Sunday, March 28, 2010

Naughty Chua Ketuai MCA

Apa kono eii Ah Pek? Korang dah takde keje lain selain dari mengangkat seorang 'Raja Porno' menjadi ketua kamu? Aku ingatkan Melayu sahaja mudah lupa (bukan mudah.com) tapi Cina Rasis MCA pun sama ikut bengong nyanyok.


Kalau setakat aku sorang je yang malu aku tak kisah beb. Seantero Malaysia pon aku rasa no sweat la. Tapi kalau dah seluruh dunia menggelakkan dan memalukan Malaysia atas kerja bodoh sebuah parti rasis Cina melantik Raja Porno sebagai taiko... hisshh...tak tahu mana aku nak sorok muka ni beb sebagai rakyat Malaysia. Ini ha bacalah!

Janganlah korang buat donno dengan muka simpatism Chua tu. Muka (aku nak sebut pun jijik) kau ni Chua.

Aku cadangkan mulai sekarang CC MCA tetapkan satu tarikh sebagai acara tahunan dikenali sebagai 'Hari MCA Tanpa Pakaian' ala-ala macam Kelab Med punya stail la sebagai menghargai Chua.

Aku takleh bayang kalau makcik Ng Yen Yen tanpa seurat benang... wakakakakaka........

Friday, March 26, 2010

Stuntman Ganu Kite

Lagak stuntman ini telah aku rakamkan sewaktu sedang menjamu selera disebuah warung. Sedang asyik menogok secawan kopi Radix tetiba aku terpandang nun kat atas bumbung sebuah bangunan bersebelahan beberapa orang stuntman memasang atap.


Bangunan ini adalah premis baru Balai Bomba Dungun terletak di Kuala Dungun setinggi 4 tingkat sedang dalam pembinaan.

Ralik aku perhatikan gelagat mereka tanpa menyedari ada suatu kekurangan dari aspek keselamatan bekerja di aras tinggi iaitu pemakaian 'safety belt'. Walau PPE taklah 100% lengkap tapi sekurang-kurangnya sediakanlah atau pakailah tali pinggang keselamatan bila bekerja pada ketinggian sepatutnya.

Mungkin menjadi budaya kita orang Melayu agaknya 'berjihad' sewaktu bekerja. Kalau mati syahid alhamdulillah tapi jika mati katak... sapa yang sosah yopp??!

Kes Dadah Sabitkan Benji: Artis Ada Keistimewaan?

Aku cakne juga pasal hiburan. Bukan buang terus tentang dunia artis ni. Bukan aku nak mencontohi dia orang tapi sekadar mengambil apa-apa isu yang boleh dijadikan sempadan.


Isu terkini perihal seorang pelakon yang sedikit masa dulu aku ada respek jugak lah. Walau mak dia otai 'kaum ibu' itu hal lain tapi lakonan mamat ni memang mantap dan menyentap jiwa, aku respek. Tapi sehari dua ni bingit kisah perbicaraannya di mahkamah kerana sangkut kes dadah.

Aku ada ikuti perkembangannya. Tapi cerita yang dibongkar oleh dua akhbar berita media baaru amat bercanggah antara satu sama lain membawa kepada percanggahan jauh dari sabit hukuman asal beliau.

Berikut adalah berita awal penangkapan Benji pada 13 Mac 2010 ;

Asalnya dinyatakan nilai rampasan dadah dari personaliti berkenaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta paling ditakuti iaitu Seksyen 39B yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Alih-alih hari ini dalam akhbar online yang lain pula melaporkan;

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret hari ini berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty, selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.

skip------------->>>>>>

Majistret Hafizza Sauni pagi tadi membenarkan Benjy dijamin sebanyak RM2,000 setelah pelakon itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamin (syabu) seberat 0.24 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sedikit kehairananlah kemana hilangnya saki baki beratus gram kokain yang telah dirampas dari pangsapuri Benji? Aku tanak tuduh sesiapa songlap atau seludup apa-apa.

Cumanya aku pernah jugak bertanya dengan 'cikgu-cikgu' kenapa sesetengah orang tu yang dia nyata sabit kesalahan berat dengan jumlah rampasan dadahnya tapi kemudian dipenjara beberapa tahun sahaja?

Jawab 'cikgu' tu kadangkala ada juga dari kalangan 'cikgu-cikgu' yang kesian atau simpati dengan pesalah dadah tersebut lalu dilaporkan pesalah sekadar membawa sekian bagian dadah dalam volume kecil sahaja. Atau semasa tangkapan tu ada 'cikgu' yang tolong buang sebahagian dadah rampasan.

Mujur jugaklah semoga Benji masih bernyawa atas dunia ni.

Thursday, March 25, 2010

Profesor Agus Main Masak-Masak Dengan Dua Budak Tadika







Wednesday, March 24, 2010

Berapa Banyak Habuan Kau Dapat?$$$

Berkaitan kes ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn menarik balik perletakan jawatannya hari ini telah menjadi teka-teki oleh ramai orang dan peminat politik. Apa-apa hal yang bergelora dan pecah pedal dikalangan BN dan komponennya sekarang senantiasa dipandang serong.

Pelik bin ajaib. Pada awal beria-ia Yip tutup kedai nak gulung tikar. Tak sempat habis sebatang rokok (kata orang asli) tetiba macam mayat dirasuk saka dia bangkit menyatakan tidak. Pada hemat aku si mata sepet ni nak pitih aje. Siapa tak jeles kalau dua tiga ekor yang melompat parti tu tadah guni pelahap jutaan ringgit tapi dia antara si gurkha BN cuma takat hidu bau je.

Ada la tu beberapa angka gamaknya...

Menjawab soalan, Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.

Si Yazid ni pulak apsal sesibuk tolong jawab bahawa Yip relahati berbuat demikian dan bukan sebab baham pitih? Nak cover line la tuh. Tapi Siapa yang tanya? Ada sesiapa tanya???

Sumpah Sang Katak Lidah Bercabang

Lidah bercabang akronimnya ialah cakap berbelit-belit atau kata mudahnya cakap tak serupa bikin. Boleh caya ka pada si lidah bercabang? Wa tak caya langsung sama auta lu Pak Katak. Takpa wa tak kenal lu dan lu tak kenal wa.


Wa nak tengok sejauh mana keberanian lu saman menyaman terhadap Saifuddin. Kalau lu berani dan kemaluan lu besar ayuh jangan berlengah lagi wartakan saman lu segera. Nak tengok lu ni tahap katak puru atau katak wong saja.

Ibrahim Ali denies owning shares in gaming company

KUALA LUMPUR: Independent Member of Parliament Datuk Ibrahim Ali on Wednesday denied that he held shares in a gaming company, and said the accusation was made to tarnish his image.

Ibrahim said he had never owned shares in any gaming company, directly or indirectly, and added that he was prepared to swear on the Quran to refute the allegation.

“I am a member of the board of directors (without equity ownership) of an air-conditioning company and the equity of this company is held by a Berjaya Group company which owns a firm running the gaming business,” he told reporters at the lobby of Parliament House, here.

Ibrahim said he had retained a lawyer to initiate legal action against Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) for making the accusation and against the Malaysiakini news portal for publishing it.

“Although he (Saifuddin Nasution) has parliamentary privilege, I can use the direct accusation in the report to take legal action,” he said. -- Bernama

Pejuang Melayu Tulen Miliki Saham Judi

Woii Pak Brahim toksah berlakon lagilah jadi pejuang melayu tulen konon, bela Islam konon, musuh ketat orang kafir konon, tapi pakai seluaq juboq terlondeh, orang nampak la Pak Brahim taik kau tu... kharrkkkkk pttuuiihhh......

Sebelum ni aku nampak kau iras-iras katak minyak tu hensem la jugak tapi sekarang engkau jadi amat hodoh dan jengkel lebih kerutu daripada katak puru. Apa nak jadilah kau ni Pak Brahim, dalam duk beretorik depan pak hangguk korang si PERKASA tu, rupanya kau ada buat kerja haram dibelakang.

Takkan nak guna bonus judi untuk biayai organisasi PUKISA kau pulak Pak Brahim. Kau ingat Pak Brahim bukan sembarangan haram kerja judi ni tapi tergolong antara lima dosa amat besar taraf haramnya.

Tapi kalau dah jenis manusia bodo sombong susah nak ajaq la...

Saifuddin: 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'
Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

Friday, March 19, 2010

Umno Grahak Generasi CheDet Hancurkan Wawasan Tun Razak

Ungkapan kat atas oleh Allahyarham Tun Razak kata omputih "Loud & Clear". Sesiapa tak reti baca atau tak faham atau buat-buat tak reti bahasa memang bukan manusia. Sama spesis dengan beruk kat hutan lah tu. Huk..huk..siang malam. Lebih baik beruk belaan MatYeh kerana pandai ikut arahan MatYeh tapi beruk Umno ni lain macam. Bodo sombong.


Kat Kelantan ada dua ekor dari spesis ini berjambul biru pulak tu. Berkawan pulak dengan Raja Kataki. Hari-hari jual taik minyak tegak benang basah adunan Najib kat rakyat Kelantan. Terbeliak mata segelintir rakyat Kelantan yang budus menelan taik rekaan tiga spesis makhluk ajaib ni.

Mereka duk jaja sana sini tentang "Ordinan Darurat 3 Batu Nautika" yakni kata mereka kerajaan negeri tidak layak untuk menerima hasil mahsyul dari perut laut yang lokasi penggalian atau operasi mereka terletak luar dari lingkungan 3 batu nautika. Aku pun tak paham apa ke jadah 3 batu nautika tu.

Walau bagaimanapun menurut bekas Pengerusi Petronas iaitu Ku Li di Majlis Dialog Mampat di TER semalam bahawa Ordinan Darurat 3 Batu Nautika 1966 tersebut sudah tidak boleh digunapakai setelah Parlimen menggubal Akta Petroliam Nasional 1974 dan di dalamnya termaktub mantap akta dan undang-undang baru Petroleum negara.

Kalau pemimpin dari spesis bodo maka para pengikut pun jadi budus...

Thursday, March 18, 2010

Umno Sebenarnya Sesat Sesesatnya

Perutusan Sempena Dua Tahun Pakatan Rakyat


Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk ”Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,

Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."

[al-Hujuraat, 49: 13]

Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.

22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Tuesday, March 16, 2010

Ada Yang Lebih Gedebe Dari MadSaid

JKKK Kemaman sudah tentu memberikan wala' 100% pada AbgMad selaku MB, sementelah lagi AbgMad anak watan Kijal a.k.a. ADUN Kijal. Gedebe AbgMad berkesan sekadar daerah Kemaman je agaknya. Naik Cagang dia di daerah Kemaman cuma.

Camane pembangkang nak gunapakai kesempatan dari 40% lagi JKKK yang jadi seteru rapat AbgMad? Fikir-fikirkanlah...

Mungkin berpunca di UMNO bahagian

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said semalam membidas tindakan sesetengah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini yang didapati gagal memberi komitmen untuk hadir pada majlis perjumpaan khas bersama beliau di Stadium Negeri, di sini.

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap sikap pemimpin di peringkat akar umbi itu, beliau berkata perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dan perlu diperbetulkan semula.

Malah, apa yang mengecewakannya, majlis tersebut hanya dihadiri 60 peratus daripada 4,000 ahli JKKK yang terdapat di seluruh daerah Kuala Terengganu.

Menurut Ahmad, melihat pada situasi berkenaan beliau percaya banyak perkara di peringkat akar umbi di daerah itu perlu diperbetulkan selepas ini.

“Kita tidak tahu apa masalah sebenar yang berlaku sehingga ahli JKKK di daerah ini begitu sukar untuk memberi kerjasama, berbeza dengan keadaan di daerah Kemaman.

“Mungkin juga masalah ini berpunca daripada kepincangan kepimpinan di peringkat UMNO bahagian,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan itu.

Takziah Untuk Keluarga Siva

Semakin malang semakin menakutkan berada di zaman pemerintahan Bapa Keganasan. Semakin hari semakin kerap terjadi kes pembunuhan. Semakin rakyat trauma. Semakin pemimpin jadi gila.


Biasanya kes-kes pembunukan kebanyakan berlegar dalam lingkaran kaki mafia, samseng atau kongsi gelap, era Bapa Keganasan menyaksikan ramai juga orang awam dan aktivis politik peringkat bawahan menjadi mangsa.

Sunday, March 14, 2010

KEMELUT PETANI DI ZAMAN BN, MASIH GUNA CARA KUNO?

Oleh: NOOR DIANA MOHD. RAZIS

PERJALANAN agak panjang merentasi desa-desa di pedalaman di Tenom, perjalanan kami terhenti di satu kawasan penanaman padi. Kawasan yang agak luas menarik perhatian kami. Apakah ini yang Kerajaan UMNO/BN banggakan dengan pencapaian matlamat Kerajaan pimpinan mereka?

Lihat sahaja, petani kampung suku Murut yang masih menjalankan sistem penanaman padi secara kuno yang masih digunapakai tahun 50-an. Dapat dilihat dengan jelas dan nyata bahawa tiada keperihatinan dari wakil-wakil rakyat BN yang telah mendapat undi dari penduduk-penduduk kampung?

Di mana tanggungjawab wakil-wakil rakyat ini yang sepatutnya menjenguk dan menawarkan apa-apa khidmat bantuan Kerajan UMNO/BN? Bukankah mereka sepatutnya membela nasib para pengundi di kawasan yang diwakilinya?

Satu persoalaan yang lain pula timbul, pernahkah mereka di ulu pedalaman ini di jenguk dan ditanya khabar? Tidak pernahkah ada bantuan untuk memajukan penanaman sawah padi mereka? Bagaimana mereka dapat mempertingkatkan ekonomi kehidupan mereka sekiranya tanaman padi yang mereka usahakan masih lagi ditakuk lama? Masih lagi menggunakan kaedah kuno?

Kita semua amat maklum kaedah penanaman padi amat perlahan prosesnya, sekurang-kurangnya, sebagai wakil rakyat yang perihatin kepada pengundi-pengundi yang telah bermurah hati menyedekahkan undi mereka sehingga memangkin kemenangan pada diri masing-masing; hulurkanlah bantuan atau paling tidak jentera pembajak yang moden yang boleh digunapakai secara bergilir-gilir oleh penduduk kampung, suku Murut yang dari zaman British hingga merdeka di zaman Malaysia; mereka terbiar miskin.

Hargailah mereka yang telah berjasa secara tidak langsung kepada wakil-wakil rakyat UMNO/BN walaupun mereka hanyalah penduduk pedalaman yang serba kekurangan. Inilah tugas anda sebagai wakil rakyat sebenarnya untuk membela nasib mereka yang jauh dari arus pembangunan kota.

Inilah yang menyebabkan rakyat pedalaman kini telah beralih arah dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Inilah antara sebabnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN telah mulai kehilangan pengundi-pengundi setia mereka hari demi hari.

Rakyat undi mereka untuk bela nasib, tetapi mereka gunakan kedudukan mereka untuk kepentingan masing-masing, ada yang tidak hadir mesyuarat dewan undangan negeri dua penggal berturut-turut, ada yang pula berlumba-lumba cari artis-artis muda untuk di jadikan madu-regu untuk isteri masing-masing. Itulah pasalnya rakyat yang diwakili tidak mendapat perhatian dan perihatin sewajarnya dari wakil-wakil rakyat UMNO/BN.

Maka janganlah salahkan rakyat seandainya pada PRU13 nanti akan berlaku lagi gelombang reformasi dan janganlah terperanjat seandainya ianya lebih hebat lagi dari PRU12.

Jangan nanti ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan sakit jantung dan jangan juga ada yang menangis tidak mahu meninggalkan kediaman rasmi seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Fikirkanlah!.

Thursday, March 11, 2010

Terengganu Dilanda Gempa Bumi

Fenomena gegaran kecil gempa bumi kerap melanda negara kita kebelakangan ini. Generasi hari ini sudah tidak boleh merasa selesa dengan beranggapan Malaysia selamat kerana berada luar dari lingkaran gunung berapi dan gempa bumi.

Dunia semakin tua dan tenat. Apa jua kemungkinan pasti berlaku. Jabatan meteorologi telah mencatatkan beberapa kejadian gempa kecil seperti di Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang.

Walau apa pun aku masih beranggapan fenomena ini adalah akibat dari dosa-dosa para pemimpin negara yang maksiat, korup dan pelbagai kebejatan lagi. Jangan kita lupa akan kemurkaan Allah terhadap kaum-kaum derhaka seperti kaum Lut serta Thamud yang dilaknat dan dimusnahkan Allah sepertimana diceritakan dalam Quran.

Gegaran-gegaran kecil yang melanda Terengganu dan Malaysia kini merupakan antara amaran-amaran awal dari Maha Pencipta. Namun mereka masih leka. Biarkanlah. Tapi kita lakukanlah tugas kehambaan kita dengan menambahkan ketaqwaan padaNya.

Gegaran Kecil Mungkin Dirasai Di Sekitar Tasik Kenyir

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.10 pada Rabu malam.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.

"Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA

Artikel Dr Aziz Bari

Siapa pun MB tidak akan tenang


Agak ramai yang bertanya mengapa saya membuat kenyataan yang kelihatan negatif untuk Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin sehari sebelum Mahkamah Persekutuan memutuskan kes saman beliau ke atas Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada 9 Februari lalu. Dalam laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita itu saya dikatakan menyebut bahawa kalau Nizar menang keadaan di negeri tersebut akan terus kusut.

Portal berita tersebut tidak memutarbelitkan kenyataan saya. Malangnya ramai nampaknya salah faham. Lain yang saya maksudkan lain pula mereka tangkap, dan kebanyakannya, saya fikir, hanya mendengar cerita rakan tanpa membaca laporan portal itu sendiri. Atau setengahnya (agak saya) hanya sekadar mengetahui laporan itu dari SMS yang mereka terima.

Elok saya jelaskan apakah konteks sebenar kenyataan yang menimbulkan salah faham itu. Sebenarnya saya hendak menyatakan kalau Nizar menang pun akan timbul kelam-kabut di Perak. Ini kerana Zambry telah pun ‘meniduri’ pentadbiran negeri tersebut selama setahun dan pelbagai keputusan telah pun dibuat ahli politik UMNO yang mengetuai pentadbiran Barisan Nasional itu. Sebahagian daripada keputusan itu bertujuan membatalkan dasar dan inisiatif yang dibuat pentadbiran Pakatan Rakyat yang diketuai Nizar.

Dalam kata lain, saya hanya mengatakan sukar untuk mahkamah membuat keputusan yang memenangkan Nizar tanpa menimbulkan kesulitan dalam pentadbiran negeri. Takkan mahkamah hendak menghukum apa dilakukan Zambry sah sedangkan dia bukan Menteri Besar (MB) yang sah. Ini menyebabkan saya mengatakan kalau Nizar dimenangkan mahkamah, pentadbiran negeri itu akan kelam-kabut juga. Itu belum lagi ditambah perjanjian atau komitmen dibuat Zambry selama dia menduduki kerusi MB sejak awal Februari 2009.

Syarikat-syarikat berkenaan mungkin akan membawa Kerajaan Negeri ke mahkamah kerana bisnes mereka terjejas akibat keputusan itu. Inilah senario sukar yang berlegar dalam kepala saya ketika itu.

Apa pun ini satu contoh di mana undang-undang perlembagaan boleh memberi kesan kepada undang-undang lain, termasuk undang-undang tanah, undang-undang kontrak dan sebagainya.

Walau apa pun kesulitan yang timbul berpunca daripada tindakan mahkamah sendiri khususnya kerana mengambil masa terlalu lama untuk memutuskan siapa MB sah. Selain itu Mahkamah Rayuan juga mengusutkan keadaan kerana menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang menghukum bahawa Nizar adalah MB sah. Ia menyebabkan Zambry, yang kedudukannya belum tentu sah ketika itu, masuk ‘meniduri’ pentadbiran negeri. Saya fikir orang yang haknya masih belum diputuskan tidak harus dibenarkan berbuat begitu.

Selain itu dalam kes-kes seperti itu sepatutnya mahkamah mempercepatkan keputusan. Saya berani membuat syor ini kerana dalam peperiksaan saya hanya memberi tiga jam untuk pelajar saya memberi jawapan dan kebanyakannya lulus. Sebahagian daripada mereka itu malah lulus agak cemerlang. Kalau pelajar undang-undang yang baru belajar perlembagaan mampu berbuat begitu, saya fikir para hakim, yang saya anggap sudah puluhan tahun bergelumang dengan undang-undang termasuk perlembagaan, tentulah tidak menghadapi masalah untuk membuat keputusan. Lagipun peguam kedua-dua pihak telah menyediakan hujah. Kerja hakim hanya membuat keputusan berdasarkan hujah-hujah yang dibentangkan.

Sebab itu saya tidak dapat menerima mengapa mahkamah mengambil masa hampir setahun untuk memberi keputusan muktamad di Perak. Ini tentunya memberi ruang untuk rakyat membuat komen dan sangkaan tidak baik kepada hakim-hakim berkenaan. Tidak salah rakyat berbuat demikian kerana mereka yang membayar gaji hakim-hakim itu.

Apa yang saya tulis ini mungkin memberi gambaran tidak baik kepada kredibiliti dan kemampuan mereka. Tetapi, apa boleh buat dalam demokrasi, ini perlu diterima para hakim. Jika tidak masakan kita dengar keadilan sentiasa dibicarakan. Untuk makluman setakat ini belum ada hakim pencen yang saya tahu bersedia mengajar undang-undang perlembagaan bila mereka jadi pensyarah universiti selepas bersara dari badan kehakiman.

Undang-undang mengenai perlembagaan yang diputuskan dalam krisis politik Perak memang tunggang-langgang. Ini tidak jauh berbeza dari apa yang berlaku pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998. Apa yang berlaku dalam kes Anwar beberapa bulan ini pun ada menunjukkan tanda-tanda sama.

Tetapi sebenarnya ada kes-kes lain di mana keadaan sama berlaku. Contohnya apabila polis meminta perintah mahkamah majistret untuk menghalang orang berhimpun. Saya berasa aneh dengan keputusan membenarkan permohonan itu. Saya berasa aneh kerana perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan di bawahnya hanya Parlimen yang diberi kuasa untuk menyekat atau menafikan hak rakyat berhimpun. Itu pun melalui undang-undang bertulis; yakni akta parlimen. Dan ini pun hanya boleh dibuat dalam perkara-perkara yang boleh disekat; sebagaimana disebut oleh peruntukan perlembagaan yang berkenaan.

Mahkamah – dari yang paling rendah hinggalah kepada paling tinggi, yakni Mahkamah Persekutuan – tidak boleh menggantung atau menafikan hak warganegara untuk berhimpun. Mahkamah hanya boleh mentafsir perlembagaan. Tetapi mahkamah tidak boleh membuat undang-undang. Hanya parlimen boleh berbuat begitu.

Kekecohan dan kesulitan di Perak itu membenarkan apa yang disebut ramai orang, termasuk Tengku Razaleigh Hamzah: mahkamah bukan medan penyelesaian untuk kemelut politik itu. Cara terbaik ialah mengembalikannya kepada rakyat, dan ini boleh dibuat. Dalam perlembagaan ada beberapa peruntukan yang boleh digunakan bagi membolehkan proses itu berlaku.

Oleh kerana pihak-pihak yang berkenaan degil maka Perak terus dilanda kecelaruan. Terbaru, Pakatan dilaporkan menyeru sultan supaya tidak memperkenan sidang Dewan. Nampaknya tidak habis-habis istana dilibatkan. Kalau Dewan dibubarkan sebagaimana dianjurkan fenomena ini tidak akan berlaku dan pihak-pihak yang sepatutnya berada di luar politik itu tidak akan tercedera sebagaimana disebut Subky Latif.


Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun.

Firaun-Firaun Kecil Dalam PKR

Ingatkan selepas runtuhnya kegemilangan Mahafiraun maka tiada lagi anak-beranak firaun kat Malaysia ni. Rupa-rupanya ada lagi kewujudan mereka tetapi diistilahkan sebagai firaun kecil oleh YB Zul Nordin. Mari kita kenal apa ke benda firaun kecil ni.

Monday, March 8, 2010

Guane Gamok Tan Sri Harussani?

Kiri kanan belakang depan Tan Sri kena gasak. Lupa aku nak royat kat dia awal-awal supaya jangan cari pasal. Sekarang Tan Sri dah terjolok sarang tebuan. Bengkek tak rasa muka?

Orang dah senyap pasal UG tapi Tan Sri mau cari modal glamer meracun semula keredaan suasana dengan cerita rekaan pasal Kerajaang Perpaduang. Orang-orang berkenaan dalam cerita Tan Sri bukan macam si Fairuz tebuan tunggal tu. Perasan diri berbisa tapi sengat taklah hebat mana macam kerengga je sakitnya.

Haaa... ini baru tebuan betul yang Tan Sri jolok. Ini tebuan tanah. Amat bisa lagi berbisa. Silap haribulan kena sengat kalau tak rawat betul-betul boleh kojol.

Nak buat camner... Tan Sri silap tengok taqwim gamaknya... khakhakha...

Nik Aziz kesal sikap Harussani

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menyebut namanya secara terbuka di khalayak ramai tanpa mengesahkan terlebih dulu apa yang didakwa itu benar atau tidak.

“Jika menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka, biarlah ada tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.

“Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sama ada benar atau tidak kenyataan Harussani yang menyebut beliau datang ke rumahnya itu biarlah dinilai sendiri oleh rakyat kerana baginya perkara itu hanya melibatkan mereka berdua.

“Yang menjadi persoalan ialah tidakkah itu satu keterlibatan politik? Sedarkah beliau bahawa Kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didukung oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur?

“Dalam bahasa mudahnya, politik dan agama diasingkan. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.

“Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan Pas adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Harussani pada program Dialog Zaaba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lalu.

Harussani dilaporkan mendakwa keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya diperkenan Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan tertinggi parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya Harussani tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi 'ejen politik'.

“Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

“Saya kira, jika seorang mufti menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa),” katanya.

Sunday, March 7, 2010

SPRM Usung Butuh, Renjer Hutan Usung Batu, Rela Usung Bulu

Huhh... bunyi macam hebat, "SPRM Tumpas Kegiatan Pembalakan Haram" tapi habuk pun tarak. Cuba korang fikir lojik la. Setiap kali 'rush' kawasan balak pasti balik bawak butuh masing-masing je. Adalah benda yang disita tu. Tapi benda nak wat aper? Kita nakkan orangnya yakni dalang kerja haram tu.

Jarang-jarang kita dengo penguatkuasa dapat tangkap setan yang tarah balak-balak tu. Kalau dapat pun setakat tukang masak la, tukang basuh baju la, tukang bawak sentaiwong sahaja. Tongkangnya mana? Selalu terlepas atau tak terjejak. Selalu diperbesarkan, diwar-warkan atau disensasikan konon penguatkuasa berjaya rampas benda atau barang dari port haram tu dengan nilai juta-juta. Hampehhh...

Payah sangat ker nak jejak? Lama dah aku duk pikir benda ni. Pastinya tak terkecuali korang semua pun terlintas penyelewengan seumpamanya. Sebelum sampai ke peringkat penguatkuasa serbu area tarahan tersebut, sudah berapa $juta dah mereka baham. Takkan takde sorang pun yang sedor? Renjer kerjanya hari-hari masuk hutan. Takkan tak terserempak kot? Musykil.

Aku syak ada tangan-tangan orang beso disebalik kegiatan itu. Apa korang tak syak??

SPRM tumpas kegiatan pembalakan haram
IPOH- Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela semalam.

Kawasan pembakalan haram berkenaan terletak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 9 pagi semalam, beratus batang balak yang baru dipotong dan dianggar bernilai jutaan ringgit serta beberapa jentera berat yang berada di kawasan itu disita.

Jurucakap SPRM berkata, tiada tangkapan dibuat kerana mereka yang terbabit dalam kegiatan itu sempat melarikan diri.

Beliau berkata, operasi berkenaan dipercayai dapat dikesan kerana jalan hutan untuk memasuki kawasan pembalakan itu dihalang dengan batang pokok dan jentera berat menyebabkan pasukan berkenaan hanya dapat memasuki kawasan itu selepas lebih dua jam perjalanan.
-Bernama

Umno Dak Kira Siapa Baham Belaka

Mendengarkan kisah orang kampung ditindas dizalimi Umno, kita menjadi redah hati mengenangkan nasib mereka. Orang Pas atau sesiapa jua menentang UBN senantiasa menjadi makanan asasi puak zalim itu. Dinafikan pelbagai hak bantuan samada dalam bentuk dana wang atau subsidi berbentuk komoditi.

Rendah dan hinanya pandangan orang Umno terhadap Pas dan pembangkang. Sepertimana hina dinanya bangsa lain dimata orang Yahudi. Kitab mereka mengajarkan bahawa hanya bangsa Yahudi sahaja paling berhak mendapat kemuliaan disisi Tuhan dalam dunia ini.

Tetapi kita separuh terkejut beruk bila mendapati Umno turut menzalimi sesama mereka. Wujud persengketaan diantara puak-puak dalam Umno. Kita takkan terkejut sekiranya persengketaan sesama mereka amat zalim sepertimana budaya zalim yang diamalkan dalam bahtera reput Umno.

Desas-desus semakin kencang bahawa dalam diam kentut yang busuk itu Najib sudah tidak berlaga angin dengan Muhyiddin. Itu biasa dalam Umno. Umpama persengketaan di zaman purbakala. Siapa yang bijak, gagah, licik menipu dan zalim maka orang itulah nanti bakal menjadi pemimpin bagi kaum tersebut. Samalah dengan Umno.

Siapa keris paling panjang dalam Umno? Dialah 'raja' sebenar.

Demi Projek Dan Kroni, Kerajaan Umno Terengganu Menganiyai Ahli Sendiri


KUALA TERENGGANU– Perjuangan Umno hanyalah untuk projek dan Kroni, bagi mengumpulkan kekayaan peribadi, bukan untuk pembangunan dan rakyat.

-----skip-----

“JKKK yang menjadi dalang,”kata Faeezal, 25, apabila ditanya dimanakah peranan JKKK dalam menghadapi perobohan Kampung Paya Bunga baru-baru ini.
Beliau adalah seorang penduduk yang masih tinggal berhampiran Kg Paya Bunga, bakal menerima nasib yang sama tidak lama lagi.
Menurutnya, lebih 85% penduduk disitu adalah ahli dan penyokong tegar Umno, manakala rumah yang disewa oleh Ketua Wanita Umno kampong tersebut turut dirobohkan, tanpa sebarang pampasan.

-----skip-----

Encik Hussin Sulong, 63, dan isterinya, Puan Rahimah, 59, dinafikan hak menerima bantuan atap dan baiki rumah tersebut. Katanya, beberapa kali permohonan pernah dibuat dan bancian pihak berkenaan juga dilakukan tetapi kelulusan ‘tergantung’.

Semakan Buletin mendapati kedua-dua pasangan terbabit pernah menjadi ahli Umno yang aktif suatu masa dahulu dengan nombor keahlian Umno masing-masing 00734080 dan 00736041.-buletin.

Friday, March 5, 2010

Biawak-biawak Ini Bukan Buaya Tapi Naga

Kata TGNA, katak-katak PKR yang melompat itu ibarat 'buaya disebalik batu'. Apalah sangat buaya dapat telan jika dibandingkan dengan naga?

Bahasa TGNA masih lembut tapi tegas. Bagi aku takde gunanya bagi muka pada biawak-biawak hidup berkenaan. Mereka mengkhianati amanah rakyat. Harap tiada lagi ungkapan 'menggalas biawak hidup oleh PKR.

Duit dah banyak. Berjuta seperti dikata. Jika biawak-biawak ini mampus nanti, lakukanlah upacara tabur lahad mereka dengan duit haram tu. Sepertimana matinya suku sakat Tan Bee Heng.

Biarlah biawak ni pergi jahanam. Asalkan para penyokong masih setia meneruskan kesinambungan perjuangan.

Pejabat MB S'gor: Salehudin pernah pohon jadi CEO
Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan bahawa bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat menteri besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan Salehudin dan beliau pernah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan.

Bagaimanapun, menurutnya, jawatankuasa pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

"Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca peletakan beliau meletak jawatan setiausaha agung PKR," kata kenyataan tersebut.

Thursday, March 4, 2010

Susah jugak melayan gerombolan tong taik ni. Disebabkan sedari asalnya kesejahteraan diselubungi oleh timbunan taik maka gerombolan ini beranggapan semua orang pun makan taik.

Gerombolan ni kalau bercakap pun bau taik. Cuba dengar dan lihat betul-betul setiap ungkapan mereka diiringi oleh bungaan taik yang menjijikkan. Lumrah tabii gerombolan dunia taik. Takde taik alamat takleh hidup mewah la. Taik duit.

Cuba dirembesnya Pemuda Umno Kelantan sisa taik mereka ke badan TGNA. Malangnya tak kena tak melekat. Berkat kemuliaan seorang wali. SPRM angkat jari. Tandanya TGNA bersih peribadi.

Maaflah sahabat budiman jika kritikan aku ini meloyakan kalian.

Ekonomi Negara Sudah Pulih?

Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.

Pengumuman dibuat oleh YAB PM DS Najib beberapa hari lalu bahawa ekonomi telah pulih tentunya merupakan satu berita gembira. Dalam suku terakhir tahun 2009, ekonomi mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5%, meskipun mengalami penguncupan sebelumnya; penguncupan tiga suku sebelumnya, iaitu 6.2% pada suku pertama, 3.9% pada suku kedua dan 1.2% pada suku ke tiga.

Bagi tahun 2009, ekonomi negara mencatat penguncupan sebanyak 1.7%, iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3% yang diunjurkan sebelum ini. Untuk pengetahuan umum, pertumbuhan adalah sebanyak 4.6% dalam tahun 2008. Ekonomi telah pulih tegas Najib dan pimpinan kerajaan seperti Menteri Besar Pahang yang kurang arif tentang ekonomi lantas menyebutkan bahawa ini semua adalah kerana kebijaksanaan Najib mengurus ekonomi negara.

Penulis tidak suka untuk menganggu keseronokan dan euporia ini. Rakyat telah lama terhempit dengan pelbagai penderitaan hidup. Mereka mahukan satu suntikan harapan. Najib pula sangat berhajat untuk membuktikan bahawa beliaulah penyebab pemulihan ekonomi ini dan dialah harapan untuk rakyat.

Malangnya penulis terpaksa berterus terang bahawa Najib tersilap dalam membuat rumusan bahawa ekonomi telah pulih, kecuali dalam erti yang terlalu ‘teknikal’. Lebih silap lagi ketika dia dan pimpinan Umno/BN menyangka bahawa dialah pencetus dan pemangkin kesemua ini.

Yang layak disebut Najib hanyalah bahawa ekonomi tumbuh pada 4.5% dalam suku keempat 2009 dan keseluruhan 2009 mencatat penguncupan pada paras 1.7%, iaitu lebih baik dari penguncupan 3% yang dijangkakan. Ada pun sebab utama pertumbuhan 4.5% yang dicapai tidaklah kerana apa jua langkah ajaib dan keberkesanan pendekatan Najib mengurus ekonomi kecuali kerana permintaan global pada suku akhir 2009 sememang meningkat dan ini disaksikan di semua negara.

Meletakkan punca utama kerana suntikan rangsangan fiskal seperti didakwa Najib agak tidak tepat kerana dari jumlah RM 67 bilion yang diperuntukkan dalam dua pakej rangsangan fiskal itu, sehingga akhir September 2009, hanya RM8.2bilion sahaja yang dibelanjakan (ms 3, Dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia 2009/2010).

Najib mutakhir ini pula mendakwa telah membelanjakan RM17bilion dari pakej tersebut, dengan jumlah bayaran setakat ini sebanyak RM13.9bilion. Puratanya sebanyak RM1bilion disuntik sebulan dakwa beliau dalam 13 bulan lalu.

Dengan mengambil kira kesan berganda kegiataan ekonomi akibatnya, mungkin ada kesannya sedikit terhadap pertumbuhan KDNK dalam sebuah ekonomi yang KDNKnya ialah anggaran RM700bilion. Penulis boleh akui.

Namun pertumbuhan 4.9% suku akhir 2009, tegasnya adalah akibat permintaan global yang semakin pulih dan kesemua negara-negara Asean seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura mengalami pertumbuhan yang lebih baik dan rancak lagi. Ini tidak termasuk China dan India yang mengalami pertumbuhan yang lebih mantap.

Pun begitu, apakah dengan pertumbuhan 4.5% dalam suku akhir 2009 lalu maka kerajaan BN di bawah Najib ini mampu berkokok seluruh kampung yang ekonomi telah ‘pulih’? Tambahan pula kalau seperti didakwa mereka bahawa ini adalah hasil suntikan pakej rangsangan kerajaan kerana kaedah rangsangan adalah kaedah ’pump-priming’ atau ’mengepam’ ekonomi. Ia adalah tidak mapan, tidak lestari atau ’sustainable’ dan bersifat jangka pendek.

Tidak ada yang boleh di sorak atau diberikan tepukan gemuruh akibat ’kejayaan’ pertumbuhan ini! Pemulihan sebenar ekonomi perlu menggarap beberapa persoalan asas yang bersifat fundamental dan struktural yang telah mengakibat ekonomi negara, seperti diakui oleh Menteri Kewangan kedua-2 sebagai mengalami satu dekad ’kebekuan’ atau ’stagnation’.

Paling asas adalah menangani persoalan struktural yang telah terperangkap dalam satu model ekonomi berpendapatan rendah, berprestasi rendah di segi nilai tambah yang rendah dan produktiviti yang juga rendah. Bagaimanakah kerajaan mampu menjana ekonomi berpendapatan tinggi yang memilikki kegiatan ekonomi bernilai tambah tinggi sekaligus menghasilkan produktiviti yang tinggi?

Itu adalah model ekonomi yang dihajati negara untuk keluar dari perangkap modal lama. Ia tentunya perlu menggarap kegiatan bidang selain dari ekonomi seperti pendidikan dan latihan yang menghasilkan warga kerja dan buruh berkemahiran tinggi (supply-side economics) bersekali dengan mencapai pertumbuhan mapan dan lebihan bajet yang mampu dilaburkan bagi memacu pertumbuhan seterusnya.

Pemulihan ekonomi secara jangka-panjang dan mapan adalah jawapan kepada permasalahan ekonomi negara. Pastinya ’pemulihan’ atau ’recovery’ tidak hanya sekadar merujuk kepada perbandingan angka pertumbuhan dalam dua suku. Itu ’pulih’ secara ’teknikal’ sahaja.

Tambahan kalau ekonomi masih di belenggu dengan segala kegiatan yang tidak menghasilkan dayasaing atau ’competitiveness’ dengan polisi yang mengutamakan kroni, perlindungan industri yang tidak berdaya maju, monopoli, pemberian subsidi pada sasaran yang salah, pengurusan timpang yang tiris dan bocor yang sarat dengan amalan rasuah.

Kedua, kenaikan lebihan dagangan luar (external trade surplus) pada tahun 2009 sebanyak RM118.35bilion tidak diikuti dengan peningkatan sejajar simpanan asing (foreign reserve). Simpanan asing pada tahun 2009 menokok hanya USD5 bilion pada jumlah USD96.7bilion pada tahun Dis 2009 dari USD91.5bilion pada tahun Dis 2008.

Pakar-pakar ekonomi amat runsing dengan ketidaksejajaran atau kesenjangan ini yang sekaligus memaparkan bahawa di sana terdapat aliran keluar dana lebih banyak dari kemasukan dana ke dalam negara. Bank Negara Malaysia juga turut runsing dengan fenomena ini yang sekaligus mengisyaratkan ’kehilangan keyakinan’ pelabur terhadap ekonomi negara.

Dengan ekonomi yang telah sekian lama dipacu oleh perbelajaan kerajaan atau faktor ”G” dalam formula KDNK/GDP yakni KDNK= C + G + I + (X-M), di mana C- adalah Perbelanjaan (awam), G – perbelanjaan kerajaan, I – pelaburan swasta (luar dan dalam) dan (X-M) atau (Ekpsot – Impot), ia telah mengakibatkan defisit belanjawaan selama 13 tahun dan ke paras 7.4% bahkan ada yang menyebutkan sebagai 8% tahun 2009.

Justeru itu kerajaan tidak lagi mampu melakukan ’pengepaman’ atau ’pump-priming’ dalam menjana pertumbuhan. Hutang kerajaan Persekutuan tahun 2009 adalah ke tahap RM362bilion atau bersamaan 55.2% KDNK, berbanding RM306bilion pada 2008. (KDNK negara sekitar RM700bilion). Faktor ”G” tidak lagi mampu digunakan untuk menjana pertumbuhan KDNK kerana terbeban dgn hutang dan bakal menjejaskan ‘penarafan negara’ atau ’sovereign rating’, sekaligus menjejaskan pelabaruan kerana tidak menarik sebab kos kewangan/pinjaman akan meningkat.

”I” seperti dalam KDNK ialah pelaburan swasta samada dari sumber luar atau asing dan tempatan. Sumbangan pelaburan swasta di negara kini hanya pada paras 10% berbanding lebih dari 30% dalam tahun 90an. Hakikat ini mesti diakui oleh kerajaan BN sekarang ini.

Kehilangan dayasaing negara telah meletakkan negara bukan sahaja gagal mengamit pelaburan asing langsung (FDI) bahkan sebaliknya mengalami aliran keluar dana tempatan sebanyak RM9.14bilion pada tahun 2007, RM26bilion pada tahun 2008 dan RM14.6bilion untuk 9 bulan dalam tahun 2009.

Fenomena pengaliran keluar dana tidak boleh lagi dihujjahkan sebagai pelabur tempatan mahu menyambut seruan menjadi pelabur global. Ketika kerajaan tidak lagi mampu memacu pertumbuhan dengan ”G” kerana melebarkan defisit, maka ”I” diperlukan. Namun ”I” tidak mampu memacu pertumbuhan kerana pelaburan swasta tidak dapat dijana. Kelembapannya akan menjejaskan penjanaan kerja, pelaburan dalam kegiatan ekonomi bernilai tinggi untuk merancakkan pencapaian ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan akhirnya pertumbuhan yang mapan.

Sementara itu model ekonomi negara yang bergantung kepada pendapatan sumber minyak dan gas sudah tidak lagi wajar dan tidak mapan (sustainable) kerana telah ke paras 45% dari seluruh pendapatan negara.

Akhir sekali, andainya inflasi terus meningkat kerana antara lainya, kenaikan cukai, seumpama kesan GST, penarikan subsidi seumpama bahan bakar, kenaikan tarif utiliti seperti elektrik, maka rakyat akan terus kehilangan kuasa membeli. Dengan itu peningkatan ‘C’ atau perbelanjaan akan turut terjejas.

Kesan ini akan menjejas ‘demand side’ atau permintaan. Sedikit sebanyak faktor ’C’ atau perbelanjaan inilah, yang telah membantu peningkatan pertumbuan dalam suku akhir 2009. Namun sayugia dingatkan bahawa ‘gaji sebenar’ atau ‘real wages’ buruh atau ‘labour’ di negara ini hanya mengalami peningkatan sebanyak 2.6% mengikut Bank Dunia dalam 1994-2007. Dengan kata lain faktor ’C’, akibat dari ’gaji sebenar’ dan gaji ’boleh berbelanja’ (disposable income) yang tidak meningkat, akan mengekang pertumbuhan yang lebih rancak.

Kita beraleh kepada faktor (X-M) atau Ekspot tolak Impot. Lebihan dagangan telah penulis sebutkan di atas. Sememangnya kita adalah sebuah negara yang bergantung kepada ekspot. Itu tidak salah. Dan inilah juga yang memacu pertumbuhan dalam suku akhir tahun lalu ini secara signifikan. Tetapi sebaliknya pula, selama manakah produk-produk negara boleh terus berdayasaing, kalau kita terperangkap dengan nilai-tambah yang rendah dengan pelaburan swasta (I) serta ekonomi domestik mandom dan lembap?

Fikirkan. Mampukah kita melonjakkan dayasaing negara atau ‘competitiveness’ dalam mendepani persaingan global yang semakin sengit dan getir?

Kesemua penghujjahan dan senario ini membuktikan bahawa ekonomi negara belum pulih dalam erti yang sebenarnya. Sedarlah wahai semua! Sedarlah wahai Najib dan Umno/BN.

Kesedaran adalah titik bermula perubahan dan reformasi tulen.

Katak PKR Berkesuntukkan Wang?

Kaki haprak yang meninggalkan PKR rata-ratanya menghadap mahaguru Najib terlebih dahulu sebelum meneruskan langkah bodoh berikutnya. Tatkala mahaguru Najib memberikan lampu hijau maka kantung masing-masing haprak itu akan penuh berisi.

Semua haprak yang sujud dan menjunjung setia mahaguru Najib kemudian dipasang 'tali' supaya senantiasa 7/24 menjadi puppet Najib. Senang dipergunakan atau diperkambing hitamkan pada bila-bila masa.

Ayuh para pengundi dari kawasan-kawasan diwakili haprak berkenaan. Gasak mereka habis-habisan sehingga taik meleleh dari kelangkang mereka berceceran. Kita ajar mereka siapa hamba dan siapa tuan.

Mohsin Jumpa Najib, Pak Lah, Zahid Sebelum Keluar Parti

BAGAN SERAI 3 Mac- Parti KEADILAN Cabang Bagan Serai sudah lama menjangka akan berlakunya episod keluar parti oleh Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil Samsuri setelah melihat reaksi beliau yang degil walaupun setelah ditegur berkali-kali mengenai sikapnya yang banyak membelakangi parti.

Melihat kepada prestasi beliau yang tidak memberangsangkan Ahli Parlimen kawasan itu, kepimpinan parti banyak memberi nasihat dan menegur berhubung sikapnya namun tiada perubahan positif yang ditunjukkannya.

Ketua Cabang PKR Bagan Serai Md Nasib Rahim berkata sikap Mohsin yang keras hati dan tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepadanya jelas menunjukan bahawa beliau akan mengikut langkah Ahli Parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrin Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mengambil keputusan yang sama.

"Apa yang berlaku hari ini ibarat seperti anjing yang buruk kepala sudah dikutip orang dan dipinang oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakanya banyak terbengkalai," kata Nasib sewaktu ditemui dalam satu sidang media di Pusat Khidmat PKR Bagan Serai.

Tambah Nasib, disebabkan masalah kewangan dan kepentingan peribadinya Mohsin nekad meninggalkan parti yang telah menaikkan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Disoal mengenai bibit-bibit hubungan Mohsin dengan Umno dan BN, Nasib memberitahu Mohsin pernah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa pengetahuan parti.

Namun beliau percaya perjumpaan ini berkemungkinan untuk urusan tawaran harga yang akan diberikan oleh BN sekiranya beliau keluar dari PKR.

"Saya mendesak dan mencabar ahli Parlimen yang khianat ini meletakkan semua jawatannya termasuk Ahli Parlimen bagi memberi ruang dan kuasa kepada rakyat memilih wakil rakyat yang betul-betul diperlukan dan dengan mengadakan semula pilihan raya dan beliau boleh melihat adakah beliau akan diterima lagi atau tidak oleh rakyat," tegas Nasib lagi.-malaysiawaves.

Anai-anai Dalam Pentabiran MB

Hebat semacam je tajuk artikel ni. Mana boleh main-main hal bawah tanah ni. Silap langkah kita baham tanah. Nanti dak pasal-pasal kena ISA. Kalau nak main biar sampai tahap macam para ADUN dan para MP Katak PKR yang baham pitih @ wang berjuta. Itu baru tahap pencacai angkat najis punya main bawah meja.


Sokseksoksek tak pernah hening, sentiasa segar berlegar. Puak Deris tak henti-hanti kacau 'rumah' AbgMad. Hakikatnya puak-puak pro-Deris telah, sedang dan tak akan berhenti melakukan onar dalam organisasi pentabiran kerajaan AbgMad, sehinggalah AbgMad 'tergolek dog'. Kerja-kerja 'mulia' berkenaan telah lama aktif cuma sekarang ia dikatakan akan dilipat gandakan.

Antara tektik kotor tersebut ialah dengan melarikan atau menjadi hak milikan atau melesapkan atau membaham (bahasa Ganu) aset-aset jabatan baik yang sekecil-kecil hingga ke besor-besornya. Bermakna ada aliran keluar duit perbendaharaan negeri tetapi 'benda' tak ada. Akan ada tangan halus yang memainkan peranan tanpa disedari dan sampai masa akan kecoh selepas menerima laporan audit negara.

Kerja-kerja kotor adalah mainan UBN. Sesama mereka lagi hebat tektik cas keting. Lagi dahsyat kesan atau bahananya. Antara dua pihak boleh menjerumus kegawang maut. Ugut maut SMS dah buat. Setpol MB sendiri buat praktikal maut dengan acu pistol pada orang awam.

Bila agaknya kerajaang perpaduang nak bertindak. Paling kurang mencipta spekulasi supaya sekam yang sedang membara bertambah panas hingga membakar UBN. Sekadar memperhati tak kemana rasanya kita. Tunggu dan lihat suatu amalan biasa, tak pernah berubah dari tektik lama.

Suara Katak Suara Perkasa

Lemah dah jantung aku tatkala dengor KDN meluluskan akhbar Pak Brahim Suara Perkasa. Manakan tidak semenjak dua menjak Pak Brahim menerajui NGO Rasis Melayu ni, sana sini para penyokong dan kaki sondol Pak Brahim semakin galak dan berani melakukan adegan-adegan ganas seperti membakar gambar pemimpin Pakatan Rakyat, membuat onar perarakan kepala lembu menghina kaum India dan agama Hindu serta sebagainya lagi.


Itu baru bunga-bunga mukadimmah Pak Brahim. Aku percaya Raja Katak ni boleh melakukan lebih daripada itu. Kalau bukan kerana Pak Brahim dulu pun takkan wujud MAGERAN di Kelantan. Pekida Tiga Line pun duk bawah ketiak Pak Brahim. PERKASA lagi berkuasa.

Mudahnya KDN meluluskan penerbitan akhbar dari sebuah pertubuhan perkauman. Tak kaji dari aspek keselamatan negara? Atau memang hajat celaka kerajaan a.k.a. Umno mahu melihat huru-hara dalam negara?

Sedangkan Tian Chua terpaksa bermalam di KDN untuk merayu kelulusan akhbar Suara Keadilan. Begitu juga dengan karenah KDN terhadap Harakah. Kemain 'strict' lagi. Silap-silap boleh kena banned tabloid pembangkang. Sombongnya Umno.

Ibrahim Ali dapat permit akhbar
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menerima surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memberitahu Malaysiakinibahawa akhbar berkenaan berjudul Suara Perkasa. Ditemui di pejabatnya hari ini, Ibrahim bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan tarikh untuk mula mencetak akhbar berkenaan.
Kelulusan daripada KDN itu diterima hari ini melalui sepucuk surat, kata Ibrahim.

Akhbar tersebut akan dikeluarkan setiap dua minggu.

Menjawab soalan, Ibrahim berkata: "Tengok kalau kita mampu, kita akan buat harian pula (selepas ini)." Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas kebelakangan sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam. Beliau membuat kenyataan itu selaku presiden PERKASA dan menerajui penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu minggu lalu. Penerbitan akhbar berkenaan dijangka membuka lebih banyak ruang kepada Ibrahim yang sering lantang menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET