Saturday, July 4, 2009

Huhh!! Ganah Puok Mung

Mungkin ini geng Gerak gempur pemuda Umno nak berjihad. Main rempuh semacam je macam kaki 'pow' jaga kawasan, ada mirip kumpulan samseng atau gangster la ni. Umno Pekida kot.

Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi.

Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan.

Baguslah bersikap gentleman camtu. Pandai buat pandai tanggungjawab. Ngaku kesalahan. Bukan macam Ali Rustam kena gantung pun tanak ngaku jugak.

Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu.

“Dua kali sebelum ini, hanya Pemuda DAP yang datang berkempen, tetapi kali ini mereka ajak sama Pemuda PAS,” kata Safrie, yang tidak hadir di situ kerana turut bertugas di DUN Manek Urai yang menghadapi pilihanraya kecil, Isnin ini.

Jawapan ni kurang cerdik sket. Bukan kah ada kelonggaran untuk mana-mana parti membuka kaunter pendaftaran ahli? Bukan sekadar diadakan di majlis anjuran parti bahkan dimana jua dibenarkan kerana setiap parti sah berdaftar. Ikut tahap kreativiti dan kerajinan masing-masing lah.

Berkenaan dengan pendaftaran pemilih pula bukankah SPR telah melantik individu tertentu dari kalangan parti dalam BN atau PR sebagai wakil mereka. Mungkin dalam reramai yang kena buli tu ada wakil yang SPR lantik.

Sekiranya anda adalah warganegara yang telah layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih atau seorang pemilih yang ingin mendaftarkan pertukaran alamat pusat mengundi, anda boleh melakukannya di:
(a)
pejabat-pejabat SPR
(b)
pejabat-pejabat pos berkomputer
(c)
wakil-wakil jabatan
(d)
wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);
(e)
Pasukan Outreach SPR [ (Tiada maklumat ketika ini)

Di atas ni adalah maklumat yang aku kutip daari laman spr.gov.my. Silalah semak.

Bagaimanapun, menurutnya, mereka enggan meninggalkan tempat itu dan membuat provokasi dan lantaran itu tercetuslah pertikaman lidah antara dua kumpulan tersebut.

“Tetapi ahli Pemuda DAP marah kepada Pemuda Umno, lalu kita mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mereka (DAP) pula marah kepada kita. Kita pun marah mereka pula,” katanya.


Tang ni memang tak matang macam budak-budak Kemas berbalah mulut.

Menurutnya lagi, pemergian ahli Pemuda Umno itu bukan untuk bergaduh tetapi mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa “penyokong Pemuda Umno lebih ramai daripada mereka”.

Bila ramai berani la deme. Cuba tengok kalau sorang-sorang ada berani buat 'kamikaze' rempuh geng DAP dan PAS tu? Aku rasa kena tonggeng je kot.

"Saya beritahu kepada ahli-ahli Pemuda Umno supaya menghubungi pihak polis jika mereka memulakan kekacauan," katanya.

Malangnya siapa yang memulakan dulu kekacauan sehingga pemimpin Pas dan Dap membuat lapan laporan polis atas tindakan Pemuda Umno tersebut.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET