Wednesday, June 17, 2009

Awas! Preman Masuk Kampung

Baguslah jika kerajaan peka dengan rungutan rakyat. Takkan ada lagi deretan khemah2 Martek mcm funfair, takde lagi kelibat polis setiap 5 meter tanah. Dan paling penting takkan ada lagi laporan terperinci pembaziran perbelanjaan sebanyak RM15 juta hanya sekadar untuk tanggung penempatan polis dan berkaitan di PRK Kuala Terengganu.

MANEK URAI, Jun 17 — Polis mengambil pendekatan luar biasa di Manek Urai. Kalau dalam pilihan raya kecil sebelum ini, polis datang dengan berpakaian seragam lengkap dan mendirikan khemah-khemah Martek mereka, tetapi kali ini mereka menyewa rumah-rumah penduduk kampung di sini dan tidak berpakaian seragam.

Di mana-mana sahaja PAS mengadakan majlis-majlisnya, mereka akan memenuhi kedai-kedai kopi berdekatan.

Menurut pemerhati, lebih 3,000 anggota polis ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di seluruh kawasan pilihan raya itu.


Dalam pada perubahan itu kita perlu berwaspada. Selain dari melakukan kerja-kerja pengintipan untuk puak gerombolan, pastinya si preman akan mencuri peluang untuk mengundi bagi pihak gerombolan.

Polis takde kerja sangatlah tu duk ditugaskan untuk skodeng apa Pas buat, apa Pas cakap. Kenapa tak pi hendap dalam seluar tengok apa 'senjata' Pas bawak dan selak plak kain Umno tengok ada ker idak 'senjata' mereka sebab kat Penanti mereka dah simpan 'senjata'.

Yang bagusnya ada jugak peluang penduduk Manik Urai bisnes semusim. Pemilik rumah persinggahan, chalet dan sebagainya yang kasi sewa kat polis silalah taram kaw-kaw... peduli haper semua belanja sewa tu kan kerajaan tanggung.

Kalau kat PRK Kuala Terengganu kerajaan membelanjakan RM4.5 juta untuk makan kedarah anggota polis, apa salah kat Manik Urai mana-mana yangber imej atau penampilan sangsi macam polis atau SB, tokei kedai makan kasi lipat 7-8 kali ganda harga kalau nak makan.

Semua tu ada kesan pro dan kontra. Apa pun alasannya terutama untuk mengekang keganasan pilihanraya kononnya (alasan skema), kehadiran polis sebenarnya adalah untuk mengongkong aktiviti kempen Pas/PR. Walhal dajjal yang selalu membuat onar ialah puak gerombolan. Tengok kat Penanti, tanpa gerombolan pihak polis rileks je sampai ada yang tertidur.

Kita amat mengharapkan agar polis adil dalam melaksanakan tugas, jangan berat sebelah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET