Tiga minggu lepas ada sorang brader telefon aku bertanyakan tentang satu barang 'secondhand' yang aku nak jual. Panggilannya dari Teluk Pasu, sebelah DUN Manir kubu kuat Pas dikepalai Ketua Dewan Ulama Pas yang baru. Oleh kerana jarak Teluk Pasu-Dungun agak jauh maka kami buntu seketika bagaimana cara untuk menyampaikan barang tersebut.
Setelah tiga minggu tiada respon aku anggapkan urusan ini terbatal secara otomatik. Mustahil untuk aku ke sana dan begitulah sebaliknya, masing-masing sibuk dengan urusan.
Tetiba pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan suara yang sama bertanyakan tentang mesin berkenaan. Katanya mesin tu diperlukan emaknya yang kena 'stroke'. Terkebetulan beliau berada di Bukit Besi dan sudi turun ke Dungun untuk bertemu. Selepas tawar menawar maka dia bersetuju untuk melihat mencubanya dulu kedian sudi membelinya jika berkenan.
Pertemuan ringkas diatur diperkarangan Surau Haji Bidin. Bila berjumpa kami bersalam tapi aku terperasan bahawa beliau seseorang yang 'familiar' dalam jemaah Pas Dungun/Terengganu.
Selama waktu berbincang mengenai cara penggunaan mesin itu terus meleret kepada hal peribadi dan isu-isu semasa, tak terpacul dari mulut aku nak bertanya siapa dia. Di akhir bual bicara barulah aku tergerak untuk menanya.
Jawabnya dia seorang peniaga, broker tanah dan ada homestay di Telaga Batin. Katanya lagi dia antara AJK Pas Kawasan Dungun sesi 2009. Aku kagum kerana istiqomahnya dalam perjuangan sanggup berulang alik dari Teluk Pasu ke Dungun untuk menghadiri mesyuarat kawasan, membincang dan melaksanakan agenda memperkasakan Pas Dungun.
Dia orang muda, beristeri dan anak dua. Orangnya simpel dan 'humble'. Aku respek dengan kesederhanaannya. Risik punya risik akhirnya beliau nyatakan bahawa beliau adalah bekas calon DUN Bukit Besi PRU 2008. Namanya Ustaz Nordin Othman.
Macamanalah aku nak perasan yang dia Ustaz Nordin sebab bila jumpa secara spontan tadi wajahnya sedikit berubah dengan ada menampakkan sedikit keletihan. Serta ada sedikit jambang. Malunya aku kemain lagi.
Dialah calon Pas lawan Din Adam. Mungkin majoriti lebih mengenali kehebatan Din Adam dari beliau tapi perjuangan Ustaz Nordin tetap diteruskan bagi memastikan DUN Bukit Besi menjadi milik Pas walaupun payah tapi tak mustahil menjadi kenyataan.
Sekarang Din Adam menjadi sasaran kemarahan Umno Terengganu kerana menganggotai geng 10 yakni mendurhakai Sultan dan membelakangkan Abg Mad. Harap dalam PRU-13 nanti, pengundi Bukit Besi akan nyahkan Din Adam serta pengaruhnya dari politik Ganu. Ajar Din Adam dengan memberikan undi kepada Ustaz Nordin.
Maaflah Ustaz kerana aku tidak mengenalinya dari awal. Ramai dikalangan calon-calon Pas hanya aku lihat sekilas pandang dari gambar sewaktu kempen, takde masa untuk tenung. Kerana ahli bawahan macam aku ni hanya layak untuk kerja-kerja di markas, tiada kebiasaan mendampingi bakal YB. Untuk kenali mereka secara dekat memang aku buta.
Salam ukhuwwah buat ustaz Nordin. Moga dilain waktu kita bertemu lagi.
0 comments:
Post a Comment