Monday, June 1, 2009

Peras Ugut

Kisah Tengku Temenggong Kelantan dengan Manohara asalnya aku takmo ambil pusing. Itu krisis selebriti, tidak mencalarkan senario politik semasa. Akan tetapi kekalutan itu semakin kusut dengan pihak Manohara mengemukakan pelbagai tuduhan terhadap pihak istana Kelantan.

Bagi aku dan mungkin juga pembaca sekalian yang mengaku sebagai rakyat Malaysia tentunya tidak juga suka melihat pihak Kesultanan negara kita diperlekehkan dan dihina dengan apa cara pun.

Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin suaminya, Tengku Temenggung Kelantan, kata teman karib pasangan tersebut.Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta semalam mendakwa dia didera oleh suaminya, Tengku Temenggung Kelantan.

Dengan tuduhan liar yang dilemparkan aku bimbang suatu masa ia akan turut mengheret negara ke dilema pertikaian politik antara negara pula. Kisah pertelingkahan bangsa antara negara biasa berakhir dengan trajedi yang tiada tersangkakan.

Samada tuduhan Manohara berpaksi kepada fakta atau tidak, kita tak boleh nak menilainya, siapa sanggup selak tepi kain pihak istana melainkan laporan itu diperolehi dari pihak akhbar istana sendiri. Setakat ni pihak media istana belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Setakat bukti tersahih yang kita perolehi ialah melalui rakan karib Tengku Temenggong iaitu Mohd Soberi Shafii. Tak boleh la kita nak ulas lebih-lebih mengenai pertelingkahan ini.

Kita berharap si puteri cantik ini akan telus dan memperkatakan kebenaran fakta. Kenyataan sebelah pihak tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mendakwa, perlu ada keadilan untuk kedua pihak.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET