Pencuri sekarang semakin berani dengan tektik baru. Kalau dulu nak mencuri kena pakai topeng kemudian menggerakkan pelan curi dalam waktu malam, gelap atau bersembunyi. Kini dah berlawanan sangat stail pencuri yakni menjalankan aktiviti dalam terang, free style (tunjuk muka) dan di khalayak awam.
Ada empat peristiwa untuk kita jadikan contoh;
- Lokasi di sebuah restoran dekat simpang lampu isyarat Taman Uda, Paka Trg. Waktu hampir tengahari, restoran tu dibuka dari jam 5.00 ptg hingga 10.00 malam. Dalam tempoh bertenang tu ada seorang matpek dengan selamba datang menghogeh (cuba mencabut) sinki luar restoran tersebut untuk dijual. Terkebetulan sahabat aku yang rumahnya dibelakang restoran tersebut terlihat perlakuan pelik matpek berkenaan lalu menjerkahnya. Dengan selamba matpek tu jawab "ingatkan dah tak diguna benda ni bang! sori aa...".
- Lokasi diperkarangan rumah aku sendiri. Suatu petang aku dan keluarga keluar jalan-jalan kat pantai berdekatan tanpa menutup pintu pagar. Bajet masa untuk pusing-pusing keliling sekejap je tambahan almaklum la jiran rumah aku petang tu sedang lepak bawah pokok. Jadi tak ada keraguan untuk aku tinggalkan pintu pagar terkangkang. Balik rumah je aku terkejut melihat pasu bunga beralih dan bateri kereta lama yang aku simpan dah hilang. Aku tanya jiran. Jawab mereka baru sekejap tadi ada seorang pemuda bermotosikal masuk keperkarangan rumah aku lepas tu keluar. Mereka tidak mengesyaki apa-apa, ingatkan pemuda tu kawan aku atau apa, tapi nyata satu barang yang ada nilai telah hilang.
- Lokasi di sebuah kawasan parking bot fiber nelayan sekitar Kuala Abang. Suasana tengah malam. Kat area tu ada kedai makan, ada tempat lepak kawasan peranginan, tempat tumpuan pengail dan ada waqaf nelayan lepak main dam. Tiga buah enjin sangkut nelayan hilang. Dekat kawasan tumpuan orangramai gitu benda sebesar enjin sangkut tu senang je pencuri angkut.
- Lokasi di sebuah kawasan kempen PRK. Namanya tersohor Manik Urai. Sebuah parti kerajaan yang bangang tanpa sedar telah mengisytiharkan di depan rakyat umum dan dihebahkan lagi dalam surat khabar bahawa mereka telah membaham mencuri duit rakyat. Wakil pencuri moden glamer dengan nick manja TokPa menyatakan dalam majlis Umno tentang keprihatinan TokYidin menyalahgunakan dana kementerian pelajaran dengan membeli bag, basikal dan kelengkapan sekolah kemudian disalurkan kepada murid-murid atas nama Umno. Lagi hebat malaun ni dalam terang juta-jutaan baham pitih rakyat.
Tapi ramai juga rakyat yang buta dan mengizinkan pitih mereka dikedarah oleh Umno untuk diserahkan semula kepada mereka atas nama kebajikan Umno. Taikucing..!!!
0 comments:
Post a Comment