini menyatakan mereka menerima pemerintahan Islam,” jelasnya.

Meski pun, katanya ada pihak yang mendakwa mereka (orang bukan Islam) menyertai PAS kerana tidak puas hati, kerana marah dan sebagainya.

Menurutnya, Islam mengajar agar umat Islam bersikap terbuka dan menerima kehadiran golongan bukan Islam dengan apa cara sekali pun secara jujur.

“Walau pun ada yang menyatakan mereka (orang bukan Islam) masuk (bersama) PAS kerana tidak puas hati, mereka masuk PAS kerana marah dan mereka masuk kerana macam-macam.

“Nabi kita (Muhamad SAW) mengajar supaya kita (Islam) menerima kedatangan orang bukan Islam bersama dengan kita (Islam) walau apa sekali pun sekurang-kurangnya kita (PAS) dapat menyampaikan Islam secara langsung,” ujarnya di hadapan lebih 200 orang pesertanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kesungguhan orang bukan Islam di kalangan kaum Tionghua dan India menyokong PAS dalam pilihan raya kecil.

“Kita (PAS) melihat sendiri dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan kemudian di Bukit Gantang.

“Kita (PAS) melihat orang-orang bukan Islam telah menunjukkan kesungguhan menyokong kita (PAS) kerana mereka (bukan Islam) melihat kejayaan yang dicapai dalam masa kita (PAS) memerintah Kelantan, dalam masa yang pendek kita (PAS) memerintah Terengganu.

“Kita (PAS) memimpin Kedah dan Perak sementara waktu dan penonjolan yang kita (PAS) buat itu memberi keyakinan kepada mereka (Cina dan India) untuk menyokong PAS,” ujarnya.

Menurutnya, tembok yang memisahkan antara orang bukan Islam dengan PAS telah pecah dan PAS menjadi harapan baru kepada rakyat di negara ini.

sumber: buletinonline


Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei

Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.


Katanya, keputusan itu bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.

Tambahnya, tempoh berkempen selama lapan hari sudah mencukupi kerana hanya sebilangan kecil pengundi atas pagar sahaja yang membuat keputusan di saat akhir.
Abdul Aziz berkata, pondok panas menjadi "pusat ketegangan" semasa hari pengundian.

"Saya tidak tahu hendak menjelaskan gelagatnya (di pondok panas). Kadang-kadang macam dirasuk hantu. Bila kita cakap (tegur), dia kata kita pula yang emosional. 

'Merayu dalam kenderaan'

“Semangatnya (penyokong) tinggi dan bilangannya ramai," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Jelasnya lagi, SPR bagaimanapun masih membenarkan parti politik bertanding merayu di dalam kenderaan sewaktu menghantar pemilih ke tempat pembuangan undi.

"(Pengangkutan) itu perkhidmatan. Dalam kereta itu, bolehlah cakap (kempen)," katanya.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak yang melanggar arahan itu, Abdul Aziz berkata, mereka boleh didenda RM5,000 dan tidak dibenarkan mengundi bagi tempoh lima tahun seperti Seksyen 27(1) Akta Kesalahan Pilihanraya.

Ditanya sama ada suruhanjaya itu sengaja melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut untuk membolehkan Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi, Jumaat lepas, beliau berkata:  

"Pertama, tidak ada penanguhan sama sekali. Kita tunda pengumuman itu bagi menyelaraskan pegawai-pegawai kita. Kita juga perlu menemui pihak parti politik pada hari Khamis. 


sumber: malaysiakini

---------------------------------->>>>>

wohulu:

SPR talibarut Umno/BN... dikuda-kudakan pemimpin Umno/BN... otak cikai... cakap takleh pakai... DOWN WITH SPR...!!!!!

PKR pecat 16 ahli lawan calon parti

PKR memecat 16 ahlinya di Kedah dan Sarawak yang terlibat mencabar calon-calonnya pada pilihanraya DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai awal bulan ini. 

Keputusan itu yang berkuatkuasa serta-merta dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya semalam, kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali.
"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media," katanya. 

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini." 

Nama (dan bahagian) mereka seperti berikut: 
1. Moganakumar Subramaniam (Merbok) 
2. Jayagopal Andaikalam (Pokok Sena) 
3. Abdul Hamid Othman (Padang Serai) 
4. Roslan A Hamid (Padang Serai) 
5. Abu Bakar Din (Baling) 
6. Abdul Wahab Mat Isa (Sik) 
7. Mustafa Hassan (Sik) 
8. Kalaivanar Bala Sundram (Jerai) 
9. Deivanai Krishnan (Jerai) 
10. Abu Bakar Hamid (penaja Pendang) 
11. Ahmad Ayub (penaja Pendang) 
12. Azhar Ahmad (penaja Jerlun) 
13. Dr Ambrose Labang (Julau) 
14. Wong Kee Kai (Julau) 
15. Rajang Unau (Julau) 
16. Kudik Untung (Julau)

----------------------------------->>>>>

wohulu:
perjuangan tanpa keimanan... tak kemana haluannya... kesenangan dunia semata... sireh pulang ke gagang...

Monday, April 27, 2009

SPR Memang Kurang Akal

AI 25APR - SPR Beri alasan yang tidak masuk akal bila ditanya tentang pusat penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysiamemberi alasan yang tidak masuk akal apabila mengatakan masalah memilih pusat pemilihan calon sebagai alasan belum mencapai keputusan sama ada Pilihan Raya Kecil N12 Penanti akan diadakan atau sebaliknya.


---------------------------------------------->>>>>


wohulu:


4 perkara yang rakyat lama dah mintak SPR tak simpan di akal. 

Kini 2 perkara yang cuba diundang-undangkan oleh SPR takleh diterima akal oleh rakyat.


CELAKA SPR...!!!


SPR larang adakan pondok panas dan peraih undi

PUTRAJAYA: Parti-parti politik tidak lagi dibenarkan mengadakan barung atau pondok panas selain dilarang memancing undi ketika hari pengundian. Satu peraturan baru yang diperkenalkan SPR di PRK 

Penanti yang pasti kalau benar-benar berlaku akan mengurangkan lagi keriahan PRK sebagaimana biasanya.

Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Penanti bulan depan. Ia diputuskan susulan pertemuan dengan parti-parti politik di sini Khamis lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.

"Bila kita buat (undang-undang larangan berkempen) selepas 12 tengah malam, maknanya tidak ada kempen pada hari berikutnya sehingga pukul 5 petang.

"Kita tak boleh tahan orang nak masuk... itu hak individu. Tetapi kalau dia berkempen atau mendirikan pondok parti serta berkempen di pondok parti, itu yang menjadi fokus penguatkuasaan ini.

"Kalau kita dapat laksanakan budaya aman dan tenang dalam pilihan raya di negara kita ini, kita sudah berjaya," katanya.

-------------------------->>>>>

wohulu:

SPR masih mendokong wawasan PakLah... cakap tipu dan mohongg!! Jangan lupa penipuan dan kelentongan SPR pada PRU 2004, trajedi penipuan besar yang membawa kepada kekalahan teruk pembangkang. Terengganu rebeh dibaham Deris manakala Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan. Antaranya sistem baru konon borang pencalonan diwajibkan dikenakan stem hasil dan pengharaman pondok panas. 

Huru-hara pada saat-saat akhir pengumuman memasing dipaksa berkerjar kesana kemari mendapatkan stem hasil. Kemudian pada hari mengundi, terkonyong-konyong muka pembangkang melihat tercokoh bangsal panas puak BN. Kelam kabut lagi pembangkang dirikan pondok panas. 

SPR memang CELAKA...!!!


Saturday, April 25, 2009

Kenyataan Media Ketua Polis Negara




PAS Makin Tua Makin Matang

KEMAMAN - Politik tidak boleh dipisahkan dan merupakan sebahagian dari ajaran serta tuntutan dalam Islam yang diajar oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata PAS kini meniti usia penubuhan 58 tahun yang akhirnya mula diterima oleh semua kaum di Negara ini serta menepati dengan slogan ‘PAS For All’ (PAS Untuk Semua).

Beliau berkata tiga perkara besar yang menjadikan PAS sukar diterima oleh masyarakat majmuk sebelum ini telah terungkai serta membuahkan kejayaan.

“Pertama, payah (sukar) untuk tarik orang bukan Islam sokong kita (PAS) yang hari ini perjuangan dan parti PAS telah boleh diterima oleh kaum lain. Kewujudan Kelab Penyokong PAS kaum Tionghua dan India bukti kejayaan kita (PAS).

“Kedua, payah (sukar) sebelum ini kita (PAS) hendak tarik golongan profesional kepada PAS. Hari ini ramai tokoh-tokoh akademik, profesional, pegawai kerajaan dan pesara bersama dengan perjuangan PAS.

“Ketiga, payah (sukar) kita hendak tarik orang muda dan belia sokong PAS tetapi hari ini PAS mendapat tempat dihati pengundi muda di seluruh negara, Alhamdulillah,” ujarnya pada Ceramah Umum Sempena Kesyukuran Kemenangan PAS Bukit Gantang di Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman.

--------------------------------------------------->>>

wohulu:

Alhamdulillah hari ini kita melihat PAS walau semakin ia meniti usia semakin ia menapak dan diterima oleh rakyat Malaysia. Berkat kerjasama dan kesepaduan dalam kepimpinan menjadi pemangkin dan resepi kepada kejayaan PAS mendepani cabaran tahun-tahun berikutnya.

Benarlah kata pepatah, hidup ini ibarat roda, adakala kita di atas adakala kita kat bawah, dan kenyataannya Umno/BN sedang tergolek ke bawah dan ke bawah. Retak menanti belah, reput menanti pecah.

Thursday, April 23, 2009

Harga Susu Tepung Naik Lagi

Pagi tadi aku di'kerah' ke Sura Gate Baby Centre Dungun untuk dapatkan susu Sustagen 1 Plus. Bini aku tak tahan anak asyik duk merengek dari tadi, lapar sangat lah tu, aku pun tensyen juga. Walhal semalam dah pun kesana cuma aku ambik jenama lain, bertukar brand lah, pilih yang berharga mudah sket, nak bajet konon... 


Malangnya anak aku tanak habiskan susu jenama baru ni, tak beshh katanya. Lebih malang tak selang beberapa minit anak aku sakit perut lantas berak cair. Aku ingat pesan doktor kalau kes macam tu maknanya susu tak sesuai lah dengan budak tu.

Jadi sekarang Sustagen 1 Plus dalam genggaman aku. Tapi tergamam kejap, tak percaya pun ada, aku fikir tokey kedai ni silap print harga kot. Harga yang tertera ialah RM25.95 sebungkus 650gm. Semalam baru aku belek harga masih RM23.50 sebungkus 650gm. Aduhh mak tensen lagi aku. Bukan tensen sebab takde duit nak bayar tapi tensen pasal harga naik mendadak.

Bayangkanlah kenaikan sebanyak RM2.45 sebungkus atau 10.5%. Ismail Sabri Yaakob kena ikhtiarkan sesuatu, kalau tidak semakin naya lah orang-orang golongan sederhana rendah macam aku ni.

Nak kata minyak naik, setakat ni stabil lagi harganya. padanlah dua minggu lepas bekalan susu jenama ni takde dipasaran Dungun selama tiga minggu. Aku rasa itu satu petanda, ada udang disebalik mee...

BN. Barang Naik. Bila Naik? Baru Naik. Berapa Naik? Banyak Naik.

Wednesday, April 22, 2009

Memang Keliru Yang Mana Satu Sahih

Kepala berita sebagaimana yang dilaporkan  oleh Berita Hairan seperti masalah berikut ;


KUALA LUMPUR: Lebih 600 syarikat kontraktor menghadapi risiko gulung tikar ekoran tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membekukan projek penggantian paip lama dan paip komunikasi bernilai RM2.6 bilion. 

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Air Selangor, Ang Chin Hann, berkata antara 20,000 dan 30,000 orang mungkin kehilangan pekerjaan kerana majikan dalam sektor berkaitan tidak lagi mampu untuk menggaji mereka. 

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berkata bahawa setelah enam bulan projek itu ditangguhkan, tiba-tiba Syabas mengumumkan ianya dibekukan tanpa sebarang notis kepada kontraktor terbabit.


Aku merasa turut bersimpati dengan nasib mereka tatkala kegawatan ekonomi semakin meruncing sekarang ini. Tapi diakhir berita yang sama dilaporkan pula kenyataan dari MB Selangor Tan Sri Khalid iaitu ;

Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek yang dibekukan itu bernilai RM300 juta dan bukannya RM2.6 bilion, kerana menurut beliau, Syabas telahpun melaksanakan projek itu bernilai RM2.3 bilion. 

"Jadi kenyataan Syabas tidaklah berapa tepat," katanya. - Bernama


Rupa-rupanya Kontraktor Air Selangor dah baham berbilion projek menaiktaraf air di Selangor, jadi apa kejadahnya melahirkan rasa sedih dan mengharapkan lagi simpati pada nasib mereka yang sudah kaya raya. Berlambak lagi orang susah yang catu makan. Berita Hairan pun ambil kesempatan menipu dengan mendahulukan laporan tipudaya dan memperkecilkan kebenaran.


Perak Lelong 16 Camry



KERETA Toyota Camry 2.4 yang pernah digunakan sebagai 
kenderaan rasmi Exco Pakatan Rakyat akan dilelong kerajaan 
haram Perak.

Zambry pastinya cuba menampilkan sikap cakne rakyat oleh kerajaan haram pimpinannya walhal kegelojohannya akan mempamirkan sikap kebodohannya mengheret satu kerugian terhadap perbendaharaan Perak. Bayangkan jika kereta itu yang telah dibeli oleh Kerajaan PR pada harga RM170,000++ sebuah dan dalam masa tiga bulan ia dilelong dengan menanggung kerugian sebanyak RM22,000++ sebuah, cubalah darab 16, berapa ratus ribu kerugian? Apa salahnya jika ia terus digunakan oleh kerajaan kudeta Zambry kerana Camry tersebut masih ada 3 tahun jaminan dan ini semestinya menjimatkan kos penyelenggaraan. Secara tak langsung MB kudeta Zambry sedang membazirkan wang rakyat. 

Zambry juga menipu rakyat dengan mentololkan sekali lagi dirinya konon menampilkan jiwanya bersemangat Malaysia dengan mengumumkan pembelian Perdana Executive baru menggantikan Camry. Dia telah pun melakukan secara sengaja pembaziran ratusan ribu dengan melelong Camry dan kini bersikap bijak membazirkan pula jutaan ringgit duit rakyat untuk membeli Perdana Executive. 

PAS pula tolak PKR di Penanti

Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini PAS pula berniat menolak parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.

Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu,  semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya. 

Omar Hassan memberitahu 
Malaysiakini hari ini, usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

PAS kawasan menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus - telah melepaskan jawatan exco dan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang - meletakkan ADUN pula sehingga pilihanraya kecil terpaksa diadakan. 

"Peletakan jawatan macam ini, ada ahli-ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar yang menyokong kita (Pakatan Rakyat). 

"Dalam organisasi, individu adalah tanggungjawab parti. Masalah berkaitan dengan ADUN, pimpinanlah yang kena selesai masalah dalaman parti," kata Omar. 

"Beliau (Mohammad Fairus) belum ditentukan kesalahannya, dia boleh duduk di situ (sebagai ADUN). Masalah dalaman, perhubungan parti (PKR) kena selesaikan masalah itu, bukannya (dengan cara) letak jawatan. 

"Ia boleh menghilangkan keyakinan rakyat dan akar umbi. Oleh itu, tindakan PAS (untuk) bertanding ini, untuk menyelamatkan keadaan."

Mohammad Fairus kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa.


sumber: malaysiakini

Najib...Najib...Nanti Kalah Lagi

Umno Permatang Pauh telah mendapatkan pungutan suara dari para pengundi di Penanti samada mahukan BN bertanding atau pun sebaliknya. Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat  mahukan BN bertanding.


Kenapa tak diikut aje saranan Najib? Dia kan bijak dalam mencaturkan politik Umno/BN. Lihat saja kejayaan Umno menakluk semula Perak meskipun dengan secara 'cabul'. Umno Permatang Pauh pun bijak, pastinya ada udang disebalik batu, 80% sms yang bersetuju tu pun bukan ikhlas, sebaliknya dengan harapan akan bertimbunlah gugurnya 'durian runtuh' dan projek 'mee segera' bakal masuk kantung mereka.

Tuesday, April 21, 2009

DS Ahmad Said Biarlah Munasabah

Semakin banyak perilaku salah tadbir MadSaid dilaporkan oleh panglima Idris tak lain tak bukan Rosol Wahid. Berita terkini yang diperolehi ialah bagaimana Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Pengarah GLC yang menurut sebuah akhbar online, beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.


Ahmad Said masih kekal dengan sifat lantang, celupar, kental dan degilnya bila berhadapan dengan musuh-musuh politik beliau, cuba imbau kembali betapa bengkengnya sewaktu konfrontasi antara MadSaid dengan Wahid Endut di DUN Terengganu dulu. Dia tak kira siapa kawan atau lawan, sesiapa yang cuba berseteru dengannya akan ditentang sehingga lumat.

Baik MadSaid, Idris atau Najib memasing ada menyimpan rahsia peribadi antara mereka yang akan digunakan sebagai modal untuk menjatuhkan atau membalas 'tembakan' dari pihak seteru. Kita lihat dulu apa kesudahan pergolakan ini.

Bangkai Gajah Manakan Dapat di Tutup Dengan Nyiru

Bijak bidalan orang lama seperti tajuk topik yang melambangkan kebejatan dan kejahatan sesuatu perbuatan tidak akan dapat disembunyikan selamanya. Lama kelamaan keburukan itu akan berdanau, melimpah, terhidu dan terlihat orang.

Di era CheDet rakyat diulik dengan berbagai projek mega @ Gajah Putih. CheDet membina dan memelihara 'gajah' sebaliknya Najib pula menampu bangkai 'gajah'. Kesian Najib. Demi survival Umno/BN dia wajib menerima kepincangan yang dicetuskan dari CheDet. Sementelah ditambah lagi dengan keaiban yang dicipta oleh tangannya sendiri. 

Belum pun tamat episod Altantuya yang meranapkan impian Umno/BN di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kini timbul pula isu baru yang dicetuskan oleh BN Terengganu. Kisahnya bermula dari pemulauan menghadiri sidang DUN oleh team Idris, gara-gara menerima SMS berbau ugutan. Kemudian penafian sekeras-kerasnya oleh Ahmad Said walaupun hasil siasatan mendapati pengSMS itu adalah dari henfon S/U Sulit MB sendiri.

Semakin renyuklah muka Najib memikirkan apakah resepi yang dapat menghilangkan kehanyiran 'bangkai gajah' acuannya daripada disebarkan oleh media dan pembangkang. Najib mula menguji kuasa veto nya yakni mengarahkan semua akhbar terutamanya milik BN agar tidak menyiarkan lagi atau memanipulasikan lagi berita hal ehwal kegawatan politik BN di Terengganu.

Tapi sejauh mana isu ini dapat dipeti kemaskan. Hidung manusia dijadikan Allah dengan speciality nya menghidu segala bau. Setakat bau bangkai cicak pun hidung boleh hidu apatah lagi bangkai gajah yang hidung boleh kesan. Sebenarnya hakikat bahawa kita dan BN sendiri menyedari 'bangkai gajah (merujuk pada Umno) sememangnya tak boleh ditutup tapi ianya perlu dikambus terus' sedalam-dalamnya dari mayapada ini.

GOLONGAN MELAYU YANG MASIH MENYOKONG UMNO/BN

Kemaman Tsunami politik hanya berjaya merubah enam wilayah di Semenanjung Malaysia dan gagal menembusi negeri-negeri yang mempunyai ramai penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun Pakatan Rakyat menang empat dari lima pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu,  golongan pengundi masih yang menyokong UMNO tidak berganjak.

Analisa keputusan pilihanraya umum ke 12 dan lima pilihanraya kecil menunjukkan peubahan ketara dikalangan masyarakat Cina dan India namun sebaiknya kepada orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad telah menyenaraikan 16 golongan yang masih menyokong UMNO.

Menurutnya golongan yang pertama adalah rakyat Malaysia yang masih tidak terdedah dengan maklumat dan kurang kemudahan dan tinggal jauh di kawasan pedalaman.

“Sebab itu Kuala (Terengganu) kita menang, Permatang (Pauh) kita menang, Bukit (Gantang dan Selambau) kita menang, (tapi) Batang Ai masih dalam kawalan (UMNO/BN),”katanya dalam Majlis Ceramah Penerangan yang diadakan di bandar Chukai, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata golongan nasionalis Melayu ‘totok’ merupakan golongan kedua yang menjadi pengundi tegar UMNO.

Katanya, golongan tersebut hanya memperjuangkan bangsa semata-mata seperti allahyarham Tun Ghafar Baba dan beberapa tokoh veteran UMNO yang lain.


Ustaz Idris turut mengkategorikan beberapa kelompok lain yang masih menyokong UMNO seperti dibawah;

  1. Orang yang mempunyai kepentingan, berniaga dengan kontrak kerajaan.
  2. Golongan pengampu
  3. Ustaz-ustaz ‘dollar and cents’
  4. Orang yang jarang pergi ke surau
  5. Orang yang tidak minat mempelajari agama
  6. Golongan anti agama
  7. Golongan Perasuah
  8. Orang yang miskin dan jahil
  9. Orang yang mempunyai jiwa yang kerdil
  10. Orang yang keras hati
  11. Golongan yang duduk dalam zon selesa
  12. Orang yang longgar pegangan agama
  13. Golongan yang jauh dengan ulama’
  14. Golongan yang suka memisahkan kehidupan dunia dan akhirat

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Pusat Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Yang DiPertua PAS Kemaman Hj Ismail Harun dan Pengerusi MTD Chukai Haji Hanafiah Ramli.

sumber: buletinonline

Sunday, April 19, 2009

SPR Yang Busuk Lagi Membusukkan

Ingatkan pemergian Rashid akan menjernihkan kembali debu kotor yang menyeliputi SPR. Rupanya tidak, kedatangan Aziz menggantikan Rashid semakin mempopularkan kepincangan yang telah diperkudakan sekian lama oleh pemerintah BN.


Empat tuntutan oleh BERSIH sebelum ini terhadap pentadbiran Rashid belum pun tertunai 100%. Imbas kembali 4 tuntutan tersebut iaitu pembersihan daftar pemilih, pemansuhan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses kepada media. Semuanya dibakul sampahkan oleh Rashid.

Kini Aziz pula buat lawak bodoh konon untuk memastikan bilangan penyokong dihadkan kepada sekian-sekian jumlah pada hari penamaan calon. Begitu juga pada hari kempen pengundian begian-begian jumlah perayu undi akan ditetapkan. Alasan-alasan tersebut konon untuk memberikan keutamaan terhadap faktor keamanan dan keselamatan. Aziz bertindak macam dia polis pulak dah.

Aziz ni nak ajak para pengundi main masak-masak ker? Apa la singkat sangat wayar otak tu sampai tak boleh nak fikir panjang? Kalau dah diri tu 100% diperhambakan pada Najib, jangan tunjuk lah sangat akan sifat-sifat kehambaan tu. Tapi engkau lupa Aziz bahawa engkau sedang merangka undang-undang yang akan menyusahkan dan menyakitkan hati hamba-hamba Tuhan.

Banyak mana agaknya terhutang budi dan bodi oleh Aziz kepada PM baru ni. Iyalah, kalau tidak kerana campurtangan najib alamatnya merengkok dalam jail lah anak Aziz kat Australia atas sebab ditangkap pihak berkuasa Australia kerana membawa atau menyeludup video lucah bawah umur, suatu kesalahan berat di Australia.

Harapkan suci dalam debu tapi pimai pimai rupanya tetap taik dalam debu...

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET