Friday, July 31, 2009

Umno Kebuloq Permatang Pasir

Lihatlah gelagat Zahid Hamidi dalam memperkatakan tentang PRK Permatang Pasir. Tanah kubur Allahyarham Ustaz Hamdan masih merah dan basah tapi Zahid seakan tidak sabar lagi untuk menayangkan kerisnya di sana. Doanya biarlah SPR express kan urusan mengadakan PRK tersebut.


Aku yakin berbekalkan sedikit modal kemenangan di Manik Urai, keyakinan untuk kemenangan semakin dirasai oleh Umno/BN. Formula '11 Hadiah' Najib berjaya dibuktikan kejayaan di Manik Urai. Sekiranya berjaya lagi di Permatang Pasir ia tentu menandakan formula '11 Hadiah' benar-benar menambat hati rakyat.

Kemudiannya Najib akan berkira-kira membubarkan parlimen lebih awal sementelah rakyat masih terbuai dengan dendangan alunan '11 hadiah' dari Najib.

Umno Pulau Pinang bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya daripada PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno akan menggerakkan jenteranya pada bila-bila masa.

Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh dapat direbut daripada parti pembangkang, katanya selepas majlis penghargaan kepada pahlawan tanahair di Kementerian Pertahanan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang, lapor Bernama

Mengulas lanjut mengenainya, Ahmad Zahid menganggap "ini sebagai ujian Allah kepada saya dan untuk melihat sejauh mana kekuatan sebenar Umno."

Mohd Hamdan, 63, meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) di ibunegara kerana sakit jantung.

Allahyarham merupakan wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang, dan menyandang kerusi tersebut selama tiga penggal, sejak pilihanraya umum 1999.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menolak dakwaan kononnya terdapat masalah dalaman jentera Umno di Permatang Pauh dan menyifatkannya sebagai "khabar angin."

Naib presiden Umno itu juga berkata beliau akan turun padang untuk memantau keadaan dan memastikan sebarang masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Beliau percaya masalah yang didakwa wujud itu sengaja ditimbulkan dengan didalangi pihak membangkang bertujuan untuk mengacau-bilaukan Umno bahagian berkenaan.


Pastinya sibuk jugalah gerangan Kak Aminah calon Bebas nanti. Peluang keemasan untuknya menyerlahkan kembali kehebatan kewanitaannya setelah 'tak pass aji' di Penanti.

Al-Fatihah Untuk YB Ustaz Hamdan

Sesamalah kita mendoakan semoga dihindarkan oleh Allah ke atas roh Allahyarham dari siksaan kubur, ditempatkan disisiNya dari kalangan mereka yang berjuang untuk Islam. Satu lagi kehilangan permata berharga Pas/PR dalam tempoh terdekat setelah pemergian Abe Wei.


KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


------------------------------------------------------

Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani allahyarham di IJN.

Menurut salah seorang anak allahyarham, Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Ahli Umno dan JKKK - Semua Harta Depa Yang Punya

Lidah Utusan Terbelit

KUALA TERENGGANU - Utusan Malaysia, akhbar yang dikawal oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini menyiarkan permohonan maaf media tersebut atas kesilapan laporan pada 15 Jun lalu, berikut adalah siaran permohonan maaf sebagaimana dipaparkan dalam Utusan Online;

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/MCA_Umno_Tender070821.jpg”Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

”YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

”Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

”Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

”Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.”

Wednesday, July 29, 2009

Maaflah! Blog Aku Tak Keruan

Fitrah manusia tak pernah puas. Beri satu nak dua. Beri banggol nak bukit. Macam aku jugak, tak pernah puas dengan blog sedia ada. Ada-ada je yang aku cuba nak modify. Kadangkala hasil 'kerastangan' aku ni menyebabkan blog hancur. Biasa la tak test tak tau.


Aku nak ambil kesempatan kat sini terutama pada teman-teman dan sahabat pengunjung blog Gelombang Hijau amnya, memohon maaf andai wujud kerimasan serta ketidakpuashatian dengan karenah aku mengendalikan blog ini.

Aku akan cuba dalam masa terdekat ini untuk memperbaiki memperkemaskini blog ini secepat mungkin dari masa ke semasa.

Jazakallah.

Tuesday, July 28, 2009

Carilah Pengganti Noh Omar

Aku duk tengok lama dulu Noh Omar memang bongok. Cakap ikut nafsu, lepas mulut. Camaner manusia sebengong dan sebangang Noh ini boleh jadi menteri? Aku fikir inilah antara manusia yang akan menjadi punca kejatuhan Umno nanti kerana makin lama kabinet kerajaan dari kalangan Umno diisi oleh mereka yang berotak reput.


Sehebat janji bohong arwah Ghafar Baba dulu-dulu takde la sampai aku rasa nak marah sangat. Sebab itu helah politik. Tapi kenyataan tongong Noh membuatkan aku meluat sakan. Rasanya kalau dia lalu depan aku nak petong je telur busuk, baru padan muka.

Kenyataan si tolol Noh seolah dialah segalanya yang berkuasa kat Malaysia ni. Bagaikan tidak memperakui kewujudan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Noh mencebik teguran dari MB Selangor. Dianggapnya Selangor macam takde dalam peta.

Pendeknya akal kau Noh. Akibat amarah yang tak terbendung engkau melakukan pembaziran yang amat besar dengan melantik Pejabat Daerah dan DO Persekutuan berasingan yang tak guna haram satu sen pun. Melainkan kehadiran DO tajaan Umno ditengah kelompok kerajaan Selangor akan merobek serta memecah belah masyarakat Selangor.

Noh mungkin tidak menganggap Selangor sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Atau konfem dia bangang. Dalam sebuah negeri yang berdaulat di bawah naungan Duli Yang Mulia DiPertuan Agong dan Persekutuan Tanah Melayu, tidak ada beza dari segi tanggungjawab atas parti mana yang memegang tampuk pemerintahan.

Tidak lain tidak bukan tujuan penubuhan pejabat daerah Umno di Selangor adalah untuk menyalurkan pitih pembangunan secara haram ke dalam kantung kroni-kroni Umno/BN. Umno parti haramjadah sebab itu depa suka buat keje haram. Kini pejabat daerah haram. Dah lama ular-ular depa lapar tak dapat projek sejak ketelusan diamalkan oleh jentera pentadbiran kerajaan PR.

Itulah maksud tersirat Noh bengong tentang pengambil alihan jentera BN oleh PR dalam pembangunan Selangor. Iaitu duit rakyat tidak akan dapat dijaja sewenangnya lagi oleh Umno. Dengan adanya pejabat daerah haram Umno nanti pasti akan bernafas semula ular-ular Umno menghisap darah rakyat.

Demikian kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan (ICU) Negeri Selangor, Dato’ Noh Omar ketika mempengerusikan mesyuarat pertamanya di Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih jentera Barisan Nasional dalam pembangunan negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan dengan melantik pegawai daerahnya sendiri bagi tujuan yang sama.

“Oleh kerana dia sudah tukar kita punya jentera, sebab itu kerajaan persekutuan sebagai ownership kepada peruntukan ini, kita wujudkan jentera kita sendiri, memang duit kita melalui HDO, melalui pegawai pembangunan negeri, di bawah pegawai pembangunan negeri, kita pun ada kita punya dipanggil penghulu kita, di bawah penghulu kita bawah federal kita pun ada pejabat daerah kita sendiri, di negeri Selangor ada sembilan daerah, kita ada wujudkan lima pejabat daerah, jadi tiap-tiap daerah ada dua pejabat daerah, kita ada lima, mereka ada sembilan lah, jadi semua duit yang diperuntukkan kerajaan Barisan Nasional dia akan melalui pembangunan negeri, pembangunan negeri pula akan melalui DO-DO kita sendiri”, kata Dato’ Noh Omar kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Shah Alam pagi tadi.

Monday, July 27, 2009

Kembalikan KUSZA

Sunday, July 26, 2009

Umno Akan Pertaruhkan Tuah Kerisnya

1 Ogos ini Terengganu akan diserikan dengan Pertandingan Keris Terbuka Terengganu. Selaku tuan rumah pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Sejarah dan Kebudayaan Terengganu dengan kerjasama Lembaga Muzium Terengganu.


Lapan kategori keris akan dipertandingkan. Tetapi aku pasti pihak penganjur terlupa untuk menyenaraikan satu lagi kategori iaitu kategori keris bogel. Mungkin bunyinya agak lucah tapi itulah hakikat keris Umno... keris bogel telanjang.

Terengganu to host keris competition

KUALA TERENGGANU, July 26 — The Terengganu Ancient Culture Society with cooperation of the Terengganu Museum Board will organise the Terengganu Open Keris competition here on August 1.

Museum assistant curator, liaison and marketing Azlaizie Razali said the inaugural event is open to keris enthusiasts not only in Malaysia but also those from Indonesia, Brunei, Thailand and others.

“We expect many keris enthusiasts from across the Malay archipelago will come here for the competition since it is included in the Terengganu tourism calendar,” she said in a statement here today.

The keris will be judged in eight categories: Malela, Bugis Lok, Bugis Sepokal, Alang Berpamor, Alang Tanpa Berpamor, Pandai Sarah Berpamor, Pandai Sarah Tanpa Pamor and Senjata Antik. — Bernama

Rakyat Tahu Apa Tersirat DiHati Tuanku


KUALA NERUS – PAS menganggap, ketidakhadiran Canselor, Sultanah NurZahirah ke majlis Konvokesyen Kali Pertama Universiti Darul Iman (UDM) adalah satu krisis besar yang melanda Institusi Pengajian Tinggi tersebut.

Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata ia adalah isu yang telah berpanjangan semenjak UDM ditubuhkan, empat tahun lalu.

”Sebelum ini tidak diadakan konvokesyen sejak tiga tahun berturut-turut, ini bukan perkara kecil, sebab bagi sebuah pusat pengajian (tinggi) kalau sudah tak dapat diadakan konvokesyen, maknnya ada krisis besar,

”dan bila dibuat konvokesyen, Canselor tidak datang,”katanya ketika ditemui selepas menutup Kursus Kewartawanan Islam 2009 yang diadakan di Maahad Tahidz Wal Tarbiyah disini, semalam.

Oleh itu PAS berharap kerajaan negeri Terengganu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat menyelesaikan perkara tersebut kerana ia merugikan kerajaan dan rakyat.

Menurutnya, akar umbi dari masalah tersebut adalah pengambilalihan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) oleh kerajaan pusat untuk dijadikan sebuah universiti.

Katanya, PAS telah lama menyarankan, sepatutnya didirikan sebuah universiti lain yang baru, sekiranya kerajaan mahu menubuhkan sebuah universiti dan mengekalkan KUSZA.

Hari Ini Dalam Sejarah

Lo’ Lo’ terkejut hakim syariah berani jatuhkan hukuman sebat


KUALA LUMPUR, Julai 24 – Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali berkata, beliau terkejut dengan keberanian hakim mahkamah syariah menjatuhkan hukuman sebat kepada seorang model sambilan yang didapati bersalah meminum arak.

“Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut.

“Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau,” kata Lo’Lo’ mengulas isu tersebut.

Hakim mahkamah syariah Kuantan baru-baru ini menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor kerana bersalah meminum arak di tempat awam.

Kartika Sari Dewi kemudiannya berkata beliau telah menginsafi perbuatan tersebut dan memohon agar hukuman sebat ke atasnya dipercepatkan.

“Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan,” kata Dr Lo’ Lo’ dalam kenyataannya.

Media baru-baru ini melaporkan, pesalah itu, Kartika Sari Dewi melahirkan kekesalan dan berdoa agar kesnya itu menjadi pengajaran kepadanya.

Menurut Lo’ Lo’, hukuman sebat dalam Islam mestilah dibezakan dengan hukuman sebab dalam kes jenayah.

Ini kerana, sebab dalam Islam lebih kepada pengajaran bukannya untuk menyeksa atau menyakitkan pesalah.

PKR Makin Kuat.. Pas??

PKR amat agresif, komited serta fokus dalam memperkasakan parti. Meskipun sering dirundung kontroversi dan perilaku YB-YB nya yang menconteng arang, agenda memperkuatkan PKR terus dilaksanakan.


Dalam tempoh tidak sampai sebulan mutakhir ini, PKR benar-benar menyerlahkan keupayaannya, ia terbukti berkat usaha gigih, taiko Cina dan India bukan sekadar menyusur ditepian malah kini menapakkan kedua kaki mereka ke dalam PKR bersama ribuan ahli.

Slogan setiap komponen PR adalah sama. Matlamat juga sama. PKR dengan laungan Malaysia Baru Keadilan Untuk Semua manakala PAS popular dengan motto Pas For All. Tetapi ruang kepercayaan rakyat untuk bersama PKR lebih terbuka.

Kelebihan PKR kerana perjuangannya untuk semua bangsa dan agama. Non-Muslim pasti merasa lebih selesa. Manakala Pas pasti ada hijab yang menghalang kerana menurut perlembagaan Pas bahawa ahli Pas mestilah Islam. Namun itu bukan alasan kerana Pas mempunyai sokongan serta kekuatan tersendiri dikalangan non-muslim melalui Kelab Penyokong Pas.

Penstrukturan semula Parti KeADILan Rakyat

Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, Ketua Umum PKR telah menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.

Melalui penstrukturan semula PKR dilihat semakin komited dalam misi perjuangannya membenamkan Umno/BN.

Cuba kita lihat pula isu dalaman Pas. Antara yang amat ketara dan paling hampir meruntuhkan keharmonian adalah isu UG. Isu ini sedikit sebanyak memberikan kesan yang hebat terhadap kepercayaan ahli dan bakal ahli Kelab Penyokong Pas.

UG dimata kasar membelakangkan kepercayaan dan pengorbanan Kelab Penyokong Pas. Nasib baik ketulusan serta kebijaksanaan TGNA menangani UG meredakan kembali kecelaruan Kelab Penyokong Pas. Aku percaya hingga kesaat ini isu UG masih membara ibarat api dalam sekam hanya menanti masa untuk terbakar kembali.

Pengganti YB Salahuddin Ayub selaku Ketua Pemuda Pas masih bermain dengan bunga-bunga api UG. Malah secara tidak langsung mendapat restu dari TGHH yang telah dikecam hebat gara-gara UG. Nak bincang dengan Pemuda Umno. Bincang apa? Wacana apa?

Pas seolah lagho melayan Umno. Pas mesti fokus dalam memperkasakan parti. Mengapa perlu dilayan karenah Umno. Umno mengetuk, Pas mengaduh, rakyat nampak Pas bodoh.

Persoalannya mengapa Pas terus membisu dengan permohonan Kelab Penyokong Pas dinaiktaraf sebagai sayap Pas yang sah. Jangan sampai mereka sekali lagi dipinggir dan dibelakangkan. Kelab Penyokong Pas adalah produk Pas. Lakukan sesuatu agar produk ini tidak retak dan lapuk.

Saturday, July 25, 2009

Menteri Agama Pening Masjid Tak Berfungsi

Mana tak pening tuan Menteri. Masjid nilai 10 juta, jemaah cuma 10 orang. Tak ada yang nak memakmurkan. Banyak dana pun tak reti nak urus. Maklumlah duit melimpah ruah dengan derma orangramai, derma institusi atau syarikat, serta geran bantuan kerajaan.


Malangnya kebanyakan masjid hadhari ni jawatankuasanya tak aktif. Kekadang kita dapati AJK yang dilantik tak matching langsung muka dengan masjid. Layak pi konsert jom heboh je. Nak harapkan depa duk barisan depan saf, maaflah.

Para imam bilal deme ada elaun. Tapi AJK sukarela saja. Pasal tu setahun dua kali time raya je AJK tunjuk muka kat masjid. Cuma kengkadang ada peluang mereka mengaut laba jika ada projek masjid diperuntukkan melalui mereka. Ada can jugaklah tibai duit.

Macam-macam pe'el pelik AJK masjid hadhari ni. Antara yang aku kenal ada jenis kaki tipu, kaki SPORTS TOTO. Sorang lain pula memiliki perniagaan restoran berkaraoke, bila malam mula la pengunjung restorannya melalak-lalak.


Raja Katak Lebih Baik Mati Katak

Sepatutnya dia diberikan jolokan Bapa Kekacauan. Terkenal dengan tindakan liar ala gangsterism nya meledakkan huru-hara di Kelantan pada tahun 1977 membawa kepada MAGERAN diisytihar seterusnya pada 1978 BN berjaya menjatuhkan kerajaan PAS pada tahun itu.


Celako demo Raja Katak. Kawe harap demo akan didatangi keinsafan tapi ruponyo makin burok perangai demo. Jelaslah hidup demo bukan ikhlas untuk Islam dan Melayu tapi kerana pitih serta nafsu.

Demo buleh lah gedebe sesamo manusio. Tapi dengan Allah demo nak samseng tahap mano? Demo kembali kepado stail jahiliyah, membaham pitih rakyat, menzalimi rakyat, dan membahagikan semula pitih yang dirompak itu atas nama keMelayuan.

Konon pitih demo rompak tu pitih Umno...ptuiii... mano Umno ado pitih? Umno bangsat tere!! Kalu demo tak buat kerjo menipu lamo doh Umno mapuh.

Tapi demo masih buto Raja katak. Sehebat-hebat perancangan demo, perancangan Allah itu lebih hebat, Allah Maha Hebat.

Sekuat-kuat segah grup mafia Perkasa demo, Allah Maha Perkasa. Demo tunggulah azabNya nanti bersama-sama dengan pengikut Perkasa demo.

”(Ibrahim Ali) rupa-rupanya mengetuai pembahagian wang, tiap-tiap seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300,”kata Ustaz Kassim ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan DUN Manek Urai di Kampung Merang, dekat sini, semalam.

ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang menjadi tetamu dalam majlis diatas, mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Dato’ Ibrahim Ali.

Menurutnya Ibrahim telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh.


Beliau berkata, nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada ‘kepala-kepala’.

Katanya cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Ibrahim akan mencari seorang ‘kepala’ (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.

”Trend (kaedah) dia kali ini, bukan ‘style’ (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam ‘rok’ getah, kut dalam ‘rok’, pergi jumpa dengan dia (Ibrahim),

”dia (Ibrahim) cari seorang kepala, dia tunggu didalam rok mana-mana, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000,”tegasnya.

Setakat mana gak gedebe demo tu, nak tongkat langit ko? Demo ni kalu mati penyek lori molek lah. Mati katak mati penyek.

Masalah Bayi Kuning

Jaundis Neonatal (penyakit kuning bayi juga disebut demam kuning)

Jaundis Neonatal serang bayi baru lahir

Oleh DR ASMUNNI YAHYA
Pakar Perunding Paediatrik

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.

Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.

Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.

Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.

Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis.

Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.

Penyakit kuning tak berkonjugat

Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran.

Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.

Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).

Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:


Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.


Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO


Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)


Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis)

Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan ‘breast milk jaundice’.

‘Breast milk jaundice’ boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen ‘beta glukoronidase’ yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.

Penyakit kuning berkonjugat

Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.

Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.

Kesan-kesan jaundis

Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).

Rawatan jaundis

Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.

Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.

Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.

Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui ‘home phototherapy; di rumah anda.

Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.

Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.

Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.

Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Baby Kena Jaundice

Hari ke-4 kelahiran, anak aku mengalami jaundice atau demam kuning.


Meksi yang datang melawat mencadangkan supaya baby diperiksa tahap kuningnya di Pusat Kesihatan Gong Balai.

Pemeriksaan hari pertama bacaannya 214 mmol.

Pemeriksaan hari kedua bacaan naik kepada 222 mmol.

Pemeriksaan hari ketiga naik lagi menjadi bacaan 229 mmol.

Pemeriksaan ke-4 perlu dibuat di Hospital Dungun kerana PKGB tutup pada hari minggu.

GUNA ‘METER PARKING’ TAMAT TEMPOH, MBKT PERLU JELASKAN

KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mungkin terpaksa menghadapi tindakan undang-undang kerana kecuaian pihak berkuasa tempatan tersebut menguruskan bandaraya ini.


Buletin Online telah menerima rungutan orang ramai yang mengadu MBKT masih menggunakan ‘meter parking’ yang diletakkan di ruang letak kereta awam, walaupun meter tersebut telah tamat tempoh.


Mereka turut mengadu telah disaman oleh penguatkuasa MBKT dalam keadaan meter yang mungkin tidak beroperasi dengan betul kerana ia telah lupus tarikh.

Bagi memastikan kebenaran aduan tersebut, wartawan Buletin Online telah membuattinjauan sekitar bandaraya dan mendapati banyak ‘meter parking’ itu benar-benar telah ‘expired’.


Mengulas situasi tersebut, seorang pengamal Undang-undang, Encik Mohd Zabidi Yusof menggesa kerajaan negeri terutama pihak berkuasa MBKT membuat penjelasan terhadap status meter berkenaan.


“Saya minta pihak ‘majlis’ (MBKT) segera buat penjelasan apakah kutipan wang itu sah atau pun tidak.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/Metertamattempoh2.JPGApakah mana-mana resit kompaun dan denda mana-mana kenderaan merujuk kepada meter yang tamat tempoh atau rosak itu terikat dengan prosedur undang-undang,” ujarnya ketika ditemui.

Katanya, menjadi satu ‘kesalahan’ di pihak majlis (MBKT) yang telah mengeluarkan surat kompaun atau saman kepada pengguna terhadap meter-meter yang tamat tempoh.

Menurutnya, para pengguna terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak majlis yang mengeluarkan saman tersebut.

“Sekiranya, kutipan yang dibuat selepas dari tarikh 10 Jun 2009 itu tidak sah, adakah duit itu akan dipulangkan semula kepada pengguna atau rakyat.

“Atau dibuat ‘justifikasi’ kepada rakyat bagi menghalalkan kutipan dan istihar minta halal.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/Metertamattempoh1.JPG

“Berkenaan kompaun (saman) yang dikenakan itu sama ada membatalkan saman itu atau pihak MBKT akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dari pengguna terbabit,” jelasnya.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Ahmad mendakwa, beliau pernah dikenakan kompaun oleh pihak penguatkuasa MBKT meski pun meter parking sudah tamat tempohnya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan tidak wajar mengenakan denda kompaun kepada pengguna kerana tidak bersalah.

“Buktinya, di tempat letak kereta di Jalan Sultan Omar tempoh sah meter tamat pada 10 Jun 2009 dan belum diperbaharui lagi oleh pihak MBKT.

“Walau pun kita (pengguna) masukkan duit dalam meter parkir tetapi kadang-kala meter rosak dan surat kompaun dikeluarkan oleh penguatkuasa MBKT,” ujarnya.

Justeru beliau menggesa MBKT membuat penjelasan kerana kebanyakan pengguna kurang faham tentang undang-undang dan tindakan kompaun pihak MBKT yang mungkin boleh dipertikaikan.

Lagi Mercu Sejarah Terengganu Akan Diruntuhkan

Hari ini Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terenggganu (LTAWNT) mengeluarkan notis menghalau para peniaga di deretan kedai Jalan Bandar/Kg. Cina dan sebahagian Jalan Banggol/Paya Keladi untuk meruntuhkan bangunan yang bersejarah demi "pembangunan kompleks Paya Keladi".

Notis bertarikh 13 Julai 2009 menyuruh para peniaga di kawasan terlibat keluar dalam masa 30 hari dari tarikh notis (walaupun notis hanya diserahkan kepada para peniaga pada hari ini 19 Julai 2009). Ini bermakna para peniaga hanya mempunyai lebih kurang 3 minggu untuk mengosongkan premis perniagaan mereka.



Jalan Kedai Payang

Nampaknya satu demi satu tapak dan premis bersejarah negeri Terengganu menyembah bumi demi pembangunan untuk membina tamadun.

Gambar di atas menunjuk (tanda X) dua bangunan bersejarah yang telahpun lama hilang dari muka bumi ini. Yang sebelah kiri kini adalah tempat letak kereta Pasar Payang manakala yang ditengah ialah Jam Besar yang amat bersejarah digantikan hanya dengan jalan berturap tar tanpa apa-apa erti kepada sejarah. Kini bangunan sebelah kanan (tanda panah) pula yang hendak dimusnakkan.

Ketika cuba mendapat maklumat lanjut dari LTAWNT tidak membuahkan apa-apa penjelasan kerana kesemuanya amat jelas tidak berani memberi komen. Walhal para peniaga tertanya-tanya apakah tindakan yang harus mereka ambil dalam tempoh yang amat singkat.

Ada peniaga yang telah mula menambahkan stok mereka bagi menyediakan kedatangan Ramadan dan sambutan Raya Aidil Fitri. Kebanyakkan mereka merungut bahawa di dalam suasana ekonomi yang amat tidak menggalakkan mereka berdepan pula dengan suasana paksaan kerajaan untuk berpindah.

Para sejarahwan mula bertanya kewajaran tindakan kerajaan. Malah mereka mempersoalkan pula lembaga untuk amanah warisan negeri tetapi memusnahkan warisan yang berharga. Di sinilah bermulanya para peniaga negeri Terengganu lebih seratus tahun lalu. Di sinilah terletaknya kedai-kedai yang bersejarah yang banyak disebut di dalam buku unik “Growing Up in Trengganu” karangan Awang Goneng (Wan Hulaimi). Malah, satu-satunya kedai yang masih kekal perniagaan asalnya dari mulanya masih bertapak di premis asalnya Alam Akademik Sdn Bhd. (Keda Pok Loh Yunang).

janganlah diroboh lagiTOLONG SELAMATKAN WARISAN-WARISAN YANG ADA DI TERENGGANU.

Sudah cukuplah satu demi satu bangunan bersejarah yang telah ranap menyembah bumi.

Thursday, July 23, 2009

Mee Goreng Masak Lipas



Gerun je bunyi menu ni. Itu yang terjadi pada aku petang tadi. Selepas menjemput dua anak dari sekolah langsung singgah ke sebuah gerai makan di sekitar laluan tepi pantai Dungun.

Anak-anak order nasi dagang, aku order mee goreng. Tambahan keropok lekor dan popia sebagai desert tambahan.

Bagai orang mengantuk disorong bantal, perut lapar berdondang sayang, kami makan dengan enak. Setelah separuh pinggan mee goreng aku habiskan, tetiba ternampak satu makhluk dicelah mee.

Belek punya belek terbaring seekor lipas kecil seronok 'lepak' baring didalamnya. Terus aku stop makan. Kontrol mental.



Nasib baik makhluk tu tak terkunyah oleh aku. Tak boleh nak dibayangkan bagaimana rasa pahit dan crispy nya lipas tu. Kakinya pasti rangup. Huahuahua...

Tapi tanaklah aku salahkan si penjual kerana aku bersangka baik, lipas tu sendiri terjun bunuh diri dalam kuali. Disamping itu aspek kebersihan pengusaha gerai tersebut mesti utamakan.

Aku berbisik memberitahu dalam pinggan aku ada lipas. Panik muka cik kak tu.

Mild earthquake felt in Kundasang

KUALA LUMPUR, July 23 – A mild earthquake measuring 3.4 on the Richter scale struck Kundasang, Sabah, at 6.23pm today.

The Malaysian Meteorological Department, in a statement today, said the epicenter of the quake was located 11km west of Ranau.

However, the department said no damage had been reported so far. – Bernama

Beratus Ahli MCA Keluar Parti

Dua hari lepas, 323 ahli MCA bahagian Sungai Besar, Selangor, telah keluar parti dan menyertai PKR. Borang keahlian diserahkan melalui DS Anwar Ibrahim.


Kita mendapat maklum, MCA bahagian tersebut mulai lumpuh selepas PRU-12 yang lalu. Dijangka beribu lagi ahli MCA sekitar kawasan Sungai Besar akan keluar parti dan menyertai sama ada PKR atau DAP.

Untuk makluman, jiran kawasan Sungai Besar ialah Sekinchan di sebelah selatan dan Sabak Bernam di sebelah utara. Sekinchan ialah kubu kuat DAP dan dikuasai oleh ADUN-DAP.

Umno Dah Mula Kerja

Seminggu lepas ada 2 mamat berbonceng mendatangi rumah aku. Aku heran jugak pasal kedua-dua mamat tu memasing ada beberapa keping pelan ditangan. Aku mendekati dan bertanya buat apa. Tapi keduanya nampak kaget dengan soalan aku.

Kata salah sorang dari mereka tujuan adalah untuk check meter paip. Pastu depa tak cakap banyak. Dalam hati aku meter paip masih baru tak rosak apa-apa pun. Aku pun pelik pasal keduanya memegang pelan yang berlainan saiz. Yang aku perasan satu pelan biasa aku tengok iaitu pelan lot tanah. Takkan check meter kena rujuk pelan tanah.

Nampak kalut dua mamat ni buat kerja macam menyembunyikan sesuatu. Tapi sesuatu yang aku perasan salah sorang mamat tu pakai t-shirt Umno. Tak lama mereka lepak kat meter paip aku tu pastu beralih ke meter paip rumah jiran sebelah yang lain satu persatu.

Selang tiga hari aku terserempak lagi dua mamat yang lain membonceng kapcai sedang periksa meter paip di lokasi Batu 48. Tepatlah tekaan aku memang Umno ada agenda.

Dan semalam aku nampak dua orang sedang buat pemeriksaan sekitar Kuala Dungun. Dalam kepala aku syak mamat-mamat ni sedang buat semakan dan culaan untuk Umno. Memang buat culaan. Bajet dah turun lah tu pasal mereka dah mulakan kerja.

Pasti besar target Najib dalam PRU-13 nanti. Dia pastinya mahu memastikan negeri-negeri jajahan Umno terus kuat cengkaman Umno/BN serta menakluk kembali negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat.

Camaner dengan Pas/PR? Dah mulakah langkah pertama menuju PRU-13?

Wednesday, July 22, 2009

Tak Kemananya Suruhanjaya DiRaja

Di negara Alam Komanwel, Suruhanjaya Diraja merupakan badan kerajaan yang melakukan siasatan awam terhadap isu tertentu.

Suruhanjaya biasanya mempunyai bidang kuasa yang luas, lebih luas daripada seorang hakim, tetapi dihadkan oleh "Syarat Rujukan" Suruhanjaya. Suruhanjaya ditubuhkan oleh Ketua Negara (seperti Raja, Gabenor-Jeneral) atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat paten.

Tetapi siapa pula yang melantik ahli jawatankuasa Suruhanjaya DiRaja jika bukan dari kalangan mereka yang bersekongkol melakukan kerosakan, kezaliman dan kekejaman terhadap rakyat atau mangsa trajedi. Pimai pimai tangtu takkan ada penyelesaian sepertimana kes Kugan dan lenlain. Kita yang mengharapkan satu titik sinar kebenaran akan tetap terlopong tanpa kesudahan.

Awal-awal lagi PM telah mengarahkan supaya KPN dan Ketua SPRM mengunci mulut. Konon untuk mengelakkan dari tersebar salah faham yang akan mewujudkan krisis perkauman. Namun pasti ada motif disebalik itu.

Kematian Teoh mesti disiasat seadilnya. Angin siasatan nampaknya pula beralih arah seolah cuba memburukkan dengan menuduh YB-YB Pakatan Selangor dalang kepada trajedi tersebut. Pelbagai tuduhan serta alasan akan Umno/BN cipta demi mencapai matlamat mereka. Matlamat menghalalkan cara.


Kerja Jahat: SPRM Setaraf MOSSAD?

Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta?

Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A.Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan?

Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.

Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan.

Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.

Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.

Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.

Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'.

Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato� Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza.

Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes.

SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).

Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya.

Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'.

Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?

Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?

Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.

Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Tuesday, July 21, 2009

Yahudi Tetap Laknatullah

Zahid Hamidi terperangkap dalam jawapannya sendiri. Andai Khir Toyo menafikan istananya bernilai RM24 juta tapi hanya sekadar RM3 juta++ maka demikian juga dengan nasib Zahid Hamidi.


Sambil menyifatkan maklumat media sebagai silap menyatakan dia bertemu dengan bapa kejahatan Benjamin Netanyahu, dia sebaliknya mengaku bertemu dengan rakan Natang iaitu Ehud Barak.

Walau siapa pun mereka, kedua ekor setan itu tetap laknatullah pembantai serta penyembelih umat Islam Palestin. Pertemuan secara sengaja Zahid-Ehud seolah mengiktiraf secara tidak langsung kewujudan negara haram Israel serta kekejamannya.

Kembar Masjid Biru Turki

Masjid ini baru sebulan disiapkan pembinaannya di atas bekas tapak sebuah surau. Kemana hilangnya identiti surau asal yang dinamakan Surau Sura Jetty. Alih-alih masjid baru ini ditukar nama kepada Masjid Biru menandakan sesiapa yang mengepalai masjid ini memang pekat karat biru.



Anak sulong aku bertanya,"bakpe namanya masjid biru?"
Jawab anak kedua aku,"sebab ia masjid Umno, namalah masjid biru, semua kaler biru".
Aku menambah,"masjid hadhari".
"Umno ni (mem)bazir lah, aboh owwkk...?"kata anak kedua.
Aku tersengih. Kecik-kecik dah reti beza.

Monday, July 20, 2009

Hospital (5) - Made By Umno

Ayat standard dalam ucapan YB Umno pada setiap ceramah depa kat ceruk kampung tak kira samada yang taraf Menteri duk kat Putrajaya atau yang taraf paria di Pusat Khidmat. Depa punya kitab sama je dan ayatnya mesti sama je. Antaranya,"Jalan raya Umno yang buat, balairaya Umno yang buat, elektrik dan air Umno yang adakan, hospital Umno yang bina."

Selama 50 tahun rakyat diperbodohkan. Mana-mana yang keras hati dan tersedia bodo terus semakin bodo dan jumud. Dalam kepala depa dunia ini Umno yang punya. Pasal tu bila Umno kalah ramai yang nangis histeria. Andai Umno jatuh tersungkur pastinya ramai yang nazak kat hospital-hospital Umno.

Aku paparkan kat sini gambar hospital Umno (???) seperti yang depa claim. Memang lemau otak depa ni. Mana Umno ada pitih nak bina semua tu melainkan kontraktor pembinaan berkenaan adalah dari kroni Umno. Itu pasal jumudnya mereka sangka apa yang dibina oleh orang Umno adalah harta karun nenek moyang Umno.





Berita baik untuk rakyat Ganu khasnya. Masyuk untuk Umno sudah tentunya. Bangunan baru tambahan HSNZ tujuh tingkat didirikan bersebelahan dengan wad sedia ada. Lengkap dengan 200 lot parking ia juga menempatkan ruang baru untuk wad bersalin, wad ibu dan anak serta wad ICU. Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor tersohor Ahmad Zaki Sdn Bhd, kroni Umno.

Lepas ni tak perlu lah para pengunjung atau pelawat HSNZ untuk berebut lot parking.

Hospital (4) - Gelagat Nurse 24hb

Isteri aku sempat merakamkan perbualan beberapa orang nurse 24hb. untuk renungan.



Dalam wad sebelum bersalin.

"Aku bosan doh keje gini, hari-hari kemas cadar, keje tu ler...", kata sorang nurse.
"Kalu gitu bakpe mung ambik bidang jururawat ning kalu tahu doh dok brahi...," jawab nurse yang lain.


Dalam wad selepas bersalin.

"Missi bila nak buang jarum kat dada saya ni?", tanya isteri aku pada sorang nurse. Sedangkan jarum tu dah lebih 12 jam tidak digunakan lagi.
"Tunggu lah besok nanti nurse lain yang akan tanggalkan" jawab nurse tersebut.
"Tapi nurse saya dah discharge wad pagi ni, jadi dokkan nok tunggu esok?" isteri aku soal balik.
"Oh..oh..ok..ok.. saya buang jarum tu sekarang" nurse tu gabra. Apa kes ni?


Dekat meja fail dan pengurusan wad.

Memasing nurse kejap-kejap tengok jam... kejap-kejap tengok jam nak tukar shif.. tak sabor dah nok balik rumah. Takmo tergelincir lebih masa walau sesaat kalau boleh.

Gitu la gelagat nurse 24hb... ingatkan cikgu dan staf pejabat je 24hb..??

Sunday, July 19, 2009

Hospital (3) - Kemuncak Kritikal

16/09/07 (Khamis)


1915 hrs - Aku sampai di HSNZ. Isteri berada di bilik bersalin.

1930 hrs - Isteri aku dipindahkan pula ke bilik caesarean yang terletak bersebelahan. Mujur aku sempat bertemu dan memberi semangat untuk dia.

2000 hrs - Pembedahan caeserean dimulakan. Tahu jelah apa yang bergelodak dalam hati dan jiwa aku tika dan saat ini.

2012 hrs - Baby comel aku selamat dilahirkan. Diberi ruang oleh petugas wad untuk aku iqamad.

2200 hrs - Isteri dimasukkan ke wad lepas bersalin manakala anak dipindah ke wad bayi lepas bersalin. Dan aku... balik rumahh.. rehat.

Untuk hari ini dan 3 hari seterusnya HSNZ adalah rumah kedua aku.
Apa-apa hal esok la pulak.


Hospital (2) - Kritikal

16/07/09 (Khamis)


0915 hrs - Hari ini aku ada appoinment di Kuala Berang. Area Rosol Wahid. Tapi bukan nak jumpa dia, takde untung kejadah pun kalu jumpa dia. Sebenarnya ada urusan bisnes dengan seorang sahabat baru.

1130 hrs - Sampai ke destinasi yang dituju setelah 1 1/2 jam perjalanan. Suaikenal, perbincangan dan penyerahan barangan berlangsung. Sempat duduk minum dan bersembang panjang tentang isu semasa. Rupanya sahabat ni orang 'kita' juga.

1415 hrs - Urusan selesai. Aku dan teman pengiring bertandang ke Pekan Kuala Berang untuk isi perut, berkeroncong dah perut kami berdua.

1515 hrs- Selesai makan aku call isteri menanyakan status kat rumah. Isteri aku memberitahu yang perut dia sakit 'cemu' dan ada keluar tanda nak beranak. Sedangkan waktu ini aku berada pada jarak 98km darinya.

Aku minta dia berkemas dan aku akan cuba seberapa boleh untuk meminta bantuan dari ahli keluarga. Terkebetulan adik aku dan sahabatnya berada di Dungun, maka merekalah tempat terakhir dan terdekat untuk minta bantuan. Dengan bergegas ke sana mereka segera menghantar isteri aku ke Hospital Kuala Terengganu.

1545 hrs - Aku pulang ke Dungun untuk bersiap dan mengambil kelengkapan yang perlu kemudian berangkat pergi ke HSNZ.

Nota:
Dua Ujian hebat dariNya untuk aku hari ini.
Alhamdulillah kesemua ujian dengan izinNya berjaya aku lepasi.

Dungun Darul Lampu




Tak payah aku menjelelajah ke bandar besar pun. Duk lepak kat Dungun memalam tengok kat hiasan pelbagai pesen lampu aku terasa macam duk kat bandar besar. Itulah agaknya matlamat hadhari supaya rakyat merasai keseronokan setakat luaran jiwa dan tenggelam dalam sinaran cahaya rekaan mereka.


Ehemm... bil letrik macamana? Takkan free je semua ni kot?

Wednesday, July 15, 2009

Kemaskini - Sekolah Rendah Islam Darul Bayan

Dalam serba kekurangan, berbekalkan iltizam para penggerak projek tersebut, maka dalam pejam celik pejam celik dah banyak yang berjaya disiapkan dengan bangunan SRIDB ini. Kemurahan hati para penderma tidak perlu dipersoalkan serta kerja keras pihak pengurusan dan pengendali projek yang telah memberikan komitmen penuh terhadap pembinaannya mencatatkan lagi pengalaman manis dalam proses penyiapannya.

Update terkini kerja-kerja pembinaan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan:









Terkini 14 July 09



Terimakasih atas usaha dan ikhtiar saudara-saudari, muslimin dan muslimat semua, semoga segala usaha murni para penyumbang semua diberkati dan dirahmati jua dimurahkan rezeki oleh Allah swt...aaaamin.

Untuk maklumat lanjut sila ke Saham Akhirat.

sumber: lajnah penerangan & dakwah DUN Paka

Keranamu Hadhari - Rela Murtad

KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - "Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai.


Kata-kata itu dilontarkan petugas berkenaan sambil tersenyum seakan berseloroh tanpa menyedari kata-katanya itu memberi kesan yang besar kepada dirinya sendiri.

Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika mendedahkan perkara itu berkata, petugas berkenaan memberitahu pemberian wang tambang itu bukannya rasuah.

"Dia juga ada bertanya hendak undi parti mana. Malah ada nama yang disenaraikan mendapat tambang tersebut pada peringkat awal digugurkan apabila dia curiga tidak menyokong Umno," katanya di sini.

Menurutnya, setiap pengundi yang datang menemui petugas berkenaan di rumah seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur memberitahu mereka diberi wang sebanyak RM200.

Katanya juga pemimpin Umno itu sebelum ini menghimpunkan pengundi-pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur di rumahnya bagi mempengaruhi mereka supaya tidak pulang mengundi.

Bagaimanapun pada pertemuan kedua pemimpin itu melalui beberapa agen yang dilantik menyenaraikan nama-nama pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang mengundi.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET