Tuesday, October 20, 2009

Internet M'sia Docrokcetong: Guane Gitu?

Malu jugak aku rasa selaku rakyat M'sia bila orang luar komplen internet kita lembap @ dokrokcetong. Kat negara kita ni situasinya lebih lajak dari laju, acu tengok iklan Tm atau Celcom atau Maxis kat TV kemain havoc lagi, pakej itu ini tapi hampes.

Contoh iklan Celcom dengan produk mobile broadband nya. Pakej mahal toksah ceritalah. Takde line 3G toksah tenyeh la menatang tu, takkan dapat access line dia. Line 3G pulak mesti mantap jika calang-calang 3G sila balik awal lah. Ini contoh kat Dungun. Kat tempat lain aku no komen.

Satu lagi bangang punya server ialah Streamyx. Aku pakai streamyx lah sekarang ni. Pasal takde pilihan. Lagipun pakej paling murah di Malaysia ialah yang disediakan oleh Streamyx. Nak tukar dengan wimax tak larat aku. Apa kejadah kena bayar RM160 sebulan? Pakai Streamyx pakej combo 60 oklah. Taraf aku tu. Tapi mentang-mentanglah pakej termurah sampaikan merayap macam kura-kura pelyaran internet aku. Tak berbaloi la beb. Cuba tengok 'connection status' aku punya streamyx kat bawah ni.

Aku harap TM boleh jawab kemusykilan dari pengguna terbanyak. Aku ingat TM bukan takleh nak bagi lebih effisien produk broadband mereka ni tapi bimbang jika rakyat lebih mudah dan cepat mengetahui maklumat terkini tentang kebebalan dan kecacatan kerajaan.


Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin. Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya. "Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia. "Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia. "Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET