Sunday, June 28, 2009

Maksud Tersirat Najib

Dalam sidang media semalam Najib mengatakan bahawa walaupun sukar untuk Umno menang di Manik Urai tapi Umno masih ada peluang. Sejenak aku terfikir mungkin aku faham maksud tersirat 'ada peluang' oleh Najib.


Sepertimana biasa perkara asasi yang membantu memberikan 'peluang' kemenangan kepada Umno ialah salahguna harta hak kerajaan. Tak payah senarailah apa ke benda jentera kerajaan yang dipergunakan. Hingga budak kecik pun kenal mana satu van penerangan pasal kerap keluar masuk kampung bantu kempen Umno.

Mana projek mee segera? Ramai mana askar untuk undi Pos? Najib expert tentang strategi raih undi pos gamaknya sebab dia sendiri pun YB pos.

Maka antara strategi Najib yang tersirat kini tersurat di Manik Urai. Sikap petualang Melayu dan pengecut ini tak dapat disembunyikan lagi kerana kemajuan teknologi memungkinkan maklumat strategi 'bawah tanah' mereka terbongkar.

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan Manek urai terlepas ke tangannya pada pilihan raya kecil 14 Julai ini, termasuk dikatakan cuba mempengaruhi pengundi luar.

Antara strategi terbaru dikesan dilakukan iaitu cuba mempengaruhi pengundi Manek Urai yang tinggal di luar Kelantan supaya tidak pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi," dakwa Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Lupakah Najib pada pesan mamak Zainudin Maidin mantan Menteri Penerangan yang kalah teruk dalam PRU-12. Tak silap aku katanya janganlah dipengapakan lagi dengan Kelantan kerana buang masa.

Banyak mana pun Umno tipu, walau berjuta duit Umno tabur, insyaAllah rakyat Kelantan tetap loyalty pada Tok Guru mereka. Kalau dak caya cubalah lagi kat Manik Urai.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET