Saturday, July 11, 2009

Hospital (1) - Cemas

10/07/09 ( Jumaat )


jam 0001 - Suasana aman aku sekelip mata bertukar cemas, kalut, berdebar. Isteri datang membisikkan sudah ada tanda2 untuk beranak. Ini anak kami yang ke-5. Pompuan 3, lelaki 1, sayangnya yang lelaki telah kembali semula ke sisiNya sewaktu usia 4 hari. Aku mendoakan yang ke-5 ini bakal menggantikan arwah.

jam 0015 - Membawa isteri berjumpa dengan bidan desa untuk pemeriksaan lanjut. Katanya itu memang tanda nak beranak. Aku dinasihatkan membawa isteri ke Hospital Kuala Terengganu seberapa segera kerana isteri aku ada 'kes'.

jam 0310 - Tiba di Hospital setelah 50 minit perjalanan. Isteri dibawa ke bilik pemeriksaan dan pendaftaran wad.

jam 0400 - Isteri belum selesai diperiksa. Huh jenuh tunggu. Mata ngantuk giler jangan cakap la. Kepala pening sket mungkin kesan tahan tidur dan darah tinggi. Inilah pengorbanan para ayah wahai anak.

jam 0430 - Pemeriksaan selesai dan isteri dibawa masuk wad. Lega hati aku kerana keadaan isteri normal serta terkawal. Situasi reda. Tiada pula tanda-tanda untuk melahirkan. Doktor cakap 'jalan' hanya 2cm. Tak perlu cemas.

jam 0445 - Aku turun ke kereta untuk curi tidur. Udara malam ni panas bercampur dengan gangguan nyamuk..wongweng..wongweng.. tak jadi nak tidur. Keras mata. Pusing kiri kanan serba tak kena. Aku tengok member dalam kereta sebelah kemain nyenyak berdengkur. Camaner dia layan nyamuk tu yea? Hospital ni kilang menternak nyamuk ke?

jam 0530 - Aku bertolak keluar dari kawasan hospital. Cari tempat untuk berehat. Mundar mandir jumpa kedai makan. Soru dulu la perut berheavy metal dah ni.

jam 0630 - Selesai makan hilang penat aku beredar cari masjid untuk sembahyang. Tetiba teringat umah mak sedara kat Kg Bukit. Sesampai je terus sembahyang Subuh, mintak izin pak mak sedara untuk tidur dan berehat.

jam 1145 - Beredar untuk berjumpa isteri. Keadaannya stabil malah tambah sihat. Semalam dia letih sangat tu pasal keluar 'benda' tanda tu. Aku mintak izin pulang dulu jengok anak-anak.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET