Sunday, October 18, 2009

Kelab Penyokong Pas Akan Jadi Sayap Parti

PAS Cadang Jadikan Kelab Penyokong Bukan Islam Sebagai Sayap Parti

KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Bernama)-- PAS bercadang menjadikan kelab penyokong PAS yang disertai oleh orang bukan Islam sebagai salah satu sayap parti untuk memantapkan lagi parti itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang bukan Islam, kita bukan sahaja telah sampai satu tahap mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi juga individu bukan Islam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan Pas negeri Terengganu ke 13 di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembik, Manir dekat sini Sabtu.

Majlis turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib dan Setiausaha PAS Pusat Datuk Mustafa Ali.-- BERNAMA

Amat bersetuju kerana ia suatu cadangan yang baik dari TGHA. Pasti melegakan setiap ahli Kelab Penyokong Pas setelah agak lama berada dalam kegusaran semenjak trajedi pimpinan Pas kemaruk dengan Kerajaan Perpaduan (UG) dan kemudian isu penarafan KPP tersebut diperap. Kelab Penyokong Pas bimbang dengan kedudukan mereka dan harapan untuk bersama Pas ditakuti pudar gara-gara sentimen kemelayuan dalam gagasan UG.

Semoga persoalan mereka yang musykil dan tergantung tentang status Kelab Penyokong sudah terjawab kini sementelah ianya ucapan dari mulut Tuan Presiden sendiri. Pun begitu janganlah cadangan baik ini memakan masa terlalu lama dan tertangguh. Pepatah ada menyebut kerja bertangguh tak menjadi...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET