Friday, June 12, 2009

Air Dengan Minyak

Bagai 'air dengan minyak', kata bidalan dari orang lama. Memperkatakan tentang suatu ikatan yang mustahil untuk disatukan atau digembelengkan.


Penangan UG, ramai yang melenting dan tak kurang yang cakap kosong dalam tin. Ramai beranggapan UG adalah idea kerjasama mutlak antara Pas-Umno, adakah benar ataupun tidak?

Aku cuba bersangka positif, aku sokong jika ia adalah antara idea lateral pemimpin yang akan memberi kredit kepada Pas dan PR. Jika sebaliknya sekadar idea songsang maka aku turut menentang. Kesimpulannya kita semua masih kabur dengan maksud UG.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sekiranya kita menyingkap artikel atau pendapat dari bermacam blog atau sumber berita, pasti kita sedih dengan pelbagai tuduhan dan kritikan yang dilemparkan terhadap orang No.1 dan No.2 Pas.

Kenapa tidak kita bersabar memberi peluang dan menunggu penjelasan TGHH. Mungkin langkah TGHH berstrategi serta sedang kaget memerhatikan gelagat dan tarian ramai orang mengulas isu UG. Kita terloncat-loncat mengikut irama gendang yang dimainkan oleh media pro-BN.

Dua matlamat utama Umno Bn iaitu melemahkan Pakatan Rakyat dan menjauhkan non-Muslim dari Pas. Dua faktor yang menyengetkan BN dalam PRU lalu. PR mungkin senang untuk BN perkudakan tapi tidak Pas.

Oleh sebab itulah sekarang ini isu UG digunakan sepenuhnya untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti Pas. Dan samada sedar atau tidak, kita semua sedang membantu Umno melaksanakan agenda mereka.

TGHH juga manusia biasa, tak terlepas dari sebarangs kesilapan. Maka apakah tiada ruang untuk beliau dimaafkan? Atau kita sama-sama memberi pendapat untuk menyelesaikannya. TGHH sudah terbeban dengan tanggungjawab serta amanah dan kita menimbunkan lagi dengan sampah sarap.

UG menjadi isu nasional, pada mata kasar memaparkan kelemahan percaturan Pas dan mengheret sama keharmonian dalam Pakatan Rakyat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat disebalik hati nurani TGHH. Cuma kita berharap agar TGHH dan Ust.Nasha lebih tahu apa yang sedang diusahakan.

Marilah kita sama memanjatkan doa kepadaNya semoga ditamatkan segera pertikaian hangat ini serta dipelihara perjuangan kita.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET