Thursday, December 30, 2010

Aku Pun Nak Tumpang Sekaki


Alhamdulillah... sambutan nanti jangan over2 pulok.

Rakyat Indon Ngemis Di Sini, Jangan Lupa Itu

Bila nak padam api dendam oleh hati-hati kamu rakyat Indon yang gampang? Segalanya kamu mau protes. Apa yang salah telah diperbetulkan, apa yang benar kamu enggan iya kan. Jadi mana penyelesaian? Tiada kesudahan.


Lepas satu demi satu kesilapan kamu kaitkan. Sudah lah tu, bukankah kita pun asalnya dari satu rumpunan? Kalau rumpun lain itu munasabah juga jika kamu mau jegilkan.

Aku di sini pun ramai customer dari kalangan rakyat Indon. Tapi mereka baik-baik aja tidak segampang kamu wahai rakyat indon yang gampang. Kami tidak pernah usik apatah lagi untuk menyakiti mereka. Mereka jugak manusia layak dilayan sebagai kawan.

Tapi apa anggapan kamu wahai indon gampang dengan rakyat Malaysia di sana. Apakah kamu rela dianggap sebagai haiwan atau pun setan?

Dalam sukan pun kamu tiada semangat kesukanan pada lawan. Kerana nafsu maka kamu tewas di perlawanan.

5 kereta perisai lindungi pemain Malaysia

JAKARTA - Pemain negara jelas berdepan dugaan yang hebat sebelum sepak mula yang dijadualkan pada pukul 7 petang (8 malam waktu Malaysia) apabila lima kereta perisai yang dikenali sebagai Barakuda terpaksa melindungi mereka dalam perjalanan ke Stadium Gelora Bung Karno.

Mereka yang keluar dari Hotel Sultan tepat pukul 4.50 petang pada waktu di sini terpaksa melalui ratusan ribu penyokong Indonesia di pintu timur stadium sambil menaiki kereta perisai berkenaan supaya boleh memasuki dengan selamat ke dalam stadium.

Namun, terdapat segelintir penyokong Indonesia menyedari kedatangan pemain negara lalu mengetuk kereta perisai terbabit sambil menunjukkan isyarat lucah.

Biarpun tiada insiden buruk berlaku tetapi perlindungan maksimum yang diberikan kepada pemain Malaysia terpaksa dilakukan ekoran pelbagai kontroversi dilemparkan media tempatan. yang membakar emosi penyokong Indonesia.

Antara provokasi terang-terangan yang dilakukan oleh media di sini ialah mengenai penggunaan laser dan dakwaan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid bahawa pemainnya dianayai dengan serbuk gatal ketika menjalani latihan di Malaysia. - Utusan

Rakyat Melarat: Jual Sejadah Curi

Aduhh macam-macam hal dalam negara tadbiran Najibtuya. Rakyat marhain semakin melarat, hidup dah tak larat, rezqi berkarat, kroni Najib pikir nak kaya cepat, negara nak bangkrap dah naik kayap.


Minggu lepas ada orang kerja curi paku pin rel keretapi, hari ni ada pulak kerja curi sejadah kat surau pastu jual. Bila otak dah tak ligat apa lagi yang dia ingat? Tubuh dibasahi keringat tapi brape sen aje yang dapat? Aleh-aleh twist buat keje jahat. Harap sedarlah dan bertobat.

Peniaga terbeli sejadah curi

HASHIM Abd. Hadi menunjukkan sehelai sejadah milik Surau Hospital Melaka yang dibelinya daripada lelaki OKU dengan harga murah di warungnya di Kampung Ketapang, Pernu, Melaka, semalam.


MELAKA 29 Dis. - Niat seorang peniaga untuk membantu seorang warga emas kurang upaya (OKU) kelmarin, memakan diri setelah tiga helai sejadah yang dibelinya daripada lelaki itu sebenarnya dicuri dari surau Hospital Melaka (HM).

Hashim Abd. Hadi, 55, berkata, semasa membeli, dia tidak perasan sejadah tersebut milik surau HM kerana dia dan isteri, Idayanti Musdar, 36, sedang sibuk di warung mereka di Kampung Ketapang, Pernu di sini.

"Saya dan isteri didatangi lelaki berkenaan dan kami kasihan melihatkan keadaan dirinya yang cacat tangan dan kaki kiri, bersusah-payah membawa sejadah untuk dijual kepada orang ramai.

"Dengan harga RM5 sehelai, saya membeli tiga helai sejadah tanpa memeriksa sejadah tersebut sebelum warga emas itu dengan segera meninggalkan warung saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Hashim, sebaik sahaja warga emas berkenaan beredar, dia dan isteri membelek tiga helai sejadah tersebut dan terkejut kerana tertera tulisan 'Surau Hospital Melaka' pada bahagian tepi sejadah terbabit.

"Selepas melihat sejadah-sejadah tersebut, kami mengesyaki sejadah itu telah dicuri dari surau HM sebelum dijual kepada orang ramai dengan harga murah," katanya.

Menurut Hashim, dia juga sempat memandang bakul motosikal dinaiki lelaki terbabit yang penuh dengan sejadah.

Dia bercadang untuk memulangkan kembali ketiga-tiga sejadah berkenaan di Surau HM.

"Sudah tentu saya berasa terkejut dan kesal dengan perbuatan warga emas tersebut jika benar dia mencuri hak milik surau HM," katanya.

Saturday, December 25, 2010

YDP MPD: Betul Ke Dah Kena Perambat?

Membaca laporan oleh blog Syababpaka aku kaget.

Innalillah... Semoga dia benar-benar lenyap dari mukabumi Dungun ini. Tapi kemana pula dia akan di'posting'kan? Adakah ke daerah Besut atau Marang atau Setiu? Harap-harap dia di'tohok' ke hutan tempat 'jin tenndang' (tempat takde org). Jenis orang gini dokleh hidup dalam koloni manusia, jenis gong bodo sombong, molek kalu saing dengan beruk kera.

AbgMad Boros Pasal Konfiden Pas Akan Ambil alih

Masih ingat lagi apa janji AbgMad sejurus selepas beliau 'side kick' Deris lalu mengambil alih tampuk singgahsana Kerajaan Negeri Terengganu? Kata AbgMad sinis seolah 'mengenakan' Deris iaitu kerajaan pimpinannya akan menyiasat dan mengkaji semula perbelanjaan dan pembaziran selama Deris memerintah iaitu projek Monsoon Cup, Masjid Kristal dan Projek Pulau Wan Man.

Aku lega, kita lega dan rakyat Terengganu lega mendengarkan. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Hujan tempias air liur AbgMad yang hanya cakap lebat, sembang je lebih, tapi lagak 2x5 dengan Deris. Keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Rupanya kau AbgMad mulut buaya busuk kohong bau bangkai. Dasar spesis laknat umno-apco.

Aku ingat dia tibai Deris cukup-cukup dengan projek-projeknya. Mungkin Deris masih berbisa dan ada jurusnya lalu dibiarkan Deris tetapi kenapa MadSaid cipta pulak projek ntah apa projek di Kenyir. Lahabau.

Kenapa ni AbgMad? Makin lama makin teruk penangan AbgMad berikan kepada rakyat Ganu Kita. Nak nunjuk2 dengan siapa? Deris dah mapuh seketika dari arena politik Ganu. Rakyat Ganu pandang AbgMad hebat dah tu kerna berjaya tumbangkan Deris dan mengharapkan cahaya baru dari pemerintahan AbgMad. Malangnya bulan tetap pudar dan mentari masih gerhana.

Blog Ustaz Saiful mendedahkan penyelewengan demi penyelewengan oleh kerajaan AbgMad. Manasabah ke beli angsa dengan harga RM5,600 sekor? Tergamak ke nak sembelih buat kenduri? Tapi kroni umno-apco dah kenyang berkenduri lah tu pelahap duit haram. Korang umno-apco mesti makan dengan taik-taik angsa tu sekali baru padan dengan harga RM5,600 angsa korang tu.

Bodoh rupanya AbgMad ni tatau nak nilai mana 'prority'. Kat Mukim Kijal tu sendiri kalau tinjau-tinjau masih ramai yang miskin. Sekaya-kaya Daerah Kemaman pun masih jugak kaya dengan orang miskin yang tak kaya-kaya. Nak tutup kelemahan kat Kijal AbgMad pi havoc kan Giant Kijal. Walhal TMC @ Giant Mesra Mall kat Kemasik hanya 7 minit jarak perjalanan sahaja. Memang sah BENGONG dan BODOh lah kau ni AbgMad.

Pada mata kami dulu dan kini memandang AbgMad dan gerombolan tergolong dari kalangan manusia BAHLOL, BENGONG, BODOH, HAPRAK, BANGANG dan lain-lain... Tapi dimata kroni-kroni, hamba-hamba dan juak-juak gerombolan pulak AbgMad bagaikan dewa bagi mereka. Terjelir lidah menganga mulut menanti AbgMad 'lempar' kan 'hadiah' kepada mereka.

Tak boleh pakai dah slogan AbgMad, 'Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan' tetapi terbalik menjadi 'Umno-apco Tak Reti Tadbir Dan Tak Membangun Untuk Rakyat'...

PAS GANTI UMNO ---> PGU

Wednesday, December 22, 2010

Rakyat Melarat: Curi Paku Landasan Keretapi

Satu-satunya rel keretapi yang ada di Terengganu telah dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab. Takleh nak salahkan pencuri berkenaan semata walau betul mereka melakukan kerja keji itu tetapi pokok pangkalnya ialah kerajaan a.k.a umno-apco lah punca utama kerana gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Apa pun iklan pekerjaan ribu-ribuan diwar-warkan oleh kerajaan AbgMad hanya mitos dan khayalan. Kebanyakannya mengisi borang kerja ibarat mainan umno-apco menyuruh rakyat mengisi borang tanah di saat-saat hampir PRU.

Oleh itu rakyat terpaksa mencuba pelbagai opsyen untuk 'survive' hatta merebut apa jua peluang bagi memastikan anak bini tidak kebuluran. Dari mana atau bagaimana cara peroleh rezeki samada sumber halal haram bergantung kepada kekuatan iman seseorang.

Tuesday, December 21, 2010

Dua Situasi Berbeza: Umno Mabuk Tapei

Jika anda cerdik (tentu anda cerdik) cuba nyatakan apakah persamaan antara kedua peristiwa berbeza di bawah ini?


[peristiwa 1 - caci Tuan Guru]




[peristiwa 2 - kutuk Tuan Guru]


Babi Lepak!!?

Al-kisah suatu hari sewaktu jalan-jalan makan angin bersama famili aku terserempak dengan SEGEROMBOLAN makhluk Allah yang jijik ni sedang merayau-rayau kat tepi sebuah banglo besar kat area Kg Sura Tengah.


Depa yang sebanyak 6 ekor sihat-sihat tubuh belaka bulat montel sebesar anak lembu muda dilihat turut jalan-jalan cari makan. Pasti depa merayau nak melihat keindahan alam dan pembangunan perumahan sekitar Dungun maju ini sambil meragut mana-mana tanaman orang yang depa rasa berkenan. Lagipun segala taman astakona tempat depa bermain telah habis dicerobohi oleh manusia atas nama pembangunan.

So depa rasa mungkin tak salah jika cuba menjelajahi pula apa gelagat dunia manusia hari ini. Sekarang ni pun babi dah berebut dan bersaing dengan kambing kat tong-tong sampah.

Cuma apa yang membimbangkan ialah kalau-kalau babi naik minyak dan menyerang manusia terutamanya anak-anak kita. Nak harapkan pihak MPD rasanya dokrokcetong sebab YDP nya duk pelahap projek-projek 'panas' dan gila baham pitih haram.

-->laporan Din Cetong

Monday, December 20, 2010

YDP MPD: Bangunan Takde CF Pun Beroperasi


Lain hari lain pula cerita pasal YDP Majlis Perbandaran Dungun ni. Sikap durjana, seleweng dan zalimnya kian bermaharajalela. Kompleks MPD seolah menjadi pusat gerakan pembantaian dan penindasan rakyat daerah Dungun keadaannya.

Wohulu tertarik dengan artikel oleh blog N27 yang mendedahkan perihal web MPD menyalahgunakan laman tersebut bagi mempromosikan iklan McDonald. Siapalah agaknya sialan yang sesuka hatinya memuatnaik iklan sebegitu. Atau atas arahan siapakah iklan McD disiaraya kan di laman Web MPD? Berapakah bayaran 'duit kopi' yang diterima oleh sialan-sialan tersebut?

Apa yang menarik ialah ramai mengetahui serta menyedai bahawa McD Dungun mula beroperasi di tapak berkenaan sewaktu ia masih dalam pembinaan. Makna kata konfem premis itu belum memiliki sijil CF. Pelik jika dikatakan bangunan itu ada CF kerana sewaktu pembukaannya orangramai menikmati makanan McD di satu bahagian bangunan yang separa siap manakala sebahagian bangunan lagi masih dalam kerja-kerja plaster dan pembinaan lain berkaitan.

Berikut adalah gambar yang diambil pada 06/12/2010 bagi membuktikan dakwaan Wohulu sebagaimana di atas.

Cuba teliti bangunan 3 tingkat ini yang menempatkan McDonald. Masih dalam penyelenggaran dan pembinaan. Tingkat 3 belum siap tapi tingkat 1&2 telah beroperasi sepenuhnya sedangkan sebahagian lagi dari tingkat 1&2 tersebut juga belum siap. Ada kelulusan bomba dak ni?

Situasinya jika dilihat amat membahayakan kerana orangramai terdedah kepada bahaya kemungkinan bangunan runtuh atau seumpamanya. Tetapi bagi pihak MPD hanya pejam mata selagi tiada berlakunya kehilangan nyawa. Mungkin suatu kelaziman bagi pihak barua umno-apco nyawa rakyat jadi taruhan dan keruntuhan adalah lumrah di negeri Ulik Mayang ini.

Kita bukan menghalang pembangunan tapi biarlah bertempat. Jangan semata mendapat habuan besar kita sanggup menggadaikan nyawa ramai orang. Sebuah syarikat gergasi diberikan keistimewaan berlebih-lebihan sedangkan peniaga kaki lima, pengusaha kedai makan dan pengusaha kecil lainnya ditindas dan ditekan.

Dengan seciput pangkat dan kuasa yang ada dia telah salahgunakan. Tak apalah kita bagi Setan ni peluang kat atas dunia fana. Dia lupa bahawa Allah Maha Berkuasa Maha Melihat. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke lubang najis jua.

Friday, December 3, 2010

Yang Di Pertua Natang!!

Demikian luahan kemarahan seorang makcik lingkungan umur 65 terhadap Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Dungun semalam. Sewaktu sedang minum dan sembang dengan seorang kawan rapat di sebuah warung berhadapan dengan SMSO, tiba-tiba terdengar makcik a.k.a. empunya warung ni merungut marahkan sesuatu.


Kebetulan rakan aku ni rapat dengan makcik tu dan dia berbahasakan 'Mok' lantas mengajaknya duduk bersama dimeja kami dengan hasrat mencungkil lebih lagi rahsia dari makcik tersebut.

Katanya tadi seorang pegawai penguatkuasa MPD datang menegurnya supaya meruntuhkan sisa-sisa runtuhan lamanya yang termasuk dalam rezab pembesaran jalan bandar Dungun. Masih ada bekas peninggalan rumah itu yang belum habis dibersihkan.

Topik perbualan semakin panas dan tengit apabila makcik menyentuh perihal kezaliman YDP MPD yang baru ni. Kata beliau pihak MPD atas arahan YDP nya pernah mengeluarkan surat saman kerana mendirikan rumah atas tapak baru dibelakang rumah lamanya. Aku tak tanya pulak atas alasan apa surat saman dikeluarkan. Dalam kepala aku mungkin makcik ni tak kemukakan pelan rumah baru kepada pihak MPD.

Makcik kediannya mengadu kepada Pok Rosli (jogho AbgMad) tentang saman itu dan Pok Rosli berjanji untuk selesaikan. So dalam kepala aku makcik ni orang kuat Umno lah. Kes itu senyap sekejap namun dalam masa sebulan lebih pihak MPD tetiba datang dengan membawa perkhabaran untuk menyita rumah baru makcik. Hati aku getus lagi takkan orang kuat umno pun kena belasah dengan pemimpin mereka sendiri. Dan mereka masih mampu hulurkan kepala untuk dibelasah tengkuk sepuas-puasnya oleh puak Peraun umno.

Waktu ini lah makcik tu naik angin atau naik syekh bebelkan si YDP tersebut. Kata makcik YDP ni bukan lagi orang tapi binatang @ natang. Kalau dia orang kata makcik semestinya dia takkan buat kerja zalim menganiaya sesama Melayu (dan sesama umno). Memang jenis manusia bertopeng setan takde hati perut, bebel makcik lagi. Harap-harap tahun depan dia akan ditukarkan maka amanlah rakyat dan peniaga melayu Islam Dungun.

Ada lagi cerita menarik tentang YDP Natang ni. Kata orang dia kuat baham pitih yakni rasuah. Tapi cara dia bijak menghalalkan cara perolehan pitih haram ni.

Projek haram YDP yang menjadi perbualan hangat kini ialah pembinaan bonggol di sepanjang jalan-jalan tertentu di sekitar daerah Dungun. Menurut sumber dalaman MPD, dikatakan modal setiap satu bonggol hanyalah RM3,000 sahaja tetapi YDP Natang meluluskan setiap satunya dengan harga RM15,000.

Kenapa jadi gitu?? Kerana RM7,000 di kedarah oleh kontraktor bajingan beliau, RM5,000 dilahap oleh YDP sendiri. Jangan heran sedara kerana kerabat Peraun umno ni kerjanya baham pitih rakyat umpama mereka mengutip buah zalqum di neraka.

Kembali Atau Come Back?

Rindunya aku pada paparan google dan blog tercinta ni. Beberapa minggu malah mungkin bulan agaknya aku dak jengah atau 'update' blog wohulu. Banyak sebab banyak hal tak dapat dielakkan yang tak boleh aku ceritakan di sini. Kalau di'listdown'kan pasti tak larat aku nak taip. Tapi punca utama adalah kerana streamyx aku kena potong..!!??? wakakaka... psl takleh bayar la beb. Nak tahu gak kenapa takleh bayar? Biarlah rahsia.


Bila lama tak layan web maka banyaklah info yang aku ketinggalan. Aku tak tau kisah PRK Galas, kalau TV langsung aku tak layan, Harakah kat tempat aku tak terjualnya, tanya orang aku rasa takleh pakai. So gitulah aku di awang-awangan hinggalah aku terbaca info kekalahan Pakatan di TV... TV jugak.

Papepun aku nak ucapkan selamat berpogol di blog wohulu yang tak seberapanya ini meski pun tuan rumah takde, help yourself lah, buat macam rumah sendiri. Sib baik korang tak kenjoh barang-barang dalam rumah ni. Jika tidak letih jugak aku nak 'bersih'kan semula.

Selamat cuti sekolah kepada anak-anak dan guru-guru semoga berhati-hati main banjir.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET