Wednesday, September 30, 2009

Tuan Guru Nik Aziz: Istilah Akidah Umno

Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur. Ketika melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terpandang satu ayat yang sedikit mencurigakan. Ia berbunyi begini:


Perdana Menteri berkata, “kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak. Jangan persoalkan akidah kita (Umno)” (Berita Harian 8 September 2009).

Melihatkan kenyataan ini, hati saya tertanya-tanya sama ada bolehkah manusia atau parti politik membuat akidah? PAS tidak pernah mencipta akidah. Islam ini bukan pandai-pandai PAS. Ia agama yang diturunkan kepada Nabi-Nabi oleh Allah Azzawajalla.

Bermula dari Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang PAS lakukan ialah meniru bulat-bulat keputusan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T. melalui kalimat syahadah dan tauhid Allah dalam segala segi.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Katakan: Dialah Allah, Yang Maha Esa Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.(Surah Al Ikhlash: Ayat 1 hingga 4).

Dizaman dahulu, orang merujuk akidah itu sebagai i’tikad. Ia berasal dari perkataan aqoda dan bermakna ikatan. Akad nikah adalah ikatan antara A + B. Begitu juga dengan akad jual beli. Akidah adalah kesimpulan. Ia persoalan tali pengikat yang menyimpulkan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Orang yang berpegang dengan akidah dinamakan sebagai orang yang mempunyai kesimpulan hidup yang kukuh.

Dalam hal ini Nabi S.A.W. pernah bersabda yang membawa matan, “telah ku tinggalkan engkau dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan hadith. Berpeganglah keduanya dengan tangan kamu sekuat-kuatnya atau gigitlah ia dengan gigi gerham/taring (jika dikhuatiri akan terlucut).”

Kandungan yang terdapat dalam akidah ialah Islam + Iman. Ia bertujuan untuk selamat di akhirat. Bercakaplah sama ada mengenai pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, taraf hidup atau budaya murni – pada akhirnya, kesemuanya sekali mesti menuju kepada mencari hasanah di akhirat.

Di sini, Umno buat akidah untuk apa? Saya cukup hairan bahkan terkejut apabila Presiden Umno tanpa segan silu menggunakan perkataan ‘akidah Umno’. Sejak bila Umno mencipta akidah? Jika dia buat sekalipun maka sahlah bahawa akidah jenis ini adalah palsu. Ia tidak dinilai di akhirat kelak. Kita perlu cermat untuk membezakan antara dasar atau perlembagaan parti dengan perkara akidah dalam agama.

Saya ingat, ilmuan Islam lebih arif untuk menjelaskan perkara ini. Inilah puncanya yang selalu saya katakan bahawa pintu rundingan antara PAS dan Umno sudah tertutup rapat. Apa yang mungkin boleh Umno lakukan ialah menukar dasar daripada kebangsaan kepada dasar Islam. Dengan cara ini, barulah rakyat ada keyakinan bahawa Umno ini parti yang sudah mempunyai akidah Islam.

Perubahan dasar ini adalah satu perkara yang sangat mustahak kerana hidup dalam segenap perkara termasuk dasar parti Islam perlu diselaras dengan akidah Islam. Dasar ini harus berasaskan akidah yang tepat dan diredhai oleh Allah S.W.T. saja akan menuju ke jalan Syurga. Sebaliknya mana-mana dasar atau parti atau pertubuhan yang tidak selaras dengan akidah Islam adalah ditolak. Perkara akidah ini bukan boleh dibuat oleh mana-mana manusia. Mana boleh manusia atau pertubuhan membuat akidah partinya yang sendiri.

Akidah Islam boleh terpancar dalam pelbagai lafaz doanya. Di dalam doa Iftitah misalnya, terkandung aspek penyerahan menyeluruh terhadap rabb seperti, “sembahyangku, hajiku, segala aktiviti hidupku dan matiku (nyawaku) kerana Allah Taala.”

Begitu juga doa dan zikir-zikir masyhur yang menjadi amalan rata-rata umat Islam. Misalnya, selepas sembahyang kita berwirid yang membawa maksud:

a) “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan milikNya dan bagiNya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan (semua perkara), sedangkan Dia sentiasa hidup dan tidak mati, ditanganNya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas semua perkara.”

b) “Allah telah menjamin aku dan cukuplah Allah bagiku, Allah Maha Mendengar permohonan sesiapa yang bermohon (kepadaNya), tidak ada lagi selain Allah tempat meminta dan berhajat.”

c) “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada seorang lelaki (bapa), ibuku yang juga hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, berlaku ke atasku setiap ketentuanMu, terlaksana ke atasku setiap keputusanMu, aku mohon kepadaMu dengan (berkat) semua nama yang Engkau namakan kepada zatMu atau nama yang Engkau sebutkan di dalam kitabMu atau nama yang Engkau ajarkan kepada sesiapa sahaja dari kalangan makhlukMu atau nama yang Engkau rahsiakannya di dalam ilmu ghaib di sisiMu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yang maha agung sebagai sumber ketenangan bagi hatiku, cahaya penglihatan mataku, menghapuskan perasaan dukacita dan sebagai penghalang kepada perasaan sedih dan gelisah.”

d) “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Dari empat petikan maksud doa-doa di atas, sangat jelas konsep tauhid yang mengEsakan Allah. Dialah sumber kekuasaan, satu-satunya tempat ketaatan dan titik tumpuan dalam pengabdian makhluk. Ini bukan soal 1Malaysia kerana Islam mengajar kita bahawa tiada zat dan tiada Tuhan yang wajib dan boleh atau wajar disembah melainkan Allah Yang Maha Besar.

Jika mahu bercakap soal perpaduan dan penyatuan, maka inilah titik penyatuan dasar yang saya selalu sebutkan. Ertinya, jika Umno kononnya ikhlas untuk melakukan kerjasama demi kepentingan masa depan Islam dan ummah di negara ini, maka Umno perlu bersedia terlebih dahulu untuk mengubah dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Jika betullah nak jaga Islam, PAS lah partinya yang menjadi pilihan kerana dasar PAS sejak awal lagi ialah Al-Quran dan Hadith. Ini berlaku sejak penubuhannya di Pulau Pinang pada tahun 1951 lagi. Ini berikutan alim ulama’ dalam Umno keluar dari Umno untuk menubuhkan PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno yang berfahaman kebangsaan. Dengan latar belakang ini semua orang harus masuk PAS untuk bersama dengan PAS. Tidak timbul soal PAS dipelawa untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan demi kononnya untuk masa depan Islam dan ummah di negara ini. Ini bukan isu.

Kelantan sudah hidup hampir 20 tahun di bawah dasar Islam dan kami tidak mempunyai apa-apa masalah. Bahkan secara hikmah dan istiqamah, kami telah secara berperingkat-peringkat sedang menukar pemikiran rakyat (brainwash) daripada menjadi pak turut kepada cara hidup mat saleh secara membabi buta kepada menjadi pak turut kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak Islam. Pada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram. Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda. Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini. Kita kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah dan sedang menggunakan segala kemudahan yang Allah sediakan. Jadi, sepanjang masa dalam hidup kita, kita telah termakan budi dan berhutang budi. Jika kita sedar yang kita menumpang bumi Tuhan, maka kita kenalah patuh kepada undang-undang dan peraturan Pemiliknya.

Jadi jelaslah bahawa dalam hidup kita ini, hanya terdapat satu sahaja akidah iaitu akidah Islam. Jika ada juga akidah lain yang didakwa oleh sesiapa, maka sahlah ia adalah akidah bertaraf setinggan. Percubaan Umno yang membangkitkan rundingan mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini adalah cerita lama. Umumnya, rata-rata pemimpin PAS, sudah tidak lagi berminat dengan gimik-gimik kabur yang seumpama ini. Hanya orang PAS yang tidak mahir dengan gelagat lawan sahaja boleh keliru dengan permainan yang sedemikian. Pada saya, apa yang ada di hadapan cukup jelas. Sambil menegur dan berdakwah untuk saling ingat-mengingati dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, saya perlu memberitahu bahawa kami sedang melangkah dan akan terus melangkah. Kami menuju bulan purnama.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.

Giliran Obama Pula Iktiraf Islam Hadhari

PakLah dan negara pernah dibanggakan dengan pengiktirafan George Bush terhadap Islam hadhari. Siapa pengasas gagasan Islam hadhari yang membenamkan pentadbiran kerajaan Pas di Terengganu jika bukan PakLah. Majoriti rakyat Ganu terpengaruh dengan kosmetik Islam hadhari yang konon menerajui Umno kearah Islamisasi, sebaliknya membawa malapetaka terhadap masalah sosial yang semakin meruncing dalam persekitaran budaya rakyat Ganu.


Kembang kempis hidung PakLah serta para pemimpin Umno mendapat ke'cakne'an sedemikian rupa dari pimpinan agung sekular dunia @ syaitan Amerika. Mana tidaknya sahabat sebantal Yahudi laknatullah pembantai umat Islam tersohor dunia menghargai Islam hadhari. Bush iktiraf kerana Malaysia lebih sekular dari Amerika sendiri, kerana Malaysia mengamalkan mazhab baru Islam hadhari yang dilihat berupaya memerangkap serta memesongkan ramai umat Islam Malaysia, kerana Malaysia secara tersirat telah lama mengiktiraf kewujudan pengganas tajaan Amerika yakni Israel.

Dan hari ini Presiden Obama pula mengeluarkan kenyataan menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. Sudah tentu Obama mengambil rujukan dari Bush serta meneruskan kesinambungan kebodekan Bush. Obama dalam kempen pemilihan Presiden Amerika telah menggunakan motto "Sahabat Sejati Yahudi' sehinggalah dia meraih kemenangan hasil sokongan dan undian 78% masyarakat Yahudi Amerika. Umno duk sibuk menjaja konon pembangkang adalah sekutu Amerika walhal terang lagi bersuluh siapa jalang sebenar talibarut Amerika.

Kenapa Zahid Hamidi tidak bersumpah sanggup mengerat jari kelingking menafikan pertemuannya dengan Ehud Barak tempohari? Kerana Zahid membawa misi persahabatan dari kerajaan Umno dengan Israel. Secara tidak rasmi Obama memandang sikap Zahid ini akan menjadi dorongan atau laluan atau contoh kepada negara Islam lain untuk memberi muka kepada Israel. Pengiktirafan Obama sekali lagi terhadap Islam hadhari mewakili kerajaan Amerika membawa makna yang tersirat.

Syed Hamid Albar pernah sekali bersua dengan pemimpin Israel di New York. Kita tak perasan ke bahawa pada suatu masa walau dalam jangka masa tertentu pasti ada wakil negara kita akan 'bersua' dengan wakil Israel. Adakah pertemuan sengaja diatur atau secara kebetulan, wallahuaklam.

PUTRAJAYA 28 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sekali lagi menekankan bahawa negara itu menghormati dan menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam yang berjaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Negara AS, James B. Steinberg kepada beliau dalam kunjungan ke pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurutnya, Obama turut berharap Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama.

"Pada asasnya mesej daripada pentadbiran Obama adalah mereka mahu menjalin hubungan produktif dengan negara ini.

"Mereka juga menyatakan bahawa Malaysia begitu progresif dan memastikan kesederhanaan dalam mengamalkan nilai-nilai Islam," katanya.

Tuesday, September 29, 2009

Non-Malayu Lebih Reti Bahasa

Setelah lebih 50 tahun diperbodohkan oleh Barisan Nasional, disuap dengan rasuah ekonomi serta pembangunan, kini non-Malayu telah mula membuka mata mencelikkan hati bahawa semua sogokkan itu sekadar hiasan semata. Sekarang mereka lebih terarah untuk mencari keadilan dan kebajikan sebagai resam hidup. Bukan lagi material semata.


Buktinya kita melihat dalam semua PRK sebelum ini yang memihak kepada PR bagaimana non-Melayu bersungguh dan ikhlas menyatakan pendirian mereka menyokong Pakatan Rakyat antaranya dengan berani membawa atau mengarak panji-panji Pas serta Pakatan Rakyat, memakai uniform dengan aksesori Pakatan Rakyat. Tanpa segan tiada silu.

Sebab itulah kita dapati kaum ini mula mengorak langkah jauh meninggalkan orang Melayu terutamanya melayu Umno yang masih ditambat hidungnya agar senang diperhambakan diperbodohkan oleh pemimpin Umno/BN demi survival politik haprak mereka.

Sayang seribu kali sayang segelintir rakyat (baca puak BN) masih lena diulit iblis menyamar bidadari, sedangkan majoriti rakyat berbilang kaum di negara kita telah nampak bahawa Pakatan Rakyat adalah opsyen bagi mereka menghala tujukan kehidupan generasi akan datang kearah yang lebih baik dan harmoni.

Wahai umat Melayu ku, bukalah mata, pasangkan telinga, ikhlaskanlah hati untuk menerima kehadiran Pakatan Rakyat dalam kehidupan kalian. Provokasi, konfrontasi dan kukubesi adalah ajaran serta amalan Umno/BN kini. Matlamat menghalalkan cara tidak akan pernah luput dari kitab Umno hadhari.

Takziah Buat Sahabat

Terkejut isteriku bila dimaklumkan padanya bahawa KakDa telah pulang ke rahmatullah. Terkedu dia. Pada raya ke-4 kami sempat mengambil peluang untuk beraya sambil melawat beliau di Kg Tebing Tembah. Rupanya itu adalah pertemuan terakhir kami dengannya.


Zaujah ku agak senang kenal dengan KakDa walaupun baru 2-3 kali berjumpa. Terkebetulan pula suami arwah iaitu sdr. Mohamad Bin Ibrahim akrab dengan aku sementelah lagi kami ada bau-bau bacang. Itulah keberkatan dalam berjemaah. Tanpa diduga kita bertemu sedara atau waris. Semakin menyemarakkan ukhuwwah.

Selain diamanahkan sebagai orang kuat Penerangan DUN Paka, Sdr Mohamad antara tulang belakang blog lpdn28 yang semakin manthob.

Semoga sahabat kita ini diberikan kekuatan serta kesabaran olehNya dalam menghadapi hari-hari mendatang tanpa insan tersayang disisi. Marilah kita sama-sama berdoa agar arwah KakDa ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat perlindungan dariNya.

Al-Fatihah.


Saturday, September 26, 2009

Janji Munafiq: Mana Baki Wang Royalti

Aku memihak pada AbgMad sebagai rakyat Ganu yang berhak menuntut hakmilik kita yakni pitih royalti untuk rakyat Ganu. Bukan menyokong beliau atas dasar politik atau jauh sekali sokong Umno, takde selera langsung dengan Umno, ibarat kalau sedang menelan makanan pasti akan terluah balik a.k.a. muntah.


Friday, September 25, 2009

Bila KULPRIT Bersuara

Kata P.Ramlee ; Eloklah tu..Penyamun menipu Penyangak (3 Abdul)

Kata Aku ; Moleklah tu.. Kulprit lawan Haprak.


Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.

"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Exco Baham Pitih, MB Terkapur

Sangkaan ramai bahawa MB Ahmad tiada sokongan langsung dari Umno Pusat semakin nyata. Antaranya ialah kerisauan AbgMad untuk membubarkan DUN bukan disebabkan beliau takut kalah jika diadakan PRK Terengganu tetapi beliau lebih arif terhadap dendam puak Deris yang pastinya menghasut Hishamah untuk menyingkirkan semua kroni AbgMad dari bertanding.


Selain itu ada pula berita mengenai Kerajaan Pusat tidak memberikan kerjasama dalam mengalirkan dana untuk perlaksanaan projek tempatan kepada Kerajaan Negeri. Ini dikaitkan dengan khabar berita bahawa dana projek diagihkan terus melalui Exco-exco kerajaan Negeri Terengganu tanpa MB dapat berbuat apa-apa.

Maklumat kepincangan ini diperolehi dari daerah paling kuat menentang AbgMad iaitu Kuala Berang. Meskipun telah 2-3 bulan berlalu namun isu ini masih diperangatkan oleh rakyat sekitarnya. Iaitu bagaimana seorang Exco mewakili daerah ini mengarahkan Jurutera Daerah (JD) Kuala Berang membahagi-bahagikan projek inden yang bernilai RM1.5 juta dikalangan ahli-ahli Umno tertentu dan bernaung dengan kroni Deris.

Malah AbgMad sendiri pernah menyuarakan ketidakpuasanhati bilamana kontraktor mudah mendapatkan peruntukan untuk sesuatu projek namun sebaliknya pula layanan Pusat kepada pihak AbgMad yakni kerajaan Negeri. Oleh itu tidak musykil atau tiada apa yang mustahil dengan tahap kemewahan segera yang dikecapi oleh setiap YB Umno lebih-lebih lagi yang bergelar Exco.

KUALA NERUS – Kegelisahan rakyat dan para pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh semakin bertambah, apabila disana sini kedengaran cakap-cakap yang wakil Rakyatnya tidak lagi ’cakna’ rakyat.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/TanahRamliNuh%20002.jpg”Rata-rata rakyat DUN Tepoh sekarang rasa, YB tidak lagi seperti dulu, sewaktu penggal pertama menjadi wakil rakyat,”kata seorang ahli Umno yang ditemui Buletinonline.

Malah, yang paling malang bagi YB Ramli Nuh, ada tuduhan yang mengatakan bahawa beliau kini sedang sebok mengumpul harta bernilai jutaan ringgit.


Ahli Umno dan pengundi DUN Tepoh yang tidak mahu dikenali itu mempersoalkan, bagaimana dalam masa dua penggal sahaja, Ramli boleh membeli 3 lot tanah dan merancang membina sebuah rumah baru.


”Mu beli tanah RM500,000 dan nak buat rumah RM500,000, ambil pitih mana,”soal ahli Umno tersebut yang ditujukan kepada ADUN Tepoh terbabit.

Rasuah Suatu Budaya

Kenapa rasuah dikatakan suatu budaya? Kerana ia menjadi menu utama bagi memastikan suatu hal atau perkara berjalan baik atau lancar. Tanpa 'habuan' atau 'hulur' keputusan menjadi terhalang, gagal, hambar dan negatif. Dari A sehingga Z semuanya bergerak dengan duit sisipan. Malah disesetengah tempat bermula dari 'pintu gerbang' rasuah telah dihulurkan kepada pengawal keselamatan atau jaga, tidak perlu wang memadai hanya dengan sekotak rokok atau air kotak cuma.

Selain itu rasuah bagaikan mendapat restu dengan kata lain dihalalkan oleh masyarakat umum. Ia semakin lama semakin bermaharajalela. Tiada mekanisma ampuh untuk membendung atau membanteras kegiatan ini. Pandai makan pandai simpan. Jika terkebetulan sangat barulah rahsia bocor dan SPRM pun bertindak. Namun SPRM sendiri bersikap pilih kasih. Hanya golongan rasuah kecil-kecilan juak ikan bilis yang ditangkap manakala mafia samseng jerung dilepaskan dengan pelbagai alasan.

Apa rakyat harus buat ialah dengan menghapuskan pusat pembiakan virus rasuah ini. Rakyat yang bijak sudah tentu seawalnya mengetahui bahawa hanya satu sahaja terdapat tempat akar umbi pembiakan virus rasuah di negara kita iaitu UMno/BN. Dari Umno/BN lah virus rasuah membiak subur kemudian menyelinap dicelah-celah kalangan masyarakat kita terutamanya orang Melayu. Tanpa korupsi Umno/BN pasti telah lama pupus dari mayapada. Sepertimana laporan dari International Transparency bahawa kerugian akibat rasuah yang ditanggung oleh negara saban tahun adalah lebih kurang RM10 billion, suatu angka yang bukan sedikit. Rakyat sekadar mendapat habuk dan sisa sahaja dari cebisan dana yang berbillion itu.

Jawatan wakil rakyat peluang buat duit, lapor TI


Beliau menyifatkan rasuah telah menjadi cara hidup di Malaysia ketika rakyat negara ini merasa tidak berdaya dan kebanyakannya mengalah kepada rasuah yang menjadi-jadi akibat sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan berbuat apa-apa walaupun terdapat tuduhan rasuah yang serius.

Beliau seterusnya mendedahkan, institusi dan badan penguatkuasa yang ada di negara ini tidak berkesan dan tidak bebas sepenuhnya.

"Masyarakat percaya tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan dan mereka yang diamanahkan dengan wewenang dan kuasa untuk merubah perkara yang berlaku tidak komited (untuk bertindak ke atas jenayah rasuah) atau tidak berdaya melakukannya," sebuah laman web memetik beliau berkata.

"Badan anti rasuah seringkali gagal menangkap 'ikan besar' yang dikatakan pihak yang sebenarnya terlibat di dalam kes-kes rasuah".

Low menyifatkan SPRM dan lain-lain reformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi rasuah masih belum menunjukkan hasil yang diharapkan.

"Terdapat rasa meluat yang begitu kuat terhadap keadaan yang tidak berubah-ubah itu," kata beliau dalam sidang akhbar mengenai 'Laporan Rasuah Sedunia 2009: Rasuah dan Sektor Swasta' yang antara lain mendedahkan bahawa indeks rasuah di Indonesia jauh lebih rendah dari Malaysia.

Menurut beliau, rasuah diterima, kalaupun tidak dibiar dan dimaafkan, sebagai cara hidup di negara ini kerana ketidakjujuran, rasuah dan mengabdikan diri kepada hawa nafsu telah menjadi nilai-nilai yang diterima malah dipuja-puja.

Wednesday, September 23, 2009

Jauh DiMata Jauh Jua DiHati

Dua majlis raya berasingan oleh dua pimpinan terperasan sohor Ganu lening. Sorang di Besut manakala sorang lagi di Kuala Terengganu. Dok belaga angin. Sorang kepala angin sorang lagi mudah naik angin.


Melihat pada angka laporan tersebut tak kurang hebat sambutan untuk keduanya. Tapi apakah keduanya dapat bertahan jika datang ribut PRU-13 nanti atau sekadar menjadi kenangan yang bakal terpahat sebagai 'tokoh sejarah kehancuran yang tidak pernah dilihat' oleh Umno di Terengganu.


Abg Mad


Ahmad Said dan isteri, Datin Norliza Mahmud beramah mesra dengan pengunjung Seri Iman, pada majlis rumah terbukaAidilfitri Menteri Besar Terengganu, kelmarin.
KIRA-KIRA 7,000 orang segenap lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Seri Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.

Pada majlis raya pertama itu, pelbagai juadah tradisional dihidang kepada para tetamu dan Menteri Besar juga menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.



Datuk Seri Idris Jusoh (kiri) bersama isteri, Toh Puan Che Kamariah Zakaria (dua dari kiri) membantu mengagihkan teh tarik kepada para pengunjung di rumah terbukanya di Jertih, semalam.

deris jusoh

Lebih 5,000 orang ramai membanjiri rumah terbuka Pengerusi Mara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh di kediamannya di Jertih, Terengganu, semalam.

Rumah terbuka pada hari raya kedua ini yang disambut secara sederhana tetapi meriah bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat tempatan.


Tuesday, September 22, 2009

Hanya 27 ada sijil halal

Di era aku kerja makan gaji dulu kerap outstation dan menginap kat hotel-hotel bertaraf sederhana dan biasa sahaja. Bukan aku tanak duk kat hotel bertaraf berbintang-bintang tetapi hanya level biasa yang termampu kompeni tanggung...wakakaka. Dikalangan sahabat yang pernah menginap kat hotel berbintang tu ada mengingatkan aku agar sebolehnya jangan soru atau santap menu hidangan hotel berkenaan.

Kata mereka hotel yang banyak bintang ni ada menghidang daging katak sebagai antara menu hidangan. Nak tak nak walau satu hidangan daging katak mesti ada, bercampur aduk dengan menu halal yang lain, itu sudah kemestian kata mereka. Aku pun kemam mulut mendengarkan pengakuan sahabat tadi. Samada benar atau tidak wallahuaklam.


KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.
Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam.
Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka.

“Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus.

“Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya.

Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam.
“Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel.

“Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya.

Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat.
Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.-utusan.

Kerajaan Terengganu beroperasi tanpa sokongan majoriti

KUALA TERENGGANU, Sept 20 — Krisis politik Terengganu dilihat semakin runcing apabila beberapa usaha termasuk lawatan khas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan Ketua Perhubungan Datuk Hishamudin Husein gagal menampakkan hasil positif untuk memulihkan keadaaan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana semakin jelas beliau kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam dewan berkenaan.

"Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa perbalahan antara kumpulan Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hanya akan dicari penyelesaian selepas hari raya jelas menunjukkan krisis ini amat serius," kata jurucakap PKR Terengganu, Hashimi Datuk Haji Abbas dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Bagi menghormati amalan demokrasi kata beliau, kerajaan negeri tidak lagi layak untuk terus mentadbir dalam keadaan Menteri Besar hanya disokong oleh segolongan minoriti ahli dewan undangan negeri.

Menurut beliau, kumpulan penyokong Idris yang terdiri lebih 12 ahli dewan jika dicampur dengan ahli dewan daripada PAS jelas telah menafikan majoriti penyokong Ahmad Said dalam DUN.

"Kita yakin keadaan ini dari segi semangat demokrasi akan menjadikan kerajaan berjalan dalam keadaan tidak sah dan bercanggah dengan kehendak rakyat," jelas beliau.

Krisis politik Tergengganu tercetus dengan desas desus sekumpulan ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar akan melompat menyertai pembangkang.

Tindakan kumpulan itu dkatakan tidak menjadi kenyataan kerana pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak positif dengan pelan berkenaan. Bagaimana pun Harun menafikannya kerana tidak ada sebarang perbincangan mengenainya.

Perkembangan terakhir di mana Muhyidin Yasin membuat kenyataan bahawa krisis politik Terengganu hanya akan dicari penyelesaian selepas hari raya menimbulkan persoalan baru bahawa pihak yang menentang Menteri Besar serius untuk mengambil tindakan drastik.

Tinjauan MI di sekitar Terengganu menunjukkan kain-kain rentang ucapan selamat hari raya di kawasan dikuasai kumpulan anti Ahmad Said tidak meletakkan gambar menteri besar itu besama ADUN.

Adun Kuala Besut misalnya meletakkan gambar beliau bersama dengan Idris Jusoh bukannya Ahmad Said. Ia dilihat satu keganjilan walaupun Idris adalah ketua bahagian Umno Besut.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalaamualaikum w.b.t.,

Pertama-tamanya marilah kita sama mendoakan semoga segala amal ibadat dan amalan kebaikan yang telah kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan adalah dengan penuh ikhlas untukNya serta mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata'ala.

Pejam celik Ramadhan berlalu begitu cepat kita rasakan dan dalam beberapa jam sahaja lagi ia akan meninggalkan kita. Bulan yang mulia. Bulan bonus ibadah untuk kita semua dari Allah. Apakah kita akan diketemukan lagi olehNya pada tahun hadapan? Marilah kita bermuhasabah.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri terutamanya kepada kedua ibubapa tercinta Hj Mohd Atam dan Hajjah Aznah.

Juga ucapan Salam Aidilfitri untuk rakan-rakan blogger Sinar Hairan, Siakaphijau, Pemudapaskemasik, LPDN28 dan Pemudapasdunkijal.

Seterusnya kepada rakan-rakan blogger tko iaitu Dusunnyior, Mengejar cahaya, Siputonline, lordAzaab dan talikasutkayu.

Last but not least Salam Aidilfitri buat para pengunjung setia Gelombang Hijau yang telah bersama menceriakan blog ini.

Selamat Hari Raya daripadaku hamba Allah yang dhaif, isteri serta anak-anak tersayang.

MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Friday, September 18, 2009

Haram Tetap Haram Walaupun 10sen

KUALA NERUS – Rasuah boleh dihapuskan sekiranya al-Quran dilaksanakan dalam masyarakat kita kerana sejarah membuktikan al-Quran yang dibawa oleh RasuluLlah SAW memecahkan radisi jahiliyah dan menyelesaikan masalah sosial yang begitu parah.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata rasuah begitu berleluasa berlaku dalam Negara kita.


Thursday, September 17, 2009

RON95: Korek Hidung Lagi Best

Sejak hari pertama RON95 berada di pasaran, tangki kereta aku dah dipam isi dengannya. Bukan sebab ia penjenamaan semula tapi sebab ia murah. Dalam sesingkat waktu itu aku sekadar menerewang disekitar bandar Dungun sahaja maka tidaklah ketara aku merasai perbezaan kualitinya dengan RON97.


Kebetulan hari ini aku akan ke Kuala Berang atas suatu urusan maka aku isikan separuh tangki kereta dengan RON95. Lagipun terfikir itu sahaja kemampuan aku berbanding menggunakan RON97 yang sedikit mahal.

Rupa-rupanya jangkaan aku silap. Pada awalnya aku anggap hanya 0.000001% sahaja bezanya kualiti RON95 dengan RON97. Tetapi setelah aku mengalami lebih jauh prestasi enjin dengan RON95 tepatlah bisik-bisik ramai bahawa RON97 100000.0% lebih baik berbanding RON95.

Kereta aku ni (buatan malaysia) dah la uzur pastu terpaksa disuap dengan RON95 pulak. Nak suap RON97 takdenya aku larat, almaklum la ekonomi semakin meruncing. Tak pernah aku mengalami satu pengalaman memotong sebuah treler panjang dengan menjatuhkan gear 3 sebab takde pikap.

Biasanya dengan gear 5 pun aku selamba boleh potong. Tapi hari ni entah apa yang tak kena selepas isi RON95 aku terpaksa lebihkan lajak, tekan minyak rapat dinding, enjin berdaung tapi kelajuan rendah dari jangkaan. Cemas aku kot tak lepas potong. Kat depan ada lori kecil sedang menghala. Tawakkal je lah. Nasib baik.

Lemahnya kereta ibarat pagi aku tak pekena Radix secawan. Longlai tiada tenaga. Apa kisah ni RON95. Pemimpin Umno cakap RON95 telah di upgrade kan tapi hampeh sehampeh hampehnya. Dah lama aku tak simpan dalam otak cakap orang Umno. Kaki penipu. Kaki auta.

Pasti ramai yang sengkek macam aku ni nak cari yang murah-murah. Namun kepala hotak kabinet Umno Bijan lagi sengkek. Teramat-amat sengkek. Kepala hotak jumud low-class. Tak reti nak pikir apa opsyen lain untuk tampung kecairan negara selain menghisap darah rakyat.

Wednesday, September 16, 2009

Melayu Dapat Sikit Cina Dapat Banyak

Kisah benar pembahagian wang ihsan @ duit raya disekitar cawangan Kg Nibong Stesyen Dungun baru-baru ni. Diberitakan kesemua orang Melayu yang layak menerima sebanyak RM300 hingga RM400 sekeluarga. Bukan sahaja di Nibong Stesyen malah di Dungun mungkin seluruh negeri Terengganu. Itulah nilai popular.


Berlainan pula cakap-cakap dari mulut penghuni Cina yang tidak seberapa bilangannya dan telah lama bermukim di sekitar cawangan tersebut. Rata-rata semuanya peniaga dan berharta. Mereka ini juga layak menerima wang ihsan. Bukan RM300 tetapi RM1000 sekeluarga.

Kenapa mesti ada perbezaan jumlah? Sedangkan JKKK yang sama membahagikan wang ihsan tersebut pada penduduk Cina. Siapa JKKK ni? Orang Siam kah? JKKK kencing melayu. Dah lama dah JKKK main tipu. Celaka JKKK.

Mari kita sama buat andaian perkiraan. Jika orang Cina dapat RM1000 maka sudah tentunya jumlah sebenar wang ihsan diperuntukkan ialah RM1000 sekeluarga. Puak-puak JKKK ni licik simpan rahsia. Rahsia disimpan dalam kerandut mereka. Ramai dari kita tidak mengetahuinya.

Andainya di cawangan berkenaan kedapatan 100 keluarga melayu Umno layak terima wang ihsan maka peruntukan semestinya RM100,000 (keluarga Pas atau bias Pas jauh panggang nak terima bantuan kerajaan Umno). Congoknya RM70,000 puak JKKK kebas pitih haram pastu barulah dialirkan sisa RM30,000 lagi kepada yang layak terima.

Takkan perlu ada diskriminasi pulak dari segi nilai peruntukan? Cina dapat RM1000 tapi Melayu dapat RM300? Pembahagian mestilah sama rata. Dan jika ada diskriminasi takkan ia dari Umno sendiri? Umno bela Cina? Umno tanam Melayu?

Cuba bersangka baik dengan pihak atasan Umno/kerajaan. Jadi JKKK adalah kambinghitam. JKKK seleweng pitih rakyat. Yang kena kencing orang Umno sendiri. Oleh siapa? Semestinya JKKK barua Umno. Umno kencing Umno. Moleklah tu. Biar baham tanah.

Tuesday, September 15, 2009

Dulu Khalifah Kini Pariah

Kesian pulak dengan CheDet. Setaraf pariah beliau dilabelkan oleh bebudak hingusan bekasannya dalam Umno. Tiada nilai tiada harga lagi CheDet. Dulu ditatang bagai sebutir permata dibalut kain kuning, kini ditendang sepak terajang bagaikan baja busuk didalam kain guni.
Tiga tahun lalu, Dr Mahathir pernah merungut terhadap penghinaan dan sekatan Umno terhadapnya.

"Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".
Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno".

Tradisi membela rakyat sekadar kayap. Tradisi menghenyak lawan suatu kemestian. Tradisi haiwan, yang kuat dialah raja dialah pembela, yang lemah tiada harga.

Dikala berkuasa, dia gah, dia disembah, umpama dewa. Setelah gugur, dia disergah, dia diludah, dia dipandang rendah. Bukan oleh lawan tapi dari rakan Umno nya yang sebahagian.

Takziah untukmu CheDet. Lawan tetap lawan... hehehh...

Sentuhan Hikmah Pas

Syukur Alhamdulilah. Pas semakin memberikan asakan kepada Umno dengan mendepani masalah insan-insan terpinggir dilorong gelap belakang Pejabat Pas.


Umno juga banyak memberi sumbangan kepada golongan ini. Antara sumbangan paling berharga Umno ialah mengedarkan kondom percuma kepada para pekerja industri seks dan jarum percuma kepada penghisap dadah. Inilah sumbangan kebajikan terbesar Umno kepada mereka. Bukan dalam bentuk kesedaran tapi membantu menggalakkan industri seks dan dadah negara. Umno sendiri pun minum air ketum.

Dari segi ilmu pula Umno melalui fatwa ustazah cun melecunnya menghalalkan golongan ibu tunggal menceburi bidang industri seks demi survival hidup keluarga. Alasannya atas dasar darurat. Masyitah ku sayang.

Semoga aktiviti sebegini akan berterusan kerana Pas sudah mengorak langkah mendekati, menyantuni dan mentarbiahi golongan-golongan 'terbabas dan hanyut' ini supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Syabas YB Lo'Lo'.


Image

Manusia Berbulu Musang

Pelik bunyinya. Dunia akhir zaman ni tak mustahil sesuatu yang pelik akan muncul. Kita familiar dengan peribahasa Musang berbulu ayam. Dalam dunia manusia yang tak reti bahasa ni pulak kita ada pepatah petitih baru yakni Manusia berbulu musang.


Aku merujuk kepada sikap hampeh seorang AJK PKR Kota Lukut yang berpaling tadah menikam PR dari belakang. Oleh sebab dia waris kepada Mat Gusti Isa maka dia mengambil sikap menyokong warisnya itu yang telah dicalonkan menentang Pas dalam PRK Bagan Pinang.

Apa kaitan waris dengan parti. Shahrudin tak baca sirah Nabi. Pak Sedara Nabi pun berseteru dengan baginda kerana beza aqidah. Inikan pula Shahrudin dengan Isa Samad apalah sangat. Kecuali Shahrudin tetap totok Umno didalam sekadar menyamar baik diluar.

Dan apa tujuan Shahrudin sertai PKR? Sebab kecewa atau kecundang dia masuk PKR. Bukan dengan niat ikhlas. Aku pun apa peduli dia nak swing kepada Umno. Memang dasar kepala sekular. Tak kemana. Kalau dia mati katak pun lantak pi lah.


Persoalannya sekarang apa maksud disebalik tindakannya itu? Keputusan bodoh haprak tu sebenarnya memberi modal hampas kepada musuh Islam yakni Umno untuk reka cerita bangang. Media tv dan suratkabor Umno/BN memang otak udang suka reka cerita bangang.

Oh I see... sebab dia waris jejauh Isa Samad lah maka dia ambil langkah capik tu. Entah Isa Samad kenal entah tidak dengan dia.

Saturday, September 12, 2009

Najib Baru Sedar Rupanya Kaki Jejak Ke Tanah

Aku fikir dah terlambat untuk Najib sedar. Sewaktu dia melaungkan Melayu Glokal dulu pernah tak dia berfikir bahawa tidak selamanya Umno/BN akan menongkat langit. Kini Najib dan konco-konco komponen BN nya mula dilanda igau dan takut pada bayang sendiri.


Apa Umno nak hirau dengan golongan luar kelompoknya. Kat dalam tangki taik tu depa puashati ligan hasil mahsyul harta wang rakyat yang depa cilok sana sini. Takat berputaq dalam tangki taik tu je dikongsi sesama mereka.

Ahli Umno yang bodo piang lebih-lebih lagi puok JKKK nung dapat sisa-sisa taik kemain suka gembira lagi. Habis dipanggilnya suku sakat kroni moni mereka nak membahagikan sisa taik tadi. Macam nak bagi harta pusaka lagaknya.

Sekarang bila dah pemimpin Umno mulai rasa pokai wang, pokai kepercayaan, pokai kawan, pokai sokongan dan berpukal pokai lagi, barulah terhegeh-hegeh nak cari peluang baru. Sudah terhantuk baru tengadah. Bior pecah la kepala tu.

Pastu depa siap nasihatkan suku sakat lain dalam BN supaya popular dikalangan rakyat, biar rakyat mengingati mereka mendampingi mereka walhal penyakit dalam kain Umno tu makin membusung, nak tutup camana?

Ramai dah tokoh Umno yang popular tapi popular menatang lain. Popular rasuah (upss... silap... popular politik wang), popular betina, popular judi, popular arak, popular runtuh masjid dan surau dan banyak lagi lah kategori popularnya. Lenguh aku nak naip nyo jang..

Menurut Najib lagi, rakyat hari ini - tidak seperti rakyat Malaysia tahun 50an - sudah cerdik untuk membolehkan mereka membuat pertimbangan.

"Rakyat sudah membuka pemikiran. Untuk menjadi parti terus relevan, kita mesti mempunyai hubungan dengan rakyat, mempunyai sentuhan dengan rakyat. Sekiranya ada sentuhan, kita akan mendapat sokongan," katanya.

Selama ni korang Umno memperbodohkan rakyat selama 50 tahun sebab menjangkakan rakyat akan bodo selamanya. Betul tu Najib, rakyat dah buka pemikiran. Cumanya yang tinggal puak gerombolan aje yang tanak keluar dari kepompong najis Umno. Sebab selesa dengan kelentongan Umno nan berbagai sudah menjadi darah daging.

“Rakyat benci sekiranya kamu berlagak, salah guna kuasa dan tunjukkan kekayaaan. Rakyat sayang jika kita jadi pembela rakyat yang sebenarnya," katanya.

Tentang ini kita tak payah cari jauh. Kita kaji bekas-bekas calon Umno/BN dalam 7 PRK lepas cukuplah. Cuba kasi satu nama yang bejurus (cool & calm & slumber) dari pihak Umno/BN. Aku rasa sorang pun takde. Tengok lagak calon Umno/BN di PRK Parlimen Kuala Terengganu. Usahkan rakyat Ganu menolaknya malah CheDet sendiri beri pukulan maut.

Sudah lahh Najib. Tak payah bersusah payah. Umno/BN akan tumbang jua dalam PRK-13 nanti. InsyaAllah.

Mahaguru SamiBellu Bisa Berbisa

Sepeninggalan ayohPin terus SamiBellu ambil alih kerajaan langit. Kaalu dalam hirarki ulama Islam gok SamiBellu ni jatuh taraf wali lah. Wali India. Tak caya cuba korang tengok pada hari perayaan Hindu berapa calit 'line' kat dahi dia.


Bomoh Besar pun dapat kat SamiBellu jugak. Pasal apa orang MIC takut sangat kat dia? Pasal dia pandai bikin santau lah. Itu aku yang cakap. Bukan orang lain cakap.

Rata-rata calon tajaan beliau memenangi undian terbanyak untuk menduduki kerusi penting dalam jawatankuasa pusat MIC. Dari calon Timbalan Presiden, Naib presiden, Jawatankuasa Kerja Pusat serta tukang bancuh air dan sapu sampah tajaan SamiBellu semua menang.

Seruan besan SamiBellu iaitu CheDet langsung tak dihiraukan oleh orang MIC. Aura CheDet dah lupus terus dari kamus MIC.

Takper la kita semua tengok dulu setakat mana depa MIC ni nak syok sendiri. SamiBellu yakin sangat tu nanti mereka akan ada peluang untuk mengambil kembali kerusi yang kalah ditangan pembangkang dalam PRU lalu.

Kalau SamiBellu sendiri dokrokcettong, mana nak diharapkan ksatria-ksatria depa yang lain?

Friday, September 11, 2009

At-Tarawikh Wal Henpon

Semalam aku ada sikit bengang dengan mamat kat sebelah sewaktu sembahyang sunat Tarawikh. Pada awal sembahyang Isyak aku dak perasan fe'el budak ni. Bukan nak cakap aku ni perfect dan sembahyang aku Allah terima tapi fe'el budak tu patut kita jadikan sempadan.


Budak ni bukanlah budak lagi, dah besar panjang, mungkin taraf sekolah menengah atas. Perlakuan macam orang takde ilmu. Aku jeling-jeling dan berdehem pun dia wat dono je, terus tuptaptuptap menggetap bibir menekan pad henponnya tu.

Mula nampak aku fikir budak tu bukak henpon mungkin nak ejas 'funtion' nya sebagai 'ring disable' atau sebagainya. Kedian barulah aku perasan makin kerap dan makin syok pulak dia bersms.

Paling aku cuak bila selesai salam je dia sms, orang berselawat dia bersms, paling haru bila imam dah angkat takbir dan baca Fatihah dia cekal dengan sms nya hinggalah makmum amiin baru dia angkat takbir.

Memang takde khusyuk 100% mamat tu. Bodi je kat masjid duk sebelah aku plak tu, minda dia dah menerewang jauh menggebang entah kemana. Bila sembahyang pun kepala dia tentu teringat pada henponnya lah, bila terima sms ni, apa aku nak balas ni atau bila henpon 'vibrate' menandakan ada 'isi'.

Aku syak dia bermesej dengan buah hatinya sebab ralik sangat. Orang kat sebelah diandaikan tiada olehnya barangkali. Aku sempat kerling kat jari dia ada sebentuk cincin besi terukir perkataan 'love'. Sahlah mamat ni dalam tempo jiwang bertarawikh.

Kalau Camni Bila BN Nak Kalah?

Kecuali dengan izin Allah Umno/BN tetap akan kalah akan musnah dan hancur. Tetapi melihat pada fakta dan realiti berkaitan dengan korupsi pengurusan SPR pastinya aku menjangka jauh lagi untuk Pas/PR menang di Bagan Pinang.


Bukan aku tidak yakin tapi kita perlu ada kekuatan untuk berpaut. Kekuatan Pas tentu wujud di Bagan Pinang tetapi langkah Umno menjerut SPR supaya menetapkan undang-undang lama kuno dalam amalan mengundi memberi amat banyak kelebihan pada Umno.

Adat pengecut pondan, tiada kekuatan serta keberanian untuk berdepan lawan secara anak jantan. Barua dan balaci yang dipergunakan diperkudakan akan dikedepankan untuk bertembung lawan kedian dikorbankan mereka dahulu sebelum dirinya sendiri bertemu buku dengan ruas.

Sebenarnya dalam setiap PRU atau PRK missi keadilan dalam amalan pilihanraya sentiasa dibawa serta dilaungkan oleh pembangkang. Namun SPR barua Umno menjadi pak sanggup sedari dulu seperti biasa mempertahankan keutuhan Umno/BN dengan melacurkan hak-hak rakyat.

Apa lagi yang Tan Sri Aziz helahkan selain daripada memadamkan atau memansuhkan undi pos yang menjadi 'killer votes' kepada pembangkang. Pindaan akta atau undang-undang SPR bukankah berada dihujung jari Tan Sri Aziz selaku ketua sebuah badan berkecuali? Nyatanya tidak. SPR sepertimana rakyat tahu tetap menjadi 'puppet' kerajaan untuk kekal berkuasa.

Tiada makna BERKECUALI untuk SPR kecuali BERBARUA kepada Umno semata.

PAS masih mendesak Borang Lampiran 2 dimansuhkan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan menghentikan amalan itu yang memuatkan butiran peribadi pengundi pos, kumpulan pemilih terbesar di DUN Bagan Pinang.

"PAS kesal dengan sikap tidak progresif dan kurang profesional pengerusi SPR kerana masih lagi mengamalkan budaya double standard dalam melayani pengundi-pengundi pos di seluruh negara berbanding pengundi biasa," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

"Jika pengundi biasa, tiada Borang Lampiran 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.

"Tetapi pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi."

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilaporkan tidak bersedia menunaikan tuntutan parti itu seperti disuarakan oleh seorang naib presidennya Datuk Mahfuz Omar kelmarin.

Pengerusi suruhanjaya itu berkata Borang Lampiran 2 tidak akan dimansuhkan kerana prosedur itu mengikut undang-undang dan butiran peribadi termasuk nama, nombor MyKad dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos tidak pernah didedahkan.


Wednesday, September 9, 2009

Suruhanjaya Pembunuh Pun Ada?

Semakin kukuh bukti bahawa Sprm adalah agensi pembunuhan rakyat terbaru. Kes Teo beng Hock masih tergantung dan akan terus sebegitu digantung sepertimana kes Altantuya yang hakikatnya tiada penghujung.


Ditambah lagi baru-baru ini Sprm diberi keistimewaan oleh kerajaan untuk dilengkapi dengan senjata api atas alasan SUV mereka diledaki oleh molotov cocktail. Siapa yang bakar? Apakah ia benar bermotif dendam atau sengaja diupah supaya dialihkan isu?

Lepas ni semakin bermaharajalela lah Sprm mendera membunuh rakyat Malaysia. Tak puashati tembak. Dengki tangkap siksa.

Aku tengok ketua Sprm Ahmad Said ni pun macam tak 'epok' je. Dalam istilah Ganu maknanya
macam kepala hotak putus wayar lah. Muka taklah hensem tapi berlagak nak mampos. Lebih baik jika cepat kau baham tanah.

Kalau Padi Katakan Padi, Tidak Umno Tertampi-Tampi

Sudah disuarakan TGNA berkali-kali, kerjasama parti beliau tak sudi, tapi antara kerajaan pintu rundingan mungkin terbuka lagi... sebaliknya Umno tak malu sengih nampak gusi, wat bodo macam lembu sakit gigi.

Umno takde hati, orang tanak Umno buat tak reti. Degil macam Sami jual roti, orang takmau dipaksa suruh beli. Bangang Umno tak terperi, jenuh dihalau masih tamau pergi.

Merayu Umno hari-hari, bagaikan ibu lembu anaknya mati, meraung-raung menari-nari, teruk meroyan takboleh diubat lagi...

Nik Aziz: Terima kasihlah saya tidak minat

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Sept 8 — Sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno.

Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.

Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang semalam.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET