Pengambilalihan NSTP oleh media prima nanti bakal melengkapkan siri penggabungan media perdana lahanat barwa Umno/BN. Suku sakat dikalangan kroni sendiri menelan satu sama lain. Penggabungan ini bermakna Umno/BN memiliki sebuah konglomerat lahanat yang diperkasakan untuk memperhebatkan aktiviti menghentam pembangkang selain mengadu domba serta menyebarkan berita-berita palsu dan fitnah.
Langkah itu akan menjadikan Media Prima dan NSTP, sebuah entiti media bersepadu di negara ini dengan memiliki saluran TV, radio, pengiklanan luar, media cetak.
Pengambilan alih itu, bagaimanapun menyaksikan operasi jabatan pengarang, pengurusan dan lembaga pengarah Media Prima serta NSTP dikendalikan secara bebas dan eksklusif seperti mana anak syarikat Media Prima yang lain.
Ini bermakna identiti dan jenama sedia ada dikekalkan.
Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar berkata, kepentingan yang dipegang oleh Media Prima sebanyak 43 peratus dalam NSTP pada ketika ini, tidak dapat merungkai sepenuhnya potensi syarikat itu.







.jpg)


0 comments:
Post a Comment