Wednesday, June 24, 2009

Kaki Lepak Mesra Mall Yang Tidak Mesra

Mesra Mall sebuah gedung perniagaan tersohor milik Suria KLCC tersergam di Kemasik berhampiran kawasan penempatan elit kakitangan Petronas dan pekerja lain syarikat konglomerat minyak dan gas.


Sembang panjang pun tak guna kerana nama Mesra Mall sendiri sudah gah
dikalangan pusat niaga ternama khususnya di dalam negara kita.

Apa yang ingin aku nyatakan ialah mengenai segelintir kaki lepak yang telah dan sedang melakukan kerja-kerja tak bermoral dan jenayah kecil.

Sumber dari beberapa orang pekerja yang aku kenali bekerja di sana menceritakan bagaimana terdapat kaki lepak melayu Islam yang selamba meminum arak dikhalayak ramai. Aktiviti itu bagaimana pun dilakukan tatkala jam menghampiri 12 malam iaitu sewaktu pengunjung mulai berkurang.

Kelakuan mereka ketika mabuk pula amat kurang ajar dengan mengganggu para pekerja wanita yang baru menamatkan shif malam mereka. Para pekerja wanita yang tidak mengendahkan mereka pula dimarahi, diserkah dengan bermacam perkataan lucah dan sebagainya. Pekerja tersebut mengakui perlakuan yang keterlaluan ini amat menakutkan mereka.

Selain itu juga katanya ada dikalangan kaki lepak tersebut yang melakukan kerja-kerja mengugut (pow duit) dari kalangan pelajar atau para pengunjung yang disyaki orang luar. Pernah berlaku dihadapan mata kepala pekerja berkenaan situasi kejar mengejar antara salah sorang kaki lepak dengan seorang pemuda yang enggan membayar duit 'pow' pada mereka.

Oleh itu kita mengharapkan kerjasama daripada pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam untuk memantau, menasihat atau menangkap peminum arak melayu Islam tersebut. Secara langsung kebiadapan mereka mencemakan kesucian agama Islam.

Juga kerjasama dari pihak polis untuk menempatkan pegawai atau SB mereka bagi mengawal keselamatan daripada menularnya gejala pow mengepow dan pelbagai jenayah kecil yang lain sekiranya ada.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET