Tuesday, June 2, 2009

Grup18

Sepertimana yang dilaporkan oleh malaysiakini, suasana politik Terengganu kembali hangat, dan desas desus adakah akan berkumandang suara wakil Grup 18 mengusulkan undi tak percaya terhadap MB di sidang DUN dalam masa terdekat ini?

Ada 2 kategori puak Umno/BN di Terengganu sekarang ini. Pertamanya geng Abg Mad yang terdiri daripada Ketua-ketua Bahagian dan kedua Grup 18 terdiri dari kalangan ADUN yang tegar menyokong Deris.

Ghalibnya ketua bahagian mempunyai kuasa yang hebat dalam Umno, malah yang mengetuai kawasan dan grass root adalah ketua bahagian. Malah Adun pun perlu mengikut telunjuk ketua bahagian. 

Senario sekarang Adun akan mengusulkan undi tidak percaya, malangnya dalam Dewan ketua bahagian takde kuasa untuk menghalang ianya terjadi. Jadi kemungkinan besar Grup18 akan menjalankan misi mereka menjatuhkan Abg Mad.

Ketidakpuasan hati Grup 18 terhadap Abg Mad tidak akan reda sehinggalah dia dijatuhkan dari singgahsana MB. Sedari awal Abg Mad dilantik MB, Grup 18 tidak putus-putus menyatakan hasrat untuk mengusul undi tidak percaya dalam Dewan.

Hasrat mereka terpaksa direndam sementara semata untuk melihat keharmonian dalam Umno/BN. Namun akhir-akhir ini perasaan itu diluahkan semula ekoran sikap toleransi Hishamuddin terhadap kepimpinan Abg Mad membangkitkan semula nafsu amarah Grup 18.

Sebelum ianya menjadi kenyataan, adalah baiknya jika Abg Mad mengisytiharkan pembubaran DUN semoga Grup18 tidak mencanak sewenang-wenangnya dan rakyat dapat membuat pemilihan dan pnilaian semula terhadap parti mana yang lebih mewujudkan kestabilan pemerintahan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET