Saturday, June 20, 2009

Polis Demo Depan Bangunan Pas

Ibarat macam telinga lintah. Sama jugak dengan si FRU sepupu sepepet polis serta si SB anak sedara polis. Dengar je demo maka berbondong-bondonglah mereka ke lokasi demo. Walhal SMS kelentong pasal demo pun mereka pergi jugak. Satu sebab hakiki kerana tugas. Sebab utama kerana seronok, lari dari suasana opis. Sebab kedua lepas geram boleh hentam demonstrators.


Tapi hari ni lain pulak cerita. Polis silap serkap. Bertempat perkarangan Bangunan Pejabat Agung Pas, 20 orang polis dilihat mundar-mandir konon untuk mengawasi demo yang diperolehi dari sumber SMS. Setelah 2-3 jam berselang tiada kelibat pendemo pun hadir dikawasan berkenaan. Polis dan wartawan beredar setelah membuang masa sekadar khabar angin.

KUALA LUMPUR, Jun 19 — Kerana percaya satu demonstrasi akan berlaku di perkarangan Pejabat Agung PAS selepas Jumaat hari ini, lebih 20 anggota polis memenuhi perkarangan pejabat PAS Jalan Raja Laut itu.

Para kakitangan pejabat PAS itu menganggap, anggota polis yang berdemo hari ini kerana tidak ada seorang pun ahli PAS yang berkumpul di situ untuk berdemo.

Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini, namun tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu.

Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu.

Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar.

Polis dan wartawan mula beredar kira-kira jam 3.20 petang selepas hampir satu jam setengah berkumpul di pekarangan bangunan PAS itu.

Sejak dua hari lepas, SMS yang menyebut satu demo akan diadakan di perkarangan Pejabat Agung PAS tersebar ke merata-rata.

Wartawan juga turut menerimanya menyebabkan ada di kalangan mereka percaya dengannya.

SMS itu berbunyi, "Demo bersih di pejabat PAS jln raja laut pada 19.6.09 selepas solat jumaat."


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET