Monday, June 1, 2009

PRK-MU

Setelah selesai mengisi ruang perjuangan di Penanti, para pejuang dan aktivis parti akan bergerak pula menyahut seruan perjuangan di Manik Urai, sebuah lagi DUN dalam jajahan takluk Pakatan Rakyat.

Pun demikian, jangan PR memandang enteng situasi di Manik Urai, meski pun ianya dalam negeri naungan TGNA, juga kawasan kubu kuat PAS, Allah akan mengambilnya sekelip mata (kun fayakun) jika kita mendabik dada dan over-confident.

Harus kita ingat bahawa TokPa, yang baru ditabalkan sebagai Ketua Umno Kelantan menggantikan Nuar Musa, dengan apa cara sekali pun akan mencuba untuk mengembalikan kegemilangannya sewaktu era PRU 2004 dahulu bilamana aura TokPa memahat saat genting pemerintahan Pas dengan kelebihan 1 ADUN sahaja.

Aku bersangkabaik bahawa ramai juga rakyat Kelantan rasa senang dengan TokPa kerana profailnya yang lebih baik berbanding dengan Nuar Musa, yang pasti dengan stail kesederhanaanya akan membina kekuatan baru Umno Kelantan.

Tetapi kita mesti yaqin selagi niat kita suci, jiwa kita murni, perjuangan kita abadi, untuk memelihara agamaNya ini, Allah akan bersama-sama dengan kita.

Imej gabungan profesional dan ulama merupakan ciri-ciri yang akan menjadi petunjuk untuk menentukan siapakah calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai depan.Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kedua-dua ciri itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

Semoga semangat yang masih dan senantiasa berkobar serta istiqomah para pejuang dari 5 siri medan perjuangan PRK lalu akan terus meningkat dan diterjemahkan pula di Manik Urai untuk kali yang seterusnya.

Takbir!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET