Wednesday, March 25, 2009

Najib umum kabinet baru selepas 7 April - Malaysiakini

Datuk Seri Najib Razak bakal menawarkan reformasi termasuk membanteras rasuah melalui rombakan kabinetnya yang akan diumumkan selepas pilihanraya kecil 7 April ini.

Beliau akan menyampaikan ucapan kebangsaan selepas dilantik sebagai perdana menteri tidak lama selepas disahkan sebagai presiden Umno dalam perhimpunan agung parti minggu ini.

Dalam ucapan itu, Najib dijangka menggariskan agenda-agenda reformasi khususnya pencegahan rasuah dan perpaduan bangsa, kata setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam taklimat media di Putrajaya hari ini.

Beliau menasihatkan media, khususnya yang berbahasa Cina, agar tidak melaporkan isu-isu sensitif yang dibangkitkan para perwakilan Umno, sebaliknya mengetengahkan ucapan pemimpin atasan parti.

Bakal perdana menteri itu dijangka mendedahkan intipati wawasannya dalam ucapan perasmian tiga sayap utama - Wanita, Pemuda dan Puteri - di Dewan Merdeka PWTC selepas jam 8 malam ini.Ucapannya dijangka menyentuh isu-isu, antaranya sistem kuota dalam pencalonan Umno, pendidikan politik, mendekati golongan menengah bawah di kota dan menguasai siber.

------------------------------------------------------------------------>>>>>>>

tak lebih dari dendam ni beb... teman rasa la...dulu mana ada dia berkokok sebab kena sembam dgn paklah...'yes man' sokmo2... maklum la time tu dlm 'probation period'...so skang dah 'konfem' jawatan... aisehh man... kasi warning awai2 la pada yg bakal2 nk kena sula tu...

sbg 'praktikal' dlm tempoh probation tu dia taram Perak dulu...walau dgn tektik hodoh namun 'serang hendap' itu berjaya mematikutukan seketika Pakatan Rakyat... dan sampai sekarang lanun-lanun masih bermaharajalela...

sebagai contoh awal, dua orang kuat Keri dah kena lantun... sorang panglima Melaka dan sorang lagi pak cacai Pahang... hehe... kan dah kena... jangan lawan tokei dan jangan sesekali angkat kepala...

Sunday, March 15, 2009

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal (3) - harakahdaily

Kajian oleh Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal (2) - harakahdaily

Kajian oleh Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal (1) - harakahdaily

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Kadar Jenayah Dungun Naik 33.33% - Buletinonline

Dungun - Ketua Polis Negeri Terengganu, Senior Assitan Komisioner I, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kadar jenayah bagi daerah Dungun pada tahun 2008 naik sebanyak 33.33 % berbanding tahun 2007.

Menurutnya, jenayah kehilangan harta benda melibatkan kecurian motosikal adalah penyumbang utama peningkatan kadar jenayah ituBeliau berkata daripada 711 kes dilaporkan sepanjang 2008, 60 % daripadanya melibatkan kes kecurian motosikal dan pihaknya memandang serius perkara terbabit.“Kadar jenayah di daerah Dungun pada 2008 mening-kat berbanding 2007.

Jenayah harta benda penyumbang utama dan kes kecurian motosikal adalah tertinggi dilaporkan. “Hasil kajian polis, kita dapati jenayah tersebut tidak membimbangkan berbanding jenayah di kawasan lain terutama di negeri yang lebih maju. Lebih-lebih lagi ia tidak melibatkan jenayah kekerasan. “Ia bagaimanapun hanya melibatkan kumpulan kecil dan kebanyakan penjenayah yang terlibat melakukannya untuk kepuasan.

Kita percaya ia mampu ditangani jika ada tindakan yang lebih proaktif,” katanya pada majlis perjumpaan Ketua Polis bersama masyarakat dan warga Politeknik Sultan Mizan Zainal Abdidin (PSMZA) baru-baru ini.Sinar Harian memetik beliau berkata, apa yang lebih membimbangkan sekarang ialah meningkatnya kes jenayah rogol melibatkan golongan remaja terutama pelajar sekolah. “Kebanyakan kes dila-porkan melibatkan golongan remaja berusia antara 12 hingga 28 tahun dan sebahagian besar melibatkan pelajar sekolah. “Hasil siasatan mendapati kebanyakannya berlaku atas kerelaan individu terbabit dan tidak wujud unsur paksaan atau keke-rasan.

Dalam hal ini kita dapat buat kesimpulan bahawa peningkatan jenayah rogol melibatkan pelajar sekolah berpunca daripada masalah sosial yang mempengaruhi tindakan serta tingkah laku mereka,” kata Shukri yang pertama kali mengadakan perjumpaan dengan pelajar PSMZA.

Shukri turut mengingatkan warga kampus agar tidak terpengaruh dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram dan penyalahgunaan dadah kerana ia boleh merosakkan masa depan mereka sebagai generasi pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Thursday, March 12, 2009

Cakap siang pandang-pandang II

Huhh… dah lama teman tak jenguk blog ni pasal tak sempat, bukan tak mau. Kebelakangan ni teman menyibukkan diri mencari rezeki. Maklum la nak ‘survive’ kan diri dan keluarga di era kemelesetan ekonomi sekarang.

Terkebetulan pagi tadi teman terima pelawaan dua sahabat untuk minum pagi dekat Restoran Abg Pa, yang sohor dengan nasi lemak kangkung. Sedang rancak berbual, dari dapur kelihatan Abg Pa berjalan menghampiri kami, pasti ada isu yang hendak disuarakannya, atau sekadar untuk mendengar cerita dan bercerita. Betul jangkaan teman tetiba Abg Pa buka mulut meluahkan isi hati tentang sikap PBT. Kritikannya adalah terhadapYDP Majlis yang baru, majlis daerah terkini yang dinaik taraf Majlis Perbandaran di Terengganu.

Kata Abg Pa, YDP baru ni sket berlagak. Dia baru dipindahkan dari Majlis Perbandaran Kemaman, dikatakan rapat dengan MB Mat Said, siapa tak kenal dengan fe’el gedebe Mat Said, begitulah juga dengan fe’el YDP ni, ada tempias egonya. Sebagai seorang yang berpengalaman dan berjasa menukar wajah Kemaman serasi dengan taraf Perbandaran maka sesuailah tugas itu untuk dia merealisaikan pula matlamat Majlis Perbandaran ini yang baru naiktaraf. Tapi kata Abg Pa lagi, YDP baru ni tak ada kompromi, mungkin ketegasan itu yang membuatkan segelintir peniaga rimas dengan peraturan dan suasana baru.

Yang terkini Abg Pa menerima lawatan dua pegawai Majlis Perbandaran yang membawa bersama surat perintah supaya kedai makannya dipasangkan ‘Tile’ atau ‘Mozek’ lantai, kata pegawai itu untuk keseragaman. Selain Abg Pa setakat ini ialah seramai 28 lagi peniaga dengan premis yang lebih kurang serupa mendapat surat cinta yang sama. Tempoh singkat diberi supaya dalam masa dua minggu Abg Pa laksanakan perintah tersebut atau keengganan akan menyebabkan lesen kedai ditarik balik. Undang-undang ciptaan manusia yang mengongkong sesama manusia, mana nak cekau sekurang-kurangnya RM10 ribu dalam tempoh singkat sebegitu. Kesian Abg Pa.

Sebelum itu Abg Pa telah pun menerima surat arahan supaya mengecat kedai dan pagar kedai dengan warna belang merah putih, tak tahu makna apa, mungkin identiti Majlis. Arahan itu belum sempat untuk Abg Pa layan atau sempurnakan, kini keluar lagi arahan baru. YDP tak pernah pun turun padang tengok situasi sebenar dan bertanyakan masalah peniaga tetapi setakat pandai memberi arahan. Kata Abg Pa, memang YDP tu yang bersekutu dengan Mat Said tak nak ambil iktibar dari kekalahan BN di PRK036 yang antara sebab kekalahan sedikit sebanyak adalah akibat dari tindak tanduk pihak Majlis yang tidak adil dan zalim.

Teman ada buat tinjauan juga di sekitar bandar ni dan mendapati hanya sebilangan kecil pemilik sahaja yang telah mengecat belang-belang kedai mereka dan tak ada langsung yang memasang ‘tile’ seperti yang diperintahkan oleh pihak Majlis. Teman fikir pastinya mereka tidak mampu untuk menampung kos bagi kerja-kerja pengubahsuaian tersebut kerana mereka rata-rata bertaraf peniaga kecil atau peniaga statik. Menurut Abg Pa lagi bahawa dia sanggup mengepalai seramai 28 peniaga lain yang bersetuju dengannya untuk mengadakan demo di hadapan pejabat Majlis Perbandaran tersebut bagi melahirkan tidakpuashati terhadap isu berkenaan. Entah tertunai entah tidak niat Abg Pa. Kita tengoklah nanti.

Wednesday, March 4, 2009

Politik wang: Umno digesa tunda perhimpunan 24 Mac - malaysiakini


Jimadie Shah Othman | Mar 3, 09 1:43pm
kemaskini 3.28pm Umno digesa menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai. 

umno mazlan haron kadar sulaiman pc money politics 030309 04Bekas exco Pemuda, Datuk Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Datuk Kadar Sulaiman berkata mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

"Saya serta Datuk Mazlan akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini, mereka bagaimanapun tidak menyatakan bila tindakan undang-undang itu akan diambil bagi "melihat reaksi" balas daripada parti itu terlebih dahulu.

Kedua-duanya juga mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan menyebut siasatan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup setelah SPRM menutup 45 aduan.

umno mazlan haron kadar sulaiman pc money politics 030309 01"Persoalan saya, bagaimana beliau (Abdullah) yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan saya sebagai salah seorang pengadu bersama Datuk Mazlan tidak langsung dipanggil memberi keterangan," kata Kadar.

Kadar juga berkata, laporan mereka kepada SPRM (dulu dikenali BPR) berhubung dakwaan politik wang dan penyalahgunaan kuasa terhadap Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat pada 4 September lalu "tidak ada maklum balas positif".

Beliau juga mempertikan kewajaran Umno membawa amalan politik wang kepada SPRM "sedangkan perlembagaan Umno mengatakan bahwa ahli-ahli Umno tidak boleh dibawa ke mahkamah".

Mazlan pula menjelaskan, tindakan mereka bukan bertujuan menghalang kelancaran peralihan kuasa Umno Najib dengan alasan "peralihan kuasa boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja".

Ditanya sama ada Umno masih mempunyai masa bagi menangguhkan persidangannya buat kali kedua, beliau berkata, Umno boleh merayu kepada Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan itu.

Umno menunda persidangan tahunan dan pemilihannya dari Disember tahun lalu ke bulan ini bagi mempercepatkan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib. 

umno mazlan haron kadar sulaiman pc money politics 030309 02Pemilihan sebelum itu pernah ditangguh bagi mempersiapkan parti menjelang pilihanraya umum lalu.

Mazlan berkata mereka bersedia menerima tindakan Umno akibat membuat desakan sedemikian.

"Saya tidak kisah dibuang parti. Banyak lagi pembangkang yang tunggu. Kami lakukan ini pun sebab sayangkan parti," kata Mazlan, seorang ahli Umno di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ditemui selepas sidang akhbar itu, Kadar berkata sebagai perwakilan Umno bahagian, beliau akan tetap menghadiri perhimpunan agung mulai 24 Mac jika desakan mereka tidak dipedulikan.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET