Saturday, October 3, 2009

Umno Pasti Tergolek Dog Lagi Di Bagan Pinang

Mengulangi peristiwa penderhakaan Umno terhadap Khalifah CheDet di Kuala Terengganu pada Januari 2009 lalu menyaksikan Umno termalu besar hingga terduduk tak terucap akibat kekalahan tiada tersangkakan kepada Pas.


Pas yang hanya sekadar dipandang sebelah mata (ibarat kata org Ganu 'ayam taik mata dene') oleh Umno kerana mengenangkan Parlimen Kuala Terengganu adalah kubu serta 'bekas tangan' Umno maka firasat dan nasihat CheDet dianggap remeh dari seorang tua nyanyuk.

Amaran CheDet bahawa Wan Farid bukanlah calon terbaik bagi menentang Abdul Wahid Endut dipandang sepi oleh majoriti orang Umno. Rupanya Umno belum kenal dan masak dengan CheDet. Tapi seteru Umno lebih mengenali beliau. Akibat budaya ampu dan kipas yang menjadi teras amalan dalam Umno maka orang Umno tidak belajar mengenali siapa CheDet.

Antara kemahiran CheDet ialah membaca diri seseorang baik kawan atau lawan. Sebab itu ahli kabinet yang beliau pilih disepanjang pemerintahannya terdiri daripada para haprak yang telah CheDet baca serta kenal peribadi mereka. Setiap mereka mempunyai masalah atau kes tersendiri, semua rahsia dalam poket CheDet, oleh sebab itu putih kata Chedet putihlah kata mereka, totally angguk. Itulah resepi yang menjamin kedudukan Chedet selama 20 tahun++ ditampuk pemerintahan.

Berbalik kepada pemilihan Isa Samad sebagai calon Umno/BN. Sekali lagi CheDet bersuara kerana beliau melihat awal-awal lagi dari segi moral dan intergriti Umno sudah pun kalah di Bagan Pinang. Kita pun dapat baca bagaimanakah Umno nak melangkah lebih jauh untuk menang di medan N31.

Selain daripada mempergunakan secara tradisinya segala kemudahan dan prasarana hakmilik kerajaan Malaysia, Umno pastinya menaruh harapan besar kepada 'pemain curi' dan 'hantu jerangkung' yang diternak dalam beberapa buah kem tentera berdekatan atas nama 'undi pos'.
Sebut tentang undi pos semestinya masih segar dalam minda kita bahawa Najib juga seorang YB Pos.

Maklumat terkini daripada Datuk S/U Agong Pas bahawa melalui semakan yang dibuat mendapati hanya 1,200 daripada 5,000 pengundi pos yang tersenarai benar-benar wujud. Ini mengsahihkan lagi telahan kita bahawa dalam kem-kem berkenaan memang ada 'pemain curi' dan 'hantu jerangkung'.

Najib mesti telus, Isa Samad perlu telus, Umno kena telus. Najib adalah ikon rasuah. Kes Tantuya ramai yang tak puashati. Isa Samad pula idola rasuah Umno. Rasuah budaya Umno. Umno parti rasuah. CheDet cuba bersihkan Umno dari rasuah. Tapi Chedet SUDAH LUPA meskipun dia BUKAN MUDAH LUPA...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET