Sunday, July 12, 2009

Suku Sakat Hamman Tak Puashati

Zaman BN memerintah, balak keluar banyak, tapi untung ciput, tokei kilang balak kaya raya, broker barua Umno goyang kaki cungkil gigi. Untung hasil balak taktau alir kemana. Negeri selalu berhutang. Hutang ratusan juta.


Bila Pas memerintah, pengeluaran balak lebih kurang sama, tapi untung besor, tokei kilang balak kaya dengan kadarnya, broker barua Umno baham tanah makan rumput. Negeri berusaha langsaikan hutang akalan dajjal Umno. Tahi Umno berjaya dibersihkan. Akhirnya hutang setel.

Zaman Pas memerintah, geran perkapita sengaja diperlambatkan sedangkan ia kepunyaan rakyat Kelantan yang wajib Pusat bayar. Dicanang kerajaan negeri tak berupaya membangunkan negeri. Sedangkan itu semua hasil kerja jahat Umno. Setelah TokPa ngaku itu antara kerja jahat dia dan Umno baru ramai nak percaya.

Sejak sekian lama Umno menutup minda rakyat Kelantan dari menyedari bahawa minyak dan gas di perairan Teluk Siam juga milik rakyat Kelantan. Alasan si belatuk Mukriz konon perbincangan mengenai tuntutan bertindih kawasan carigali di Teluk Siam belum selesai. Korang Umno betul layan ore kelate mace ore bodo... bengong... korang ingat ore Kelate bodo ko...? Kalau bodo lamo doh Umno takluk Kelate. Sebab ore Kelate cerdiklah maka Umno diperbodohkan selamonya.!!

Maka asbab kezaliman Umno menyekat geran perkapita dan royalti minyak untuk Kelantan, kerajaan negeri menyedari bahawa pembalakan adalah hasil kedua terbesar selepas minyak (jika ada). Malah Pengarah Perhutanan Kelantan sendiri mengakui pembalakan menyumbangkan 30% hingga 40% hasil untuk Kelantan dan pada tahun 2008 sahaja ia menghasilkan RM400 juta perolehan negeri Kelantan.

Bodo sangat para pengampu yang menaikkan kain rentang memprotes aktiviti pembalakan di Kelantan. Kerana hasad dengki dengan kemakmuran Kelantan dari hasil balak selain jelak melihat saban hari deretan lori balak merentasi jalan-jalan di Kelantan maka kain rentang murahan tersebut dinaikkan. Golongan katak dalam tongtaik ini hanya pandai merungut dan akan senyap jika taik disuapkan kemulut mereka.

KUALA KRAI, 12 Julai (Bernama) -- Kain rentang bertulis dalam dialek Kelantan, 'pemimpin gomol balok, rakyat makin selok' menarik perhatian ramai di Manik Urai, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berdepan dengan pilihan raya kecil Selasa ini.

Bagi penduduk Kelantan, ramai yang tersenyum apabila membaca ayat dua baris itu namun kebanyakan 'orang luar' yang tidak faham maksud tersiratnya, mungkin langsung tidak faham apa yang dimaksudkan.

Bagi yang tidak tahu, ayat itu membawa maksud 'pemimpin makan hasil balak, tetapi rakyat semakin susah' banyak dapat dilihat sekitar kawasan Manik Urai sepanjang kempen bermula 6 Julai lalu berlangsung.

Mungkin deretan puluhan lori membawa kayu balak di Jalan Gua Musang-Machang-Kota Baharu, yang menunggu giliran untuk diperiksa di balai pemeriksaan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan di Laloh di sini menarik perhatian pengguna jalan berkenaan.

Kepada barua Umno tu, sila la kemukakan saman di mahkamah dan dakwaan dengan SPRM jika benar pemimpin Pas yang diceritakan itu baham pitih. Macam kat Pahang nun AbeNan senget pulok kena saman RM200 juta lagi pasal ingkar janji kes balaklah. Jenis barua ni bodoh takleh nak ajar sombong tak nak dengar.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET