Monday, June 22, 2009

Guane Sampai Gitu Seme?

Kenapa perlu menyelak pertelingkahan dalaman Pas kepada umum? Betul lah seluruh Malaysia dah tahu bahawa sekufu-sekufu dalam Pas sedang berperang dingin tapi topik utama yang mesti Pas fokuskan di Manik Urai ialah 'mengasah parang' untuk menebang semak resam dan rimbunan bukannya bermain arang memarakkan sekam.


KOTA BHARU, 21 Jun — Cadangan tidak membenarkan mana-mana pemimpin PAS yang menyokong idea kerajaan perpaduan daripada menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai tidak perlu dipolemik sebagai satu isu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PAS Kelantan belum membincangkan mengenai perkara itu dan menyifatkan ia adalah cadangan peribadi tidak mewakili semua penyokong parti.

“Oleh itu cadangan supaya mana-mana pemimpin PAS yang menyokong idea pembentukan kerajaan perpaduan dilarang daripada menyampaikan ceramah dalam kempen PRK Dun Manek Urai tidak berbangkit,” katanya.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Presiden Kelab Penyokong PAS Kelantan, Yap Kok Seng supaya pemimpin parti itu yang menyokong idea pembentukan kerajaan perpaduan dilarang menyampaikan ceramah politik sempena PRK Dun Manek Urai 14 Julai depan.


Majoritinya tiada yang tenang, baik Muslim Pas atau Non yang menyokong, semua bengang kepada yang bangang, namun walau se'panas' baran manapun hati kita dengan kedangkalan sikap mereka yang berkenaan menatang harapan terhadap kerajaan perpaduan, perlu kita ingat sehabis cara cubalah nyirukan kekudisan yang kelihatan dengan kehebatan dan ikatan ukhuwah pada penglihatan awam.

Berfikir panjanglah kita hendaknya apabila membuat sebarang keputusan.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET