Agaknya takde kerajaan negeri Umno yang tak korup. Bila dasar sekular dijadikan landasan, dosa pahala letak belakang. Depa kira korup suku neraka suku. Dosa korup depa kira setel kat dunia, perasuah halal penerima rasuah halal, setel. Pastu dosa rasuah yang 'carry forward' kat akhirat nak setel dengan siapa? Depa ingat Allah halalkan gitu jelah. Mudah sungguh perkiraan hadhari ni.
Aku bawakan hadis dalam bahasa Melayu, biar mudah kaki baham duit haram ni baca. Kalau tak faham jugak sila korang pindahlah ke negara yang bahasa korang faham;
Hadith : |
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka...” Riwayat Ahmad |
Sefaham aku dalam ajaran hadhari semua aspek boleh pinda ikut selera. Mana-mana klaus dirasakan berlawanan dengan hasrat mereka maka diubah sesedap kehendak nafsu mereka. Janji halal disisi hadhari. Contoh rasuah dalam Umno di'rebrand' dengan politik wang. Politik wang halal disisi Umno. Pesalah sekadar dicop sebagai pesalah di mahkamah Umno sahaja bukan mahkamah syariah mengikut undang-undang syariah.
Kerja haram walau camane disembunyikan lama kelamaan akan tersembul juga. Orang sendiri dari dalamlah pasti diberikan hidayah oleh Allah untuk menelanjangkan kejahatan serta keharaman yang parti sendiri lakukan.
Zaman aku nakal dulu bila takde wang maka bulu betis la aku pergadaikan, itu suatu perumpamaan nak menunjukkan pokainya aku. So AbgNan kalau ko tebas dan jual semua bulu yang ada kat betis ko tu agaknya brape sen dapat? Boleh cover tak hutang yang pemiutang tuntut tu? Malangnya AbgNan ada ke orang yang sudi nak beli bulu betis ko tu?
0 comments:
Post a Comment