Saturday, June 13, 2009

Ada Hubungkait

Sekarang baru aku faham dan nampak hubungkait antara pungutan suara ahli MCA yang mahukan parti mereka keluar dari BN, dengan desas-desus kemasukan Pas kedalam BN pada bulan Jun 09.


76 peratus responden dari pungutan suara blog DS Ong Tee Kiat bersetuju jika MCA keluar dari menjadi komponen BN. Bagaimanapun jurucakap MCA dan juga anggota jawatankuasa pusat parti Lee Wei Kiat berkata beliau tidak dapat menjawab bagi pihak Ong berhubung tujuan pungutan suara itu diadakan kerana ia ditempatkan dalam blog peribadinya.

Takkan Lee Wei Kiat bodoh gitu skali sampai tak reti nak menjawab bagi pihak. Tapi itulah kebijakan mereka menutup kelemahan demi menjaga kerukunan dalam parti. Jauh panggang dengan stail Pas, pemimpin No Wahid dan Timb. sanggup meranapkan impian dan harapan ahli parti dengan satu kalimah UG.

Kaum Cina MCA sanggup meninggalkan parti kerana tidak sanggup menerima Pas sebagai komponen BN, tapi Pas sanggup melukakan hati puluhan ribu bahkan mencecah ratusan ribu ahli dan penyokong KPP yang sanggup taat setia bersama Pas. Suatu polemik rekaan Pas kerana termakan racun lipas (dengan izin kickdefella) yang disuap oleh BN.

Petikan dari blog kickdefella;

Bukankah saya sudah dedahkan di blog ini bahawa PAS akan dibawa menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun 2009? Bukankah ramai yang terkejut dan ramai juga yang memaki hamun saya dengan pelbagai bahasa yang indah-indah. Dan bukankah ramai sudah terlupa apa yang saya tuliskan itu.

Saya bukan Nujum Pak Belalang, saya bukan kaki temberang. Tetapi apa yang jelas ialah, pada penghujung April 2009 yang lalu, pemimpin-pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional (bukan UMNO) telah di dalam beberapa sessi bertemu akar umbi memberitahu bahawa PAS akan dibawa menyertai BN pada bulan Jun 2009.

Khabarnya pada hari ini, 3 dari setiap 4 ahli parti itu mahu parti komponen tersebut segera tinggalkan BN. Parti tersebut lebih rela bersama musuh tradisinya sebagai pembangkang daripada melihat air liur mereka yang diludah ke langit sekian lama jatuh ke muka sendiri.

Bagaimana parti tersebut mendapat tahu bahawa PAS akan menyertai BN pada bulan Jun? Apakah parti itu telah diberi taklimat terlebih dahulu tentang perkara tersebut. Apakah parti-parti komponen BN yang lain juga tahu akan perkara ini?


Fahamlah aku bahawa Ust.Nasha adalah mastermind pembentukan UG. Malah beliau dengan kriteria ulama berjaya mengaburi dan membodohkan golongan-golongan perwakilan yang jumud untuk mengundi beliau. Jika benar bagai kenyataan dan tuduhan terhadap beliau didalam blog kickdefella, aku cabar Ust.Nasha saman pemilik kickdefella.

TGHH seolah dikambing hitamkan oleh Ust.Nasha dengan sedikit sentuhan oleh TGHH meskipun bagi aku TGHH pada dasarnya masih kabur dengan UG. Ust.Nasha seorang boneka Umno dan konco-konconya merupakan fraksi Umno dalam Pas.

Juga antara yang kuat mengecong (memujuk) TGHH dengan UG adalah Cikgu Pa. Jangan kita lupa tentang sanggahan beliau terhadap cadangan kewujudan kerajaan baru Barisan Alternatif pada 16 September 2008. Kenyataannya mencabar cadangan DSAI menggegarkan seketika politik negara.

TGHH terpedaya malah terpaksa pula berkonfrontasi dengan TGNA. Amat kesian dengan TGNA dengan segala sisa kudrat yang ada perlu lagi terjun ke medan untuk membetulkan keadaan serta menangkis serangan tidak bertanggungjawab oleh pihak lawan.

UG adalah kenyataan individu yang penakut, itu bukan kehendak Pas. Takut untuk mendepani globalisasi membawa fikrah Islam dan Melayu secara solo. Apakah perlukan sokongan atau kerjasama dengan Umno? Heran kita kerana usahkan rakyat marhaen dipermainkan Umno malah pemimpin Pas pun ada yang senang dipergulakan oleh Umno penipu.

Oleh itu fokuslah pada perjuangan dan pembaharuan Pas. Jangan diranapkan impian yang dibina dalam penantian selama 50 tahun bersama darah dan airmata dengan hanya 5 saat secebis kenyataan bodoh kita. Pas semakin menghampiri kemuncak kejayaan hasil kerjasama dan bantuan oleh sahabat atau komponen dalam Pakatan Rakyat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET