Friday, June 26, 2009

RM3 Billion Royalti Untuk Terengganu

Woww...!! Terkedu aku melihatkan suatu jumlah sumbangan royalti yang besar oleh Petronas untuk Terengganu bagi tahun 2008.


Beginilah setiap tahun bermula dari tarikh rampasan royalti oleh CheDet ditukar dalam bentuk wang ehsan, rakyat Terengganu sekadar menelan air liur berputih mata melihat berbillion wang masuk dalam kantung perbendaharaan Negeri.

Malangnya rakyat hanya dapat mengecapi sisa-sisa cebisan hasil mahsyul negeri setelah berpukal-pukal dibaham oleh puak-puak gerombolan memenuhi tembolok mereka.



KUALA TERENGGANU - Kerajaan dan rakyat negeri Terengganu mendapat RM3 bilion royalti petroleum dari perolehan Petronas sebanyak sebanyak RM264.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009.


Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, berkata demikian pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan syarikat Negara itu di Kuala Lumpur semalam.

Jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan
tersebut meningkat 20.1 peratus kepada RM74 bilion daripada RM61.6 bilion tahun kewangan sebelumnya.

Jumlah itu mewakili 71.4 peratus keuntungan sebelum cukainya dan 44.9 peratus daripada pendapatan keseluruhan Kerajaan Persekutuan pada 2008.

Ia adalah dalam bentuk pembayaran dividen kepada Kerajaan Persekutuan (RM30 bilion), cukai pendapatan petroleum (RM20.3 bilion), cukai korporat (RM9.1 bilion), duti eksport (RM2.2 bilion) dan royalti (RM6.2 bilion).

Selain, RM6.2 bilion lagi diberi dalam bentuk pembayaran royalti kepada kerajaan negeri Terengganu (RM3 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) dan Sabah (RM900 juta). Petronas mengekalkan RM21.9 bilion atau 21.1 peratus daripada keuntungan sebelum cukainya untuk pelaburan semula.

Hasil Petronas meningkat 18.4 peratus daripada RM223.1 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, tetapi keuntungan sebelum cukai susut 6.7 peratus kepada RM89.1 bilion berbanding RM95.5 kerana penurunan harga minyak mentah global

Namun, di sebalik keuntungan lebih rendah itu, jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan dikaji meningkat 20.1 peratus kepada RM74 bilion daripada RM61.6 bilion tahun kewangan sebelumnya - Sumber BHarian


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET