Monday, July 13, 2009

Budaya Ugut Budaya Rasuah

Dua resepi utama yang menjaminkan kemenangan Umno dalam setiap pilihanraya selama lebih 50 tahun adalah berdasarkan kepada 2 perkara utama iaitu rasuah dan ugutan. Di zaman rakyat buta maklumat sudah tentu tektik ini terkesan. Tapi dikala rakyat mula celik IT dan maklumat, tektik ini mula ketinggalan serta terkebelakang. Namun Umno masih ketandusan idea untuk mencipta pelan baru maka cara ugut dan rasuah tetap menjadi modal Umno.


1) Rasuah masih menjadi teras survival periuk nasi Umno dilangsungkan aktivitinya kat Manik Urai ;

MUHYIDDIN UMUMKAN “RASUAH PILIHANRAYA” DI MANEK URAI

Posted by admin
Monday, 13 July 2009 11:31

By Amin Iskandar

Jika apa yang dilakukan oleh Muhyiddin semalam dilakukan di Taiwan, sudah pasti pagi ini beliau akan ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara.

Pengumuman yang ditunggu-tunggu di Manek Urai dari TPM, Muhyiddin Yassin semalam rupa-rupanya hanyalah salah satu bentuk “rasuah pilihanraya” klik disini.

TPM berjanji untuk memberikan jambatan dan membangunkan Manek Urai jika pengundi memilih BN.

Jika apa yang dilakukan oleh Muhyiddin semalam dilakukan di Taiwan, sudah pasti pagi ini beliau akan ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara.

Taiwan, mempunyai undang-undang anti rasuah pilihanraya yang ketat dan tegas.

Janji-janji pembangunan dalam tempoh berkempen dianggap sebagai salah satu rasuah pilihanraya di negara tersebut.

Amalan ini turut dilarang dinegara-negara jiran kita seperti Indonesia, Filipina dan banyak lagi.


2) Begitu juga kaedah ugutan sukar untuk Umno lepaskan ;

Muhyiddin tabur janji berbentuk ugutan - Anwar
Zuharman MN
Mon | Jul 13, 09 | 2:19:41 pm MYT

KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) dianggap memperlekehkan rakyat Manek Urai apabila pelbagai janji pembangunan dilontarkan menerusi kempen mereka menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, menyelar tindakan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang membuat janji berbentuk ugutan yang bertentangan dengan undang-undang.

Anwar menegaskan, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai sepatutnya disalur mengikut keperluan semasa rakyat bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Kita mesti serius dalam hal ini dan rakyat mesti sedar dan faham. Saya minta SPRM menyiasat perkara ini. Mereka menabur janji seolah-olah rakyat Manek Urai bodoh, tidak punya harga diri. Dhaif sangat ke rakyat Manek Urai?� katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET