Saturday, August 28, 2010

Power Ranger Tak Puasa

Suatu pagi di hari pertama puasa aku alami peristiwa anih ini. Aku nampak seorang 'power ranger' bermotosikal memasuki sebuah kedai runcit dengan tergesa-gesa, kemudian keluar membimbit satu plastik hitam didalamnya berisikan objek berupa beberapa botol air berkarbonat. Tertanya jugak apahal power ranger ni? Sekilas pandang disebalik 'face shield' tu iras muka Melayu. Fahamlah rupanya power ranger ponteng puasa, kedian curi-curi masuk kedai runcit dan beli air. Tutup muka sembunyi wajah dari tatapan umum, namun dia lupa Allah Maha Melihat. Subhanallah.

Bukan sebuah dua kedai yang aku perhatikan perlakuan buruk ini tetapi kalau kat pasaraya tu jangan cakaplah. Pernah juga aku bertembung dengan ramai orang Islam Melayu dari taraf orang biasa, pekerja swasta dan pelajar IPTA dengan selamba masuk kedai India untuk membeli beberapa bungkus nasi, lauk dan air peng! Huhh..hebat penangan orang tak puasa ni. Takde nusuk-nusuk macam dulu, sekarang mereka buat 'direct' depan umum.

Entah apa nak jadi dah orang Islam Melayu kita la ni? Makin lama makin layu. Siapa yang bikin kita layu?? Tak lain tak bukan semestinya Umno-Apco kaki penipu! Tinjauan rambang aku mendapati berlaku peningkatan setiap tahun akan mereka yang mengaku Islam Melayu tapi meninggalkan salah satu Rukun Islam yang Lima. Risau saban tahun semakin bertambah dan semakin aktif kaki-kaki tak puasa rembat makan dan minum tanpa segan-silu, apatah lagi tiada sifat malu dan takut pada Tuhan Penciptanya.

Kekadang aku keliru kenapa pihak berkuasa gagal membendung sebahagian besar perlakuan biadap terhadap kesucian agama Islam ini? Alasan standard mereka sebab tak cukup kakitangan. Apakah pihak pejabat agama sengaja membutakan atau mengtulikan diri? Sepatutnya pejabat agama sedari awal bersikap pro-aktif dengan menggajikan staff kontrak atau sementara bersempena bulan Ramadhan bagi tujuan mengekang aktiviti celaka di bulan mulia ni.

Meskipun ada aktiviti pencegahan dibuat namun kadarnya amat kecil dan terpinggir. Sekadar mencatatkan pihak penguatkuasa agama ada menjalankan tugas, tapi pada pandangan aku bukanlah ikhlas, hanya memenuhi jadual bertugas semata.

Thursday, August 26, 2010

Pak Brahim Suruh Tangkap Pengkhianat Perkauman

Cermin diri lah dulu Pak Brahim. Garang tu mintak pihak keselamatan bertindak ke atas mereka yang disyaki sebagai pengkhianat perkauman. Nak dikategorikan macamana maksud pengkhianat perkauman? Perkasa ni bukan pengkhianat perkauman ke? Duk julang dan cium keris, nak tikam siapa? Macam Umno-Apco jugak duk tikam orang Melayu dan semua orang. Pak Brahim tubuh pertubuhan perkauman tak apa tapi tang orang lain Pak Brahim suruh cepat-cepat tangkap masuk lokap. Apa kelass ni Pak Brahim???

Tangkap segera pengkhianat perkauman: Perkasa

SHAH ALAM – Polis didesak segera menangkap pengkhianat perkauman yang cuba menimbulkan sensitiviti di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, banyak tangkapan belum dibuat, terutama dalam kes-kes membabitkan rumah ibadat dan isu agama.

Menurutnya, Perkasa berharap komitmen tinggi dapat diberikan dalam siasatan kes baling botol arak dan cat merah di surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan. kelmarin.

“Tindakan pantas polis telah berjaya menangkap mereka yang membakar Gereja Protestan di Petaling Jaya dan (pesalah) sudah pun dipenjarakan.

“Justeru, polis didesak supaya turut segera menangkap pengkhianat yang simbah cat merah dan baling botol arak di surau Sikamat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berharap polis meningkatkan usaha menyelesaikan kes buang kepala babi di Masjid Taman Sentosa dan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya akhir Januari lalu.

Tuesday, August 24, 2010

Seng Giew Boleh Faham, Kenapa Tidak Karpal?

Apabila TGNA cakap Karpal sorang aje yang tak dengar kata, Karpal hujah bahawa suaranya mewakili ramai dalam DAP. Ungkapan lama, jika umur dah mencecah 40 tahun tapi perangai tak ubah-ubah alamatnya sampai tua pun begitulah. Hakikatnya Karpal begitulah. Keras KENG dah dia ni. Jika ahli DAP lain boleh bertoleransi dan hormat dengan Islam dan Hudud kenapa tidak Karpal? Pada pertimbangan aku Karpal adalah kafir Harbi. Darah halal???

Hari ni Tan Seng Giew secara ikhlas dan reti bahasa menyatakan bahawa hukum Hudud jika dilaksanakan di Malaysia hanya dikenakan ke atas umat Islam sahaja. Manakala kaum bukan Islam pula perlu hormat dan tunduk dengan kedaulatan hukum Hudud. Tidak semua perkara dalam hukum Hudud akan dipaksakan ke atas bukan Islam, sesuatu hal adalah tertakluk kepada perbincangan bersama. Itu hanya mainan Umno-BN-Apco untuk menakutkan bukan Islam.

Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giew

SHAH ALAM – DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa
.-sinar

CheDet Tak Setuju...Aku Seratus Kali Lagi Tak Setuju

Al-kisah kroni Umno-Apco nak buat kerja bodoh hanguskan wang rakyat konon nak bina jambatan merentasi jarak 48 km dari darat ke sebuah pulau tersohor. Senang-senang je buat cadangan nak kebas harta rakyat RM130 billion. Tujuan apa? Nak kenyangkan dan montokkan lagi perut-perut buncit yang penuh dengan air setan tu. Kalau dengan rakyat 5 sen subsidi minyak kau nak berkira. Atau 25 sen subsidi gula pun nak berkira. Konon nak lencongkan wang subsidi tu untuk pembangunan. Walhal untuk memuaskan nafsu kebinatangan.

Kepala hotak nenek kau Umno-Apco bercakap pasal pembangunan. Buat bangunan jenis pakai buang, tak sempat setahun sana sini tumbang. Celaka kau Umno-Apco bagi kat kroni tak tau buat kerja tapi banyak loyar, banyak auta, banyak sembang. Tiris sana bocor sini. Kenyang tembolok terbang keluar negeri. Cari betina ajak teman 'menari'.

Peringatan: Minyak Sapi Ini Ada Unsur Shubahah

Dalam kita terpesona melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, ada pulak pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menganiaya kita dengan menyuntik unsur shubahah yakni lemak babi dalam makanan ini iaitu minyak sapi QBB. Biasanya minyak sapi amat popular dalam masakan nasi minyak tradisi kita orang Melayu Islam. Perancangan jahat orang kapir cuba menyelinap dari segala sudut untuk memesongkan kepala hotak umat Islam terutama dari unsur pemakanan. Oleh itu amat perlu kita berhati-hati dan menghalusi setiap aspek pemakanan harian untuk diri sendiri serta keluarga.



KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.

Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.

Katanya, CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini.

Monday, August 23, 2010

Mana Pergi TokPati Umno?

Dari bacaan aku rakyat Penang diam ubi aje perihal khutbah tak doa dengan nama YDP Agong Sultan Mizan. Tapi lahanat yang duk kemaruk dan jadi batu api nya adalah juak-juak JKKK dan pemimpin Umno-Apco bawahan ni lebih-lebih. Pastu termakan hasut oleh Zahid Hamidi hingga menganggapkan soal khutbah berkenaan menggugat keselamatan negara. Bangang!

Hehehh... bermuka-muka la konon wahai Umno-Apco lahanat. Tetiba hari ni bila sekor dua yang salah faham buta agama belajar takat huruf Alif mengsalah tafsir maksud khutbah tersebut kemudian di konar baring dengan tujuan meraih 'political mileage', Umno-Apco sawan khinzir, tuduh itu ini, desak kerajaan dan pihak keselamatan ambil tindakan ke atas pembangkang. Walhal korang buat-buat lupa sewaktu korang sawan khinzir bila AbgMad dilantik sebagai MB Ganu sehinggakan pemidang 'NATANG' korang tujukan kat Sultan Mizan yang kita kasihi. Double Standard-Low Class Umno-Apco. Bodoh Piang!

Aku tertarik dengan satu artikel dari blog Sharpshooter sebagaimana petikan berikut;

------------------------------------->>>
Dalam khutbah keduanya, dalam doa khatib tersebut berdoa kepada Tuan Yang Terutama P.Pinang dan juga kepada Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mirzan Zainal Abidin. Malah khatib tersebut juga berdoa kepada Ketua Menteri P. Pinang, Lim Guan Eng agar Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya, agar Allah membukapintu hatinya untuk memeluk Islam dan dapat menjalankan pemerintahan dengan seadil-adilnya.

Ini dia soalan cepu masnya....

Salahkah tindakan khatib tersebut membaca doa yang dibacakannya itu??

Ini jawapannya.... [Extract daripada pandangan Dr MAZA di
Malaysian Insider]

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat. “Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam”

No big deal... kan?? So what's the fuss??

Kata Dr MAZA lagi....

".... jika doa kemenangan dibolehkkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat"

Dr MAZA tak sebut parti politik mana... tetapi ia dah jadi common knowledge. Biaq mai M3M habaq pi. Well... tak lain dan tak bukan, parti lahanat UMNO/BN!!
------------------------------------->>>

Jelas dan nyata penghuraian permasaalahan tersebut oleh MAZA. Takleh guna ke kepala hotak MAZA sebab Umno-Apco tuduh beliau Wahabi? Aku rasa la kalau di Padang Mahsyar kelak puak-puak ni akan duduk jauh dalam kumpulan ke-10 ( atau takde kumpulan langsung ) jauh ditinggalkan MAZA mungkin dalam kumpulan ke-4 atau ke-5.

Permasaalahan ni sebenarnya simpel mimpel aje untuk diselesaikan. Mufti Penang dah buat kenyataan akhbar untuk memperbetulkan tohmahan Umno-Apco sial. Begitu juga dengan khatib terlibat pun sudah tampil memperjelaskan isu ini. Tapi dah dasar dan darah taik Umno-Apco suka buat kerja fitnah maka diseretnya panjang menjadi berjela-jela memakan masa berbulan padahal kalau orang agama Umno-Apco awal-awal bersuara pastinya kes ini dua tiga hari saje boleh setel.

Mana pegi Mufti Harussani? Atau Mufti Noh? Atau Nakhaei? Takyah ajak reramai, dua tiga orang berpengaruh ni dah memadai. Atau Firdaus Sepak Tong? Semua diam membiarkan pemimpin yang jahil agama memberi 'fatwa songsang'. Lahabau!

Nasib Baik TokGuru Tenangkan Keadaan

Dalam keadaan hati membakar membuak nak marah tapi bila terlihat wajah 'orangtua' ni langsung api kemarahan perlahan padam... astaghfirullah. Tak tertahan aku dengan lagak Karpal, ego sangat, konon dialah pakar perundangan. Pemimpin roket lain 'cool' aje takde pulak buat kenyataan bodoh. Aku percaya Karpal jugak terpengaruh dengan dakyah songsang Umno-Apco tentang Hudud. Dalam tak suka kat Umno-BN-Apco, Karpal telan juga buntil taik Umno makan buat makjun.

Kenyataan Karpal tolak hukum hudud pandangan peribadi: Niz Aziz

KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu. Menteri Besar Kelantan berkata, suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu. "Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz berkata, demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. "Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal. Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya. "Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal. Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata, ia adalah sesuatu yang sukar. "Nak mengelak tu memang tak boleh...tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya.-sinar

Sunday, August 22, 2010

Israel & 3F


Israel reka 1Israel, Malaysia xerox 1Malaysia.

Malaysia itu Umno, Israel umpan Apco, Umno itu Apco, lahir Umno-Apco.

3F Israel bukan agenda kecil tapi rangkuman antarabangsa.
AF adalah antara hasil cernaan 3F. Yahudi memang bijak dan itu terbukti.

Apa itu 3F? Kita bicarakan dalam ruang lingkup mudah yakni AF.
Takyah fikir tentang MI atau Mentor. Semuanya sedara AF.
3F adalah serampang 3 mata yahudi, Food-Fashion-Festive.
Pakej AF adalah lengkap mengandungi semua unsur 3F.

Rantaiannya yakni makanan subahah atau haram akan keruhkan minda.
Minda yang keruh senang untuk melanggar larangan agama.
Semakin ramai wanita dan remaja keruh minda rela berpakaian tapi telanjang.
Fesyen baru kata mereka.
Kita lihat di pasar minggu atau dimana jua wanita dan remaja kita berpakaian E-coli dan shrink ibarat pembungkus sosej.
Sedangkan nabi pernah bersabda bahawa wanita yang berpakaian tapi telanjang tidak akan mencium bau nya Syurga. Sedangkan nabi menyatakan lagi bahawa haruman Syurga dapat dihidu sejauh 70 tahun perjalanan akhirat. Subhanallah... jagalah anak-anak kita, awasilah adik-adik kita dan tegur-tegurlah sedara mara atau jiran terdekat kita.

Setelah minda keruh, pekena e-coli dan shrink, pastu menghadiri pesta atau hiburan.
Remaja atau dewasa atau separa umur jantan betina berkepit ke sini ke sana.
Puas berkepit, mereka bercanda, kedian jeng..jeng...jeng... kalau binatang tibalah musim mengawan ibarat kata.

Mana lagi kita nak taruk muka. Statistik melaporkan 80% pembuang bayi terdiri dari keturunan Melayu macam kita. Cumanya apakah mereka masih ada iman didada. MasyaAllah sedih kita. Natijah dari sikap alpa pemerintah kita. Justeru Apco dilantik sebagai penasihat kata mereka. Walhal Umno-Apco sedang menakhoda kapal kita menuju neraka.



Friday, August 20, 2010

Deii Singh!!! Appaa Raaa...!!!

Marilah parawan DAP pakat-pakat pecat pakat-pakat tendang si Singh sekor ni. Selagi si mulut cabul taik karat sekular ni berkuasa veto dalam DAP selagi itulah kocak gelombang perselisihan wujud dalam Pakatan Rakyat terutama antara Pas-DAP.

Khabar dari akhbar lebong Umno-Apco.

Silaturrahim Pas-DAP kebelakangan ini amat baik dan harmoni tetapi kecabulan mulut Karpal sedikit sebanyak akan mengguris hati parawan Pas, dan sekiranya ada jawab balas dari Pas jika tidak ditangani secara berhemah maka hati parawan DAP pula akan terhiris.

Betul lah dalam sebuah pakatan terdiri dari tiga parti yang kuat dan berprinsip perlu ada diplomasi dan persefahaman. Rupanya dalam seramai manusia pakatan itu masih ada lagi sekor pengacau keharmonian senantiasa bernada kontroversi yang bakal mengundang konfrontasi.

Sedarlah Singh! Ekau tu rumah kata pergi dan kubur kata mari. Sudah-sudahlah dengan keegoan ekau. Terimalah cadangan dari seorang TokGuru secara rasional. Usah ditentang sebulatnya tapi cubalah dicernakan agar selari dengan haluan perjuangan.

Camane Kau Nak Telan Tahi Kau Ni Zahid?

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar... malang lagi nasib kau Zahid. Baru aje nak bengah kepala dah kena peteh, terpelihuk kaki kau. Orang sembang kau pun nak sembang. Orang sembang kat kedai kopi bukan taraf kau Menteri. Pastu buat modal untuk raih laba politik. Kan dah sakit tu pungkoq kau semalam banyak sangat berak. Hari ni DSAI dan Kerajaan Pulau Pinang dah peteh balik kenyataan haprak kau. So camane? Sanggup ke kau telan semula tahi kau semalam? Kalau anjing sanggup telan balik muntahnya... kau sanggup jadi macam anjing ke Zahid? Masih busuk masih hangat lagi tahi kau semalam. Elok kalau nak wat berbuka kang!



Khutbah: Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi
Mohd Sabri Sai

GEORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah ke dua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.

"Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam," terangnya.

Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.

Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi.

Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Umno dan Barisan Nasional (BN) amat cemburu setelah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.

"Tidak lain mereka hanya cemburu bila kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan Islam diberikan keutamaan, contohnya menambah peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) dari RM12.5 juta kepada RM24.3 juta iaitu pertambahan 100 peratus selain bantuan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan semasa pemerintahan BN dulu," ujar beliau.

Umno, kata Malik, lebih tertekan apabila kerajaan negeri mengambil sikap terbuka untuk menganjurkan program Sambutan Bulan Al-Quran, anugerah kepada para huffaz sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Keprihatian Ketua Menteri hadir dalam majlis agama Islam umpamanya program Ihya Ramadhan, Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa yang sedang rancak disusun di masjid-masjid sememangnya menggusarkan pihak tertentu kerana sebelum ini tidak pernah dilaksanakan oleh Ketua Menteri terdahulu.

Kepada rakyat, pesannya, jangan terpengaruh dengan usaha buruk itu jika mahukan Negeri Pulau Pinang terus maju.

"Kita yakin majoriti rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cara sebegini. Cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkah usaha kita memartabatkan agama Islam di negeri ini," tambahnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.

Thursday, August 19, 2010

Padan Muka Kau Buat Niaya Kat Binatang

Seekor lembu mengamuk dan melompat keluar gelanggang menyerbu ke tempat duduk penonton (bijak jugak lembu tu target dan lompat). Kejadian itu dilaporkan berlaku di Tafalla utara Sepanyol dalam satu pesta laga lembu. Seramai 30 orang diberitakan cedera.


Apalah nasib kau lembu duk kat negeri orang kapir masih di aniayakan atas nama hiburan dan perjudian. Mungkin juga atas nama warisan maka kerajaan mereka membenarkan. Memang kesian lembu-lembu dikerjakan sampai hilang nyawa. Paling zalim dalam pertunjukan matador. Kalau ada lagi peluang elok lembu lain sedar dan protes dengan mengamuk dalam pesta tiada perikemanusiaan yang lain pula.

AWAS H1N1 Semakin Menular

Allah telah berfirman bahawa bumi ini tidak akan rosak melainkan oleh tangan-tangan manusia. Begitu juga dengan pelbagai penyakit akhir zaman tanda hampirnya kiamat adalah juga disebabkan oleh tangan dan keucuaian manusia. Asas suatu penyakit lazimnya dihadirkan oleh tabiat kehidupan dan pemakanan manusia. Kerana itulah Allah melarang manusia dari memakan bangkai serta binatang kotor seperti babi. Tapi fitrah manusia suka melawan. Baik sesama manusia malah Allah turut diherdik. Natijahnya manusia juga yang terima bahana. Meskipun si durjana yang melakukannya tempiasnya tetap dirasai oleh insan lain yang tidak berdosa.
Jumlah Pesakit H1N1 Naik 25 Peratus Minggu Ini

KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu sebelum itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang.

Bagi tempoh yang sama, tujuh kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) baru dilaporkan dari lima kepada enam negeri, menurun daripada 13 kluster pada minggu sebelumnya.

Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom ILI yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya.

Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta.

"Daripada jumlah itu, hanya 34 pesakit atau 9.4 peratus merupakan kes Influenza (A) H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal. Terdapat tiga kes H1N1 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kesemuanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Mohd Ismail berkata walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. - BERNAMA

Bayi Malam Tahun Baru Di Buang Merata-rata

Seram sejuk bila mendengarkan akhir-akhir ini saban hari kes-kes 'menatang' buang anak. Betullah kata perumpamaan 'dikalangan binatang takde manusia tapi dalam kalangan manusia ada binatang'. Huh tragis sungguh kisah pilu pembuangan anak seperti yang terkini berlaku di Kg Takir Terengganu. Bayi lelaki dibuang dekat pintu pagar rumah seorang anggota polis.


Agama kita telah menyatakan bahawa sekiranya berlaku riba dan zina secara berleluasa di sesuatu tempat samada daerah, negeri atau negara maka seolah penghuninya menghalalkan azab dari Allah. Ya Allah Ya Rabbi takutnya kita yang beriman bila mendengarkan amaran ini. Tapi bagaimana dengan orang Umno-Apco yang bersekongkol dengan yahudi dalam urusan negara serta urusan harian mereka selain dari mengikut telunjuk yahudi?

Aku duk fikir dan congak bahawa kejadian pembuangan anak yang berleluasa diseluruh negara semenjak dua ini hasil kesan hidangan maksiat dan hiburan oleh kerajaan Umno-BN-Apco di malam tahun baru lapan bulan lepas. Meskipun tiada statistik soheh yang mengesahkan dakwaan ini tapi aku percaya majoriti besar 'binatang' yang buang anak itu adalah mereka yang tewas dalam kancah zina di pesta sambutan awal tahun ini.

Serentak itu kerajaan BN-Apco mewartakan undang-undang baru yakni hukum gantung sampai mati ke atas para pembuang bayi. Apakah akan terkesan atau menggerunkan masyarakat. Tidak sama sekali. Sepertimana digubal akta 39B Akta Dadah Berbahaya, semakin bersepah para pengedar dan penghisap dadah, malah Terengganu antara yang tertinggi para penagih dadah. Malu la beb. MadSaid buat apa? Hanya Islam lah penyelesaiannya.

Satu lagi kejayaan oleh yahudi tajaan Umno-BN-Apco...!!!

AbgMad Said Tunjukkan Kegedebelannya.

Apa tujuan AbgMad-Umno-Apco menjarah tanah orang kampung atas nama pembangunan? AbgMad nak tunjukkan bahawa tiada yang lebih berkuasa atas mukabumi Terengganu ini selain dari Umno-Apco? Tuhan pulak AbgMad nak campak kemana?


Tragedi Masjid Bujal telah mempamirkan kejaguhan AbgMad menentang Allah. Diruntuhkannya masjid Bujal dan dicampakkan sisa-sisa masjid ke tempat pembuangan sampah. Kes ni AbgMad dah taubat ke belum? Sekarang ni masih nak tunjuk samseng lagi dengan rakyat dan dengan Allah? Sedarlah AbgMad di akhirat kang tak sempat nak dihisab dan ditimbang amalan tu terus Allah tendang kamu ke neraka Jahannam.

Yang penting sekali ialah AbgMad nak sohorkan bahawa dia lebih gedebe dari Mad Deris jaguh Besut. Lantak kamulah dua ekor nak berlagak atas dunia ni. Kat padang Mahsyar pepandailah jawab bila rakyat yang kamu zalimi dan abaikan berbondong datang minta haq mereka yang kamu rampas kat atas dunia.

AbgMad Dok Berani Dengan Felda

Dewan Pemuda Pas Terengganu menggesa Kerajaan Negeri Terengganu bertindak tegas terhadap Felda yang dianggap membaham tanah rakyat Terengganu seluas 15,000 hektar serta mentekedarah $100,000 sebulan hasil dari tanah tersebut tanpa menampakkan sebarang pulangan untuk rakyat Terengganu. Ibarat kata Felda ni macam PARASIT lah setiap hari menghisap 'isi' dari bumi Terengganu.


Dalam diam rupanya dah berpuluh tahun sejak dari zaman TokPati Wan Mokhtar lagi Felda dah menjarah tanah tersebut. Kalau pokok pasti dah tinggal kulitnya sahaja kering layu... lama-lama boleh mamposs.

Persoalannya dalam hal berkenaan ada berani ke AbgMad nak sanggah Datuk Yusof Nor selaku Pengerusi Felda? AbgMad gedebe Kemaman nak gertak Yusof Nor orang Besut sekufu kuat MadDeris gedebe Besut? Mustahil kot. Amat mustahil. Ada pun AbgMad mengiau sekadar untuk menyedapkan atau mententeramkan hati para peneroka Felda di Terengganu khasnya konon Umno-BN-Apco mengambil kisah tentang masalah mereka.

Hakikatnya...?? Para peneroka tetap tangtu jugak.

Wednesday, August 4, 2010

JKKK Kalau Tak Kedarah Pitih Haram Tak Boleh Ka?

Semakin bingit telinga aku mendengar cerita dan karenah dajjal JKKK. Tak sudah dengan hal pembahagian harta kerajaan kepada setiap sedara mara dan kroni mereka macam harta mak bapak depa. Manakala insan yang sepatutnya layak diketepi lantas terus dipinggirkan tak kiralah dari pihak 'sana' atau 'sini', asalkan kebusungan perut JKKK dapat dibuncitkan lagi.


KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.

Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Masjid dan Amil.

"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta.

Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lepas.

Wan Harujan berkata Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).

Pengagihan bantuan bermula Isnin hingga 10 Ogos.

Monday, August 2, 2010

Ikhlas Dan Hipokrit

Kalau tidak kerana desakan anak yang telah 3 hari sebelumnya meng'amaran'kan aku supaya menghadiri ke majlis upacara penyerahan e-book oleh AbgMad, haram tak nak aku pergi nya. Oleh sebab kesiankan dia atau aku akan menyesal seumur hidup kot. Sebabnya ketidakhadiran aku nanti akan menatijahkan dia dari menerima pemberian e-book percuma oleh kerajaan yang perasan prihatin dan terbaik di dunia ini.


Aku dah agak sedari awal ucapan dua tiga orang para pengampu akan tiada lain diluahkan selain dari menggosok 'jubur' AbgMad membodek sehabis boleh ketua mereka itu. Aku jarang sebenarnya menghadiri sebesar begini lebih-lebih lagi kelolaan urusetia dan para pegawai kerajaan yang 'habis baik' setia pada ketua mereka. Setia ada makna tuu...

Mereka-mereka yang ego mendabik dada memakai kemeja batik sutra kemain sengih dan jueh lagi tatkala para pengampu mula membodek, lantas seperti biasa menepuk tangan riuh bersorak macam golongan 'primat' kat hutan atau zoo, mengiakan apa yang diperkatakan oleh pencacai najis itu walaupun terang-terangan bau-bau najis dihambur keluar dari mulut.

Manakala muka-muka para 'penentang' kepada golongan kapitalis sekular ini pula mencebik dan mencemuh akan apa yang tidak sepatutnya diperkatakan tetapi diluahkan dalam majlis rasmi rakyat ini. Puak-puak Umno-Apco ini akan mempergunakan apa jua cara bagi meraih simpati rakyat agar menyokong mereka, meskipun di depan orangramai mereka sanggp menelan najis sendiri.

Aku tertunggu jugak mana tau kalau-kalau tetiba Amelina dangdut keluar kat pentas kasi seround dua lagu gelek kasi terkehel tengkuk dan meleleh air liur AbgMad. Biasa la kan semua kita arif tentang rutin rasmi Umno-Apco dalam majlis mereka mesti ada artis yang dijemput untuk menghiburkan.

Tapi antara ucapan paling menarik yang dibangkitkan oleh AbgMad ialah anugerah dan kejayaan pendidikan di Terengganu adalah hasil dari Umno-Apco-BN. Poodah taik ayam punya MB. Itulah aku dah cakap dengan diri aku si mamat ni mesti dengan muka selamba dan tak malunya akan ambil kesempatan berkempen untuk Umno-Apco serta cakap hal-hal politik.

Paling syok sekali kalau korang nak tahu di akhir ucapan hampass nya itu AbgMad sempat lagi merayu kepada sekalian hadirin pada hari itu. Dalam rayuannya ;

"Saya nak mintak tolong sikit daripada sedara sedari sekian. Saya nak mintak tolong sangat-sangat ni. Saya bukan nak mintak tolong sedara sedari pergi berperang pun. Saya cuma nak mintak sedara sedari beri peluang lagi kepada Umno-Apco-BN dalam pilihanraya akan datang. Pangkahlah poot..poott..poottt...!!!"

Apalagi kita semua.. Itu petanda Umno-Apco dokrokcettong doh sampai merayu melutut.. Gunakan kuasa kita sebagai rakyat untuk membenam kambus mati Umno-Apco dalam PRU nanti.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET