Tuesday, November 29, 2011

HaHaHaa! Ketua Peneroka Nak Lutu Kepala Isa

Dakwa dihina, Ketua Peneroka Felda beri Isa Samad 14 hari minta maaf

Oleh G. Manimaran
November 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Ketua peneroka Felda, yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu, memberi masa 14 hari kepada Pengerusinya Tan Sri Isa Samad yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini.

Shamsuddin Othman berkata mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu” dan “jika saya jumpa saya akan lutu dia”, tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu.

“Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.

Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai “Pas Sam” tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.

Shamsudin (gambar), 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.

“Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan,” kata beliau lagi.

Shamsuddin yang memegang jawatan Pengerusi JKPP sejak 15 tahun lalu dan sebagai ahli lembaga pengarah sejak lima tahun lalu berkata, beliau menyedari Isa mengeluarkan kata-kata berbuat mengaibkan itu pada sebelah malam 12 November.

“Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, saya pun tidak menghubungi beliau... hanya berharap beliau akan akan menghubungi saya dan meminta maaf, saya harap beliau tahu kesilapan beliau dan tahu apa yang patut dilakukan, tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.

“Jadi, saya terpaksa mengambil tindakan ini, memaklumkan kepada media. Saya mahu beliau memohon maaf dalam 14 hari... saya rasa saya telah dihina dan diaibkan dengan kata-kata ini,” kata beliau yang akan memutuskan tindakan susulan selepas tempoh itu berakhir.

Shamsudin sambil menafikan tindakannya dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau parti politik berkata, “saya mahu beri beliau (Isa) peluang.”

Kenyataan media yang dikeluarkan menyebut Isa tidak layak menerajui Felda.

“Malah, boleh disimpulkan cakap-cakap beliau bahawa usaha-usaha beliau lakukan untuk kebaikan peneroka tidak lebih sekadar menanam tebu di bibi,” katanya.

Sunday, November 27, 2011

Mat Gusti Tunjuk Gedebe

Ewahh..ewahh..cakap besar Mat Isa ning. Acu berdepan dengan peneroka yang kau duk kutuk tu, cuba TEST tengok jika kau tak kena Penampar Terbang atau Penumbuk Lentang silap haribulan kau terlentang. Dah lah menipu membaham pitih para peneroka pastu mencabar orang pulak. Aku bimbang nanti ada plak traktor sawit terbabas langgar kereta Mat Isa.

Tuesday, November 1, 2011

Cinta Gelap: Hubungan Dagang Israel-Malaysia

Entah kenapa hari ni ungkapan 'Celaka' senantiasa berlegar diminda. Kusut memikirkan kemusnahan apa lagi yang bakal ditujahkan oleh umno-apco terhadap negara yang dicintai ini dan kezaliman apa lagi bakal melilit sendi dan urat seluruh rakyat marhaen.

Celaka dalam diam rupanya benar umno-apco telah lama menjalankan hubungan dagang dengan negara laknatullah israel. Inilah para pemimpin yang puak gerombolan julang dan banggakan rupanya menjadi 'gunting dalam lipatan' mengkhianati amanah umat Islam dan non-Islam Malaysia yang tidak mengiktiraf israel.

Talam dua muka umno-apco bermuka-muka dengan mewujudkan polisi anti-israel sebaliknya mereka 'bermain belakang' dengan israel dalam hal perdagangan. Lihatlah olehmu, bukalah pintu hatimu wahai penganut mazhab umno-apco. Pemimpin gerombolan sedang membawa negara ke arah kehancuran dan sedang mengetok gendang bala Tuhan untuk kita semua.

Janganlah kita tunggu sehingga Allah turunkan bala yang lebih besar dan dahsyat ke atas rakyat Malaysia. Cukuplah dengan bala ekonomi, bala jalanraya dan bala sosial yang Dia timpakan sebagai tanda peringatan.

Berikut merupakan petikan ucapan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri semasa
membahaskan Belanjawan 2012 Peringkat Dasar pada sessi Dewan Rakyat
bertarikh 17 Oktober 2011. Diekstrak dari Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang
dimuat turun dari laman web rasmi Parlimen Malaysia.

Soalan beliau mudah saja, benarkah kenyataan ini? Kalau tak benar,
PM harus nafikan kenyataan Mischa Harish.

"Seterusnya, saya hendak bangkitkan lagi satu isu iaitu Profesor Dr. Syeikh Yusuf
Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan
di dalam fatwa, hakam dan...‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam
untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.
Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel
adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar tersebut.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.
Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk
polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai
hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan
pengkhianatan terhadap polisi negara ini. Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia
berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

Berdasarkan satu artikel dalam laman web anakmudamalaysia.com, Solidariti Anak Muda Malaysia
telah menyatakan secara jelas bahawa, Dalam satu sesi pemerintahan ini memunculkan imej anti-Israel
dan pro Palestin. Malah pemerintah ini pula me’wajah’kan lawan politik dalam negara sebagai
agen Yahudi dan Israel dalam pelbagai imej seolah-olah anti Islam. Namun dalam wajah yang lain,
Malaysia ialah antara negara umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam telah menjadi
rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel. Beberapa bukti seperti borang kastam
yang membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel
terus segar dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin
turut telah didedahkan kepada umum.

Dahulu sememangnya Malaysia mempunyai satu undang-undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid. Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan runtuh maka pada tahun 1994 di bawah Kabinet Tun Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (Pindaan Bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagangan dengan Afrika Selatan. Akan tetapi kesempatan diambil untuk menjalinkan hubungan dagangan dengan Israel. Sejak daripada itu Malaysia menjadi antara rakan dagangan utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di perpustakaan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa dengan jelas
terdapat banyak bahan-bahan mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade,
Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review Israel,
Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel,
Douanes (iaitu buku kod tarif perdagangan Israel)
dan beberapa lagi.

Micha Harish, Israel Minister of Industry and Trade, Israel-Asia Chamber of Commerce
pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu majalah promosi perdagangan
Israel seperti berikut dengan izin, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister
and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue
economic relations with Israel is another milestone in the development of trade this continent. “

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan
hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.
Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar Perdana Menteri harus menafikan
kenyataan Micha Harish ini. Sekian terima kasih." - che'gubard.

Kerana umno-apco, Atlit Israel Boleh Masuk

Celaka Sabri Chik. Buat malu rakyat Ganu sungguh mung ni. Ada dua dosa besar mung sedang buat sekarang ni. Pertama mung relakan kemasukan menatang atlit Israel, dan kedua mung cakap LEBONG mung tuduh orang lain buat kerja yang bukan-bukan. Busuk kohong mulut mung Sabri Chik.

Mana-mana puak gerombolan yang sokong mung dan menaikkan mung terutamanya gerombolan Parlimen Kemaman sama-sama mendokong saham neraka yang Sabri kendong.

SHAH ALAM, 1 Nov : Dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa Kerajaan
Negeri Selangor terlibat dalam kemasukkan seorang warganegara Israel ke Malaysia sebagai suatu yang
palsu dan berunsur fitnah.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong menyatakan
Menteri Belia dan Sukan itu tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain(kerajaan Selangor).

"Sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,"katanya.

Semalam di parlimen Shabery mendakwa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat
bertanggungjawab dalam kemasukkan warganegara Israel itu untuk perfileman siri televisyen realiti antarabangsa, "The Challenger Muay Thai."

Mengulas lanjut, Elizabeth yang juga merupakan Adun Bukit Lanjan menegaskan bahawa Selangor
tidak terlibat dalam penganjuran persaingan tersebut sama ada dari sudut pemilihan ahli sukan
ataupun penerbitan siri televisyen tersebut.

"Jika kami dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia
dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukkan warganegara Israel tersebut," katanya

Elizabeth menerusi kenyataan medianya hari ini dengan jelas menegaskan Pakatan Rakyat
berpendirian teguh dengan semangat setiakwan dengan rakyat Palestin sekaligus menolak
sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

Ini merupakan kali kedua pada tahun ini Menteri Belia dan Sukan telah membenarkan
warganegara Israel memasuki Malaysia dengan pas masuk khas.

"Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada
warganegara Israel sehingga negara Israel mengiktiraf kenegaraan Palestin,"katanya.

Sebagai makluman, penerbit siri tersebut merupakan pihak yang mengeluarkan program-program
televisyen lain yang telah memenangi anugerah seperti "The Contender," "The Biggest Loser Asia"
dan "The Apartment."-tvs

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET