Tuesday, October 13, 2009

Internet Kurang Peranan Di Bagan Pinang

Ini dikatakan antara masalah yang secara tidak langsung timbul seterusnya menjerumus kekalahan Pas/PR di Bagan Pinang. Tidak sehebat liputan PRK Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan baki lagi 5, mungkin pendekatan blogger pakatan di sini kurang menyengat untuk menjawab tohmahan serta fitnah Umno/BN.


Bagi aku walau dimanapun, para blogger telah bekerja keras menghampiri sumber berita menyalurkan maklumat yang diperlukan cumanya mungkin pengundi di Bagan Pinang kurang senang dengan beberapa faktor tentang kesilapan tektikal Pas/PR sebagaimana yang banyak dibincangkan dalam blog-blog pembangkang.

Oleh ANIS NAZRI

KUALA LUMPUR: Selain faktor calon Barisan Nasional (BN), penglibatan m
edia baru yang dilihat tidak banyak menyumbang kepada Pakatan Rakyat dikatakan antara faktor kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, 11 Oktober lalu.Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah berkata peranan media baru dalam membantu PAS menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan pihak lawan dikatakan tidak banyak membantu, berbanding pada pilihan raya kecil sebelum ini.


"Ini tidak bererti, media baru menyebelahi BN. Tetapi mereka agak kurang berperanan dalam membantu kempen PAS pada pilihan raya kecil kali ini, berbanding sebelum ini" tegas beliau ketika dihubungi Harakah.

Mengupas lanjut faktor kekalahan PAS selepas menang bergaya ke atas tujuh pilihan raya kecil, Abu Hassan berkata kelemahan jentera penerangan di kalangan Pakatan Rakyat juga menjadi sebab kekalahan tersebut.

Katanya, tiada sokongan yang cukup kuat di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah menimbulkan masalah strategi, selain menunjukkan Pakatan Rakyat belum bersedia untuk berfungsi sebagai sebuah parti yang mantap bagi pilihan raya umum ke-13.

Abu Hassan juga menegaskan kegagalan PAS di Bagan Pinang ini juga merupakan petunjuk bahawa masyarakat mengalami kekeliruan serius hasil krisis yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Kekeliruan pengundi melihat krisis-krisis berkenaan, seperti kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, krisis di Selangor, menjadikan mereka agak bimbang dan berhati-hati untuk memihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya pengundi muda," kata beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata kemenangan BN di Bagan Pinang itu bukanlah kekuatan BN atau kelemahan PAS, tetapi sebenarnya petunjuk tentang kuasa pengundi yang boleh berubah sekelip mata.

Justeru, kata Abu Hassan, sudah sampai masanya Pakatan Rakyat menilai semula strategi untuk berhadapan dengan rakyat kerana masyarakat kini bergerak dan tidak fanatik kepada mana-mana parti.

Jelas beliau, apabila rakyat berasa kurang yakin dengan mana-mana parti, maka keputusan seperti di Bagan Pinang akan berlaku di mana-mana pilihan raya bagi mereka membuktikan kuasa di tangan mereka.

"Sebab itu saya katakan, kemenangan di Bagan Pinang ini bukanlah merupakan kebangkitan BN, tetapi isyarat dan petunjuk kepada semua parti kuasa yang berada di tangan pengundi, dan mereka boleh berubah pendirian bila-bila masa sahaja," tegas beliau.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET