Monday, June 29, 2009

Umno Klate Jange Sebangang Umno Ganu

Sepertimana ulasan Prof Hamirdin bahawa Umno mengamalkan sikap suka mendera. Trajedi rampasan royalti minyak Terengganu sewaktu pemerintahan Pas adalah antara sikap mendera. Dendam Umno Ganu diketuai Deris Jusoh tidak tertahankan sehingga tergamak menghasut CheDet supaya menarik balik status royalti dari kerajaan negeri.


Umno mengajar ahlinya supaya berhasad dengki dengan kesenangan dan kemajuan bangsa sendiri yang berlainan platform dan berlawanan ideologi. Bagi Umno kemewahan hanya mesti dibolot oleh orang Umno bukannya orang Melayu. Bila Kadazan masuk Umno maka Kadazan akan senang dan mewah kerana dia Kadazan Umno. Sikap dajjal lagi jahat yang lahir dari kalbu hitam dan busuk. Umno menganggap hanya platform reput mereka sebagai suatu kesucian yang wajib ditatang oleh orang Melayu konon.

Orang Melayu Kelantan baik Pas maupun Umno dikenali sebagai suatu rumpun yang saling bekerjasama dan gah dengan keKelantanan mereka. Dikatakan walau Pas yang memerintah tetapi apa jua peluang diberikan secara adil. Begitu juga Umno dikatakan walau Pas memerintah negeri tetapi mereka tidak lokek untuk membantu membawa masuk melalui 'pintu lain' pelaburan ke Kelantan. Oleh itu bukakanlah hati kamu, mainkanlah peranan kamu Umno Kelate untuk membantu kerajaan TGNA mendapatkan hak Kelantan.

Umum mengetahui bahawa Umno takut jika Kelantan berjaya meraih berbillion ringgit hasil royalti tersebut maka harapan Umno untuk berkuasa di Kelantan akan terkubur selamanya. Kerana dengan hasil seciput yang diraih sekarang pun Kelantan berjaya menjadualkan nilai pengagihan yang mencukupi dengan kadar masing-masing. Apatah lagi nanti hasil royalti akan dibahagi dengan lebih bijak dalam menjana ekonomi negeri.

Bijaklah sket wahai Umno Kelantan bila berfikir. Jangan berotak sebangang Deris Jusoh. Tetapi tanda-tanda kebangangan itu telah mula kelihatan dari percakapan pemimpin baru kamu iaitu TokPa. Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.

Datuk Husam menghuraikan dengan jelas kebenaran yang disembunyikan oleh Umno sebagai menyanggah penipuan TokPa terhadap rakyat Kelantan.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET