Sunday, February 22, 2009

Moral Umno - Pembaziran Wang Rakyat

Sebanyak RM15.153 juta WANG RAKYAT telah diboroskan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk menempatkan 3,376 anggota polis (sebenarnya makin ramai anggota polis, semakin porak-peranda jadinya) seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

* Alaun Perjalanan - RM2,700,000
* Makan dan Penginapan - RM4,500,000
* Makanan Ringan dan Minuman - RM65,000
* Komunikasi dan Peralatan - RM50,000
* Sewa Canopy (Kemah) - RM6,000,000
* Minyak Kenderaan dan alatganti - RM698,000
* Bahan Mentah dan lain-lain - RM310,000
* Penyelegaraan dan lain-lain - RM830,000
* Jumlah Perbelanjaan - RM15,153,000

Bayangkanlah betapa kerajaan UMNO/BN memborosi wang RAKYAT. Dalam keadaan ekonomi negara meleset ini, RM15 juta telah dihabiskan hanya untuk anggota polis. Ini baru hanya satu prk!!

Yang paling pelik, perbelanjaan untuk sewa canopy/kemah sahaja sudah mencecah RM6,000,000!!! Kita sudah boleh agak siapa yang dapat kontrak menyewakan kemah-kemah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tak nak siasat ke? Polis-polis ini pergi makan angin ke? Ada sebahagian kemah yang siap berhawa dingin. Untuk makan (atau muntah kedarah?) saja habis RM4.5 juta. Tidak cukup dengan itu, mereka muntah kedarah lagi dengan makanan ringan sebanyak RM65 ribu.

Inilah moral kerajaan LAKNAT UMNO/BN dalam perbelanjaan ‘berhemah'.

sumber: kerajaanrakyat.com


Saturday, February 21, 2009

Kerajaan ‘Maya’ Perak


Berat tangan dah rasanya nak menulis buat sementara waktu nih. Lagi pun teman bukanlah seorang penulis tapi sekadar meluangkan masa meluahkan perasaan dan pendapat. 

Sana sini banyak blog sedang memperkatakan atau membincangkan isu Perak. Ceritanya pula tak banyak menyimpang dan hampir sama cuma olahan yang berbeza. Apa yang teman coretkan ini pun lebih kurang sama.

Terkini ‘hearsay’ macam sahih membayangkan bagaimana Datuk Zambry takkan sempat panas duduk atas kerusi MB. Ada desakan daripada Umno Perak supaya Sultan membubarkan DUN kerana ‘nipis’nya peluang untuk Kerajaan Haram bertahan lama akibat kegoyahan dalaman disamping desakan yang tak henti-henti daripada rakyat serta asakan bertubi-tubi dari Kerajaan Sah yang bertahan.

Kemelut berkenaan isu penggantungan oleh Speaker Dewan terhadap MB Zambry selama 18 bulan dan 6 Exconya untuk 12 bulan semakin menyenakkan kepala hotak untuk berfikir dan bertindak. 

Apakah yang dapat Kerajaan Haram lakukan jika gagal memasuki Dewan untuk bersuara dan mendapat perhatian serta persetujuan Ahli Dewan? Kedengaran pula beberapa orang Adun BN yang tidak berpuashati dengan pengstrukturan Exco baru tidak akan menyebelahi MB Zambry atas sebarang keputusan sidang yang akan dibawa oleh beliau.

Ditambah lagi dengan berita terkini konon Dato’ Nasa dan mantan Timb.Speaker Dewan Hee Yit Fong akan meletakkan jawatan makin menambahkan lagi kebingitan. Samada benar atau sebaliknya desas desus ini wallahuaklam, tapi di dalam beberapa blog telah tersiar berita ini yang menimbulkan pelbagai spekulasi yang pastinya mengkalutkan lagi suasana politik Kerajaan Perak sekarang yang sedang kusut.

Empat ADUN katak yang ‘berpindah-randah’ dari parti ke parti tu sebenarnya adalah ‘kluk-klek’ dan racun yang bakal memburukkan lagi kekusutan BN Perak. Pening kepala sakit jiwa la Datuk Najib nak mengawasi 4 makhluk jadian tu. Makhluk perosak yang sudah shortlisted untuk dibuang dari PR rupanya ada yang minat bagi tujuan batu loncatan.

Skrip yang dicipta oleh Skuad Najib belum berkesudahan malah mengheret ‘director’nya untuk berlakon sama. Tetapi jalan ceitanya masih terumbang-ambing tiada nampak susur pengakhiran yang baik. 

Apa pun Datuk Najib telah disahihkan sebagai pengganti PakLah pada bulan Mac nanti. Tapi Datuk Najib jangan lupa kerana ‘bekas tangan’ beliau dengan apa yang telah mereka lakukan pada kerajaan dan rakyat Perak pasti akan mengundang kehancuran total pada BN.

Friday, February 20, 2009

Umno gadai lebih 40,000 ekar tanah

Assalamualaikum, Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO.

( http://kamparinn. blogspot. com/ )"


Sunday, February 15, 2009

58 hari habis edah Bukit Gantang dan Selambau

Tidak sepertimana PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu jarakmasa penamaan calon adalah lebih singkat. 

Walaupun akta SPR menyatakan pengisytiharan PRK dalam tempoh 60 hari tetapi situasi semasa dan keupayaan terkini SPR untuk mengendalikan PRK adalah diluar garis logic akal kita yang membawa kepada tafsiran mudah akan helah-helah tertentu serta mainan strategi antara pihak Umno dan SPR. 

Dalam keadaan ini kita boleh membuat anggapan mudah bahawa SPR tanpa Tan Sri Rashid sekalipun masih berada di bawah telunjuk Umno dan Kerajaan BN, masih terbelenggu, masih tidak bebas.

Desas-desus kencang mengaitkan tarikh 27 March 2008 sebagai persediaan Umno mengambil aura dan semangat dari perhimpunan agung Umno yang dijadualkan tiga hari sebelumnya pada 24 March 2008 kerana mereka tahu keadaan porak peranda di dalam Umno sekarang mustahil untuk mereka berdepan dengan pembangkang yang dikatakan berada pada kedudukan yang mantap, semakin kuat dan berstrategi. 

Disamping aura kebangkitan rakyat di Utara natijah daripada akalan Umno sendiri yang membuat onar, pada perancangannya yang amat gelojoh konon untuk menunjuk gah dan kekuatan Umno di negeri Perak. 

Rakyat dari peringkat semua kaum pastinya akan berpaling dari Umno dan akan menjadikan peristiwa  itu sebagai ‘batu tanda’ hasil kebobrokan bekas tangan Umno yang merampas dan mengguling Kerajaan pilihan rakyat.

Namun walau apa pun alasan mereka lantas yang pantas hadir difikiran kita adalah senada seirama dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub bahawa tempoh bagi mengadakan pilihanraya itu dianggap terlalu lama, pasti suatu agenda tersembunyi Umno bagi mempersiap sedia jentera Umno bagi menghadapi PRK pada kali ini. 

Kesan kekalahan Umno di dua PRK sebelum ini menjadi kayu pengukur untuk mereka merangka strategi dan tektik baru kerana Umno sedar jika tersilap langkah lagi terutamanya dalam meletakkan calon alamatnya telan air liur lagilah Umno nanti.

Umum mengetahui pelbagai tektik kotor bagaikan ramuan utama kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya baik PRU atau PRK. Seperti contoh di PRK036 baru-bari ni bilamana pihak media pun dirasuah, rakyat disogok dengan ratusan ringgit setiap seorang selepas menghadiri majlis sembahyang hajat, itu tidak termasuk kempen dari rumah ke rumah. 

Apa yang paling tidak masuk akal ialah tidak pernah dalam sejarah pilihanraya bilamana pihak JPN dan SPR bekerja sehingga jam 10 malam sewaktu berlangsung kempen PRK036, kenapa begitu? Rakyat boleh fikir sendiri…

Yang pastinya PRK 2 Bukit ini akan bertambah sengit dengan isu ‘derhaka’ sebagai bahan kempen. Apakah ia juga akan bertambah hangit dengan kehadiran ribuan anggota pasukan keselamatan? Kita saksikan nanti… 

Thursday, February 12, 2009

97 peratus (%) Rakyat Perak Mahu DUN diBubarkan

Sebanyak 97 (%) peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan:

  • Desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan,

  • Penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.
Kata Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah:
  • "Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak.
  • Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.
  • Dun Perak sekarang ini dianggap sebagai telah 'mati'. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun.
  • Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah.
  • Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional.
  • Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.
  • Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah."Beliau berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.
Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

kredit oleh: Perisik Rakyat

Wednesday, February 11, 2009

Cakap siang pandang-pandang...

Pesanan Tuan Guru Hj Hadi  di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai sejurus selepas kemenangan PRK036 baru-baru ni agar kita jangan sombong dan megah dengan kemenangan ini dan sebaliknya kita kekalkan sikap rendah diri dengan pihak lawan kerana sikap rendah diri ini akan mendekatkan kita dengan mereka.

Impak besar dari kemenangan kecil ini sememangnya menambahkan semangat dan iltizam setiap ahli dan penyokong serta simpatism PAS untuk menjanakan lebih kemenangan kepada Islam. 

Secara langsung menyuntik nafas baru kepada gagasan Pakatan Rakyat meneroka lebih ruang dalam system demokrasi pilihanraya Malaysia.

Sayang seribu kali sayang, kemanisan yang dikecapi hanya sebentar cuma. Selang tak berapa hari kita dikejutkan dengan drama penculikan dua orang Exco Perak yang serentak membawa kepada tragedy kejatuhan Kerajaan Perak yang diperintah oleh PR. 

Tak payahlah diulas sebab musabab dan cerita komplot kotor yang digunakan Umno kerana semua rakyat dah sedia maklum samada secara pro dan kontra.

Moralnya adalah tetiba ada sahabat dalam jemaah yang merungkaikan kembali kata-kata nasihat dari AyohChik malam itu. Kebimbangan terpacul dari mulutnya bahawa ramai dari kalangan kita yang mengabaikan nasihat AyohChik. 

Dari kemenangan kecil PRK036 kita kemudiannya antara percaya dengan tidak bagaimana PR ditimpakan musibah dengan kejatuhan Kerajaan PR Perak, apakah ini petanda Allah mengingatkan kita ahli dan penyokong PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya jangan sombong dan megah diri? 

Apakah ramai antara kita telah mula menghakis dan lupa sikap rendah diri yang sepatutnya disemai dalam jiwa setiap kita? Itu antara persoalan ringkas yang perlu kita renungkan

Tuesday, February 10, 2009

Lima pejuang masih diburu polis

Lagi suspek rusuhan di Kuala Kangsar diburu

KUALA KANGSAR 9 Feb. - Polis sedang mengesan lima lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan di hadapan Masjid Ubudiah berhampiran Istana Iskandariah di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, sembilan yang ditahan pada hari kejadian telah dibebaskan dengan jaminan polis tetapi dikehendaki melapor diri di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Rabu ini.

sumber: utusan maloya online

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------->>>>>>

Syabas kepada pihak polis kerana telah menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Perak pada tahap yang tinggi. Namun diharapkan pihak polis dapat melakukan tangkapan terhadap mereka yang benar-benar digelarkan pesalah. 

Polis difahamkan membuat tangkapan terhadap pendemo yang digelar 'perusuh' kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang. Undang-undang yang dicabul rakus berselindung disebalik kuasa Sultan dan Istana Perak untuk mencapai maksud. 

Tapi pihak polis mendiamkan diri terhadap dalang 'rusuhan' yang sebenar iaitu TPM dan 4 orang pengkhianat kerajaan Perak yang dipercayai menyebabkan berlaku kacau bilau dan huru-hara di negeri Perak sekarang ini. 

Begitulah adat sistem atau undang-undang chauvinism di Malaysia sekarang bilamana insan yang benar menjadi tumpuan dan buruan manakala yang membuat onar dan penjenayah sebenar dibiarkan bebas dan berleluasa. Apakah dengan menaja rampasan kuasa dari Kerajaan PR Perak suatu perbuatan yang sah dari segi undang-undang? 


...tersenyum lebar dan puas apabila agenda rampasan terlaksana.

Sama-samalah kita lihat samada kebenaran pada yang hak atau kemusnahan terancang yang akan timbul. Berdoalah kita semoga Allah senantiasa bersama-sama dan menunjukkan kita jalan yang benar...

Monday, February 9, 2009

Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.


Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.



Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan' Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan' atau ‘lucut jawatan' saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan' saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama - pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua - undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga - saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO - Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit' ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

Saturday, February 7, 2009

Karpal jangan bangkitkan amarah

Episod demo ‘natang’ terhadap Sultan Terengganu oleh konco-konco mat Deris melakarkan sejarah buruk Umno di Terengganu sehingga membawa kepada kejatuhan kepimpinan mat Deris dan ditukarkan dengan hero pilihan Sultan sendiri. 


Kini Umno ingin menebus kembali keceluparan dan kebiadapan tersebut dengan memulang paku buah keras kepada Pakatan Rakyat dengan mempergunakan suasana pertelingkahan kerajaan PR Perak dengan pihak Istana Kinta. Umno mula memainkan sentimen ‘jebat’ Perak jangan menderhaka pada Raja.

PR mula dilabelkan oleh Umno dan diwar-warkan oleh media taghut mereka sebagai penderhaka pada Sultan Perak. Ini adalah isu yang amat sensitive kerana Bangsa Melayu adalah diantara bangsa bertamadun yang masih setia dan taat pada Raja nya, kontroversi ini bakal mengundang padah pada PR jika ia tidak ditangani dengan betul dan bijak.

Meski pun dalam kes peralihan kuasa di Perak sekarang kita dapati seolah Raja berpihak kepada kerajaan haram yang baru merampas kuasa namun orang melayu khasnya tidak sepatut menuding kesalahan kepada Raja secara total. 

Kerana sebagai Raja berperlembagaan yakni kuasa, rahsia dan hak-hak Raja Melayu berada dalam genggaman Umno. Sejak sekian lama Umno berlakon seolah mereka lah pembela Raja-raja Melayu sedangkan Umno lah di era Che Det yang telah memenjara kuasa Raja dengan Raja Berperlembagaan dan Raja sekadar berfungsi antaranya sebagai Ketua Agama Islam.

Jika bangsa melayu perlu menjaga tingkah laku terhadap rajanya apatah lagi bangsa lain yang dicop Umno sebagai masih lagi bertaraf pendatang dan menumpang di bumi bertuah ni jangan sekali-kali melaungkan suara sumbang derhaka pada Raja melayu. 

Bukan teman nak bersikap asobiyah pada bangsa dan Raja Melayu tetapi perlakuan demikian dan seumpamanya akan dipergunakan sepenuhnya oleh Umno untuk menggambarkan Pakatan Rakyat adalah Penderhaka Raja.

Oleh itu teman sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh malam tadi yang akan mengeluarkan saman di mahkamah tinggi Taiping dengan menamakan Sultan Perak sebagai defendan pertama manakala kerajaan haram Perak sebagai defendan kedua. 

Walaupun tindakan ini katanya mengikut lunas undang-undang tetapi hal yang menyentuh perihal kesultanan melayu apatah lagi menyaman Sultan akan di ‘full-swing’ oleh Umno bagi membangkitkan sentiment hak-hak melayu bagi membenci PR.

Presiden PAS telah mengingatkan ahli dan penyokong PAS serta PR supaya taat pada raja. Manakala DSAI pula awal-awal lagi telah menyedari akan hal ini pasti berlaku dan beliau mengeluarkan kenyataan supaya jangan diganggu gugat akan kredibiliti Sultan Perak meski pun keputusan baginda membawa kemudharatan pada Kerajaan PR Perak serta mencetuskan huru-hara dikalangan rakyat. 

Jadi kita nilailah sekarang siapakah sebenarnya dalang disebalik kucar-kacirnya masyarakat melayu. Kerajaan PR pilihan rakyat atau kerajaan haram yang merampas kuasa mandat dari rakyat.

Friday, February 6, 2009

Di sini menanti di sana menunggu

Berbagai telahan serta anggapan teman kutip dan dengar namun situasinya kedua-dua kafilah di Perak yang sedang bertelagah pastinya berada dalam ‘mode standby’ dan pada bila-bila masa sahaja bersemangat untuk dikerah ke perbatasan. Siren perang akan dibunyikan sekiranya 3 perkara diselesaikan iaitu samada perisytiharan pembubaran DUN Perak oleh baginda Sultan, atau atas kerelaan MB dan para Exconya meletakkan jawatan, atau dikemukakan usul undi tidak percaya oleh pihak lawan dalam Persidangan DUN. Yang jelasnya sebelah pihak yang sekonyong-konyong melalui OrangKuat No.2 (bukan simen cap orang kuat) telah mengumumkan kononnya dalam kadar segera berjaya membentuk kerajaan baru tapi sehingga sekarang masih terlopong jua.

Satu pihak yang bermaruah pilihan rakyat tetap setia menanti takkan berganjak serta berpaut kepada Undang Tubuh Negeri manakala sebelah pihak lagi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong menunggu dengan harapan dapat ambil alih kerusi empuk menteri walaupun terpaksa menjual maruah dan harga diri. Meskipun pelbagai cara dan alasan di suarakan oleh pihak menunggu namun undang-undang menjadi hijab menghalang mereka dari meneruskan hasrat.

Hakikatnya pihak yang menunggu tanpa sedar bakal mengundang kesan pada rakyat yang masak dengan tektik kotor depa seperti culik menculik selain daripada hamis busuk berbau kudis busung yang lama terpahat seperti rasuah dan kroni. Seperti kata bekas bendahara menteri yang masih ‘maintained’ lagi bahawa apa kejadah OrangKuat No.1 menerima kemasukan dua pak pacak yang heboh dipersoal kredibiliti dan intergriti seolah Orangkuat No.1 sengaja tak mengerti membutakan mata dan hati. Begitu jua lontaran kritikan oleh Pendekar Kontroversi dari Gua Musang yang membidas sikap ‘gentlewoman’ juak-juak seangkatannya di Perak yang sanggup menelan kejijikan kehijauan kahak dua pak pacak pembiak barah asalkan hasrat nafsu serakah terserlah.

Tak kurang juga ramai mencadangkan supaya scenario peralihan ini ditamatkan dengan baik dan tenang supaya rakyat tidak terbeban dengan pilihanraya yang berulang. Masakan itu akan terjadi kerana kerakusan satu pihak yang memulakan persengketaan tidak patut dibiarkan kerana mencabar kejantanan. Selain itu mereka mengungkit bahawa wang rakyat tidak akan habis terbuang dibelanjakan apabila kedua kafilah ‘berjuang’ tapi hakikatnya dalam proses drama penculikan dan perasuahan keempat-empat pengkhianat baru-baru ini sebanyak manakah duit rakyat telah melayang. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah beluah habis sampai ke pangkal lengan…… semoga hasrat yang menunggu sampai sudah tak akan kesampaian manakala yang menanti takkan menyerah sewenang-wenang…… selamat berjuang!


Monday, February 2, 2009

Kunjungan Pertama ke Utara (2)




Lawatan teman ke beberapa lokasi kandang penternakan kambing secara komersial di Baling telah memberikan teman bukan sedikit pengalaman dan pengetahuan serta turut mengisi peluang kepada rakankongsi teman mengambil beberapa keping foto untuk diabadikan dalam koleksi juga sebagai pembakar semangat terus berusaha. Waktu itu barulah teman kenal secara dekat apa itu Boer, pesen mana Jamnapari, baka mana yang dinamakan Anglo-Nubian dan stail mana Katjang, ada banyak lagi nama yang teman tak berapa ambil port sebab kurang glamer..haha..

Antara tempat yang menarik minat teman ialah kandang milik seorang mudir sekolah rendah Islam di Memali. Ustaz ni sorang yang berhemah, sopan dan percakapannya juga lembut, tak heranlah ramai yang senang dengan beliau. Malah ustaz juga antara tenaga pengajar sambilan (motivator) perihal kambing dan pernah dijemput acapkali oleh pihak tertentu seperti dari Universiti Pertanian dan Jabatan Haiwan untuk memberikan kuliah atau penerangan mengenai Boer. Beliau telah membina 2 buah kandang yang setiap satunya berukuran 20' x 60' dan bagi kami saiz tersebut cukup besar. Walau dikira bertaraf skala sederhana namun teman dapati kandangnya bersistematik, bersih dan teratur dari segi susun atur lot-lot santai untuk setiap ekor kambing beliau.


Beliau mengusahakan penternakan kambing Boer untuk baka dan waktu teman ke sana lebih dari 90% ekor Boer betinanya bunting yang mana hanya menunggu masa untuk melahirkan. Menurut ustaz lagi belum pun dilahirkan namun kesemua anak Boer yang ada dalam kandungan ibunya semua telah kena booking oleh pembeli. Lihatlah murahnya rezeki. Uhh... sungguh mengujakan kami...







Sunday, February 1, 2009

Kunjungan Pertama ke Utara (1)

Sebelum teman memulakan (kick-start) projek kambing ni, teman sebagaimana lazim para pengusaha dan peniaga pastinya menjalankan sedikit pemerhatian dari segi sambutan dan pasaran. Teman dan rakankongsi melusuri tempat penternakan berskala sederhana dari Marang, Dungun dan Kemaman untuk mengenali dan mempelajari sesuatu. Teman mendapati pasaran kambing di Pantai Timur agak ‘sejuk’ atau kurang memuaskan jika hendak menjalankan kerja ternak kambing dalam skala besar atau sederhana. Terdapat beberapa ‘kompleks ternakan kambing’ yang dapat bertahan disekitar ketiga-tiga daerah tersebut namun mereka telah jauh memiliki pasaran tetap atau ‘regular customer’ bersesuaian dengan ‘establishment’ mereka sebagai penternak dan pengeluar daging kambing yang bertapak lama di sini.

Pada pandangan teman bahawa orang-orang Pantai Timur lebih sinonim dengan ternakan lembu atau kerbau yang memberikan lebih pulangan dari segi hasil dagingnya. Satu maklumat yang kurang pasti teman perolehi dari seorang sahabat yang mewar-warkan tentang sebuah kompleks kambing sekitar Paka Dungun untuk dijual. Ia sebuah komplek berskala besar yang terdiri daripada dua buah kandang besar yang memuatkan lebih dari 300 ekor kambing beserta 9 ekar padang ragut dengan nilaian ratusan ribu ringgit. Samada benar atau tidak bahawa kegagalan dari aspek pemasaran lah yang mendorong pemiliknya mengambil keputusan sedemikian rupa tidak dapat teman sahihkan.

Terkebetulan pula nak jadi cerita ada sahabat di Utara iaitu dari Baling, Kedah menawarkan kami untuk menjadi rakankongsi perusahaan penternakan kambing beliau. Bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal kami pantas memberi persetujuan untuk menyertainya. Maka pada pertengahan Oktober 2008 kami pun berlepas dari Dungun membelah Banjaran Titiwangsa menuju ke Baling. Dah lebih 25 tahun teman tak melalui Lebuhraya Timur Barat, memang banyak perubahan di kiri kanan jalan dan pemandangan. Berbalik pada cerita sahabat di Baling tadi, beliau pada asasnya telah pun memiliki sebuah kandang dan beberapa ekor kambing namun tak berkeupayaan untuk memajukannya akibat kekangan modal maka penyertaan kami secara tidak langsung adalah dengan matlamat memperbesarkan dan memajukan lagi perusahaan sedia ada.

Sehari suntuk di Baling kami dibawa meninjau dan melawat oleh sahabat itu ke beberapa lokasi kompleks penternakan kambing berskala besar. Kami diberi taklimat tentang prospek masa depan dan pasaran semasa bidang ternakan ini. Kami difahamkan bahawa disekitar Baling sahaja terdapat lebih dari 300 pengusaha dan penternak kambing dari yang berskala besar, sederhana dan kecil-kecilan. Woww!!..dari gambaran statistic yang diberikan maka fahamlah kami bagaimana hebatnya pasaran kambing di Utara.
Kami lihat sahabat baru ni seorang yang bersemangat dan berwawasan. Segala kerjasama, komitmen dan layanan yang beliau berikan mencetuskan api semangat dalam diri kami menyebabkan kami beriltizam untuk melangkah lebih jauh dalam dunia baru ni.

Nasihat dari sorang ustaz (teman lupa nama) yang menternak Boer secara komersial dalam kunjungan teman di Memali iaitu “elok sangatlah tu jika awak berdua nak ceburi bidang ni, menternak kambing adalah Sunnah, nanti awak akan dapati insyaAllah dari Dia akan berlimpah rezqi tanpa awak sedari..”. Alhamdulillah teman sekarang seakan mula merasai sedikit kenikmatan itu.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET