Monday, June 8, 2009

Perang Dingin

Peribahasa Melayu "rumah siap tukul berbunyi". Perlantikan pucuk pimpinan dan pembentukan AJK Pusat sudah selesai. Masih ada yang tak kena. Ramai juga yang tak puashati. Adat bertanding ada kalah menang. Adab bertanding saling menghormati kawan dan lawan.


Penyokong dan ahli yang bias kepada gagasan Pakatan Rakyat pasti sedikit sebanyak merungut dengan kemenangan Ustaz Nasha, manakala yang mahu melihat kerjasama terjalin antara Pas-Umno sudah tentu kegirangan.

Secara halusnya ada pertentangan atau perang dingin antara klik penyokong. Ada yang tidak kisah siapa naik. Mereka tetap wala' demi permuafakatan jemaah. Itu lebih baik. Perang dingin pepandailah simpan, jangan saling menjatuhkan sehingga terbongkar rahsia tanzim kita.

Sesuatu yang menarik bilamana Ustaz Nasha memaklum untuk meneruskan kerjasama perpaduan dengan Umno. Walau ia disuarakan secara umum tetapi berita ini memang memeranjatkan ramai ahli dan penyokong Pas.

Kenyataan Ustaz Nasha berlawanan dengan pandangan dan harapan TG Nik Aziz supaya tiada lagi sebarang kerjasama dengan Umno. TGNA sejak peristiwa penculikan 1969, telah lama menelan dan amat lama menyimpan pahit kerja jahat Umno. Bukan TGNA dendam tapi beliau memperingatkan.

Amat mengharapkan agar keputusan Muktamar 2009 tidak menyanggah apa yang telah dimuktamadkan dalam Muktamar 2008. Persefahaman dalam Pakatan Rakyat telah membuka minda rakyat, menarik ramai golongan untuk menyokong atau menyertai Pas.

Jangan sampai keterbabasan keputusan menakhoda haluan parti mengubah visi Pas, mendinginkan ahli dengan parti dan mencalar kestabilan Pakatan Rakyat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET