Sunday, May 31, 2009

Ayuh PPP Beralih ke KPP

Apabila kusta sudah membarah maka tiada apa lagi yang boleh diikhtiarkan. Seperti sabda Nabi bahawa larilah kamu dari penyakit kusta sepertimana kamu lari dari singa.


Ayat di atas aku buat perbandingan dengan apa yang sedang menimpa Parti Progresif Rakyat (PPP) sekarang. Virus Hishamuddin1Najib1 (H1N1) kian merebak jauh ke dalam. 

PPP mula diresapi sentimen peribadi, perbalahan dan rampasan kuasa. Ingatkan dengan perlantikan haram Murugiah sebagai Presiden baru PPP di EGM tempohari bakal melenyapkan keretakan. Segalanya meleset dari persepsi aku.

Dan semalam tarikh akhir pencalonan PPP untuk jawatan Presiden menyaksikan Kayveas pula menang tanpa bertanding. Memang dahsyat suasana kucar-kacir dalam PPP kini. Amat malang bagi PPP kerana mustahil dalam satu kapal ada dua nakhoda. 

Dengan itu aku menyeru kepada ahli dan penyokong PPP yang bijak pandai dan jauh berfikir, lebih baik anda angkat kaki dan meninggalkan jejauh parti serpihan ini. Ayuhlah anda bersama-sama dengan sahabat India lain yang telah lama menyertai Kelab Penyokong Pas.

Saturday, May 30, 2009

Serius Boikot Colgate

Aku dah tak sabar dengan Colgate nih. Colgate telah tersenarai antara produk made in usa yang mesti diboikot kerana ia disenaraikan bersama beberapa syarikat talibarut yahudi yang memenggal kepala umat Islam.


Telah banyak diperkatakan tentang keburukan Colgate terhadap agama dan masyarakat seperti kat sini, sini dan sini juga. Cuma adakah kita prihatin dan sedar akan kewujudan berita dan laporan berkenaan.

Colgate pasti amat terkesan dengan boikot yang dijalankan. Aku terperasan dikedai-kedai runcit dan pasaraya terdapat lambakan produk ini. Kerana itulah mereka cuba melakukan promosi agresif serta penetapan harga pada tahap kemampuan semua pengguna.

Anda perasan atau tidak dalam iklan terkini bagaimana colgate telah mengkondem produk ubat gigi halal yang tiada flourida. Apa contoh jenama ubat gigi halal tu? Contoh seperti Mukmin, Halagel, HPA, Sureco. Soalnya siapa pemilik produk halal ni? Sudah pastinya Muslim.

Aku akur itu adalah strategi pengiklanan colgate tetapi dengan mengeksploitasi tentang kualiti produk halal Muslim tanpa flourida bukan suatu kewajaran. Sedangkan sudah melebarluas laporan berkenaan flourida yang beracun dengan segala kesan buruk terhadap pengguna.

Sila rajin-rajinkan tangan anda melayari web berikut untuk menngetahui dan mengenali tentang flourida.


Friday, May 29, 2009

Rencana Yang Tidak Sanggup Aku Baca

BN masih anggap rakyat bodoh, mudah ditipu
Zulkifli Yahaya 
Fri | May 29, 09 | 12:49:25 pm MYT

Tidak seperti semua pilihan raya kecil yang pernah dialui oleh rakyat Malaysia sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, kawasan Dun Penanti sepi.

Tiada jentera pembinaan yang sibuk di sana sini menurap jalan. Tiada perasmian balai raya, sekolah, masjid dan surau. Tiada menteri dan pemimpin kerajaan Pusat yang turun bagai Santa Claus mengagih pelbagai hadiah untuk rakyat.

Setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (sebelum ini) pelbagai projek pembangunan dan bantuan diagihkan untuk rakyat. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan mengapa projek tersebut turun hanya di musim pilihan raya, dengan cengilnya mereka menjawab: "Ini tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Sebenarnya pembangunan untuk rakyat sentiasa berterusan; sebelum, semasa dan selepas pilihan raya pembangunan tetap ada. Takkanlah haya kerana berlangsung pilihan raya maka rakyat disekat untuk menerima pembangunan? Ini tidak adil." Molek dan muluk sekali bunyinya. Cakap mengalahkan peguam.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu lalu, apabila diajukan persoalan yang sama, jawapan yang diberi oleh seorang pemimpin BN ialah, "Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang sejak lama, cuma secara kebetulan ia diadakan sewaktu pilihan raya."

Lucunya, selepas berakhir pilihan raya dan BN tersungkur, semua 'projek kebetulan' itu secara kebetulannya pula berakhir. Nah, sekarang apabila BN tidak sertai pilihan raya kecil Penanti, mana pula projek-projek yang telah dirancang dari awal serta projek-projek 'kebetulan' itu?

Satu perkara yang menyebabkan BN ditolak rakyat ialah sikap pemimpinnya yang tidak pernah berubah. Salah satu perangainya ialah apabila bercakap mereka seolah-olah menganggap semua rakyat bodoh belaka.

Apabila BN diajukan soalan mengapa tak bertanding di Penanti, mereka menjawab kononnya untuk elakkan pembaziran dan tidak mahu terperangkap dengan mainan politik KeADILan. Mereka fikir rakyat tak tahu bahawa sebenarnya mereka takut kalah.

Apabila beberapa pemimpin kaum India dibebaskan dari tahanan ISA sewaktu berlangsung pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, media tali barut BN menyiarkan komen, terutama dari kaum India, yang memuji muja kerajaan BN kononnya baik hati. Tapi hakikatnya mereka hanya mahu mengambil hati 30 peratus pengundi India di Bukit Selambau.

Adun Kota Alam Shah, Manoharan dibebaskan daripada ISA bersama beberapa pemimpin Hindraf beberapa hari selepas isteri beliau membuat sidang media memaklumkan bahawa Manoharan akan meletakkan jawatan kerana tidak dapat memberi sumbangan untuk rakyat akibat dikurung.

Macam isu sebelumnya, media tali barut BN memuji Najib sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana sanggup membebaskan musuh-musuh politik BN. Walhal, semua rakyat tahu bahawa BN takut Manoharan benar-benar letak jawatan yang menyebabkan berlaku pilihan raya kecil.

Begitu juga, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairudin yang terpalit dengan isu 'rasuah' yang dimainkan oleh BN, tiba-tiba dibersihkan oleh SPRM. Semua tahu bahawa tujuan pembersihan itu ialah supaya Fairus menarik balik surat peletakan jawatannya, demi mengelakkan pilihan raya kecil.

Professor Dr Ahmad Atory Hussain, seorang pensyarah pro-BN menyifatkan kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz untuk menerima orang bukan Melayu, asalkan dia Islam, untuk menjadi Menteri Besar, adalah satu usaha untuk memikat pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya kecil Manik Urai.

Mentang-mentang dia pensyarah, dia ingat boleh tipu orang lain dengan kenyataan tidak logiknya itu. Penduduk bukan Melayu Manek Urai tidak sampai 1 peratus, apa yang nak ditarik?

Dalam 'menjelaskan' isu Perak, pemimpin BN memberitahu bahawa tiga Adun Pakatan Rakyat yang melompat menyokong BN bukan kerana diculik, diugut dan dirasuah tapi atas keikhlasan sendiri. Anehnya mengapa mereka hilang, tak dapat dikesan sampai beberapa hari?

Takkanlah tiga "haprak" tersebut sengaja mencari masalah, dicaci oleh masyarakat serta dihina oleh pengundi. kalau tidak kerana imbuhan tertentu.

Semua episod pembohongan pemimpin BN terhadap rakyat tidak pernah berhenti.

Najib mengisytiharkan bahawa zaman di mana kerajaan (BN) tahu segala-galanya sudah berlalu. Tapi nampaknya zaman di mana kerajaan (BN) menganggap semua rakyat bodoh-bodoh belaka dan boleh ditipu, belum lagi berakhir.


Takkan Nak Bior Cik Aminah Sensorang?

Sedang majoriti orang Penanti menyusun perlengkapan sebagai persiapan menghadapi PRK Penanti, ada segelintir orang Penanti yang lain (dikategorikan sebagai pengecut) pula sedang bersiap untuk melangkah keluar dari medan perang.


Kesian Cik Aminah. Tapi mengikut katanya bahawa Wanita Umno menyokong dia bertanding dan pastinya bertindak sebagai backbencher. Malangnya Umno mula melondehkan identiti pengecutnya  apabila menaja ahli keluar dari Penanti dengan membuat lawatan ke sana sini.

Cik Aminah semestinya mengharapkan puak-puak Umno bagi memangkah kertas undi cap kunci. Namun tindakan Umno angkat kaki bergerombongan sudah tentu menyusutkan bilangan dan peratusan undi beliau.

Awal-awal lagi rakyat sudah congak yang Cik Aminah bakal kecundang. Jangan sampai kena sengih dengan nenek Maimun dah lah.


Sakaratul Maut

Khutbah Jumaat hari ini cukup meruntum sanubari. Kisah tentang siksa dan kepayahan menghadapi saat-saat sakaratulmaut.


Antara yang dikhutbahkan adalah kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal menghadapinya. Diceritakan bagaimana diwaktu nazak beliau dikerumuni oleh ramai ahli keluarga, anak murid dan para pengikutnya.

Lantas dibisikkan kalimah La'ilahaillallah... lalu beliau menjawab Tidak..!! kemudian dibacakan lagi kepadanya kalimah La'ilahaillallah dan beliau menjawab lagi Tidak..!! sehinggalah kebeberapa kali dibisikkan kalimah dan jawapannya tetap sama.

Akhirnya setelah keadaan sedikit reda dan beliau mula dapat bercakap maka anaknya bertanyakan kenapa ayahandanya menjawab sedemikian menyebabkan keluarga terasa sedih dan malu.

Jawab Imam Ahmad, bahawa tatkala dia nazak dirinya telah dikelilingi oleh syaitan yang menghasutnya supaya meninggalkan ajaran Nabi Muhammad, sebab itulah beliau menjawab Tidak setiap kali digoda oleh syaitan.

Betapa seorang Imam yang hebat dengan Ilmu dan Amal nya telah digoda sedemikian oleh syaitan, jadi apatah sangat dengan diri kita? Apakah kita telah bersedia?

Aku membawakan lagi secebis kisah para Nabi saat menghadapi sakaratulmaut untuk tatapan dan peringatan bersama ;

Dahsyatnya Sakaratul Maut, bersediakah kita untuk menghadapinya ?              


"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". (H.R. Ibnu Abu Dunya).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. 

Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan. 

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. 

Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.


"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Alloh". Salam Malaikat Izrail, 

"Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail. 

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap" Allah sampai keesokan harinya. 

Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"Subhanallah, (Maha Suci Alloh)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita" ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.

Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

"Atas izin Allah, aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s

"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku" pinta Nabi Idris a.s.

Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti" jawab Nabi Idris a.s.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu" kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?
 


Kenapa dan Mengapa HPA?

Bukan aku nak kempen tapi saja royat sket kenapa aku memilih produk HPA. Royat benda baik, rasanya tak salah, bukan nak cari glamour, bukan nak tipu orang, sebab tu anda dapati banyak ikon iklan HPA aku tempel kat blog ni, tanda sokongan aku kepada produk HPA.

Moga-moga Allah membukakan hati untuk menerima kehadiran produk ini dalam hidup anda.

Hasan Al Banna ada berkata, "kewajipan kita lebih banyak dari waktu yang kita ade..." Justeru, selain daripada disiplin yang baik dengan jadual kerja, kesihatan dan kecergasan juga memainkan peranan yang sangat penting. 

Sebenarnya artikel ni seumpama testimoni dari pengalaman sendiri. Bukan ciplak atau tokok tambah, sendiri punya cerita.

Kisah aku sebagai penghidap darah tinggi dan batu karang seusia awal 30-an, kerana stress kerja, pemakanan tidak seimbang, kurang rehat dan sebagainya. Tapi aku syak mungkin juga sedikit sebanyak tempias dari asal keturunan.

Penyakit ni mula aku perasan dan terkesan ada dalam diri aku pada usia lewat 34 tahun. Kesan awalnya aku rasa letih, kencing dedas dan kotor, sakit ditengkuk berserta pening-pening yang berlarutan sampai berminggu lamanya.

Pemeriksaan kat hospital Dungun mendapati darah aku pada bacaan 160/110, dan tahap klimaknya pernah mencapai 168/120. Memang berderau perasaan aku waktu itu, mana taknya, belum pernah dirasai, tiba-tiba aku sedang ‘berperang’ dengan penyakit yang ramai orang geruni.

Maka doktor segera memberikan ubat / pil darah tinggi yang terbaik (aku pun dah lupa namanya). Tetapi kekuatan ubat tu seolah menyentak kestabilan darah, iaitu bacaan tekanan darah akan mendadak turun apabila memakannya dan dalam tempoh 6 jam lebih akan mencanak naik.

Kerana tidak berpuashati, aku rujuk kepada klinik swasta pula dan diberikan ubat yang kandungan dosnya kurang, alhamdulillah ia sesuai dengan darah dan keperluan tubuh.

Aku juga mencuba berubat cara kampong serta berbagai supplement sebagai alternative kepada ubat dadah. Supplement yang diambil memberi respon yang baik pada tekanan darah seperti produk royaljelly dan madulina. Tetapi aku tak mampu untuk menampung kos pembelian setiap masa.

Kemudian terkebetulan buat pertama kali ada sahabat yang memperkenalkan aku dengan produk HPA iaitu Malac. Katanya Malac dapat menyembuhkan batu karang selain ia bersifat universal sebagai pemangkin kepada produk HPA yang lain dalam melawan dan menyembuhkan penyakit.

Selepas dicuba untuk 1 bulan, alhamdulillah ada kesan baru pada tubuh. Aku rasa lebih sihat dan bacaan tekanan darah mula sedikit menurun dan stabil. Kencing kembali lawas dan terkadang keluar butiran atau hablur karang. 

Kemudian aku tambah lagi 3 jenis produk HPA sebagai tambahan iaitu Mengkudu, Madu dan Coscinium. Tak lupa juga aku mengamalkan meminum kopi Radix.

Pemakanan supplement ini tidak semestinya memberikan impak secara drastik. Ia juga memerlukan masa untuk bertindakbalas sepertimana pengamal ubatan Homeopathy. Selain itu ia juga bertindak mengikut kesesuaian darah serta disiplin dalam jadual pemakanannya.

Selepas 6 bulan aku mula dibenar untuk mengurangkan dos ubat dadah. Penyakit berstatus permanent ni walau apa cara pun ia takkan sembuh kecuali ubat atau supplement yang dimakan sekadar dapat mengurang dan menghalangnya dari melarat. Sebab itulah kita selalu dengar pesanan bahawa kawal penyakit sebelum kena.

Pengambilan ubat dadah mula dikurangkan daripada 2 biji sehari kepada 1 biji. Selepas 3 bulan ia dikurangkan lagi kepada setengah biji (1/2) sehari sahaja. Dan pengambilan supplement HPA tetap aku teruskan, kerana ia mendatangkan banyak kebaikan secara umumnya terhadap kesihatan dan kesegaran tubuh badan.

Tekanan darah dalam keadaan normal sekarang pada bacaan 130/86 dan kadangkala bila aku betul-betul tenang bacaannya pada tahap 130/80. Kira normal lah tu. Bila rasa sihat biasalah aku akan culas makan ubat dadah. Walau ter’miss’ sehari dua memakan ubat dadah, darah tinggi aku masih terkawal sejak mengamalkan Malac, Mengkudu dan Madu.

Thursday, May 28, 2009

Umno Mula Rebut Bebayang di Manik Urai


Tradisi Umno berebut jawatan. Pasal tu banyak puak. Mana puak yang dapat laba lebih mewah maka ahlinya lebih ramai dan besar, dan peluang menang lebih cerah. Sekilas pandang macam fe'el lanun, berebut harta karun.

Manik Urai tidak terlepas dari tempias fe'el huduh Umno. Aku dah nyatakan sebelum ini kat artikel Umno Kebuloq Ropanya. Tapi di Kelantan insyaAllah Umno sekadar tanam angan-angan, dan impian menakluki Manik Urai umpama musafir di padang pasir terpedaya dengan tipuhelah logamaya.

Ibarat kisah anjing dengan bebayang, sebab berebut, tamak dan dengki, anjing terpedaya dengan bayangnya sendiri di air, lalu ia menerkam bayangnya, jatuh dan lemas, maka terlepas hasil di gonggongan. Semoga begitulah nasib Umno di Manik Urai.


Cadang BN Bawa Kes ke ICJ

Jika fakta terang nyata, mahkamah pun takleh buat apa. BN ternganga, Petisyen DUN Ladang PRU-12, Mahkamah Tinggi dah beri jawapnya, tolak sebulat suara, hatta Mahkamah Persekutuan pun ambil keputusan sama.


Abg Mad ni dalam gokgek pun masih nak buat celaka. Krisis dalam 'kain' dia pun belum reda. Gila punya kuasa, demokrasi dah lama deme cela, fakta seciput cuba nak direka panjang berjela. Kekal lah ADUN Ladang milik orang kita.

Cukuplah di Perak sahaja Umno ada MB Haram a.k.a MB Mahkamah, harap janganlah terjadi episod kedua di Ganu Kite. Jangan Abg Mad malukan orang kita, bimbang aku jika Abg Mad digelar MB Mahkamah Kedua.



SRIDB - Status Terkini

Beberapa orang hamba Allah telah menghulurkan derma atau tajaan mereka untuk beberapa item seperti lampu, suis dan soket. Namun masih banyak lagi peruntukan yang diperlukan bagi merealisasikan impian untuk menyiapkan sekolah ini.






Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah


Sebanyak RM 5,060.00 telah diperolehi setakat ini dan kempen untuk baki sebanyak RM94,940.00 lagi akan diteruskan. Marilah kita sama-sama hulurkan sumbangan ringankan beban.


Wednesday, May 27, 2009

Sibuk Banget

Kejang blog aku sehari dua ni. Tadok masa nak update. Dok tau la nok kata sibuk, tidak la balah mana sibuk. Nok kata dok sibuk memang pun ada kerja nak dibuat. 


Sepintas lalu je menjenguk. Dok sempat nok posting. Tadok masa? Tadok idea? Kedua-duanya pasti. Suratkabor pon dok sempat nak belek. 

Dengor-dengor kat kedai kopi, pasaraya, pasar biasa dan ofis, orang duk ulang citer tu ler je. Muak jugok kalu hari-hari dihidang cerita yang sama. Cuma hok menarik sikit kisah tentang persiapan Muktamar Pas pada bulan Jun depan.

Kisah Muktamar bukan sekador berita atau laporan dalam akhbar-akhbar lawan arus malah Media Prima pun tumpang semangkuk. Tak habis-habis dengan mangkuknya Media Prima ni. 

Tapi elok juga la sekali-kala Media Prima cuba lapor yang betul pasal pembangkang. Sekurang-kurangnya menjadilah ia mangkuk seramik yang cantik, taklah senantiasa jadi mangkuk hayun.

Monday, May 25, 2009

Professional Dan Ulama Bersatu Dalam Pas

Puak sekular Umno cuba mengujudkan situasi seolah tiada bezanya mereka dengan Pas. Yakni dalam Umno berpuak-puak begitu juga dalam Pas. Umno berpuak-puak mengikut kategori pitih, puak $500, puak $1000, puak $3000. 

Berkait dengan puak pitih ni, ulama' atau lebih tepat 'ular dalam semak' pun bersekongkol. Makin tinggi nilaian pitih maka makin tinggilah songkok tu.

Peristiwa sepanjang zaman perihal ulama' pitih ni sepertimana kes bekas imam Masjid Negara yang sepak tong undi sebab kalah. Bila kalah alamatnya 'kurus' lah hasil ghanimah yang diperolehi.

Majoriti ulama' Umno diperamkan di institusi agama milik kerajaan seperti Yadim, Jakim dan lain-lainnya. Mulut mereka dizipkan, tidak boleh menegur Umno dan pimpinannya. Kalau pepandai sangat maka terimalah nasib seperti Allahyarham Datuk Ishak Baharom.

Hanya sekali sekala ulama' Umno keluar sarang, itu pun hanya sekadar penyeri majlis-majlis rasmi sebagai pembaca doa cuma. Tak berani nak berkokok lebih-lebih. Malah Mufti Perak sendiri adalah penganut tegar Islam Hadhari.

Berbeza dengan Pas, ulama' diangkat sebagai pemimpin dan para professional menjadi supporter ampuh yang menjulang perlembagaan Islam Pas, disamping Majlis Syura yang menjadi tulang belakang Pas, memandu arah tuju Pas dalam melaksanakan misi Islam yang syumul.

"Semua pihak harus berusaha untuk memastikan usaha ke arah menggembelengkan tenaga ulama' dan profesional bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan ALlah kepada kita," katanya.

Baliau yang juga ahli parlimen Marang mengingatkan para peserta yang hadir agar mengelakkan hubungan antara kedua-dua golongan ini agar tiada pihak boleh mengambil kesempatan untuk mewujudkan kekacauan.

Walau ada pun gelaran 'erdogan' atau 'muqabalah' dan lain-lain, itu adalah idea dari pihak lawan atau anasir luar yang memperakui kehadiran dan kehebatan dua golongan ini dalam Pas. Pihak lawan gagal dalam usaha mencorak krisis dan perselisihan dalaman Pas.

Hasil kebersatuan inilah sebab mengapa Pas semakin kuat. Bukan persaingan yang terbentuk tapi lebih dari itu iaitu sebuah persefahaman. Idea ulama' dan idea professional digabungkankan maka terserlah input terbaik memperkasakan Pas.

Rampasan Kuasa Mula Menjadi Trend

Kita tergamam bila seringkali dihidangkan dikaca TV dengan komentar siri trajedi rampasan kuasa di Thailand, Filipina, Bangladesh, Persekutuan Rusia dan banyak lagi negara bergolak. Dan kini dalam sedar negara kita tidak terkecuali turut sama terkena tempiasnya tapi dalam skala kecil.
Dikaca TV yang auta kerajaan, diperbandingkan kejadian-kejadian rampasan kuasa dan rusuhan-rusuhan kononnya mirip dengan perlakuan huduh pembangkang. Secara langsung pembangkang diburuk-burukkan dan dijaja sebagai peniru perangai buruk negara asing.

Sikap negatif sedemikian kata TV lagi bakal menggugat kemasukan pelaburan asing, menjatuhkan imej dan meranapkan ekonomi negara. Secara tradisi, mangsa untuk segala yang buruk itu semestinya dituding pada pembangkang.
Tuhan Maha Kaya Maha Adil. 
Kat dunia Allah bayar 'cash' setiap pemfitnah dan penyebar fitnah. Pembangkang yang direnyukkan dengan rusuhan dan keganasan rupanya dibalas Allah dengan memperlihatkan keganasan Umno/BN.
Siapa yang rampas kuasa di Perak? Siapa yang merusuh sawan khinzir, mengurung Speaker Dewan, melantik Speaker haram untuk menggosok kerandut MB Haram di DUN Perak?
Dari pelbagai sumber laporan pada hari penamaan calon di Penanti, setiap yang hadir menyedari kelainan berlaku. Suasana begitu aman, tiada provokasi, kurang muka-muka popular FRU, tiada SB yang berlagak, tiada sorakan, tiada 'wave dan tiada..tiada... cukup tenteram...tanpa kehadiran puak-puak Umno/BN.
Jadi secara congaknya sepintas lalu rakyat dapat menilai pihak mana yang menjadi kepala halian a.k.a. samseng selama ni?
Umno telah mencipta sejarah memulakan rampasan kuasa dan pasti sedikit masa akan dihalalkan sebagai suatu budaya baru oleh masyarakat Malaysia. Masyarakat akan mudah terpengaruh sekiranya dipesongkan objektif rampasan oleh media auta mereka sebagai sesuatu yang positif jika dilakukan oleh BN.
Dan hari ini kita membaca dan melihat bagaimana PPP, salah satu komponen minoriti India BN telah meniru langkah Najib untuk menggulingkan ketuanya. Modus operandi sama dengan kaedah di DUN Perak, saling tak tumpah.


Selepas ini moga-moga komponen lain BN terutamanya MCA dan MIC akan mengamalkan tektik dan budaya yang sama dengan Umno jika tidak berpuashati dengan kepimpinan mereka. 
Harapan aku agar jalur-jalur retak BN akan terus melebar dan merekah, jatuh rebah menimpa mereka.
Maka tiadalah dapat mereka bangun lagi.
 

Sunday, May 24, 2009

Polis Serbu Pejabat DAP Rampas Komputer, DVD

Aku pernah komen dulu dalam artikel bahawa Malaysia punya polis, SB dan sekutu sekufu sekarang bertindak sewenang-wenangnya ala Gestapo, Mossaad, CIA. Takyah pakai waran ka? Terus serbu masuk rampas buat lari pastu... 


Aku tak pasti ada ke tidak waran geledah pasal dalam berita ni pun tak dinyatkan pasal waran. Walau apa pun tindakan liar ini semakin menakutkan rakyat atau sengaja Najib nak memberi amaran kepada rakyat bahawa kekuasaan berada ditangannya sekarang.

Silap haribulan CheDet pun akan jadi barua Najib, pencacai makan sifu, macam Celcom makan Telekom.

Saturday, May 23, 2009

Umno Kebuloq Ropanya

Menggigit jari Umno bila Najib dalam nada sumbang memaklumkan penarikan diri dari PRK Penanti tempohari. Pastinya adalah yang mandi tak basah, gigi tak gosok, tapi makan sampai empat lima pinggan macam hantu raya, kebuloq bebeno la tu tak dapat nak beraksi kat Penanti.


Kini kerinduan yang hampir membawa kepada kesawanan mereka pasti akan terubat jua, tatkala Muhyidin the gurkha, ibarat sepantas biawak menyambar ayam mengisytiharkan bahawa Umno akan bertanding di Manik Urai. 

Sedangkan kubur arwah PakSu Wei masih merah lagi, SPR pun belum sempat nak pakai seluar, Najib dan Muhyidin tanpa berlengah terus buka langkah. Semoga jurus itu langkah sumbang seribu.

Rupa-rupanya gurindam episod sedih di Penanti akan mereka terjemahkan di Manik Urai. Berbekalkan modal Pengerusi Perhubungan yang baru iaitu Tok Pa dan rekod pernah kalah Pas pada tahun 2004 maka Umno konfiden untuk menyingkirkan Pas kali ini.

Mana perginya seruan kebajikan Najib supaya tidak membazirkan wang rakyat di PRK? Umno tak habis-habis dengan retoriknya. Hari ni bercerita pasal kebajikan, sehari kemudian bercakap tentang matlamat melakukan pembaziran. 

Jika 2-3 alasan di Penanti demi menyelamatkan maruah Najib, apakah di Manik Urai maruah najib tidak terbarai?

Friday, May 22, 2009

Disebalik Simpatisan Ada KeRahmatan

Bermula awal 2009, senario politik negara dihidangkan dengan trajedi kematian beberapa orang YB samada dari pihak BN ataupun PR. Kepada ahli keluarga dan waris yang terlibat, aku mengucapkan berbanyak takziah dan simpati dengan dugaan yang menimpa mereka.


Sesuatu yang berlaku pastinya ada nikmah dan hikmah dari Allah Yang Maha Berkuasa. Kematian para YB memaksa setiap kawasan berkenaan mengadakan suatu Pilihanraya Kecil memandangkan destinasi Pilihanraya Umum 13 masih jauh.

Antara hikmah yang Allah bentangkan untuk setiap PRK adalah tanpa dipaksa setiap ahli parti terutamanya Pembangkang senantiasa bersiap siaga. Tidak leka, tidur dan bermimpi lena menantikan PRU seterusnya.

Tidak seperti masa lalu bilamana majoriti kita lebih kepada politik kedai kopi. Tiada anjakan untuk merealisasikan hasrat pimpinan terutamanya melebarkan sayap keahlian dan penyokong parti.

Sekarang kita dapat melihat banyak sekali perubahan dan pembangunan berlaku dalam Pas. Kesepakatan dan kekuatan ini akan memastikan Islam dan sebuah kerajaan akan dapat ditegakkan sepertimana yang kita hasratkan.

Tak lupa ucapan takziah untuk keluarga PakSu Wei @ YB Ismail Yaakub di atas kepemergian beliau ke rahmatullah.

Formula Baru Umno Tawan Kedah

Murni sungguh strategi Umno Kedah, usaha mulia untuk membantu rakyat Kedah yang sedang kesusahan dan kebuluran di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan. Umno Kedah sejak kalah dulu tidak lekang dengan berbagai idea dan pendekatan untuk menawan semula hati rakyat. Antara strategi terbarunya adalah berslogan SMSS dan KBSM.


Jika ianya dapat direalisasikan, aku tumpang gembira, Alhamdulillah kerana rakyat dapat tumpang senang. Tapi kalau sekadar retorik, aku hanya dapat nyatakan ia sebegini... SMSS yakni Sakan Masyuk Sana Sini dan KBSM yakni Kenduri Besar Siang Malam.

Tiada jalan damai puak Idris-Ahmad

Pertemuan ADUN BN dengan ketua perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammudin Hussein malam tadi belum menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di negeri itu, kata ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

nawi mohamad adun hulu besut 210509Nawi (foto) yang turut menghadiri pertemuan tersebut di pejabat Hishammmudin di Putrajaya, mendakwa masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula.

Dua kumpulan tersebut terdiri daripada penyokong Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan satu lagi bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. 

"Tiada jalan lain (untuk penyelesaian) melainkan pucuk pimpinan tertinggi melihat punca kemarahan ADUN-ADUN Terengganu sehingga mencetuskan kemelut tersebut.

"Mereka kena tengok prestasi Ahmad sebagai menteri besar, Ini perkara yang penting," katanya.

Sebelum ini, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.

Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.

ahmad said idris jusoh terengganuBagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malam tadi, Hishammuddin yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu.

Setuju selesai masalah

Sementara itu, ketua Umno bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan, ketika ditemui malam tadi, mendakwa semua ketua Umno bahagian tidak ada masalah dengan Ahmad.

Beliau juga mendakwa tidak berlaku kemelut politik yang berlaku di negeri itu sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Rosli berkata, dalam pertemuan itu, semua ketua bahagian, termasuk Idris (Besut) setuju dengan permintaan Hishammuddin supaya mereka sama-sama menyelesaikan kemelut tersebut.

Difahamkan dalam pertemuan semalam, tiga ADUN - Rosol (Ajil), Zakaria Ariffin@ Abdullah (Paka) dan Datuk Din Adam (Bukit Besi) - bercakap panjang lebar mengenai kemelut politik Terengganu.

Beberapa ADUN lain turut mencelah, tetapi Idris dan Ahmad yang hadir sama dalam pertemuan tersebut, hanya sekadar mendengar sahaja.

Idris dan Ahmad kelihatan keluar bersama tetapi tidak bercakap ketika menuju ke kereta masing-masing, selepas tamat pertemuan tersebut.

Kedua-dua mereka enggan ditemubual media untuk mendapatkan pandangan mengenai hasil pertemuan dengan Hishammuddin malam tadi.


sumber: malaysiakini

Thursday, May 21, 2009

Rohok Jugok Bina Rumoh Baru

Bila tengok orang berpindah atau berhijrah, tergerak dihati nak pindah sama. Dalam misi perpindahan ni, aku nak guna perabut yang sama atau yang lebih kurang tapi rumah memang lain. Nak cari rumah yang bersesuaian satu hal dah pastu nak adu kesesuaian (suite) dengan perabut sedia ada bukannya senang.


Al-maklumi lah aku ni bukan ada latarbelakang IT pun. Pandai ikut-ikut orang dan reka-reka sendiri je. Kemudahan komputer kat opis dulu aku main taram je. Dalam duk reka-reka tu kalu dak jadi aku padam kan, upload balik, pastu tak puashati pulak, kasi padam, kedian upload lagi, sebegitulah adanya sampai memenuhi citarasa.

Nampak macam senang... nampak je la macam senang, tapi realitinya dalam seminggu belum tentu siap. Ini aku ceritakan pasal kebolehan seciput aku lah, lenlain yang dah expert jangan cakaplah, berdesup je.

Alhamdulillah, setakat jam sekarang, macam ni dulu seadanya, masih banyak yang nak kena tambah dan dibuang. Harap sudi-sudilah berkunjung ke sini.

Tuesday, May 19, 2009

Hobi Orang Kaya

Anak Raja Petra bersalah mencuri


Bravo Ustaz Azizan

Dia seorang yang cool dan selamba. Lama dah aku mengkagumi dia. Walau tak sehebat arwah Ustaz Fadhil Nor tapi pada perwatakannya ada 'bau-bau bacang' lah. Dia memang hebat apatah lagi berlatarbelakangkan jurusan peguam sivil dan syariah dalam menerajui sebuah negeri. 


Sikap keselambaannya aku puji sewaktu berkunjung ke Baling akhir tahun 2008. Waktu kat Pekan Baling bersebelahan sebuah Taman Selera aku terpandang seseorang yang biasa aku kelihl sedang 'lepak' dengan beberapa orang. Berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelikat, memang 'canggih'.

Sekelompok yang sedang sembang dalam kedai yang sama dengan aku berbisik-bisik,"MB kita dah mai tu"... ermm memang benarlah tekaan aku.

Dan kini langkahnya memberi laluan kepada calon yang lebih berkelayakan untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden Pas suatu langkah bijak. Kalah menang belakang kira tapi nawaitu dia untuk fokus kepada hal ehwal negerinya adalah sikap yang amat bertanggungjawab.


Blog Mewarnai Dunia Politik Malaysia

Desas desus menyatakan sebab mengapa Streamyx menyempitkan penggunaan laluannya ialah bagi mengekang kebanjiran pengguna melayari blog terutamanya milik pemimpin dan penyokong pembangkang. 


Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa. 

Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik). 

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan). 


Walau pun pemimpin tertentu tidak berkempen melalui blog namun ahli boleh menilai tahap performance mereka melalui berita atau laporan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap kali di kemaskini. 



Selain itu ahli Pas sudah bijak menggunakan setiap kemudahan yang ada dan mengambil inisiatif dengan mencetak, photostate dan mengedar berita atau laporan dari blog yang berkenaan untuk tatapan umum terutamanya kepada yang tiada akses kepada internet atau blog.

Aktiviti sebegini telah sekian lama diamalkan dalam membantu membekalkan berita dan laporan terkini kepada ahli umum lain yang tiada kemudahan teknologi IT ini.

Monday, May 18, 2009

Andai Pas Lantik 2 Timbalan Presiden

Kesemua calon Timbalan Presiden Pas berkelayakan dan berkaliber untuk menjawat jawatan itu. Antara barisan calon tersebut adalah Ustaz Azizan, Dato' Harun Din, Husam Musa, Muhamad Sabu dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. 3 calon berlatarbelakang professional manakala 2 calon lagi ulama'.


Apakah munasabah jika Pas mencalonkan 2 orang Timbalan Presiden, sorang dari calon ulama' dan sorang lagi calon professional. Mustahil untuk direalisaikan tapi tak mustahil untuk dilaksanakan. Terpaksalah Pas pinda perlembagaan pulak kan?

Ini cadangan aku yang tiada nilai, sembang kosong. Memungkinkan sesuatu yang amat mustahil. Sebab aku sayangkan semua pimpinan yang bertanding. Dari kalangan 5 orang tu, semestilah sorang saje calon yang bakal naik. 

Aku suka jika Dato' Haron Din mewakili calon ulama' kerana dia orang No.2 Majlis Syura, ilmu memang power, sementelah dia seorang Hafiz. Tapi kedudukan beliau sebagai Timbalan Mursyidul Am harapnya jangan diganggu gugat kerana aku nampak dia amat serasi dengan Tuan Guru Nik Aziz memartabatkan Majlis Syura Pas.

Wakil untuk calon professional pula aku berkenan dengan Datuk Husam. Bukan bermaksud Ustaz Azizan dan Abg MatSabu tak layak, semua layak, tapi aku kagum dengan idea-idea dan pandangan global Husam. Ucapan dan kritikannya juga dalam nada konfiden.

Husam Musa orang muda, berilmu dan berkarisma. Tenaga dia amat sesuai untuk membantu mengemudi Pas dengan kederat dan pengetahuannya. Dia lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata dan pendapat, apatah lagi berketerampilan waktu berhadapan dengan media.

Tuan Guru Haji Hadi telah menang tanpa bertanding. Pas masih menaruh harapan terhadap kredibiliti TGHH, meski pun dalam setahun dua ini beliau pernah menimbulkan kontroversi dalam jalinan hubungan Pas-Umno. Bumi mana yang tak ditimpa hujan?

Che Det..Nyanyuk hampir kritikal

Che Det yang memulakan, menjahanamkan, menglembukan, membangangkan dan sebagainya media tapi dia sendiri kini menegur dan mengkritik hasil buah ideanya. Benarlah kata arwah bekas Presiden Fadhil Noor bahawa Che Det akan hidup sehingga dia menyaksikan sendiri kebobrokan yang pernah dilakukannya.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.

Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran.

Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.

Dr Mahathir berkata demikian di  sidang akhbar semalam selepas menghadiri forum Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima di Subang Jaya.

Kira-kira 150 penulis blog hadir pada  forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal.

Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.


Che Det mengsahihkan bahawa selama sejak dari era pemerintahannya hingga sekarang media arus perdana merupakan barua dan penjilat kerajaan. 

Pondok Panas Dibenarkan di Penanti

Tanpa pondok panas tiada penyeri pilihanraya. Mujurlah SPR atas budi bicara mereka membenarkan kembali penggunaan pondok panas. Pastinya SPR telah mengkaji dengan sebaiknya akan pro dan kontra pengharaman pondok panas.

Tanpa pondok panas sekali pun semestinya para petugas parti akan mencipta idea baru sebagai alternatif yang seumpamanya, tentunya lebih portable. Setakat ni para petugas parti pembangkang lebih kehadapan, efisien dan moden dalam melengkapi kemudahan IT dipondok panas mereka.


Tak kiralah apa syarat sekali pun, janji pondok panas kembali dibenakan mewarnai suasana pilihanraya.

Saturday, May 16, 2009

Jadi Ke Tak Jadi Disember Ning?

Bulan Disember... peristiwa rutin apakah yang hebat di Terengganu? Selain dari ombak yang ganas, banjir yang melimpah? Pastinya Monsoon Cup yang masyhur dihebah-hebah. Rakyat 
Ganu demam lambat kebah. Dan trajedi Paklah dipeteh jatuh rebah.

Fail Deris sudah Abg Mad bongkar. Monsoon Cup yang selama ni hebat diwar-war, apakah masih mekar atau akan Abg Mad bakar? Deris menjadi nanar, pandangan berpinar, wajah seakan pijar. Abg Mad selongkar apa yang sudah Deris buat onar.

Aku belek jadual 2009, kelibat Monsoon Cup tiada lihat oleh pandangan. Aku bukak jadual MC Event, memang ia telah dijadualkan. Antara 1 hingga 6 Disember 2009 itulah tarikh jangkaan.

Heran menerjah difikiran apakah Abg Mad terlupa atau sengaja. Terlupa asbab melayan karenah para seterunya, atau sengaja untuk menutup kebobrokan yang menjadi bualan rakyat jelata.

Meski pun lambat lagi agenda itu, tapi titipan ini sebagai batu tanda. Sekiranya Abg Mad benar ingin berbudi bicara, Monsoon Cup ditiadakan lagi acara, hanya sekadar tinggal nama. Andainya Abg Mad berpura, pandailah rakyat menilainya...

Abg Mad dah bangun dari lena. Tapi tidak dia pasti manakah arah patut dia menghala.

Friday, May 15, 2009

Doh La Dokrokcetong, Kena Kemut Pulok

Apa lah nasib para kontraktor kecil-kecilan yakni dari Kelas F, sudah lah projek kecik tak cemok(banyak) mana nilainya pastu kena 'tutuh' pulak dari sebahagian keuntungan oleh lanun lintah darat. Itulah kekadang bila kita tengok kontraktor kelas F mengeluh kita tak faham, mereka kerja bagai nak rak pastu hasil seciput cuma.


Ada yang bagi contoh kalau dapat untung $10,000.00 tapi keuntungan bersih selepas ditolak pemberian kepada 'penutuh-penutuh' jahanam sekalian, yang makan hasil haram dari titik peluh orang, hanyalah saki baki dalam $3~4000.00 sahaja. Mana tahan beb camni, kezaliman memang nyata.


Kemudian kita sindir, biasa la kalau buat kerja guna 'kabel'. Mereka cakap, budaya sekarang kalau tak guna kabel jangan harap nak dapat kontrek atau kerja. Bila dah terlibat dengan 'kabel' maka semua kabel mau tutuh dari sekecik-kecik kabel hingga ke sebesar-besar kabel.

Cuba fikir, kontraktor kelas A dan berwibawa diberikan kontrek secara 'runding' atau 'anugerah' manakala kontrektor kelas F pula secara 'inden' atau 'beri'. Kaedah lebih kurang sama tapi nilainya jauh berbeza. Kelas A kalau ditutuh pun tak nya terasa luak tapi kelas F tak berapa boleh nak kumpul harta. 

Hakikatnya penyangak penutuh inilah yang membaham harta dan bakal memufliskan negara. Asalnya penyangak ini adalah dari dalam 'lubang tahi' golongan sebuah parti. Andai lubang tahi ini bisa kita kambusi, pasti cerahlah peluang sebuah kerajaan berkebajikan menjadi pengganti.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET