Wednesday, October 14, 2009

Bagan Pinang vs Rusila

Siapa tak kenal Rusila. Atau sesiapa yang tak pernah dengar nama Rusila amat tak logik atau bermakna dia bukan dari kalangan orang Malaysia. Bukan setakat atuk nenek, makcik pakcik, ustaz berjubah berserban, muslimat berpurdah, awek berbaju kurung atau sendat serta mat rempit malah orang buta pun kenal Rusila.


Bermula era 80-an lagi nama Rusila telah mengisi didada akhbar. Rusila sebuah perkampungan nelayan asalnya terletak lebih kurang 12km dari ibunegeri Terengganu. Di sana tersergam masjid Rusila yang senantiasa dibangunkan dan Sekolah Darul-Taqwa, tempat para pelajar muslimin dan muslimat menambah pengetahuan mencari bekalan dunia dan akhirat.

Apa yang sinonim dengan Rusila tentulah Tuan Guru Haji Hadi Awang. Presiden Pas dan tokoh yang sering mencetuskan kontroversi diera terkini. Rusila adalah tempat lahir beliau dan masjid Rusila yang terletak bersebelahan dengan rumahnya menjadi pusat tarbiyah dan sarat dengan aktiviti kuliah. Persekitaran masjid Rusila pula terkenal dengan jolokan One-stop market terutamanya pada setiap hujung minggu, sedari dulu merupakan satu hari digazetkan kepada Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan kuliah Jumaatnya. Pelbagai jenis peniagaan dan barangan boleh didapati di sini. Selain daripada kehadiran ribuan muslimin muslimat dari segenap pelusuk negeri Terengganu serta pengunjung luar juga tidak berkecuali. Suasana amat indah dan harmoni.

Bagan Pinang sebagaimana Manik Urai atau Bukit Selambau atau pun Permatang Pasir tiada sohornya di minda umum sebelum Pilihanraya Kecil 2009. Walaupun kita lihat dalam peta bahawa Bagan Pinang berada di dalam jajahan Parlimen Teluk Kemang dan berhampiran dengan Port Dickson namun namanya tidak komersial tiada menjadi sebutan tidak sepertimana Rusila yang meniti dibibir ramai orang.

Selepas dimaklumkan kematian ADUNnya arwah Azman Mohd Nor pada 4 September lalu, nama Bagan Pinang tetiba melonjak naik sebaris dengan populariti Rusila dan Permatang Pauh. Medan politik memperkenalkan Bagan Pinang secara mendadak. Tiada keistimewaan yang dapat dijadikan sebagai lambang trademark Bagan Pinang. Ia sebuah daerah dan perkampungan biasa sahaja.

Tetapi sedihnya kita sebaik selesai sahaja penamaan calon PRK N31, Bagan Pinang dilabelkan sebagai lubuk rasuah. Bukan silap Bagan Pinang dicop sebegitu tetapi ianya tercipta hasil kerja terkutuk Umno yang menamakan Isa Samad si ikon rasuah Umno sebagai calon Umno Bagan Pinang. Semenjak itu nama Bagan Pinang mula hodoh dan mual didengari.

Mungkin dihari yang mendatang Bagan Pinang akan dikenang sebagai pentas pertarungan hidup dan matinya rasuah. Bukan salah ibu mengandung tapi salah Umno yang ingin mengaut untung. Dihalalkan segala tindakan asal kemenangan berpihak kepada mereka. Bagan Pinang pastinya akan terus tercemar sebagai lubuk rasuah berbanding Rusila yang terkenal dengan lubuk ilmu dan tarbiyyah.

Bagan Pinang sinonim dengan rasuah. Ingat Bagan Pinang ingat rasuah. Ingat rasuah ingat Umno.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET