Friday, July 3, 2009

Aura Geng 10 Masih Power

Pertelingkahan team Kemaman (Abg Mad) dengan team Besut (Deris) masih berterusan dan telah memasuki fasa entah yang keberapa. Kuala Berang dikatakan menjadi pusat gerakan Geng 10 merancang konfrontasi terhadap MB Terengganu. Ramai telah terlihat kelibat anggota Geng 10 mengadakan perjumpaan dan perbincangan di sana.


Antara peristiwa yang menggambarkan cuaknya para ADUN BN Kuala Berang terhadap Abg Mad ialah sewaktu kehadiran Abg Mad merasmikan Majlis Pemasangan CCTV di bandar Kuala Berang. Ramai sudah mengetahui atau memahami kenapa tiada seorang pun ADUN samada Rosol, Zawawi atau Rozi hadir ke majlis tersebut. Hanya Rozi dikatakan yang sempat menjenguk muka (konon) sewaktu majlis hampir tamat.

Kenapa Abg Mad hanya membiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan disiplin samada dikenakan hukuman gantung keahlian, pecat dan sebagainya terhadap Geng 10 ini? Jawapannya pasti segera menerjah kedalam pemikiran pembaca sekalian apa risiko yang mesti ditanggung Umno dan Abg Mad khususnya.

Berikut adalah petikan artikel aku perolehi dari blog pro-umno yang melondehkan keburukan Geng 10 dengan kerja-kerja nakal mereka untuk menjatuhkan Abg Mad.

TIGA sayap Umno Terengganu mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di Kementerian Dalam Negeri, sehari dua yang lalu.

Baguslah kalau pertemuan seperti ini diadakan tetapi janganlah sekali dalam tempoh Hishammuddin menjadi pengerusi ini kerana pertemuan yang kerap diadakan akan dapat menyelami denyut nadi ketiga-tiga sayap parti itu dalam keadaan Umno Terengganu dikatakan dilanda kemelut.

Begiitu juga ketua-ketua bahagian, perlu Hishammuddin temui sekerap yang mungkin, bukan sekadar menghantar pegawai khas mengadakan perjumpaan kerana bimbang pegawai khas menapis apa yang patut disampaikan, ikut selera pegawai khas.

Hishammuddin kena tahu, ‘sifat kepala batu’ Geng 10 yang masih ‘memboikot’ Menteri Besar walaupun Hishammuddin mendakwa masalah di Terengganu sudah selesai dengan pertemuan antaranya dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Terengganu dan ketua-ketua bahagian, sebelum mengadakan mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu baru-baru ini.

Apakah Hishammuddin tahu bahawa beberapa kawasan DUN yang Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kunjungi kerana program-program dan lawatan-lawatan, tidak dihadiri oleh ADUN di kawasan tersebut?

Khabarnya, di DUN Jabi Menteri Besar sudah sampai tiga kali sejak peristiwa memboikot persidangan DUN Terengganu April lalu, tidak sekali pun ADUN Jabi, Ramlan Ali hadir sama di majlis Menteri Besar itu.
Adakah Ramlan masih menerima arahan dari bossnya dalam Geng 10 supaya tidak menghadirkan diri dalam program-program yang dihadiri Menteri Besar walaupun dalam DUN nya sendiri?

Isu konfrontasi sesama Umno Ganu ini semestinyalah ditangani dengan sebaik mungkin oleh Pas/PR. Tidak boleh ianya dipandang sepi dengan hanya menangguk dari kekeruhan sedia ada. Kita percaya para pemimpin Pas/PR samada sebelum atau selepas isu UG, telah pun merangka agenda terbaik untuk rakyat memberi peluang, mengembalikan kepercayaan serta menjadikan Pas/PR sebagai alternatif baru untuk memilih sebuah kerajaan yang berkebajikan, adil, stabil dan amanah.

Kepada Abg Mad aku harap cubalah berkunjung ke teratak Ustaz Harun Taib sekerap mungkin, untuk membeli kambing... mungkin??

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET