Thursday, September 30, 2010

Benar Kata Hamim Hussin

Gini, Hamim Husin, Timbalan Pengarah BTN cakap adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka bersatu mempertahankan hak mereka. Betul lah tu, pertahankan Melayu, bukan pertahankan Islam. Islamkan umno-apco dah lama dibuangnya maka hilang sudah satu kekuatan. Kedian penunggulnya cuma kefanatikan melayu, jika dibuang pulak melayu memang nahas musibah mampuslah umno-apco. Bukan ker umno-apco juga yang cakap, jika lenyap kalah umno-apco maka hilanglah melayu. Kat mana silapnya kenyataan Hamim Husin dari segi perspektif sekular aku pun tak faham. Patutnya para penganut tegar sekular dapat kilas dan ulas dengan mudah kenyataan Hamim Husin, kacang jer tu.


Rata-rata itulah pemahaman orthodoks yang selamanya ditanamkan dalam kepala setiap orang umno-apco. Demikian juga gelagat beberapa pengetua dan pendidik yang disiasat kebelakangan ini oleh pihak Kementerian atas dakwaan hasutan perkauman, semuanya adalah bekas didikan BTN. Takyah lah buat terkejut beruk konon. BN-apco adalah kesatuan rasis. Umno dengan pendewaan melayunya-Islam selit bawah kelangkang, sama lah dengan perangai sekutunya Mic dan Mca. Puak-puak suku-suku.

Kabinet arah KSN siasatan kenyataan Timbalan Pengarah BTN

PUTRAJAYA - Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan itu, yang dibuat oleh Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin semasa sesi tertutup dengan Puteri UMNO.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.

Hamim dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.
-sinar

Wednesday, September 29, 2010

PRK DUN Galas: Langkah Keris Togel Dulu

Berpantang maut sebelum ajal. Berpantang kalah sebelum lawan. Sumpah keramat parti keris togel umno-apco. Retorik belaka tu. Belum pun ajal belum pun kalah, umno-apco dah bangkitkan jerangkung tanah dan seumpamanya serta sekalian android Yesman untuk menampung sokongan.


Pongpang-pongpang pasal Melayu dan perpaduan konon. Melayu depa letak kat juboq la, perpaduan depa kais dengan kaki jah. Matlamat mereka yang menghalalkan cara semata meratah harta rakyat dan negara je. Betul-betul umno-apco ni keturunan parasit. Itu pasal la ramai orang umno-apco berangan nak cepat kaya pastu buatlah macam-macam main tarik duit la, menurun nombor la dll, itu semua umno-apco punya kerja la.

Melalut lak aku, hehehh panas bangat. Mana Melayu mana perpaduan? Royalti minyak Kelantan dan Terengganu depa ratah. 118 Projek untuk Kelantan depa sekat. 40 juta duit rakyat miskin Kelantan si Nuar baham. 25 juta duit ihsan konon disonglap si Adek yang tak tua-tua. Semangat melayu ke semua perlakuan jahanam tu?

Balik awall la kau umno-apco. Berambus dari bumi Kelantan. Get out from this harmony and peaceful Malaysian land.

PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihanraya Kecil DUN Galas

KOTA BAHARU: PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. - BERNAMA

Saturday, September 25, 2010

Katun Umno Fobia

Nak mampuih dah tu... mampuih la cepat-cepat. Dalam tafsiran aku Umno-apco ni dekat benar dengan ajalnya. Jika tak kerana sokongan hantu jerangkung dan semua android yesman gamaknya 10 tahun lepas pun umno-apco dah masuk kubur.

Kalau dak percaya tengoklah umno-apco dengan kartun pun depa jadi takut. Takut dengan gambar serta karenah kartun. Seolah-olah kartun tu hidup duk menenyeh-nenyeh mereka. Depa perasan dak perangai depa umpama takut dengan bebayang kartun mereka sendiri. Meroyan umno-apco macam kena rasuk dalam Jangan Pandang Belakang. Umno-apco fobia dengan kartun ibarat bebudak kecik terkencing tengok hantu setan.

Sejarah tanah Melayu menyaksikan mata pena para pejuang dan pendita negara telah menyaksikan rakyat bangkit dan menghalau keluar kafir British. Kini giliran umno-apco pula bakal dihalau dari persada Putrajaya hanya dengan penangan kartun.

Anyhow umno-apco is cartoon.




Saturday, September 18, 2010

ALA-ALA HUDUD LAH Ni

Aku setuju. Orang lain dak kira Muslim atau non-Muslim pun sama setuju jika pelaku jenayah berat seperti pembunuh dilaksanakan hukuman di hadapan umum. Meskipun tidak dilaksanakan Hudud secara total tetapi iras-irasnya sudah memadai sebagai permulaan. Tetapi pemimpin dan orang umno-apco tentu membantah kerana tangan-tangan kotor mereka akan di'scan' lalu kantoii.

Syor hukuman di tempat umum

SHAH ALAM - Exco Selangor, Yaakob Sapari mengesyorkan agar hukuman berat kepada penjenayah dilaksanakan tempat awam bagi memberi kesedaran dan menimbulkan rasa gerun kepada masyarakat.

Beliau berkata, cadangan tersebut perlu dipertimbangkan ekoran kejadian jenayah yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, undang-undang jenayah di negara ini pada hakikatnya dilihat begitu lemah dan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat seperti kejadian menimpa Datuk Sosilawati Lawiya, seorang ustazah bersama anaknya di Port Dickson serta kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

“Saya mencadangkan agar hukuman berat yang dijatuhkan kepada penjenayah dijalankan di tempat awam. Dengan cara ini, orang ramai yang menyaksikan hukuman tersebut akan merasa gerun untuk melakukan apa juga bentuk jenayah.

“Pada masa sama, cara ini dapat mendidik warga tentang undang-undang yang ada di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga yang lain menuntut masyarakat untuk melihat kes jenayah dengan lebih serius agar kes seumpama itu tidak berulang.

“Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah masih belum cukup untuk memberi keinsafan sekali gus tidak mampu memberi kesedaran kepada masyarakat secara amnya.

“Ini disebabkan hukuman yang dilaksanakan dijalankan di kawasan yang tertutup serta jauh dari orang awam,” katanya
.-SH

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010





Salam Aidilfitri untuk semua sedara mara, sahabat serta Muslimin Muslimat. Raya tahun 2010 ini lebih berharga dari beberapa siri raya 3 tahun lepas dengan kehadiran semua ahli keluarga yakni adik beradik untuk bersama meraikan di sisi ayahanda dan bonda.

Kepuasan jelas terbayang di wajah ayahanda bonda sejak sehari sebelum raya melihatkan keletah cucu-cucunya dan melayan karenah anak menantu. Tidak seperti tahun-tahun lepas bilamana ada titik kesuraman di wajah ayahanda bonda sewaktu tatkala EidilFitri menjengah.

Semoga keriangan dan kesejahteraan senantiasa mengiringi hari-hari mendatang ayahanda bonda dan berharap Allah memberkati doa kami, mengurniakan limpah nikmat dan kurniaNya untuk ayahanda bonda tersayang.

Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, September 7, 2010

Dove World Outreach Yang Lahanat dan Laknatullah

Geram dan sedih yang teramat tatkala aku membaca perihal sebuah pertubuhan bernama Dove World Outreach Centre berpusat di Amerika akan meraikan tanggal 11 September yakni tarikh keramat tersembamnya ke bumi World Trade Centre sebagai hari pembakaran Al-Quran. Konon ia sebagai simbolik tentang apa yang dituduh Islam sebagai pengganas. Mereka ni takde kerja lain selain nak cari gaduh dan silap umat Islam kemudian menuding kembali menyatakan umat Islam adalah pengganas pabila kita bertindakbalas.


Apa yang membimbangkan kita ialah budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang mudah terpedaya dan terikut-ikut dengan budaya durjana dari Barat. Tidak terkecuali kaum Melayu keturunan Islam dibimbangi akan meraikan 11 September turut sama membakar Al-Quran. Kerana dalam peristiwa lepas kita telah dihidangkan dengan kesesatan segelintir orang Melayu dengan ajaran Black Metal sehingga sanggup memijak dan menghina Quran yang suci dengan berbagai cara. Jadi adalah tidak mustahil sekiranya peristiwa seumpama itu berulang lagi. Kebimbangan ini telah disuarakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dengan berkata semua pihak di negara ini harus bertanggungjawab menjaga sensitiviti kaum dan jangan menggunakan isu ini sebagai kepentingan sendiri.

DWOC telah menggariskan 10 perkara kenapa Quran harus dibakar menurut kepala hotak najis mereka. Amat pilu kita sekiranya perancangan tersebut terlaksana oleh gerombolan laknatullah itu tanpa sebarang tindakan atau pencegahan dari kerajaan Obama.

Oleh itu kita menyeru supaya pihak kerajaan Malaysia diketuai oleh NajibTuya bersama-sama dengan pemimpin negara Islam lain menyelar cadangan itu serta mengingatkan Obama supaya proaktif mendahului tindakan pencegahan sebelum tercetusnya perkara yang tidak diingini.

Saturday, September 4, 2010

Pulau Mana Pulak Nak Kena Gadai?

Aku tak konfiden langsung dengan semangat patriotik yang ada dalam diri setiap orang umno-apco. Depa pandai nyanyi je lagu-lagu patriotik pasal hari-hari zikir depa cuma nyanyi. Seronok..seronok..seronok..itu saje dalam kepala depa.


Depa kalau bab duit pandai walau maruah serta kedaulatan negara dipinggir. Sebab tu negara jiran pandang sebelah mata pada kredibilti pemimpin Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan NajibTuya yang nak kena saman oleh Shariibu tu. Depan NajibTuya tentulah mereka angkat ekor, puji itu ini, biasalah orang umno-apco kalau kena cara bodek kembang pungkoq lah. Tapi lambat ada peluang mesti orang luar rembat.

Cuba kenang kembali tragedi sebuah pulau cuma secotek besarnya dan sekangkang tanah milik kita yang kemain tiada berharga nilainya di sana telah diserah bodo-bodo kepada negara anjung israel tu. Mana kehebatan 'keris' umno-apco? Sesama Melayu beranilah kau hunus tapi rupanya secara glokal umno-apco diam menikus sanggup menjadi pencacai yahudi.

Lepas ni Malaysia nak bincang hal sempadan dengan Indon pulak. Aku bimbang lagi entah-entah tanah tumpah darah kita yang mana lagi umno-apco nak gadai kat Indon. Lepas satu demi satu hak kita dan maruah kita akan menjadi milik orang.

anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi,
air mata darah bercampur keringat,
tanah dipijak milik orang...

nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat angkara umno-apco belaka,
melayu lenyap di arus zaman...

Kalau Bilis Memang Tak Lepas

Hahaha... oleh kerana kau 'jerung' yang ganas, mudah ajelah kau redah 'pukat' hingga koyak rabak. Kalau bilis sahih kena serkap lalu direbus untuk dijemur kering. Nasib jerung selalu baik lebih-lebih lagi jenis jerung berpangkat Ketua Umno Bahagian. Sementelah pulak 'tekong' bot tersebut memang tak guna satu sen pun samada dia takut dengan jerung atau memang dia dah kena 'makan' oleh jerung tu.


Lahabau undang-undang persis yahudi. Jika undang-undang hasil tangan manusia ni tak banyak beza kerana mereka saling ciplak dan saling modify. Hanya satu je undang-undang paling hebat dalam dunia ni yakni undang-undang Islam @ hudud. Andai berdepan dengan hudud siap la kau, dengan jerung dengan tekong sekali kena jemur buat kering.

Ketua UMNO bahagian bebas tuduhan gubah wang haram

Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd. Fauzi Ismail daripada tuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM138,210 pada tahun 2005.

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan demikian setelah menolak rayuan pihak pendakwaan selepas meneliti penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama yang dihadapi, Mohd. Fauzi didakwa menerima RM91,650 hasil aktiviti haram daripada Mohd. Syahbuddin Hashim, 26, di hadapan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini antara pukul 12.30 tengah hari dan 7 malam, 6 Januari 2005.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menerima RM46,560 hasil aktiviti haram daripada Wan Ibrahim Wan Setapa, 43, di Pejabat UMNO Bahagian Kubang Kerian dekat sini antara 1 tengah hari dan pukul 2 petang, 10 Januari 2005.

Pada 22 Januari 2008, Mahkamah Sesyen di sini mendapati Mohd. Fauzi tidak perlu membela diri berikutan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadapnya bagi dua pertuduhan itu.-klpos

Friday, September 3, 2010

Peringatan Untuk Aku Dan Untuk Semua

Kita sama saling ingat mengingati atas perkara kebaikan. Di sini aku ingin manafaatkan satu hadis Rasulullah s.a.w. untuk mahasabah kita semua.


Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Galakan Mengerjakan Ibadat Sunat
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.”

(Bukhari & Muslim)


Huraian

1. Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu ialah dengan melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalam-amalan an-Nawafil (sunat).

2. Maka untuk melakukan amalan-amalan tersebut memerlukan jihad, kemampuan serta kerelaan hati, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.

3. Antara amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ialah seperti:

i. Sembahyang sunat Dhuha- iaitu sembahyang yang dikerjakan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan afdhalnya ialah lapan rakaat. Masuk waktunya pula ialah apabila matahari meninggi kadar segalah

ii. Berpuasa sunat terutamanya tiga hari dalam sebulan iaitu di hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan dari bulan Qamariah).

iii. Sembahyang witir iaitu sembahyang sunat yang paling utama setelah sembahyang wajib. Waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah terbit fajar. Paling sedikit bilangan rakaatnya ialah 1 rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat. Ia dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

4. Dalam mengerjakan ibadat janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan yang dilakukan tanpa memikirkan kualitinya kerana tiada gunanya amalan yang banyak sedangkan ianya tidak diterima oleh Allah SWT. Hal ini mungkin disebabkan ibadat tersebut dikerjakan tanpa khusyuk atau kerana timbulnya perasaan riya' dan ujub yang membinasakan pahala.

sumber: JAKIM

Thursday, September 2, 2010

KuNan Mabuk: Minum Air Tapei & Panadol

KuNan ni sedang mengarut (sib baik bukan mencarut) macam orang mabuk. Sedang 'high' kot, tak berpijak di bumi realiti. Musim berbuka puasa ni bimbang jugak aku kalau KuNan tersalah makan, kot sakit perut minum air tapei pastu makan panadol, hehehe...agaknya boleh berbuih mulut ni pastu padam. Takdelah aku nak doakan si 'mulut tongkang' ni mati tapi biarlah berhati-hati.


Cakap merabu meraban. Aku tak kisah pasal itu hak dia, mulut dia. Tapi aku nak royat bahawa orang baca berita tu nampak dia bodo lah, cakap di alam fantasi. Itulah heran di bulan yang mulia ni seolah Tuhan nak tunjuk kebobrokan, kebebalan dan kebodohan pemimpin serta haprak bawahan umno-apco. Semakin hampir tamat Ramadhan, umno-apco semakin cakap besar, semakin banyak tabur fitnah. Aku dah nasihat dulu supaya orang amno-apco insaflah jangan kat Mahsyar nanti duk gonggong bangkai. Nauzubillah.

Kenapa AbgMad Maroh Sangat?

Keje juruaudit buat penilaian dan semakan sehingga selesai. Laporan mesti lengkap. Amanah dan tanggungjawab juruaudit terlalu berat. Takkan itu pun AbgMad dok tau. Isu yang timbul berkenaan kilang Top IT tu pasti sudah lama diperkatakan. Tapi macam biasalah 'benda' yang ada kaitan dengan kepentingan umno-apco maka ketua dan para juak tengok sebelah mata sahaja, kata orang putih 'tak ambik port'. Juruaudit semestinya takmo lihat kerajaan Ganu nampak koman lagi di mata rakyat Malaysia jika bangunan kilang Top IT tersebut runtuh pulak nanti. Jadi apa jua kepincangan perlu ditulis dalam laporan audit supaya AbgMad dan kerajaannya faham. Malangnya buat tak faham. Bila pembangkang cuba bangkitkan untuk memperbaiki, AbgMad meroyan pulak dah. Jangan buat rakyat nampak AbgMad bodo sangatt, malu lah.



KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menuduh Jabatan Audit seolah-olah mensabotaj kerajaan negeri kerana maklumat laporan audit keatas syarikat Top IT Industries Sdn Bhd. terdedah kepada umum.

Ahmad dipetik Bernama berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil pihak daripada Jabatan Audit yang dipercayai mendedahkan beberapa maklumat mengenai syarikat itu kepada pembangkang.

"Saya tidak faham mengapa Jabatan Audit telah memberi laporan berkenaan kepada pihak pembangkang jika ada berlaku perkara sedemikian. Apa tujuan Audit berbuat demikian seolah-olah hendak sabotaj kerajaan negeri dalam perkara ini?.

"Sepatutnya Audit memberi laporan terlebih dahulu kepada kerajaan sebelum mendedahkan kepada pihak lain jika ada sebarang perkara yang tidak kena berlaku," tegasnya

Wednesday, September 1, 2010

Celaka Umno Memang Takde Insuran Akhirat

Makin penghujung Ramadhan makin galak pulak umno-apco menyebarkan fitnah. Tergamak dia modified gambaq tu seolah LGE yang sembelih lembu! Buang tabiat ke umno ni? Di hari baik bulan baik ni depa umno-apco sanggup menconteng arang ke muka Ramadhan. Mana korang nak dapatkan fadhilat dari suku ke-3 terakhir Ramadhan? Sepertimana yang kita biasa setiap malam dengar dalam tazkirah Terawih oleh para imam atau ustaz (kat masjid dan surau Pas ade lerr.. kat masjid hadhari haram dia nak tazkirah gini), dari hadis Nabi s.a.w bahawa sepuluh malam pertama Ramadhan adalah kerahmatan Allah, sepuluh malam kedua pula pengampunan Allah, manakala sepuluh malam ketiga adalah pembebasan dari api neraka. Tapi kalau dah asyik tiap-tiap malam sepanjang Ramadhan umno-apco kerjanya duk reka-reka fitnah seterusnya tentulah tak berbau langsung keharuman syurga malah tak mustahil kalau dijadikan Allah sebagai arang pembakar api neraka. Nauzubillah.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET