Thursday, June 18, 2009

Najib Berstrategi

Ini adalah suatu kehairanan. Terbukti sekarang Najib tidak lagi layak digelar Bapa Kekalahan tetapi Bapa Kecemerlangan dalam konteks percaturan. Melalui slot pembantaian DUN Perak Najib mencuba prospek 'pasaran' dan kini kepala hotaknya lebih jauh menerjah kedalam organisasi Pas dari segenap segi.


Tatkala Pas setapak lagi menghampiri hari gilang gemilang dalam perjuangannya memartabatkan daulah Islam, manakala BN pula dilihat sejengkal sahaja lagi untuk tumbang, tiba-tiba Najib dengan taktik politiknya berjaya meletakkan kehebatan BN sedikit atas daripada Pas.

Kadangkala puak gerombolan perlu juga dikipas. Puji bukan sebab keunggulan atau apa, tapi puji kerana kerja helah, puji kerana tipu daya. Najib licik melaksanakan kerja penipuan yang menjerat diri golongan yang baghal dalam Pas. Betul Najib tidak sekali-kali dapat meniru pencapaian bapanya dalam kontek kerajaan merakyatkan Umno tapi Najib berjaya dalam kontek politik memperkasakan semula Umno.

Antara seseorang baghal dalam Pas dulu pernah berkata kepada seorang Ketua JSR,"macamana mung tahu yang dia tu orang Umno? Mung ada belah dada dia, mu napok ke dia sokong Umno?". Sekarang bertanya pula kepada baghal tu, 'ada mung napok ke dalam dada Najib yang dia ikhlas untuk membentuk UG?'

Dalam slow-motion Najib mengerahkan soldadunya mengatur strategi, dibiarkan pihak lawan memainkan isu Tantuya tapi sebalik keghairahan itu Najib berjaya checkmate kedudukan Presiden Pas hasil kerjasama 'boneka Umno'. Perancangannya teratur dan hasilnya positif, saksikan sekarang Pas sedang kucar-kacir.

Bunga-bunga keretakan mula berputik bilamana situasi penyokong seakan terbahagi dua iaitu kelompok TGNA dan TGHH sedang tuding menuding. Satu kelompok mahukan supaya dilupuskan hasrat untuk bersekongkol dengan gerombolan manakala satu kelompok lagi menyokong dengan permainan si gunting dalam lipatan.

Diperingkat awal aku menjangkakan agar perselisihan ini berkisar disekitar'perkampungan' sahaja dan cepat diselesaikan. Rupanya makin parah menjadi isu nasional, dijaja oleh media ampu kerajaan dengan cepat kapasiti sebarannya.

Dan kemuncak kejayaan perancangan Najib terserlah dengan saranan TGNA dalam nada kesal menyuarakan pendapat supaya 'boneka umno' yang tak reti nak faham agar jangan bersekongkol dengan Umno supaya menyertai Umno dan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen atas tiket Pas.

Terpulanglah pada 'boneka umno' untuk mendalami dan memahami hasrat nurani golongan bawahan Pas. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum jalan tertutup buat kita...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET