21 surau tolak kafe siber, pusat judi, arak
KOTA DAMANSARA – Wakil daripada 21 surau di bawah naungan masjid Kota Damansara menolak kewujudan kafe siber yang tidak berlesen atau beroperasi 24 jam, pusat siber judi dan kedai menjual arak sekitar Kota Damansara kerana dilihat menjadi penyumbang besar kepada gejala maksiat dan keruntuhan akhlak muda-mudi di sini.
Dalam persidangan meja bulat yang diadakan, mereka minta diadakan satu perbincangan bersama pihak berwajib berhubung masalah yang dilihat semakin meruncing yang menular di Kota Damansara.
Dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuklah isu kafe siber yang dibuka 24 jam, kedai menjual arak, pusat snooker @ pusat siber judi yang dilihat menjadi penyumbang kepada gejala maksiat dan keruntuhan akhlak muda mudi di sini.
Ahli jawatankuasa Surau Al- Falah, Ramlee Othman berkata, melalui pemantauan yang dibuat, remaja kini lebih cenderung untuk melepak di kafe siber hingga larut pagi.
Menurutnya, budaya itu kini menjadi ‘trend’ apabila pemilik kafe siber ini cenderung mengaut keuntungan apabila beroperasi 24 jam.
“Setahu saya, tidak ada lesen yang dikeluarkan oleh PBT membolehkan kafe siber ini beroperasi selama 24 jam, begitu juga dengan pusat snooker @pusat siber judi yang secara terang-terangan beroperasi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Surau Al- Mubarak Apartment Dahlia Seksyen 7, Mohd Hassan berkata, mereka juga mahu kedai 24 jam yang beroperasi di sebelah sebuah kafe siber di Seksyen 8 menghentikan penjualan arak.
“Remaja Islam yang datang ke kafe siber sering dilihat melepak sambil minum arak yang dibeli dari kedai 24 itu,” katanya.
Selain itu beliau mencadangkan agar operasi Uptown D’Kota dihadkan kepada jam 12.00 malam setiap hari kerana didakwa menjadi tempat tumpuan remaja bawah umur melepak dan membuang masa.
Pengerusi Surau As- Salam Sekysen 4, Mohd Azmi Mustapha berkata, pihaknya mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak tegas bukan setakat mengeluarkan kompaun ataupun menyita barangan tetapi memastikan premis itu tidak beroperasi lagi.-sinar harian
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment