Saturday, February 27, 2010

Tak Ada Ke Elaun Untuk Penganggur?

Hari Khamis 26 Februari 2010 aku ke K.Trg atas beberapa urusan. Semua urusan itu bersangkutan dengan hal-hal cari makan. Bukan senang nak senang beb. Kena kasi belengas kelangkang dulu, basah baju dan hanyir badan dengan peluh. Perlu kerja keras dan 'struggle' asalkan hasilnya halal dari titik peluh sendiri.


Dalam perjalanan dari Dungun sudah semestinya samada mahu ataupun tidak kita akan melewati laluan Pekan Merchang. Pekan ini antara kubu kuat Umno DUN Pengkalan Berangan Parlimen Marang. Beberapa orang JKKK nya aku kenal walau mereka tak kenal aku.

Hebat sangat orang bilang JKKK Merchang ni. Banyak pembangunan dibawa masuk oleh mereka. Antara bangunan hasil bodek mereka seperti bangunan JKKK, lot kedai JKKK dan beberapa lagi...wakakakakaaa...

Seorang tokoh pemuda Umno pekan ini juga mengagumkan aku. Apa tidaknya. Sewaktu berjawatan guru dia sudah berupaya memandu BMW 318i. Dia diberitakan ada mendapat sebahagian kek dari projek besar 'bagi makan' kat beribu adik-abang polis MARTEK yang berkampung di K.Trg sewaktu PRK Kuala Terengganu. Itu dah tak habis makan oii..

Kemudian diceritakan tak lama kemudian beliau dilawati oleh pegawai SPRM. Aku agak ada dari kalangan sahabat Umnonya dengki. Biasa lah tabiat orang melayu, Umno pulak tu, akidah sekular lagi, tambah menebal hasad dengki sesama mereka.

Diceritakan lagi atas nasihat individu tertentu, pemuda ini pun meletakkan jawatan sebagai guru. Peliknya lepas tu dia tukar kereta. Makin besar yakni BMW 525 model lampu depan macam muka helang tu. Rumah tersergam indah. Aku agak kalau kat Merchang tu rumah dialah paling lawa. Agaknya rezqi di ada masyuk la tu. Nak dengki wat aper kan?

Aku saje nak buat perbandingan cara setiap seorang beroleh rezqi mereka. Pelbagai kaedah samada secara 'cah keting', 'tersepak', 'durian runtuh', 'bawah meja' dan macam-macam lagi. Apa yang penting mesti pastikan rezqi itu halal sebenar-benar halal. Jangan sampai ada yang payah berurusan di dalam kubur.

Disambungkan lagi cerita sewaktu melalui pekan tu, terpandang aku akan banyaknya kereta parking disekitar kawasan dewan sivik Merchang. Aku ingatkan ada mesyuarat Umno ke hape ke. Maklum la kereta besar-besar.

Rupa-rupanya dalam Meloya baru aku tau ia adalah perjumpaan membahagi-bahagikan pitih Elaun Sara Hidup kepada 740 nelayan dari kawasan Marang. Huhh.. gempak punya kereta nelayan pandu. Korang jangan ingat nelayan takde duit. Kadang-kadang dia orang punya income tak tercapai oleh aku.

Walau kaya camne pun mereka, Umno tetap beri perhatian atau 'priority' kerana mereka antara golongan paling mudah dibeli dan kena beli. Tak tahulah. Mungkin akibat latarbelakang ramai nelayan yang masih dhaif maka Umno memasang umpan 'pitih' terhadap mereka.

Friday, February 26, 2010

AYam, AGu Dan Tikus Peliharaan MB

Tiga makhluk ni tentu dah lama mentekadarah khazanah negeri kurniaan AbgMad. Rakyat tak tahu pasal ni. Hanya segelintir dari rakyat di daerahan sesama 3 makhluk tersebut serta kalangan para usahawan Kemaman sahaja yang tahu tentangnya.


Di era Wan Mokhtar Ahmad dulu pun, seorang Cina dari keluarga Chang juga buncit perut kaya raya menjarah harta mahsyul dan tanah di daerah Kemaman. Orang cakap Chang memang barua haprak UBN. Kalau Umno cakap jilat pungkoq pun dia sanggup. Tapi siapa yang untung? Chang juga untung miliki aset juta-juta.

Lain touchu lain lah hamba sahayanya. Zaman Wan Mokhtar ada Chang, zaman Deris aku tak tau sebab Deris import hamba luar bagi membangunkan Pulau Wan Man, zaman AbgMad ni muncul pulak 3 ekor makhluk sial.

Baguslah AbgMad kerana berjaya merealisasikan 1Malaysia Najib. Projek bukan monopoli kaum Melayu Umno sahaja tetapi juga keparat dalam gagasan UBN. Tapi yang dapat lebih biasanya dari kalangan si mata sepet. Kenapa? Sebab si mata sepet pandai ikut rentak. Si mata sepet sanggup jadi hamba. Si mata sepet pun expert dalam hal bab-bab 'hulur' ni. Kalau Melayu boleh kasi $10 je tapi mata sepet boleh 'up' sampai $100 sekali 'hulur'.

Mula-mula memang lah si mata sepet buat bodoh tongong ikut telunjuk Umno, rela jadi hamba. Lepas tu situasi terbalik akan berlaku sebab Umno pulak akan jadi bodoh bangang ikut telunjuk si mata sepet. Kenapa? Kerana Umno meletakkan nikmat dunia sebagai no.wahid untuk melayari syurga dunia.

Betul ke Umno berjuang untuk orang Melayu???

Thursday, February 25, 2010

Rakyat Semakin Mesra Pakatan Rakyat

Khir Toyo tampak kebingungan. Tengadah. Betul-betul tengadah dia. Strategi akal setan garapan beliau bersama suku sakatnya untuk memecahbelah hancurkan Pakatan Rakyat seolah tidak kesampaian, malah semakin menuju kearah kebuntuan.

Dua tahun sudah berlalu dan Pakatan Rakyat masih utuh serta berupaya pula merayakan ulangtahun pemerintahan kedua, bukan sahaja untuk Selangor tetapi juga untuk lain-lain negeri jajahan takluk Pakatan Rakyat.

Bertimpa malang menimpa. Sudah jatuh ditimpa tangga. YBK apa cerita? Khir Toyo lama aku tak tengok rupa. Masih botox ke dia?



Wednesday, February 24, 2010

Umno Dan Seangkatannya Mesti Hangin Satu Badan

Korang tengoklah nanti Pak Brahim Katak bersama gerombolan PERKASA dan sewaktu dengannya akan mengambil tempat dihadapan bersama-sama dengan Umno menentang kenyataan dua orang tokoh akademik dan perlembagaan ini.

Pakar setuju bukan Melayu boleh jadi PM

Di sudut perlembagaan, seorang lagi pakar perlembagaan terkenal Prof Datuk Shad Saleem Faruqi (bawah), sependapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

Mengulas kenyataan rakan sejawatannya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, beliau berkata:

“Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan).

“Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu,” kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan rakan akademiknya Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, perlembagaan tidak meletakkan syarat Melayu atau Islam untuk dilantik sebagai perdana menteri..

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shad Saleem bagaimanapun berpendapat, bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, orang Melayu patut dikekalkan pada kedudukan itu.

“Mengikut perlembagaan tiada masalah. Tetapi berdasarkan politik dan sejarah lebih baik untuk negara ini mengekalkan status quo ini ini,” kata bekas penasihat undang-undang UiTM itu.

Menulis dalam kolumnya di sebuah akhbar harian semalam, Dr Abdul Aziz (kanan) dipetik berkata, menurut intipati undang-undang, orang yang paling mendapat sokongan dalam Dewan Rakyat hendaklah dilantik mengetuai kerajaan.

Tambahnya, kuasa pelantikan di bawah Yang di-Pertuan Agong hanyalah satu formaliti semata-mata.

Dr Abdul Aziz juga berkata, perdana menteri bukan Melayu mungkin boleh bertindak lebih baik daripada orang Melayu kerana beliau akan “ikut buku” (perlembagaan) dan bekerja keras bagi membuktikan kemampuannya.

Dr Abdul Aziz juga memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kiri, berbaju gelap) yang menurutnya menampakkan pencapaian agak baik dan mempunyai harapan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz ketika dihubungi, menjelaskan orang Melayu tidak perlu risau terhadap kedudukan Islam dan kepentingan bangsa mereka kerana ia diletakkan di luar kerangka demokrasi.

“Sebab itu saya kata sepatutnya OK ada perdana menteri bukan Melayu,” katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, tanggapan bahawa kuasa raja terlalu kecil - yang menurutnya dijadikan alasan golongan ekstrimis untuk menakut-nakutkan rakyat - adalah silap dan tidak betul.

Sebaliknya, jelas Dr Abdul Aziz, ketakutan atau salah faham itu timbul kerana perlembagaan telah diselewengkan atau tidak dilaksanakan.

Katanya, perkara tersebut jika berlaku tidak sepatutnya mengejutkan orang Melayu kerana selepas enam perdana menteri Melayu di Malaysia, kepentingan Islam dan Melayu tidak juga terjaga.

“Malah ada (perdana menteri) yang kita boleh katakan telah menggadaikan kedudukan dan kepentingan itu,” kata pensyarah yang terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya itu.

Tentang bagaimana idea itu boleh menjadi kenyataaan, Abdul Aziz berkata, ia “bergantung kepada kesediaan orang Melayu dan kemampuan bukan Melayu.”

“Kesediaan itu soal yang perlu dilihat; saya cuma menjelaskan (daripada aspek) undang-undang sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan. Itu sahaja.”

Ditanya sama ada beliau tidak risau menjadi sasaran kemarahan orang Melayu ekoran tindakannya mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum tersebut, beliau berkata:

“Seperti yang disebut oleh (penulis) Subky Latif dalam kolumnya di (akhbar mingguan) Siasah, Melayu yang bodoh dan kuat sentimen perkaumannya sahaja yang akan naik minyak.

“Kelompok ini tidak perlu dilayan. Kalau soal kepentingan dan hidup mati Melayu-Islam yang dibangkitkan, bukankah ada raja? Saya fikir kalau raja-raja ini tahu dan sedar peranan mereka, tidak timbul bahaya yang dibayangkan itu,” katanya.-malaysiakini.

Awang Adek Bakal Ganti TGNA??

Dari riak TokPa nampaknya dia seakan amat konfiden bahawa Kelantan akan ditakluki semula BN dalam PRU-13 nanti. Setakat ini media lahanat UBN mencanang sana sini siang malam akan kehebatan UBN Kelantan di bawah teraju TokPa.

Awang Adek pasti berkira-kira untuk kembali menduduki takhta orang no.1 Kelantan. Walau kemaluannya telah lama jatuh semenjak PRU-12 lalu tetapi Awang Adek masih berupaya mengutip kemaluannya kembali dan diletakkan pada tempat sepatutnya.

Tapi kalau aku dah lama dibuang kemaluan itu kasi makan anjing, gantilah dengan kemaluan buatan secara 'plastic surgery'. Apa susah? Seberang sungai golok ada banyak kemaluan tiruan...wakakaka...

Bagi orang Umno, maruah atau intergriti itu perkara no.2. Perkara wahid yang perlu mereka jaga dan perjuangkan terlebih dahulu adalah menjaga periuk nasi sendiri, ahli keluarga, kroni-kroni, barua dan balaci mereka.

Rasanya tiada tempat lagi untuk Awang Adek dimata hati rakyat Kelantan sepertimana persepsi mereka terhadap TokPa sebagai penderhaka atau pengkhianat no.1 rakyat Kelantan.

Pasti anda akan cirit birit 2 hari 2 malam dan aku pasti pengsan jika tanpa diduga cempedak dah jadi nangka tetiba Pak Brahim Katak menjadi MB Kelantan. Peristiwa itu nanti akan tercatat dalam 'Ripley's Believe It Or Not'...

Kekalkanlah budaya luarbiasa rakyat Kelantan yakni Umno beri ambik tapi time pangkah demo pangkoh Pas!

Kelantan akan dirampas BN?


MUSTAPA Mohamed menunjukkan pengenalan facebook peribadinya kepada tetamu yang hadir pada pelancaran ‘Facebook Datuk Seri Mustapa Muhamed’ di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 22 Feb. – UMNO Kelantan yakin dengan motonya, ‘bersaing (berkawan) dan berbakti’ mampu merampas kembali negeri itu daripada Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia berdasarkan kepada keyakinan mereka kepada Barisan Nasional (BN) setelah amat kecewa dengan kegagalan Pas mengurus negeri itu.

“Rakyat sudah semakin kecewa dengan kegagalan urus tadbir negeri oleh Pas, rasuah dan kronisme serta nepotisme begitu menular.

“Mereka juga amat dahagakan perubahan dan Pas Kelantan juga sedang menghadapi fasa keletihan iaitu terlalu berbangga dengan pencapaian hingga alpa daripada tugas sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan facebooknya dan Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Kelantan sekitar Lembah Klang di kediaman beliau di sini semalam.

Tambah Mustapa, petanda perubahan itu amat jelas ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terutama yang berada di luar negeri pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada tahun lalu.

Jelas beliau, UMNO negeri sebenarnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu telah mengatur strategi mapan bagi menarik sokongan rakyat terutama golongan muda yang undi mereka bakal menjadi penentu pada PRU akan datang.

Pengimbas Bogel Di Lapangan Terbang

Mintak-mintaklah kerajaan Malaysia tak jadi bodo dan penakut macam Amerika. Konon nak menghindari pengganas lolos atau bolos masuk ke negaranya, Amerika cipta macam-macam alat sebagai 'security priority'. Memang dasar orang Yahudi takut pada mati.

Kepenggunaan alat pengimbas bogel oleh Amerika di kebanyakan lapangan terbangnya amat memalukan kita umat Islam selain menjatuhkan maruah dan hak 'privacy' manusia. Apa tidaknya? Pengimbas berkenaan berupaya melondeh habis 'isi dalaman' tubuh badan kita jika melaluinya.

Melalui pengimbas berkenaan juga setiap bonjol dan bonggol pada tubuh badan manusia dapat diperhatikan dengan jelas. Kalau yang amin kotor mereka boleh agak cewek sifulan dan sifulan pakai bra saiz apa. Huhh... tak ke jatuh kemaluan kita tu?

Majlis Ulama Indonesia bantah guna pengimbas di lapangan terbang

JAKARTA, Feb 23 — Majlis Ulama Indonesia (MUI) menolak rancangan kerajaan untuk menggunakan kelengkapan pengimbas badan sepenuhnya di lapangan terbang negara itu dengan mendakwa ia melanggar hak asasi manusia dan undang-undang syariah.

“Jangan menggunakan (pengimbas) di Indonesia. Kami bukan negara paranoid atau negara penakut.

“Apa yang kami bimbang ialah menggunakan pengimbas melanggar hak asasi manusia dan digunakan sebagai alat permainan untuk menganiaya wanita,” kata Amindhan, pengerusi MUI kepada detik.com.

MUI juga bersetuju dengan bantahan Pope Benedict terhadap keputusan menggunakan pengimbas penuh.

“Ia melanggar hak asasi manusia. Jika hanya tulang sahaja kelihatan tidak mengapa, tetapi jika badan sepenuhnya maka ia akan menjadi satu mainan,” kata Amidhan sambil menambah tiada pengecualian dalam soal ini.

“Ia hanya boleh digunakan dalam situasi darurat berkaitan dengan keselamatan negara, dan hanya wanita yang seharusnya mengimbas kaum wanita dan lelaki mengimbas kaum lelaki,” katanya.

Amidhan berkata dia percaya bahawa Indonesia bukan negara yang berhadapan dengan darurat pada masa sekarang dan kakitangan keselamatan lapangan terbang masih boleh menggunakan kelengkapan lain.

“Selagi adanya alat lain, maka ia bukan situasi darurat,” katanya.

Kerajaan bercadang untuk menggunakan pengimbas Provision dikeluarkan Amerika Syarikat.

Kementerian Hal Ehwal Luar berkata pengimbas yang akan digunakan tidak akan mempamerkan “bahagian-bahagian sulit.”

Pengimbas itu sedang digunakan di lapangan terbang Kanada dan Perancis sebagai percubaan manakala di Indonesia ia akan digunakan untuk memeriksa penumpang yang menuju ke Amerika Syarikat.

Tuesday, February 23, 2010

Hooray..! Hooray..! Taarif Letrik Naik Lagi.

Wahai sekalian rakyat marhain Malaysia... Khabarkan pada orang-orang kampung tentang kenaikan taarif baru letrik yang akan dibincangkan oleh kabinet. Kabinet lanun hisap darah rakyat. Kabinet Pak Kaduk otak sengkek main tadah je keje senang.

Celaka tak abis-abis korang ni kabinet lanun. Kenapalah tak ditimpa je sorang-demi-sorang antara kabinet lanun ni kelaknatan dari Tuhan atas kerja-kerja sampah korang? Tak ada masa dah aku nak mendoakan kesejahteraan kalian ahlil kabinet lanun. Pegi baham tanah laa!

Cabinet to decide on new power tariff tomorrow (Update)


KUALA LUMPUR: The Cabinet will likely decide on the electricity tariff increase on Wednesday, an outcome which is being anxiously awaited by the industry and consumers alike.

Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin Fah Kui said the Cabinet would discuss whether to approve the increase or hold off plans to do so.

“The paper on the tariff increase is with the Cabinet. If it approves the proposal, there is expected to be some increase; there cannot be a reduction,” he said Tuesday after attending Tenaga Nasional Bhd’s Chinese New Year open house.

Among those present were TNB president and chief executive Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, and board member Tan Sri Lau Yin Pin.

Chin, however, claimed that the poor would not be burdened by any tariff increase.

Friday, February 19, 2010

Ceplos, Afrit Dan Tun Lah

Ceplos sebuah sitkom seram komedi antara hiburan yang menggamit jiwa anak-anak dan ibubapa untuk menontonnya. Aku tidak melepaskan peluang menonton jika terkebetulan.


Malam ini merupakan siri akhir kisah Ceplos. Sedih la jugak hinggakan seorang anak aku peminat fanatik Ceplos menitiskan airmata sewaktu Ceplos mengucapkan salam perpisahan kepada temannya Ipin.

Satu dialog dalam satu babak menarik imaginasi aku. Sewaktu Afrit kalah bertempur dengan Ipin lalu Afrit meresap masuk sembunyikan diri dalam patung Francis Light.

Lalu Ipin bertanya pada Ceplos kenapa Afrit berbuat demikian? Kenapa Afrit tak lari ke tempat lain? Jawab Ceplos bukankah golongan jin sukakan benda-benda berupa patung dan seumpamanya malah jin menghuni di situ.

Lalu aku terfikir apa agaknya suasana dalam sebuah rumah yang membela banyak patung sebagai perhiasannya? Pasti ada berbagai jin turut menghuni bersama penghuni rumah terbabit.

Kemudian terlintas lagi dibenak aku ni sewaktu kelakuan 'bodo' PakLah bertafakur sambil menghadiahkan sekalungan bunga di depan tugu negara dulu? Walau ada mufti memfatwakan perbuatan itu haram dan syirik tetapi PakLah buat dono dengan sikap dungunya.

Bertafakur sifatnya lebih kurang menghormati atau menyembah sesuatu lah. Pada aku PakLah menyembah tugu negara. Siapa pula menghuni tugu a.k.a. patung berkenaan jika tidak syaitan dan jin? Maknanya PakLah menyembah siapa?

Sesatnya hadhari dan legasinya... fikir-fikirkanlah!

Thursday, February 18, 2010

Mabuk Air Tapei Ni

Kata orang mabuk tapei,"kami yang salah pilih DSAI". Walhal DSAI yang tersilap pilih mereka. PKR tak nafikan bahawa calon-calon pilihan mereka dalam PRU-12 lalu sekadar tangkap muat tanpa menyedari ramai dikalangannya terdiri dari katak emas munafik.


Kenapa salahkan DSAI? Mana DSAI tahu isi hati kamu jahat atau baik? Mana DSAI ada sakti nak x-ray dalam hati setiap calonnya berhati mulia tanpa kalbu hitam munafik? Huhh bangang bila mendengar orang mabuk todi @ tapei ni sembang. Percakapan mereka tak ubah macam orang gila. Tapi layan jer la.

Lebih baik orang gila dibanding dengan geng munafik PKR ni kerana orang gila cakap tanpa akal, padan la dia gila tapi si munafik bercakap guna nafsu yang diletak kat tumit kaki. Orang gila lebih mulia kerana mereka dijamin syurga berbanding geng munafik PKR haprak taraf pencacai angkat najis rasanya langsung tak berbau syurga kerana mengkhianati amanah rakyat.

Tak perlah ini masa kamu untuk bongkak atau apa pun. Tapi tunggulah gilirannya nanti di PRU-13 kerana tiada lagi tempat untuk kamu dihati kami malah mungkin akan disepak oleh pihak yang membela kamu kini.

KL: Pemimpin PKR meninggalkan parti, termasuk meletak jawatan kerana tidak sanggup bersekongkol dengan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ghairah untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadai maruah bangsa, agama dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, berkata mereka membuat kesilapan paling besar kerana memilih parti itu bagi memperjuang nasib rakyat, kerana apa yang nyata PKR sudah lari dari perjuangan asal semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi Anwar dan konco-konconya.

Beliau berkata apa yang tinggal dalam parti itu kini adalah kumpulan pemimpin yang tidak ‘bersih’ dan tidak mempunyai keikhlasan membantu rakyat kerana mereka sanggup berbuat apa saja bersama rakan sekutu, DAP termasuk menghapuskan dasar perlembagaan sedia ada apabila memerintah.

“Kalau dia (Anwar) kata dia tersilap memilih calon, sebenarnya kami yang tersilap bersama dia, tanyalah orang lain yang keluar parti, semua berasakan silap berada dalam parti dia.


Wednesday, February 17, 2010

Ayuh Umno Pi DEMO

Baru-baru ni Ahli Parlimen Australia bersuara supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadap DSAI dan Kementerian Pecah Pedal Shafie Apdal si barua berdesing dengan teguran tersebut lantas mengecam tindakan ahli Parlimen Australia serta mengarahkan mereka meminta maaf. Malaysia menyelar tindakan Australia ini dan menghinanya dengan nada sinis bermaksud disebaliknya bahawa walau homoseksual halal di Australia tetapi tidak di Malaysia.


Amnya dunia mengetahui bahawa tuduhan yang dikenakan terhadap DSAi adalah fitnah, helah dan rekaan semata bagi menamatkan riwayat karier DSAi. Sebaliknya pejuang dan pendokong Umno menelan bulat-bulat segala fitnah dan mehnah berkenaan ibarat ikan dukang menelan taik tanpa perlu 'filter' untuk menguraikan kesahihan ceritanya.

Hari ini pihak senat AS pula bersuara senada dengan Ahli Parlimen Australia supaya diadakan perbicaraan secara adil terhadap tuduhan liwat yang tidak berasas berkenaan. Tentunya tersirat darah Pemuda Umno bila mendengarkan demikian, maklumlah semangat keris togel. Lebih-lebih lagi bila kena 'sound' dengan AS yang bukan orang lain tetapi sahabat tidur sebantal Umno.

Pastikan Khairy mengarahkan sekalian beruknya turun reramai meloncat melompat di jalanan terutama di hadapan kedutaan AS bagi meluahkan rasa ketidakpuasan hati Umno terhadap 'sahabat' mereka itu.


Harta Kerajaan Adalah Harta Bapak Dia

Apa nak heran? UiTM tu macam kem perkaderan bebudak Umno lah. Bebudak yang pro-pembangkang mintak maaflah langsung tak diberi muka. Depa nak guna bila-bila masa suka boleh saje. Nak konsert ke, nak ceramah Umno ke, nak 'assign' balaci untuk kerja-kerja taik Umno ke, setiap masa boleh, anytime or anyhow.


Begitu jugak dengan salahguna terhadap sekolah-sekolah kerajaan atau balairaya bagi menjayakan program-program Umno. Itulah kita cakap orang Umno ni bila sebut je apa jua hartabenda milik kerajaan maka itulah harta depa punya. Cibai Umno!

Tapi korang perasan dak arakian waktu selama ni siapa yang bayar bil-bil utiliti, fasiliti atau lain-lain kos hakmilik sekolah atau balairaya yang mereka gunakan. Itu semua harta kerajaan, hak rakyat, bukan Umno punya.

Oleh sebab mereka senantiasa beranggapan sekolah itu harta makbapak mereka justeru tiadalah perlu mereka keluarkan sebarang belanja untuk menanggung sama kos-kos utiliti yang disebutkan. Melainkan pihak sekolah jualah menjadi pak turut dan pencacai Umno.

Kesian..kesian.. hidup atas dunia kemain sombong dan bangang.. kat akhirat kelak tak taulah dosa terpaksa orang Umno tanggung, mungkin semedang!

SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM

PAS mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang didakwanya mengunakan fasiliti milik rakyat - Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) - untuk mengadakan konvensyen Umno yang bakal dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen Umno itu.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (kanan) berkata seramai 2,000 ahli Umno Pahang dijangka berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.

“Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.


Sunday, February 14, 2010

Nazri Aziz Mulut Busuk Macam Tandas

Bukan salah ibu mengandung tapi keceluparan Nazri amat memalukan si ibu yang mengandungkan dia. Kenyataannya seringkali mencetuskan kontroversi selain acapkali menimbulkan perasaan tidak senang hati sesetengah pihak. Sehebat-hebat CheDet pun terjelepuk kena herdik dengan Nazri.

Akhir tahun lalu Nazri pernah menimbulkan lagi perasaan berasa hati rakyat bawahan seperti para pengusaha teksi dengan perkataan menjelikkan dan kotor. Beliau menggelarkan teksi seumpama 'Tandas' akibat dia tidak berpuashati dengan beberapa perkara.


Oleh: MAIL MATHEW

PARA pengusaha perkhidmatan teksi dan kereta sewa di kawasan pedalaman tersinggung dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyamakan teksi sebagai ‘TANDAS’ adalah keterlaluan dan suatu penghinaan yang tidak sepatutnya perkataan itu diungkap oleh seorang pemimpin yang ternama lebih-lebih ia bergelar sebagai seorang ‘Menteri’.

Mereka menyifatkan kenyataan Nazri itu sebagai taktik beliau untuk tidak melayani rungutan mereka sebelum ini berhubung masa depan perniagaan mereka khususnya syarat menghadkan usia perkhidmatan teksi supaya dilonggarkan.

“Kami mahu Nazri bertanggung jawab dan meminta maaf secara terbuka kepada para pengusaha teksi di seluruh negara terhadap penghinaannya itu. Meskipun ia bukan khusus ditujukan kepada kami tetapi sebagai rakan seperjuangan mencari makan sesuap nasi, kami juga berperasaan tersinggung,” kata Juking bin Kilan, 65, selaku jurucakap kumpulan itu ketika memberitahu Sabahkini.net.

Kenyataan Nazri beberapa hari lalu yang menggemparkan para pengusaha perkhidmatan teksi seluruh Negara dengan kata-kata keceluparannya yang menyamakan teksi dengan tandas, walaupun ianya hanya ditujukan kepada perkhidmatan teksi Lembah Klang, namun kemarahan di kalangan pengusaha teksi turut merebak di seluruh Negara.

Juking seterusnya berkata, tidak salah bagi Menteri terbabit untuk menegur dan memperbaiki sistem perkhidmatan awam di negara ini khususnya pengusaha teksi dan kereta sewa, tetapi biarlah teguran itu secara bersopan dan beradab.

“Saya terkejut apabila sahaja ada penumpang menaiki teksi saya, ada sahaja mereka kata separuh mengejek…betulkah teksi pakcik ini macam tandas seperti yang Menteri cakap? Tapi kami tengok masih bagus dan bersih,” jelas Juking lagi.

“Kami pengusaha teksi di sini masing-masing ada merakamkan percakapan Menteri itu dan kami akan perdengarkan kepada penumpang kami, apakah respons mereka tentang keegoan kata kata Menteri itu,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Juking menggesa Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah supaya merangka satu memorandum bantahan kepada kenyataan Menteri berkenaan dan meminta beliau menarik balik kenyataannya itu dan seterusnya meminta maaf secara terbuka, bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Negara.

“Kami pengusaha teksi dan kereta sewa juga ada maruah dan harga diri, janganlah melihat golongan kami terlalu rendah kualitinya. Kami juga sebagai penyumbang kepada perkhidmatan Negara terutamanya dari aspek pelancongan,” katanya lagi.-sabahkini.


Saturday, February 13, 2010

Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang: Umno Makin Sawan

'Jangan ganggu penjual, haramkan jika mahu'


Kinibooks - penerbit dua buah buku yang dirampas di seluruh negara - mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut dan menggesanya menghentikan gangguan terhadap penjual buku.

Penerbitnya - sebuah anak syarikat Malaysiakini - menjelaskan sebanyak 118 naskhah kedua-dua buku itu 1Funny Malaysia danWhere is Justice telah dirampas di Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sejak 7 Januari lalu.

NONERampasan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas dakwaan boleh membahayakan ketenteraman awam, moral, keselamatan awam dan hubungan antarabangsa.

Ketika dihubungiMalaysiakini, pihak berkuasa berkenaan menjelaskan buku tersebut tidak diharamkan dan rampasan tersebut dibuat untuk membolehkan polis "menganalisis kandungannya".

"Sekiranya mereka mahu untuk menilai buku tersebut, mereka boleh mendapatkan daripada kami. Kami berbesar hati untuk memberikan setiap naskah secara percuma kepada mereka.

"Kami mahu polis dan KDN secara rasmi menghentikan gangguan kepada penjual buku di seluruh negara," kata Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan.

Beliau menambah Kinibooks bercadang untuk menghantar surat peguam kepada KDN supaya menjelaskan sebab rampasan tersebut dibuat dan mendesak naskah tersebut dipulangkan.

'Berhentilah guna pintu belakang'

Bersetuju dengan pandangan itu, editor buku Where is JusticeNathaniel Tan berkata KDN "sepatutnya perlu menilainya dan membuat keputusan dengan segera".

"Sekiranya kamu mahu ia diharamkan, maka lakukanlah. Kami sedia mencabarnya di mahkamah. Tetapi mereka menggunakan taktik pintu belakang untuk menghalang orang awam mendapatkan buku ini.

"Buku-buku ini (kandungannya) tidak berapa panjang dan boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Saya rasa pegawai KDN mampu berbuat demikian," katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah tidak ada sebarang sebab yang munasabah dari segi undang-undang untuk mengharamkan buku tersebut. Ini kerana ia ditulis berdasarkan kepada fakta dan "tidak melanggar sebarang undang-undang".

Sementara itu, pengarang buku 1Funny Malaysia Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata rampasan itu terus mengekang industri kartun politik di Malaysia.

"Peranan kartunis sentiasa memerhati gerak geri kerajaan (tetapi) mereka cuba untuk mewujudkan budaya takut yang akan mempengaruhi hasil karya mereka," katanya.

Zunar menambah, walaupun penerbitannya yang lain Gedung Kartunsebelum ini turut mendapat nasib yang sama, tindakan KDN tersebut bagaimanapun menguatkan lagi keazamannya.

"Saya menerima banyak e-mel pembaca yang memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha. Ini kerana kartun boleh diterima pelbagai lapisan umur dan latar belakang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan penjualan buku Kinibooks kini mencatatkan penjualan yang tinggi selepas berlakunya rampasan yang mendapat "liputan meluas secara percuma".

"Kami juga menerima panggilan dari kedai buku yang meminta tambahan naskah," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malaysiakini See Tho Chee Seong.

Beberapa kedai buku bagaimanapun mengeluarkan buku tersebut daripada raknya dan hanya dijual berdasarkan permintaan.

"Ini tidak betul... Berhentilah melakukan muslihat dan taktik kotor. Sekiranya (kerajaan) mengambil berat dan tidak mahu pekung di dada mereka dibuka, selesaikanlah masalah dalaman mereka sendiri. Janganlah mengganggu penjual buku," katanya.-malaysiakini.

Yang Silap Kita Jadikan Sempadan

Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim


Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.

Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.

Dalam kenyataannya kepada
Malaysiakini kelmarin, Abdullah menyatakan keraguannya kemungkinan "terdapat sebab-sebab lain" aduannya ditolak.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim atau mana-mana orang lain bahawa aduan saya tidak boleh diambil tindakan kerana ada bukti, atau kerana ia sekadar dengar cakap sahaja, atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan aduan ini ditolak," katanya.

Kenyataan tidak dibetulkan

Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel.

"Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya.

"Maka, saya tidak mempunyai pilihan bagi menyatakan kebenaran ini melainkan membuat penjelasan terbuka dan saya berharap hal ini dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dapat diperjelaskan di dalam mesyuarat jawatankuas pusat PAS yang akan datang," katanya.

Jawatankuasa pusat PAS akan dijadual bersidang esok di ibu pejabatnya di ibu negara.

Abdullah juga sekali lagi mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya.

Perkara itu juga, tambahnya, menunjukkan jawatankuasa itu seolah-olah hanya menerima arahan dari setiausaha sgung.

"Jika inilah keadaannya, ianya perlu diperbetulkan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga angapan-anggapan negatif yang lain. Soal menentukan sesuatu aduan tatatertib itu mempunyai merit atau sebaliknya, tidak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.

Beliau juga sempat menempelak Mustafa yang tidak langsung memanggilnya berhubung aduannya walaupun telah memberitahu media akan melakukannya segera awal bulan ini.
-malaysiakini.

Siap Kau, Kena Kau Zahrain!

Pakatan Pulau Pinang mahu ‘dedahkan’ Zahrain malam ini

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 12 — Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengisytiharkan “perang” terhadap Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini, sekali gus bertindak sebagai wakil rakyat bebas.

Tidak sampai 12 jam selepas Zahrain mengumumkan tindakannya membelakangi PR dengan keluar PKR, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman (gambar) pihaknya akan mendedahkan segala-galanya mengenai Zahrain dan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan beliau malam ini.

Majlis penerangan yang akan dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diadakan di bahagian pilihan raya Bayan Baru.

“Saya yakin Ketua Menteri akan mendedahkan segala-galanya malam ini,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Majlis penerangan ini juga akan dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri, kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Zahrain mengumumkan keluar dari PKR di sini pagi tadi berkuat kuasa serta-merta.

Zahrain berkata keputusan itu adalah kerana beliau kecewa dengan kepimpinan Lim serta kesal dengan perjuangan PKR dalam PR.

Mengulas keputusan Zahrain keluar PKR, Mansor berkata tindakan itu memang sudah dijangkakan.

“Sebaik sahaja Zahrain mula menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, saya sudah menjangkakan yang beliau akan keluar PKR.

“Saya tidak kecewa dengan tindakan beliau keluar PKR, yang saya kecewa ialah perkataan-perkataan yang beliau gunakan terhadap Datuk Seri Anwar dan Ketua Menteri,” katanya.

Bagaimanapun kata Mansor kini senang bagi pihaknya untuk berhadapan dengan Zahrain.

“Sebelum beliau keluar, Zahrain bersama PKR... jadi sukar bagi menjawab tuduhan-tuduhan tidak berasas dibangkitkan beliau.

“Tetapi oleh kerana kini beliau sudah keluar, maka kami di PKR juga boleh menghadapinya dan menjawab segala tuduhan,” katanya.

Mansor juga memberitahu, sebenarnya kepimpinan bahagian Bayan Baru juga telah memutuskan untuk mengambil tindakan undi tidak percaya ke atas Zahrain.

“Ia sepatutnya diluluskan (dalam beberapa hari lagi) tetapi oleh kerana Zahrain sudah keluar, ia sudah tidak perlu diadakan, sudah tidak relevan.

“Ini dengan sendiri menunjukkan Zahrain sudah tiada sokongan di bahagiannya sendiri,” kata beliau yang turut menekankan bahawa tindakannya tidak akan membawa sebarang kesan.

Bahagian itu akan dipangku oleh timbalannya Tan Seng Kiat.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider akhir bulan lalu, Mansor memberitahu bahawa tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu menunjukkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional.

Mereka termasuklah Zahrain.

Kini PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Anwar (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

Tindakan Zahrain keluar parti menyusuli kenyataannya dua minggu lalu mengkritik keras Lim sebagai diktator dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Thursday, February 11, 2010

Nak Belit Tapi Terbelit

Najib tak perasan ke mangkok hayun sekor ni kaki ampu, putar alam dan seumpamanya. Bijak hayun si mangkok ni dilantik ketua penerangan Umno. Selayaknya la jawatan penerangan Umno diberikan kepada si putar belit.


Dalam satu kenyataan akhbar di bawah tajuk yang sama, mangkok ni kelentong kering para media.

Juara Rakyat Tidak Salah Guna Agensi Kerajaan

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Tuduhan pembangkang bahawa Umno menyalah gunakan agensi kerajaan dalam pelaksanaan program Juara Rakyat tidak berasas sama sekali, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tuduhan seumpama itu tidak perlu dilayan dan Umno mengambil pendekatan untuk hanya 'memekakkan telinga'.

Katanya, program Juara Rakyat pada dasarnya adalah pemudah cara kepada semua agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendekati rakyat, sekaligus menepati konsep pentadbiran negara ketika ini iaitu rakyat diutamakan.


Beliau menolak keras dakwaan pembangkang kerana menuduh Umno menyalahguna agensi kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat supaya menyokong UBN. Dia juga menafikan program tersebut sebagai helah kerajaan a.k.a. UBN memancing undi sempena PRU-13 tidak lama lagi.

Takyah lah kau kelentong bebanyak mangkok. Hari ni dunia internet dah taknak dengar atau gunapakai ayat recycle Umno. Mula-mula kau cakap Umno tak ambil kesempatan atas program ni. Tapi kenapa kemudiannya kau selitkan pulak kenyataan sebenar bertentangan dengan kelentong awalan kau tadi?

Beliau juga memberitahu, program tersebut yang akan diadakan dengan tema berlainan setiap bulan turut akan melibatkan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno serta Umno induk sebagai keluarga angkat.

"Ini bermakna pada setiap bahagian akan memiliki empat keluarga angkat terdiri daripada Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri. Ini merupakan elemen baru yang kita terapkan supaya pengisian program ini menjadi lebih efektif," katanya.

Keluarga angkat ini perlu turun ke setiap bahagian untuk memastikan pelaksanaan program Juara Rakyat berjalan dengan lancar, katanya.

"Mereka adalah sumber penghubung untuk semua masalah rakyat disampaikan kepada pucuk pimpinan yang lebih tinggi," katanya.

Aku rasa macam nak hayun je kole terbang kat kepala hotak lembu kau tu mangkok hayun!

Negara Jadi Bangsat Kena Laknat Rakyat

Aku duk agak perbendaharaan negara semakin kering sekarang ni. Ramai juga ahli mesyuarat kedai kopi berpersepsi seperti aku. Cuma tunggu masa nak kontang je lagi. Maka kantung negara akan kering kontang. Kita semua akan sama-sama menganggung beban, menanggung hutang. Walau rakyat bagai nak rak malah ada yang bagai dah nak mati tetapi sebaliknya personaliti para pemimpin Umno dan kroni-kroni Umno tetap sebegitu, berlagak, ego semacam biasa, lupa dunia.


Negara nazak dah woiii... Korang tau dak? Pabila untung syarikat sudah tak seberapa maka cukai untuk kerajaan pun ciput juga ler. Cuba korang tanya Petronas. Berapa keuntungan setahun dua terakhir ni? Memang Petronas kaut keuntungan tetapi berlaku penyusutan ketara ratusan juta. Orang cakap minyak makin kurang. Lebih naya sesetengah telaga minyak udah kekeringan. Natijahnya kurang la bahagian untuk kerajaan.

Sebab tu lah pimpinan Umno duk mesyorat sakan nak cekau duit dari mana? Fikir punya fikir kepala hotak lembu Umno tu pun seperti biasa mencipta isu penarikan balik subsidi. Kepala hotak Umno ni setakat bina reban ayam boleh la tapi kalau nak fikir jauh macam mana nak bina rumah banglo alamat terduduk depa, takleh nak fikir, lagi fikir makin gila meroyan.

Jalan pintasnya adalah dengan sedut a.k.a. hisap darah rakyat lagi sekali. Kenyataannya dah beberapa kali darah rakyat dihisap. Herannya kenapa sebagian rakyat rela disembelih untuk darahnya dihisap? Aku ni pun yang dulu ada sedikit tubuh berisi sekarang sedikit susut. Mintak janganlah sampai cakeding.

Oleh itu Umno guna semula akta lanun mereka yang senantiasa digunapakai dengan sedikit pengubahsuaian yakni mencekau hak subsidi rakyat. Mula-mula sekor umumkan tarik sebagian subsidi minyak maka minyak naik. Pastu sekor lagi menteri Umno royat nak tarik subsidi gula maka harga gula tup-tup naik.

Kedian sekor menteri no.2 Umno buat lawak bodo nak tarik subsidi pendidikan sebanyak 2 billion. Ingatkan dia sesaje buat lawak bodo tapi rupanya tidak. Kalau benda pitih ni orang Umno memang alah. Pagi si menteri acah-acah nak buat maka petang dah terlaksanakan.

Mak bapak ramai dah bersungut. Apa ke tidaknya mereka bagaikan tak larat nak pegi ambik dan hantar anak-anak mereka ulang alik asrama setiap minggu. Tambah lagi mak bapak tak lena tidur malam memikirkan perihal keselamatan anak-anak yang terpaksa balik sendirian dengan pengangkutan awam kerana dipaksa balik setiap minggu.

Semua masalah ni terbit gara-gara celaka menteri tarik balik subsidi pendidikan RM2 billion tu lah. Takde retoriknya kalau melibatkan kerja-kerja zalim dan menipu oleh puak-puak celaka Umno ni. Malangnya pabila berjanji dengan rakyat nak buat itu ini, nak bina itu ini, konon inilah kebajikan kerajaan UBN, mampus tak dibuatnya, retorik belaka.

Satu lagi perkara yang menarik aku nak persoalkan adakah subsidi kesihatan juga ditarik balik sebahagiannya atau sepenuhnya. Mungkin aku terlepas pandang. Atau memang kementerian kesihatan tak umumkan? Jika benar apa salahnya diroyat kepada rakyat kebanyakan.

Aku persoalkannya kerana berlaku satu peristiwa terhadap ayahanda aku seminggu lepas. Beliau demam dan batuk lalu mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Gong Balai. Sewaktu menerima ubat dari atendan berkenaan, ayahandaku persoal kenapa ubat yang diberikan kurang?

Biasanya ayahandaku diberikan sebotol penuh ubat batuk untuk 3-4 hari minum tapi kali ni diberikan separuh sahaja iaitu bekalan untuk 1 1/2 hari. Kedian paracetamol juga diberikan separuh juga iaitu 10 biji hanya untuk 1 1/2 hari juga. Paling kurang ayahandaku diberikan bekalan dua paket atau 20 biji paracetamol.

Lalu ayahandaku tanya kenapa bagi ubat sekerat-sekerat ni? Kalau camni bila pakcik nak sembuh? Jawab atendan tu bahawa dia menerima arahan dari pihak atasan supaya mencatu pemberian ubat-ubatan kepada separuh sahaja untuk setiap jenis. Dia takleh jawab lebih lah. Tapi oleh kerana kasihankan kat ayahandaku agaknya maka dia bermurah hati memberikan separuh botol lagi ubat batuk.

Persepsi aku ialah kerajaan dah nak bankrap kot la ni. Maklumlah dalam depa duk suruh rakyat jimat itu ini, kerat subsidi itu ini, depa Umno duk main wayang sana sini. Tenderkan projek mewah-mewah kat kroni-kroni UBN. Rakyat terjelir kelaparan kebuluran. Rakyat tak puashati, rakyat sumpah seranah, rakyat laknat kerajaan UBN.

Mamposs lah Umno!! Selamatkan Malaysia.

Wednesday, February 10, 2010

Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Pas

Hati-Hati Pas Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita [Hanipa Maidin]

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin (Peguampas)

Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!

Sumber: Peguampas

Inilah Bendera Kita...!!!!

Guane gamok wehh..? Tadok bajet doh ker nok beli bendera baru? Atau tadok 'kamikaze' yang larat panjat kat atas nung untuk tukar bendera tu? Bendera itu adalah lambang dan panji perjuangan.


Aku nengok panji Islam kat bangunan Pas Dungun ni semakin carik compang camping rabak. Kalau sehelai dua kira boleh 'excuse' la pasal dok padan nok naik panjat tukor. Tapi kalau dari jauh orang ramai tengok dan tiang-tiang bendera nampak macam gigi rongak je, dah jadi lain macam tanggapan. Korang ingat tak macam mana rupa pakaian dalam P.Ramlee dalam filem Bujang Lapok?

Bulan kat tengah cantik serta indah mengambang tapi dicacatkan pemandangan oleh bulan-bulan kecik yang mengelilinginya. Bukan apa bagi aku keadaan itu boleh dibandingkan dengan lenyapnya sisa-sisa bekasan 'kerajaang perpaduang'.



Berbeza pulak dengan status seteru Pas di Bangunan bersebelahan. Benderanya masih baru atau macam baru. Walau duit mereka guna untuk beli bendera tu pun kita boleh pertikai, tapi imej ego mereka tetap dijaga walau rakyat Ganu tahu Umno Ganu dokrokcetong mutakhir ini tetapi Umno pandai bertipu daya menyembunyikan kelemahan mereka.

Rimba Dalam Bandar

Rimba Bandar Bukit Bukit amat familiar dengan penduduk sekitar Dungun khasnya dan rakyat Terengganu amnya. Ia merupakan sebuah taman atau kawasan perhentian dan rehat yang dibangunkan sejak zaman Deris lagi asalnya dari sebuah kawasan hutan yang menyeramkan. Sesiapa ada berani untuk cuba singgah berehat pada waktu larut malam adalah dipersilakan. Kalau aku pastinya berfikir empat belas kali sebelum berbuat demikian.

Perkara menarik yang aku nak cuba khabarkan hari ini ialah tentang sebuah 'taman' baru dikenali sebagai Taman Rimba Dalam Bandar Dungun. Letaknya di atas kawasan tinggi. Menjadi persinggahan unggas-unggas dan haiwan-haiwan terbang lain. Ramai tentunya tidak menyedari tentang kewujudan taman ini tetapi jika anda berkesempatan ke Bandar Dungun cubalah riki-riki dimana letaknya taman yang aku maksudkan.

Beberapa keping foto diambil dengan kamera henset lapok aku untuk tatapan dan renungan anda sekalian;

klu 1...


klu 2...


klu 3...

Sekarang, boleh anda teka di manakah ter'tumbuh'nya taman ini...?

Wednesday, February 3, 2010

Sudah Terkena Baru Tengadah

8 tahun cukai tak bayar. Bukan sikit punya nilai, cecah 6 juta ringgit. Bukan kecik punya tanah tapi cecah 530 ekar. Bukan mak bapak dia punya tanah tapi biasa la Umno semua hartamilik negara ni dijadikan makbapak dia punya harta. Bukan tak sedar, bukan tak perasan tapi sesaje buat tak sedar dan tak ada perasaan.

Bukan Tan Sri Khalid Brahim tak ada hati perut tapi YBK a.k.a. juak-juak Umno Khir Toyo yang tak ada isi perut. Bukan takleh bayar, tup-tup si Ali Rustam konon tunjuk baik nak tolong bayar. Bukan Tan Sri Khalid tamau terima ehsan Ali Rustam tapi Khalid mau ajar sama Khir Toyo a.k.a. Umno. Bukan sekejap tempoh 8 tahun tu tapi base jenis bebal bangang tahap Obama. Bukan tak ada duit tapi duit tu pegi mana... sendiri mau fahamlah!!!

Kerajaan Melaka Mahu Khalid Terima Bayaran Cukai Tanah RM5.439 Juta

MELAKA, 2 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka sekali lagi menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya bersikap terbuka dengan menerima bayaran tunggakan cukai tanah sebanyak RM5.439 juta yang telah dijelaskan oleh Yayasan Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Khalid sepatutnya tidak menjadikan alasan untuk enggan menerima bayaran itu bagi membantu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.-
bernama.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET