Friday, June 25, 2010

Pemuda Umno Mengiau Desak Haram Judi Bola

Kalau tak silap dengar semalam dalam radio ada menyiarkan berita tentang desakan Khairy supaya kerajaan mengharamkan judi bola. Aku cari-cari jugak kot ada tersiar kenyataan kontroversi beliau dalam berita internet hari ni namun haram tak ada.


Heran jugak ni nak tau. Kenapa Ustaz Jamil Khir sebelumnya gagal membuat kenyataan pengharaman tersebut akibat disergah oleh najibtuya. Tup-tup semalam Khairy dengan 'thomakninah' nya bersuara agar judi bola tidak diadakan.

Apa ni Khairy. Isu dah lapuk. Basi berkulat dah. Aiikk tetiba kau perangat balik. Pemuda Pas dah lama berarak bantah judi bola. Apa kejutan letrik kau terima semalam Khairy? Nak tepis isu sentimen keMelayuan kamu yang dibangkitkan oleh Pak Brahim ke? Political Mileage la tu. Biasa la bila dah tersepit.

Aku ingat kau dan konco-konco kau ni dah banyak kalah. Kalah teruk pertaruhan judi bola. Dah geram sangat gamaknya alang-alang dia tak dapat biar semua tak menang... wakakakaka... ditaji pulak kerajaan konon supaya haramkan judi bola.

Berapa banyak pertaruhan kau Khairy? Kalau setakat singgit dua puluh sen, nak langgan 'porong' Chow Kit pun tak lepas.

Brahim Sekeh Khairy??

Pak Brahim telah membuktikan taraf 'bebas' nya. Jika sebelum ini Pak Brahim bukan sekadar menyalahgunakan taraf bebasnya itu dengan "menggigit tuan yang melepaskannya tersepit" malah sekarang turut menghentam seorang Melayu Oxford yang 'mungkin' sedang menjadi sekutunya dalam Blok Melayu kerana membela seorang YB Cina.


Apa yang Pak Brahim kutuk?

Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

Ewaahh... Pak Brahim macamlah kau tu hebat sangat. Rasa diri megah tapi atas belas ehsan TGNA je dulu. Kalau tak Pak Brahim masih menangguk anak berudu kat longkang.

Malangnya Pak Brahim tak sedar bahawa dia tak tengok cermin dulu sebelum kutuk mengutuk akhirnya menyerlahkan kebodohan diri sendiri.

(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya.

Khairy atau Brahim kedua-duanya sama 2x5.

Kalau sifir matematik maka sorang bodoh sorang sombong = bodoh sombong. Itulah pemimpin Umno dan konco-konconya.

Thursday, June 24, 2010

Serik Dohhh Weiihh...!!!!!

Ramai pihak bawahan dalam Umno mula meniup kencang propaganda melaga-lagakan sesama mereka serta memburukkan pemimpin Umno tempatan yang berkenaan. Ini semua hanyalah kerana pihak yang tidak berpeluang mendapat 'soru' dan dipinggirkan mengkritik sebelah lagi pihak atau kroni yang senantiasa 'kenyang'. Benarlah pendedahan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu. Pokok pangkalnya projek atau habuan menjadi rebutan puak-puak Umno.


Sehingga ada yang tanpa segan silu membongkar meluahkan ketidakpuasan hati pada aku bahawa sekiranya muka-muka yang 'sama' masih bertakhta dalam senarai PRU-13 maka sebahagian besar ahli paria Umno Dungun akan memboikot tidak akan keluar mengundi. Katanya era YB Mat Adib dulu semuanya ok dan selesa tapi selepas diambil alih oleh anaknya iaitus YB Zaaba maka suasana bertukar jadi haprak. Namun bagi aku dari kata-kata tersebut hanya 0.9% sahaja yang boleh dipercayai ketulusannya.

Umno kita tau memang bijak memerangkap ahli bongok mereka dengan pitih apabila tiba setiap PRU. Waktu nak marah berdegar-degar kutuk itu ini tapi bila tiba saat kita harapkan kerjasama mereka untuk tumbangkan pemimpin korup jahanam Umno maka pada saat itu juga mereka masih sempat 'swing' menjelir lidah menjilat pitih haram Umno.

Orang Umno memang jenis materialistik. Muka pun dah jadi macam pitih.






Friday, June 11, 2010

Menteri Agama Tak Jadi War-War

Kenapa ni woii Datuk Jamil Khir? Apsal last minit tak jadi nak umum plak lesen judi bola dibatalkan? Kecut batu ke? Kena sergah dengan NajibTuya.


Pertama aku rasa Datuk Jamil naik 'sheikhh' sebab orang ramai duk kutuk-kutuk anak ayam Mufti depa duk telungkup garu kerandut je bila Awang Judi umum nak set lesen judi bola. Kematu misai janggut si anak-anak ayam Datuk Jamil bila Awang Judi royat gitu. Ke kanan tak kena nanti dapat dosa, ke kiri pun tak kena nanti kena buang kerja, ke depan boleh lah sebab ada ruang 'tembor' lari, tapi ke belakang lagi baik pasal boleh terjun lubang kasi mampus terus...

Keduanya pulak aku dah duk syok ingatkan Datuk Jamil nak royat bahawa judi yang ada lesen memang halal manakala judi takde lesen sudah tentunya haram. Nanti bersoraklah puak Umno-Apco kaki judi. Awang Judi pastinya kembang mengepak pasal saham neraka dia akan bertambah.

Apa salahnya Datuk Jamil Khir teruskan ajelah niat tu. Tak nampak ke jika anda benar dan ikhlas nak mengharamkan judi, maka umumkan supaya haramkan semua judi dan premis judi dalam negara ni. Bukan ke JIHAD namanya tu?

Korang kapir kalau gian nak berjudi pi lah obersi, berjudilah sampai mampusss...

Lubang Kubur Barisan Nasional

Orang Umno-Apco telah lama menggali lubang kubur sendiri untuk komponen utama masing-masing. Bukan calang-calang lubang kerana kabarnya setiap lubang berharga RM500,000.00



Muatlah tu lubang sebesar demikian untuk menempatkan para kepala UBN haramjadah hobinya songlap pitih rakyat.

Memang celaka Umno-Apco senang-senang je buat keje bodo baham pitih hisap darah rakyat Ganu. Natangnyahu mung!

Ambulan MERCY Di Bom Israel

Astaghfirullah...


Aku baru terima SMS dari teman bahawa sebuah Ambulan MERCY dalam misi bantuan keamanan ke Gaza telah di bom oleh Israel Laknatullah malam tadi.

Diberitakan ada beberapa orang yang meninggal atau syahid dan cedera parah. Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan ke atas mereka serta doa kesejahteraan ke atas roh para syuhada.

Kita nantikan berita yang mungkin pasti bakal menyusul.

Wallahu'aklam.

Tuesday, June 8, 2010

Tidak Padan Dengan Hukuman

Apalah nasib kita rakyat Malaysia di bawah naungan undang-undang sekular Lord Reid. Buat kerja jahat berdosa besar pun hukuman tahap penjara dan denda je. Itu pasal lah si laknatullah syaitan-syaitan manusia kaya di Malaysia ni lepas bebas. Kerana wang adalah segalanya.



Bagi aku itu amat tidak adil. Bukankah lebih baik jika dia disula saje? Kalau tengok cerita Semerah Padi alangkah bahagianya kita melihat uda dan dara yang berzina dikenakan 100 rotan seorang.

Malangnya Umno-Apco yahudi amat takut untuk melaksanakan undang-undang syariah dalam negara kita ni. Jika terlaksana undang-undang Islam agaknya dah lama Muhyiddin naik cagang jadi PM. Sebabnya jika kes Tantuya sangkut dah lama 'existing' PM jadi arwah. Gamaknya sekarang dah hancur tulang, hanya tinggal gigi.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET