Friday, October 23, 2009

Bajet 2010: Adakah Merangkumi Aspek Modal Insan?

PM Najib telah mengumumkan secara menyeluruh Bajet 2010 yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Apakah kandungan utama pembentangan tersebut? Sila ikuti Intipati Bajet 2010 sebagai rujukan.


Tiga strategi bajet 2010 bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" iaitu memacu ekonomi negara beprpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Oleh itu kerajaan mensasarkan sosio ekonomi rakyat akan meningkatkan pendapatan kasar purata tahunan rakyat sebanyak dua kali ganda dalam masa 10 tahun.

Atas kertas semua orang boleh bikin tapi bagaimana dengan hal perlaksanaannya? Apakah akan berjaya? Kemana pergi berbagai versi serta slogan wawasan dimulai dari era rejim CheDet pastu Paklah. Senyap je belum satu mencapai sasaran. Sekarang Najib dengan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama. Retorik juga ke?

Dengan itu munasabahlah fokus bajet 2010 ini totalnya menjurus kearah pembangunan perindustrian, pengangkutan dan pendidikan. Senjata utama Umno memenangi hati rakyat terutamanya dari kalangan kaum Cina dan India adalah pembangunan. Perancangan yang mengenepikan sama sekali unsur penjanaan jiwa kerohanian.

RMK-10 langsung tidak menyentuh tentang memartabatkan Islam. Agama umpama jantung. Tanpa jantung RMK-10 ibarat bangkai bernyawa, pegun dan lesu. Bagai jasad tanpa roh. Akal yang mati jiwa yang kering. Najib dari awal lagi membuang dari senarai RMK nya unsur modal insan yang diterapkan oleh pentadbiran PakLah. Seperti biasa Umno pasti melihat penerapan nilai Islam akan menjauhkan non-Muslim dari BN serta menghalang agenda-agenda kerajaan berteraskan amalan sekular.

Tanpa roh dan jiwa yang terdidik dengan asas-asas utama agama Islam maka terjebaklah masyarakat dalam kecelaruan dan bercambahlah kemaksiatan. Wawasan Islam Hadhari PakLah pun 100% gagal membendung isu sosial yang parah. Kita enggan lagi melihat anak-anak luar nikah bercambah akibat pergaulan bebas yang terlampau. Dalam membina sebuah negara yang mantap dan 'hijau' maka rakyat mesti 'bersih'. Bersih rohani dan jasmani.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET