Monday, October 12, 2009

Tanak Songel Rasa Nak Songel: Apahal Pas?

Petikan berikut dicedok dari KedahLanie. Tertarik untuk mengupas lebih kurang tentang kelemahan yang ketara dalam 'barisan kita' sejak sekian lama. Dianggarkan banyak perubahan berlaku seiring dengan pembangunan Pas itu sendiri berdiri kukuh ditunjangi oleh para pimpinan berkaliber bertukar silih ganti. Tetapi perkara berikut menggoncang kerukunan Pas secara rohani. Ia perlu direnungi;

Sebagai rakyat Kedah, aku berkampung 5 hari di sana dan menyaksikan sendiri semua peristiwa dan drama yang berlaku. Aku adalah pemerhati yang setia dan sentiasa berada di Bilik Gerakan dan Markas-markas PAS. Di sini aku nak sertakan beberapa perkara yang PAS perlu baiki bagi menjamin Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam PRU-13. Kalau masih tak ubah perangan dan cara bertindak, maknanya Kerajaan Pakatan Rakyat yang dok ada ni akan kembali kepada BN, dan jangan menyesal sudahalah kalau kalah nanti :
1) Team Pakatan Rakyat nampaknya tidak ada kordinasi sesama gabungan. Nampak semua markas PAS yang kuasai. Mana pi PKR dan DAP. Tak menonjol pun. Aku nampak yang ramainya geng Ust Nasharudin Mat Isa - Timbalan Presiden yang doak atog sana sini dan tak bagi peluang kat orang lain langsung. Semua orang jadi meluat dan belah......

2) Isu keretakan kerajaan Selangor. Hasan Ali yang cepat melatah pi panggil sidang media menyebabkan pengundi seluruh Malaysia hilang kepercayaan kepada Kerjaan Pakatan Rakyat. Kalau tak setuju pun eloklah handoh diam-diam. Tak payah la dok panggil sidang media. Hasan Ali ni bijak bercakap, tapi bodoh dalam tindakan. Ada PhD saja, tapi perangai macam budak2 kecik.

3) Kekuatan dan kehenatan Pakatan rakyat makin terhakis. Banyak isu setempat tidak mampu diselesaikan. Di Kedah misalnya, isu rakyat berkaitan dengan sampah, longkang, aduan -aduan kepada Majlis Perbandaran tidak diendahkan oleh EXCO dan ADUN-ADUN yang mewakili DUN masing-masing. Bila aduan dibuat, ADUN-ADUN suruh pengadu sendiri yang jumpa Majlis Perbandaran. Penduduk dah naik meluat dan menyampah dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Alasan yang diberi adalah mereka sibuk dan "ini bukan kerja kami dan bukan kawasan kami".....
Perkara (1) sering diluahkan dalam setiap PRK yang diwakili calon Pas yakni Pas mendominasi situasi. Selayaknya demikianlah keadaan kerana Pas yang bertanding tetapi sementelah Pas telah bergabung dalam satu saf Pakatan Rakyat maka antara suka atau tidak Pas mesti memberi peluang dan ruang kepada rakan gabungan untuk naik 'sheikh' sama. Pas tidak sepatutnya syok sendiri bermain tari mengikut rentak lawan iaitu Umno. Pas sering dipuji. Betul Pas berstrategi. Gerakerja kemas manthob. Pujian bukan asbab kemenangan. Pujian boleh menjerumus kepada keegoan. Riak mengundang kemurkaan Tuhan. Mungkin PKR ada strategi. DAP pun berstrategi. Bagan Pinang menjadi lapangan contoh untuk Pas sekali lagi memperbaiki diri dan bermuhasabah mengenalpasti dimana kelemahan serta kesilapan.

Ataukah rakan sepasukan telah merendah diri atau berasa hati atau enggan menonjol diri sakit hati? Parlimen Teluk Kemang dikuasai oleh PKR maka mustahil jika PKR berlepas tangan.

Perkara (2) pula aku malas nak ngulas panjang. Semua orang tahu ini. Ibarat senjata makan tuan. Pengamatan aku yang tak beberapa sen ni melihat Datuk Hassan ingin menonjolkan kehebatan peribadi lebih dari kepentingan parti dan keharmonian pakatan. Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau menghebohkan kepincangan Selcat khasnya dan kerajaan Selangor terkena tempiasnya, kerajaan yang dia dan Pas dokong. Kedengaran jua tuduhan belengas untuk telinga dengar bahawa Datuk Hassan masih kemaruk jawatan yang ditawarkan oleh Umno sebagai MB Selangor jika Pas bergabung dengan Umno. Isu-isu UG masih subur dibicarakan secara tidak langsung mengaitkan Datuk Hassan dikatakan masih menyokong gagasan UG.

Perkara (3) tak berani aku ulas pasal aku tak duk di Kedah. Sekadar sekali sekala lawat Kedah maka takde pengetahuan akan keadaan sebenar. Tang ni biarlah orang Kodah yang jawabkan. Kita perlukan pencerahan dan penjernihan dari anasir fitnah.

Isu-isu di atas berkemungkinan tidak sebesar seperti yang kita bayangkan. Cumanya perkara asas perbincangan kecil ditambah perisa mencukupi oleh media laknat pemerintah dengan menggembar gemburkan ia menjadi lebih besar serta hebat. Menyebabkan ramai antara kita tidak terkecualilah diri aku melatah dengan laporan.

Umno berstrategi jangkapendek untuk bekalan jangkapanjang. Apa yang pendek? ibarat makanan segera iaitu masyarakat akan tersedak dan terkeliru membaca berita meskipun kita arif tentang pemesongan fakta. Isu berkenaan akan sekejap hangat tapi tetap terkesan dalam minda pembaca bagi suatu tempoh agak panjang. Kekeliruan tersebut pasti berterusan sehinggalah media laknat Umno menerbitkan fitnah dan kekeliruan yang baru.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET