Wednesday, June 10, 2009

Mungkin SIS

Satu kisah kat kampung aku dalam DUN Pengkalan Berangan, Marang. Berlaku sebaik imam hadhari dengan slogan "Islam hadhari Terengganu bestari" kembali menakluk Terengganu pada tahun 2004.

Kisah mengenai seorang wanita yang dibawa masuk untuk mengajar di Kelas orang-orang tua. Ketua Wanita Umno cawanganlah yang gatal bawa masuk. Bukan sesaje suka-suka dia bela cikgu tu tapi disebaliknya pasti ada habuan.

Tak pernah ada sejarah kelas orang-orang tua tetiba ditubuhkannya. Bagus jugak dengan alternatif Ketua Wanita tu sekurang-kurang orang tua dan yang buta huruf boleh perkembangkan ilmu.

Menurut ceritanya dalam 3-4 hari pertama mengajar kira ok lah menjurus jugak pengajaran tu. Dari tahap awal mengenal huruf dan membaca diberikan kepada orang kampung. Selang seminggu lebih maka ramai yang terperasan pelik.

Ajarannya mula terpesong melalui beberapa cerita yang dipaparkan oleh cikgu mangkuk hayun tu. Antara cerita yang famous sepertimana diceritakan oleh anak murid tua tu ialah tentang sejarah Nabi Adam.

Bagaimana cikgu mangkuk boleh edarkan buku sejarah nabi Adam itu yang jadi isu. Kerana dalam buku tersebut dilakarkan gambar-gambar nabi Adam dan Hawa (konon). Cakap murid tua lagi gambar tu mengisahkan dari awal nabi Adam tanpa pakaian dan ditutupi anu dengan dedaun pokok. Seperti cerita wayang Adam & Eve tu lah.

Dan banyak lagi lah cerita ceritu sesat dan mengarut yang aku dak ingat nak royat sini. Tapi nasib baik jugak dalam serba jahil dan cetek ilmu ni, orang kampung a.k.a murid tua mampu menilai kesesatan yang cuba disuap oleh cikgu mangkuk hayun tu.

Dengar khabar lepas tu tak sampai 2 minggu cikgu mangkuk telah meninggalkan kampung aku, dan kelas orang tua dilupus serta merta.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET