Thursday, October 15, 2009

Merisik DUN Johol: SPR Tak Terima Perletakan Jawatan ADUN

Gossip dari Johol bahawa ADUNnya sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap 4 yang bermaksud boleh membawa maut. Sebelum Bagan Pinang ramai yang menjangkakan Johol yang bakal menanti masa untuk PRK tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik.


ADUN tersebut juga dimaklumkan kerap keluar masuk berulang alik ke hospital. Boleh tak dibayangkan kelesuan dari segi rohani dan jasmaninya? Kita simpati. Sebaliknya dikatakan SPR tidak mengendahkan surat perletak jawatan beliau. Senang kita baca ginilah, SPR barwa Umno cuba mempertahankan kerusi DUN Johol untuk memastikan kesinambungan Umno di Johol.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Datuk Roslan Md Yusof segera beroleh kesejahteraan.

Sedutan blog Kerabu Bersuara: Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.

Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).

Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).

Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.

Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak. -zainulfaqar

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET